Ruangan ini saya ketengahkan buat peringatan diri sendiri dan perkongsian bersama teman-teman yang sudi membaca bicara motivasi saya. Semoga dapat menyuntik inspirasi dalam diri kita semua. Insyaallah.
Tahu tak, dalam hidup kita ni kalaupun kita tak mampu untuk 'memberi' atau menjadi tangan yang membuat kebajikan, sekurang-kurangnya jadilah orang yang menyediakan ruang untuk kebaikan itu berlaku. Susah ke agak-agak? Saya rasa tak susah.
Hati perlu sentiasa bersih. Kotor sikit je bersihkan, kotor sikit je bersihkan.
Tapi bagaimana? Selain daripada membaca bahan ilmiah, mengaji al-Quran, kita juga digalakkan menghadiri majlis-majlis ilmu. 40 hari kalau kita tak menghadiri majlis ilmu, hati boleh gelap. Kan?
Jadi, apa yang cuba saya sampaikan melalui entry ini ialah, buat gadis-gadis, wanita-wanita, muslimah yang disayangi atas nama Allah swt semuanya, marilah kita sama-sama menghadiri Being Me - Women Only Conference.
Details seperti yang tertera di dalam gambar promosi di atas. Tapi, mari saya ulang di sini:
Tarikh: 30 June 2012; 9 pagi hingga 10 malam.
Tempat: Martrade Exhibition & Convention Cente (berdekatan Masjid Wilayah / Mahkamah Jalan Duta)
Harga tiket: RM100 (sebelum 31 Mei 2012). RM150 selepas 31 Mei.
Jika sahabat-sahabat berminat untuk mendapatkan tiket secara mudah, boleh hubungi sahabat saya, Cik Khairul Fisyah di: 012-2687399
Apa yang so-special about this conference?
Ya Allah, terlalu banyak kot. Saya rasa RM100 tu sgt berbaloi untuk pelaburan akhirat seperti ini. Program semuanya menarik. Antaranya:
Conference & Workshop yang speakers nya semua gempak-gempak, bertaraf antarabangsa yang boleh membuka ruang pemikiran kita agar tidak hanya berfikir dalam sudut aplikasi kehidupan di Malaysia semata-mata.
Topic & speaker:
The Art of Mothering - Dr. Fadila Grine
Parenting according to the Qur’an & Sunnah - Dr. Hajah Sofia
Unleash your potential - Sis. Jamilah Samian
“The Greatest Love of All: Do we really love Allah most?” – Sis. Yasmin Mogahed
How to please Allah while working – Sis. Raya Shokatfard
Being Beautiful is about Being Me : A creative outlook in making the most out of “ME” – Sis. Haslina Ali
Sisters Corner - Peluang untuk anda belajar nak melawa, make-up make-up, bergaya tetapi dengan berhijab. Menarik kan?
Fashion Show
Marriage Corner - Ini sangat menarik sebab.. sebab.. siapa yang tak suka cakap hal kahwin?hahaha.
And many more lah actually. Kalau ragu-ragu dengan maklumat yang saya berikan, silalah layari sendiri website Being Me: http://my.being-me.org/
Jumpa di sana! Wardina Safiyyah ada juga sebagai Emcee. Aiman Azlan sendiri kecewa kerana tak dapat joint sebab conference ini tertutup untuk wanita sahaja. So, apa tunggu lagi? Sis Yasmin Mogahed juga ada! wee~
Sejak belakangan ini, otak saya kembali sarat berfikir tentang isu-isu negara, isu-isu politik, isu-isu sosial masyarakat, isu-isu itu dan ini, dan macam-macam lagi. Saya terlalu penat berfikir sambil buat kerja di office, sambil terpaksa menghadiri Ethics Course (semalam) dan Ethics Exam (siang tadi) sampaikan saya terpaksa pejam mata melihat beberapa datelines application yang teringin untuk saya lakukan terbengkalai separuh jalan. Mengeluh pun tiada guna. Rezeki di lain masa, barangkali.
Dalam banyak-banyak isu yang difikirkan contohnya adalah; isu Bersih 3.0, salah siapa sehingga keadaan menjadi huru-hara? Contoh lain isu apakah peranan mahasiswa untuk penambah baikan kualiti masyarakat dan pimpinan negara? Contoh isu lain, adakah Majlis Peguam berada di landasan yang betul apabila dilihat seperti pro-pembangkang?
Wah, semuanya kelihatan rumit. Tak ada satu isu pun yang saya habis khatam dan dapat buat kesimpulan yang baik. Jadi, abaikan isu-isu yang disebut di atas.
