Jumaat, 21 Ogos 2009

Kem Penghayatan Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Greetings to all.


HAPPY RAMADHAN al MUBARAK to all Muslims =).
&
to the Non Muslims, Happy Enjoying ur experience celebrating Ramadhan with the Muslims in MMU.

In regards to the coming of Ramadhan Month, University Peer Group (UPG) MMU Melaka is glad to announce that we are organizing an event callled KEM PENGHAYATAN RAMADHAN for all the MMU Muslim students.

Ramadhan is a month of blessing. Lets bring ourselves to strengthen our IMAN as Muslims and gain something beneficial for ourselves by joining this programme. We are looking forward to see those people who are interested to motivate themselves and to be motivated through this Kem Penghayatan Ramadhan and finally be a perfect motivator in the social & religious aspect.

This is the time that you may experience something unique and difference in your life.
Be a good Muslim, be a good Ummah of Muhammad! =)


The details of the programme are as follow;

Date : 4-5 September 2009 (Friday & Saturday)
Venue : Kem Bina Insan Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal Melaka
Fee : RM25/person (after being subsidized of 50% by STAD)
Ingredients of the camp : Iftar, Talks, Sharing moments, Muzakarah, Tilawah Quran, Outdoor activities, Facilitators, and lots more!!
Organizer : In Person Training & Consultancy
Co-Organizer : University Peer Group MMU Melaka

Lets come and join the camp!!
Remember, you got nothing to loose, but u have lots of thing to gain!

Contact Persons :
Fateen Najlaa Idayu ~ 0173503382 / 0136248284
Nadia Aminah ~ 0172556747

"To Unite, To Develop, To Give"
Regards;
University Peer Group
Multimedia University (Malacca Campus)

Khamis, 20 Ogos 2009

Hati yang Gembira =)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Ketika sy menaip entry ini, sy tersenyum. Senyuman ini sangat manis sy kira. =) hehe. Syukur. Gembiranya hati sy bukan kepalang. Terasa seperti penantian dan cabaran beberapa minggu dan bulan sebelum ini mula menghasilkan riak2 gembira buat sy dan teman2 seperjuangan harapnya.

Hari ini, sy sedikit keletihan. Pagi hari sy bersiap sedia utk Midterm Computer Law II (wlupun study manje2 je..) Selesai exam sy terus bergegas ke EP utk lengkapkan Masterplan University Peer Group utk disubmit kpd En.Shukor. Aduyai. Manusia memang dilahirkan utk menyusahkan diri sendiri. termasuklah sy sendiri. Hari ni deadline utk submit Masterplan Club, hari ni jugak baru sy siapkan. sakit jugak tengkuk. hehe. Kepada yg sy susahkan di saat2 akhir, ampun maaf dipinta.
Ok. Tadi sy dah selamat pun submit masterplan UPG. dengan lafaz Bismillah sy serahkan nya kpd En Nizam, AD baru di stad. ok. xnak cite pasl die. sy nak cerita pasal UPG lah. sbb senyuman sy kerana UPG.hehe.

So, selesai submit masterplan, sy jumpa en Shukor kejap. dengan membawa beberapa hajat. dan ni sy nak umumkan kepada semua warga UPG, teman2 seperjuangan, Ex Officio UPG @ Mantan President, ahli2 UPG, dan semua yang memberi sokongan, tunjuk ajar, semangat dan doa selama ni..


EDUCARE FAIR kini kembali dalam genggaman UPG!!. =). Tepuklah tangan dan senyumlah teman2. Ini adalah sebuah permulaan untuk kita. Yg perlu kita sedar, bukan mudah utk kita jayakannya. Tapi, jika ada usaha, semangat dan niat yg betul, insyaallah kita boleh buat yg terbaik. Utk teman2, doakanlah ye. Sy nak ucap terima kasih juga kepada Cik Nur Ramizah sbb bersemangat utk bergabung tenaga dan idea dengan UPG utk jayakan Educare Fair nanti. Insyaallah, kita akan lihat gabungan UPG dan Unit Kaunseling utk event ini. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. Amin~

Next, sy juga sempat bertanyakan pada en Shukor perihal event Appreciation to National Day yg kami hajatkan utk jalankan nya pada 30 August nanti. sebuah aprisiasi daripada kami, wrga UPG kpd pejuang2 kemerdekaan. =) insyaallah, bulan puasa tidak mematahkan semangat kami utk berjuang. hehe. Terima kasih kpd saudara Ex-Officio utk idea ni. Sy cuba mnta izin Stad utk serahkan mana2 dinding di MMU utk kami lahirkan aprisiasi kemerdekaan kami dalam bentuk MURAL. tapi, sygnya x berjaya. tapi x mengapa. Setelah sy kenyit2 mata, ada jalan utk kami dapat peruntukan mana2 yg patut seperti Bendera ke, lilin ke, etc. Isnin ni sy akan mengenyit2 mata lagi sambil bentangkan kertas kerja utk event ini. Insyaallah. Semoga dipermudahkan jalan perjuangan kami. Amin~ Tersenyum lagi sy.. =)