Sebenarnya, isu yang paaaaaaling saya minat sekali adalah isu kekeluargaan. Jumaat lepas saya sempat menghadiri Seminar di KL Bar bertajuk Islamic Wills. Lain kali saya kongsikan apa isinya, yang penting saya pergi seminar tersebut untuk menambah ilmu saya yang amat sedikit dalam masa sama agar mudah saya berkongsikan pemahaman tentang pentingnya kita meninggalkan wasiat sebelum ajal datang tak kiralah kita muda atau tua. Jadi, apa kena mengena Islamic Wills ini dengan keluarga? Mestilah banyak kena mengena kalau dikaji selidik. Nanti kita kaji yang ini.
Kahwin-Cerai-Kahwin-Cerai!
Apa yang saya nak kongsikan di sini bukan isu Wasiat dalam Islam (mungkin untuk entry akan datang) tapi isu kahwin-cerai yang dilihat seperti semudah pakai baju dan bukak baju. Jika mahu, pakai. Jika tidak mahu, bukak baju. Buang jauh-jauh. Lepas tu kalau teringin pakai semula. Haish. Bila nak selesai?
Kalau dikaji kadar penceraian di Malaysia, saya rasa sangat tinggi rate nya. Dan saya rasa wajar untuk kita berasa gusar dan risau tentang masalah ini, khususnya dari kalangan Muslim. Kita mungkin tak ada contoh dari keluarga terdekat di kiri dan kanan. Dan saya berdoa agar ahli keluarga, kenalan-kenalan saya semuanya dijauhkan daripada cabaran rumah tangga sehingga bercerai-berai begini. Namun begitu, kita masih boleh belajar dan ambil iktibar daripada berita-berita yang terpapar di akhbar mahupun di media elektronik.
Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit! Aduh, sakit jantungku. Parah benar.
Antara cerita panas buat masa kini ialah kes tuntutan kembali taat oleh Jimmy Shanley terhadap isterinya dan juga penarikan semula permohonan cerai oleh Aidil, suami kepada Rita Rudaini. Sangat menggerunkan jika kita ikuti kisah-kisah mereka.
Pendirian yang diperjuangkan, adakah berbaloi?
Saya tahu dan faham bahawa semua orang ada hak untuk memperjuangkan pendirian masing-masing dan undang-undang mengizinkannya. Makna kata, si suami memang ada hak untuk menggunakan khidmat guaman, memperjuangkan apa yg ingin diperjuangkan, dan sama juga pada pihak si isteri. Namun, perjuangan hak atas dasar undang-undang manusia semata-mata bukanlah pilihan yang terbaik, pada hemat saya. Lagi-lagi bila bergelar selebriti. Jangankan kata isu rumah tangga, pergi kedai runcit pakai selipar pun mungkin orang akan bercakap sebab di-expect selebriti pakai smart lah sikit! Kan?
Yang mengelirukan minda saya apabila saya tertanya-tanya, tidakkah mereka rasakan apa yang mereka cuba perjuangkan itu akan menjadi sesuatu yang tiada atau kosong nilainya bila mana semuanya telah diluahkan panjang berjela pada media? Atau sekiranya tidak diluahkan secara terus pun, media masih mempunyai akses kepada cerita-cerita panas, tuduhan-tuduhan bisa dan kata-kata nista sesama pasangan yang halal di sisi agama. Dan apabila tersebarnya cerita, masyarakat akan membuat kesimpulan masing-masing. Bila masyarakat bercakap-cakap, ianya seperti satu doa buat pasangan tersebut. Contohnya bila orang menyampah membaca berita Jimmy Shanley, orang akan kata; "Bodoh betul! Isteri macam ni pun kau nak lagi. Elok cerai je!". Kalau seorang yang kata, boleh tahan lagi. Kalau ribu-ribu orang sebut benda sama, tak ke memang haru?
Saya cuba untuk letakkan diri saya di tempat isteri Jimmy. Baiklah, katakanlah memang saya 'nakal' seperti yang digembar-gemburkan. Saya 'claim' yang anak dalam kandungan saya bukan anak suami saya, saya suka berjudi, saya kurang ajar dengan ibu bapa saya, saya nusyuz dengan suami saya, dll. Andai kata terdetiklah hati saya untuk insaf dan berubah dan meninggalkan tabiat-tabiat buruk semua itu pun, belum tentu saya akan mahu teruskan hidup bersama suami saya itu. Kenapa? Kerana saya pun tahu malu juga.
Sebagai suami yang mahukan saya taat kepada dia, wajarkah dia senang melihat media-media bercakap-cakap tentang hal keburukan saya? Lepas satu demi satu keburukan dibuka. Dan saya akan keliru juga, sebagai suami, sanggup ke dia nak terus bersama orang macam saya yang satu dunia dah tahu hina gila perangai saya sebelum ini. Dan saya akan merenung lama-lama, dari manakah dapat saya mulakan titik kemanisan untuk hubungan ini kembali mekar dan gemilang? Dan kegemilangan itu bukan target untuk dunia semata, tetapi sehingga syurga. Bisakah? Secara psikologinya, saya yakin ini amat mencabar!
Bila anak jadi mangsa.
Masa berlalu, isteri kecewa, sakit hati tak terkata. Suami pula ego, taknak kalah, takkan mahu melepaskan. Bila mahu tamat episod ini? Brothers and sisters, anak-anak kalian kian membesar. Jangan kerana sengketa kalian, anak-anak menjadi mangsa. Ketahuilah, punca masalah sosial semakin meruncing zaman ini adalah daripada institusi keluarga yang rapuh. Dan tolonglah jangan menyumbang kepada kerapuhan itu lagi dan lagi. Tolonglah.
Isu perkahwinan Rita Rudaini dan Aidil juga begitu. Bezanya dalam hal ini si isteri yang sedikit banyak membuat kenyataan. Barangkali kerana sudah tidak tahan lagi dengan permainan demi permainan yang cuba digayakan oleh pemain bola sepak itu. Satu masa dulu, saya kecewa dengan Aidil kerana memilih Rita yang jauh lebih tua daripadanya untuk dijadikan isteri, sedangkan saya yang sebaya dengannya, dia pandang sebelah mata pun tidak. hehe. *lawak tak sesuai dengan waktu*
Saya ada menonton video berdurasi 14 minit lebih yang memaparkan kenyataan yang dibuat oleh Rita setelah Aidil memutuskan utk menarik balik permohonan penceraiannya. Bila wartawan tanya, 'masih ada harapan lagi ke rumah tangga ni?' sikit lebih kurang, Rita jawab, 'kita tengoklah macam mana. Saya serah kepada Allah. Saya akan fight utk kes ini, bukan utk saya tapi untuk anak-anak saya'. Sekali lagi saya keliru. Kau taknak bercerai, berdamai pun kau mcm tak sudi, habis kau nak apa sebenarnya?
Kalau taknak bercerai, mengakulah kerana masih kuat kasih dan sayang, maka berdamailah. Pergilah ber-honeymoon (sekali lagi) ke suatu tempat yang rahsia, dapatkan quality time untuk berbincang heart to heart, clearkan semuanya dan kembali berusaha menyatukan hati-hati yang telah diikat itu sebaiknya.
Kursus Kahwin sekali seumur hidup.
Satu perkara yang saya perasan tentang orang Malaysia ini, suami dan isteri hanya pergi kursus untuk bekalan rumah tangga sekali seumur hidup. Bila?? Cuba teka??
Jawapan: Masa sebelum nikah sebab WAJIB menghadiri kursus kahwin mengikut undang-undang negara kita. Memandangkan kursus kahwin wajib dihadiri sekali je, maka sekali jelah dihadiri.
Sebelum kahwin kau kemain rajin attend kursus berdua, kekonon sweetlah belajar tentang ilmu rumah tangga bersama-sama. Dalam kursus pasti yang lelaki yang duduk dipenjuru kanan tersipu-sipu bila Ustaz buat lawak geli-geli manja, manakala si perempuan tersengih-sengih manja di penjuru kiri sambil mengerling-ngerling ke arah lelaki di penjuru kanan kelas/dewan.
Bila rumahtangga bergolak, ada pergi kursus? Atau seminar untuk pengukuhan rumah tangga? Atau sama-sama baca buku tentang rumah tangga? Atau sama-sama duduk belajar daripada otai-otai alam rumah tangga? Ada? Nan adooo!
Bila dah kahwin, kursus ni tak main lagi dah. Asal ada masalah je terus jumpa peguam, konon-konon menuntut hak. Duit banyak lah katakan.
Ini gelojoh namanya. Cubalah belajar selok belok rumah tangga dulu baik-baik. Kalau dulu sebelum dapat kemain halus strateginya. Mantap. Ini bila dah dapat kemain kasar gayanya, main rembat kencang terus. Habis cemana ni?
Panjangnya saya melalut. Tak la melalut sangat. Sebab kecewa punya pasal.
Mari ubah!