Next, ada lagi. ingat lagi x entry sebelum ni berkenaan program manfaat bulan ramadhan? program ini kelolaan consultant dari luar. Sy dah bincang dengan hicom UPG, dan sy personally memang nak jalankn program ini. Insyaallah sy akan usahakan dri segi mendapatkan peserta. Bukan senang kita nak dapat hidayah melalui program macam ni kan. Malah, di tanggung separuh oleh pihak University. Sebagai pemimpin, sy kira ini adalah salah satu cara utk sy bawa teman2 duduk bertafakur sejenak, mendekatkan kembali hati kita dengan Tuhan yang Satu, Allah swt. Untuk keterangan lanjut tentang program ini, sy akan maklumkan dalam masa terdekat. tapi tulah yg sy nak cite. perjuangan ini membuatkan hati sy tersenyum. bukan sekadar di bibir, tetapi senyuman itu mekar di hati. Semoga Allah memberkati perjuangan kita bersama. Amin~

Salam syg, salam motivasi;
Gadis_najlaa

Selasa, 11 Ogos 2009

Apa yang MAMPU kita beri?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Siang tadi semasa sy sibuk2 menguruskan seorang sahabat utk buat Check Up di Hospital Pantai (dan sy sekali buat pemeriksaan), sy terima 1 panggilan daripada seseorang yang tidak sy kenali. Menyampaikan hajatnya utk bersua, berbincang tentang program pada bulan Ramadhan nanti. Katanya, program itu di sub-kan kepada sy mewakili UPG lah dripada En Syukor. Jadi, sy dalam keadaan blur2 sedikit katakan OK sahaja utk berbincang.

Jadi, petang tadi di Abrar sempat sy bersua dengan wakil dripada In Person Training and Consultancy, En Saharimi yang mana badan ini menjalankan program2 bina insan, etc. Mereka mempunyai kawasan kem tersendiri iaitu Chalet Bina Insan Rabiatul Adawiyah.

Mendengar perlahan2 bicara dan pembentangan idea mereka dalam kebisingan di Restoran Abrar itu (silap sy salah pilih tempat), terselit rasa kagum juga dlm diri sy. Bukan apa, sy faham misi mereka mungkin juga utk menggerakkan perniagaan mereka. Tapi dalam dunia hari ini, sy kira kita boleh bilang dengan jari berapa sangat minda2 masyarakat yg berniaga memikirkan utk perjuangkan agama disamping menjalankan perniagaan?

Sy difahamkan pihak En Saharimi telahpun membentangkan proposal program mereka pada En Syukor. Sy juga difahamkan respon positif diterima daripada pihak STAD. kerana apa? kerana nature program ini. Dalam sy garu2 kepala memikirkan apa agaknya yg sy nak jalankan utk UPG bulan Ramadhan yg mulia nanti, datang pula sebuah peluang seperti ini. Mereka menyediakan segalanya. Tggal lagi pihak sy perlu sediakan ONGKOSnye, Pengangkutan dan Peserta Program.

Memang la kalau kita fikirkan, siapa sgt yg nak join program mcm ni? Tentatif penuh dengan program berunsurkan Islamik. Daripada zikir munajat, slot Salam Perjuangan, Malam Mencari Tuhan, Qiamullail, Kuliah Ramadhan, Tadarus Al Quran, Muzakarah dan banyak lagi. Tapi terdetik pula di hati sy, bila lagi utk kita dapat peluang beribadah dan berdakwah seumpama ini? Kita mungkin mampu melatih Faci-faci terlatih berhadapan dengan pelbagai gaya manusia. Tapi bila lagi mampunya kita utk beri mereka ilmu agama seperti ini? Jujur bicara sy bukan org layak utk memberi. Tapi paling tidak pun sekurang2nya peluang seumpama ini cukup utk kita memberi jalan kepada diri sendiri dan belia MMU dengan peluang di jalan Allah seumpama ini.

Perihal program ini masih belum sy bincangkan dengan HICOM sy lagi. Esok akan sy bawakan ke dalam meeting HICOM sy. Dan jauh di sudut hati sy, sy kira ini peluang terbaik. Utk kita biarkan hati kita yg semakin dibuai mimpi dijentik sedikit dengan pemantapan rohani seumpama ini. Lagi2 bila En Syukor mengotakan janji utk subsidi 50% dripada kos program.
Syukur. Ramadhan bulan Mulia. Semoga murah rezeki mereka semua.

Jika kita memandang enteng program seumpama ini, kita perlu sedar dan tanyakan pada diri sendiri. Apa perkara lain yg MAMPU kita beri?? Wallahualam.

P/s: Sekiranya anda berminat dengan program ini yang insyaallah dijalankan pada Ramadhan nanti, boleh tinggalkan comment anda di sini. btw, program ini adalah program 2 hari 1 malam. Sy akan maklumkan lanjut sama ada jadi atau tidak. Sokongan anda menentukan samada ianya menjadi realiti atau terus tertinggal di alam fantasi. =)



Salam Motivasi;
Najlaa

Isnin, 3 Ogos 2009

Faktor Pembawakan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Perjuangan, Salam Motivasi, Salam Inspirasi.




Rasanya seperti lama sudah sy tidak berbicara tentang sesuatu yg berfaedah seperti apa yg biasa sy coretkan di dada blog ini. Bosan? itu bukan persoalannya pada sy. Cuma kekangan masa dan kadang2 idea2 sy seprti bermain tarik tali. Sy fikirkan bila berpuisi sja perlukan mood dan feeling yg lebih. rupanya, perkara yg sama juga perlu ada utk tujuan penulisan ilmiah seperti ini. =)
Sy sekadar ingin berkongsi pendapat sendiri. Daripada apa yg sy alami dan nilai dari mata kasar sy selama kehidupan sy. Hari ini tentang apa? Tentang faktor-faktor yg mempengaruhi pembawakan diri seseorang. Senang cerita, apa faktor yg menjadikan kita, adalah seperti KITA hari ini. Masih blur? Bangun, berdiri depan cermin, dan lihat imej yg terpancar jelas di cermin tersebut. kemudian, timbulkan pertanyaan.. agak2nya, apa yg menjadikan diri kita hari ini, seprti ini ya?

Alkisahnya Si Bujang Yatim

Tadi, sy berborak2 dgn Umie dan saudara mara. bicara tentang anak sepupu sy. Si bujang baru berusia 15tahun. tapi syg kehilangan bonda tercinta sebagai tempat menagih perhatian seawal usia 6 tahun. pendek cerita, si ayah berkahwin lain. jadi, perhatian utk memajukan keluarga baru amat dititik beratkan. cuma mungkin sedikit terlupa tentang hati dan perasaan si anak bujang hasil perkahwinan terdahulu. Si bujang ini membesar dgn jiwa yg suka memberontak. buat hal di sekolah, melawan ayah, membuli, melepak, ponteng sekolah, merokok, etc. smpai la 1 saat ibu saudara sebelah arwah ibu membuat keputusan utk membelanya dengan membawanya ke Terengganu (tanah kelahiran arwah ibu). Pada awalnya sedikit terkawal. cuma lama kelamaan mungkin si bujang makin selesa utk bertindak kurang ajar, smpai saat ni dia masih buta menilai kebaikan yg cuba org berikan. yg terlihat, "Moksu nok kongkong,..". Kasihan memang kasihan. Akhir skali, ibu saudaranya hampir putus asa dan membuat keputusan utk mengizinkan kembali si bujang tinggal bersama ayah dan keluarga brunya di KL tamat PMR nya nti.

Jadi, Umie berpendapat, sebagai ahli keluarga, x sepatutnya kita putus asa, etc. katanya, BUDAK TU X RETI PK LAGI. tpi pendapat sy berbeza. bukan dia x pandai pk lagi. jika kita lihat dri sudut Islam pun, istilah Mumaiyiz itu memberi makna = Tahu membezakan yg jahil dan yg batil. Usia mencecah 15 tahun. xkan x reti beza?? Tpi apa yg menyebabkan dia gagal melihat sesuatu itu dri sudut positif? kerana pengalaman hitam dia sendiri yg meninggalkan dia utk terus hidup dalam sifat pemberontakan dek kerana (1)pengaruh bagaimana cara dia dibesarkan. dengan ketiadaan bonda, ayah kembali dgn kehidupan seperti mat bujang romeo, bertindak seperti x punya tanggungjawab terhadap anak, etc. dan yg paling penting, si bujang mngkin x sedar yg dia dengan penuh rela hati mengizinkan fikirannya dijajah dengan mentaliti seumpama itu. dalam erti kata lain, kita sebenarnya yg mendidik otak kita utk berfikir secara positif atau sebaliknya.
Dari kisah sama, kita boleh korek faktor kedua. Faktor (2)USIA. almaklumlah, lelaki.. Lambat matang. Itu memang fakta, bukan auta =). Seawal usia 15 tahun apa sgt yg difikirkannya? mungkin ingin rasa nikmat merokok, berawek sini sana, press motor preng preng x kira subuh ke maghrib, teringin merasa pengalaman membuli, etc. Amat payah utk kita mngenali seseorang seawal usia 15tahun yg sudah boleh melebarkan pemikirannya sehingga ke perancangan akan datang, contohnya nak melanjutkan pelajaran di mana, nak buat major in ape, nak kawin umur berapa, etc.. so pls dont blame ur sis o bro yg masih bersekolah tu jika mereka selenga memanjang. they need sometime to understand d whole scenario of life.