Keadaan macam ini tak boleh dibiarkan, nanti jadi budaya seluruh masyarakat. Gaduh sikit, tak tahan, mintak cerai. Gaduh sikit tak tahan, pergi cari peguam. Gaduh sikit tak tahan, kemas baju semua duduk rumah lain. Gaduh sikit tak tahan, cakap macam-macam kat orang lain daripada orang tak ingin ambil tahu sampai orang tercari-cari apa update terbaru. Tak boleh. Tak boleh.
Mahatma Ghandi pernah berkata, kalau kita nak kan perubahan, kita kena jadi the medium of change. Maksudnya, kita yang berubah!
Habis apa kena mengena dengan saya?
Mestilah ada kena mengena! Siapa mahu generasi anak-cucu dia esok lusa melihat kahwin-cerai-kahwin-cerai ini sebagai isu biasa seperti rutin harian?? Mahu? Saya tidak mahu!
So brothers and sisters, lets make a change by being the medium of change. Mungkin esok lusa kita akan berkahwin (bagi yang masih single). So what we can do is that, masa pergi kursus kahwin belajar elok-elok, kurangkan elemen miang dan gatal dan gelojoh. Tapi tingkatkan fokus dan penekanan terhadap isu tanggungjawab, cabaran, strategi rumahtangga yang baik dan RISK management. Ingat company je perlu ada risk management? Institusi keluarga paling perlu ada!
Mungkin boleh dijadikan praktis untuk suami isteri setahun sekali pergi menghadiri kursus kekeluargaan. Walaupun hubungan baik, tiada masalah tapi apa salahnya menambahkan ilmu keibubapaan, menambah ilmu bagaimana untuk terus berfungsi sebagai suami dan isteri yang awesome dan anggun bergaya sehingga nak bertekak sedikit pun tak ada selera. Asal tengok muka isteri je hati cair , asal tengok muka suami je kelu lidah nak berbicara, hanya getaran hati yang mampu berkata-kata. hahaha! Pujangga gila.
Well, bak kata Ustaz Don, 'memang betul saya belum berkahwin, saya tiada anak. Mungkin tuan-tuan boleh kata saya tak layak nak cakap isu ini sebab saya belum jadi bapa lagi..'.
Bak kata saya pula, memang betul saya belum berkahwin, saya tiada suami. Mungkin tuan-tuan boleh kata saya tak layak nak cakap isu ini sebab saya belum jadi isteri lagi. Tapi, apalah salahnya kalau tuan-tuan beri ruang sikit dalam hati tuan-tuan untuk digest logik dan waras point-point yang saya cuba sampaikan di sini.
Buat pengantin baru dan lama, pergilah kedai buku belilah buku 'Aku Terima Nikahnya..', penulisan oleh Ustaz Hasrizal. Baca, renungkan dan fahamkan. Malah untuk yang belum berkahwin dan single dan anggun macam saya, elok juga untuk baca. Baru kita tahu besar mana tuntutan tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan, tinggi mana kesabaran yang perlu untuk seseorang yang bergelar isteri atau suami dan sejauh mana peranan perlu dimainkan.
Dan beli dan baca jugalah buku 'Men are from Mars and Woman are from Venus'. Kalau pening nak faham english version, PTS Publication ada keluarkan buku sama yang dialih bahasa kepada bahasa melayu. Elok untuk kita semua faham bagaimana komunikasi lelaki dan perempuan yang berbeza agar toleransi dua jantina ini meningkat setelah ada pemahaman yang lebih baik tentang satu sama lain. Maka kadar salah faham dan sengketa akan berkurang, masalah akan lekas selesai.
Saya tahu entry kali ini penyusunan isi sangat caca marba. Sebab kegelojohan saya dalam menaip dan berfikir dan menaip dan berfikir. Lantaklah. Harap mesej sampai.
Untuk yang akan saya kahwini (tak tahu siapa, bila dan di mana), saya berdoa agar kita nanti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi cabaran rumahtangga bersama. Moga kita sama-sama rajin baca kitab-kitab berkenaan kekeluargaan Islam, moga kita sama-sama rajin hadiri majlis ilmu untuk memperbaiki konsep-konsep kehidupan kita yang salah, moga kita dapat lunaskan tanggungjawab Allah yang dihadiahkan melalui kasih dan sayang yang dinikmati sebaiknya.
Untuk para bakal suami di luar sana, ingatlah pesan Rasulullah yang ini:
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan saya akhiri entri saya kali ini dengan permintaan untuk kita sama-sama hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).
Dan mari dengarkan lagu yang satu masa dulu di Melaka (ketika masih bergelar pelajar) hari-hari saya dengar kuat-kuat sampai housemate jadi bosan.