~Katak pun bijak pk positif.hehe

Dan dalam banyak2 penyebab,, sy amat gemarkan yg ini-> (3)Pengalaman Jatuh Bangun Kita. xpasti mengapa sy gemarkan yg ini,. tapi sy pasti ini memberi impak besar dalam kehidupan setiap insan. cuma samaada kita sedar atau tidak shaja dengan peranan faktor ini dlm tiap tingkah laku kita. contohnya, dulu kita fkir kita sgt hebat. tup tup bila gagal sekali, tersungkur terus, muka tersembam tanah tersumbat tahi lembu di setiap rongga muka, masa itu baru sedar. betapa malunya menjadi manusia bongkak. atau bila kita jatuh itu mungkin kita fkir, "ah! xblaja pun bukan ade org kesah! aku dah malas!" tapi hidayah Allah tu datang tanpa mengira masa, tempat dan apa jua. Bila mana kita diturunkan sesuatu itu, antara sedar atau tidak ianya sgt2 membantu kita. mungkin bila terjatuh, disuntik semangat motivasi yg membangunkan kita semula dan menjadikan kita insan yg sgt positif.


Kesimpulannya, manusia di datangkan melalui perjalanan yg sama. Sistem kehidupan yg sama. Terhasil daripada percantuman sperma dan ovum, menjadi zigot, embrio, fetus, bayi etc. Tapi jgn salah sangka. Kita selalu condemn org lain dengan menimbulkan persoalan mengapa dia x pk sematang kita, selogik kita,? "kalau aku, aku akan decide mcm ni, tapi die tu bodoh sgt decide mcm tu plak!" atau "aku x fhm betul la ade jugak org mcm tu??" atau "Sumpah aku xle terima cara dia pk dan bertindak!" dan etc. Tapi kita sendiri x sedar yg kita terlalu letak high expectation pada org lain. kalo ye pun kita bagus, kita x le harap seme org berfikir seperti kita. atau lebih mudah, anggap jela kita sendiri pun bukan bagus mana pun! =) Mana ada manusia sempurna.
tapi apa2 pun, jika kita punyai peluang utk perbaharui cara kita. apa pun faktor yg pengaruhi kita, yg paling penting kita punyai waras fikiran utk sentiasa melakukan yg terbaik berlandaskan idea pemikiran yg cemerlang. Wallahualam.




Salam motivasi;
Najlaa

Isnin, 20 Julai 2009

UPG Exco Interview Sessions

Bismillahirrahmanirrahim

Salam & Greetings to all!!



Here is a beautiful announcement for those who has their heart in UPG MMU Melaka! Pls take note and do not waste the precious chance. =) In completing the Organizational Structure of UPG (Melaka Campus) for the term 2009/2010, we are going to held interview sessions for those who really interested to be the Executive Committee of UPG (Exco). The details of the interview sessions are as follows;


Date : 21 & 22 July 2009
Day : Tuesday & Wednesday
Time: 900am-1200pm(Morning session)
&
200pm - 500pm (evening session)
Venue : Sri Ruby


Do come for the interview session no matter who you are as long as you are MMU Students. We really welcome you guys to come for the interview and be with the management line of UPG Melaka.

"To Unite To Develop To Give"



Best Regards;
Fateen Najlaa Idayu
President
0173503382 / 0136248284
UPG 09/10'
MMU Melaka

Khamis, 9 Julai 2009

Get Up!

"It may not be your fault for being down, but it is your fault for not getting up!"

Ketika sy menyembunyikan diri dari blog motivasi ini, banyak yg sy belajar dan peroleh. jatuh bangun. hinaan, cacian, makian, kritikan. sehinggalah diri sy menjadi si kurus kering yang tidak punya semangat, motivasi dan inspirasi. tetapi, berbekalkan iman dan jiwa perjuangan yg tinggi, sy gagahkan jua hati ini. cuba melihat semua cabaran yang hadir dari sudut yg positif. kerana segalanya sebenarnya bukan bertindak untuk menenggelamkan semangat sy, tetapi sebenarnya adalah utk menambah ilmu di dada..
teringat dulu2, sy bukanlah gadis yg kuat dari segi motivasi diri. tapi apa yg sy pelajari dalam jatuh bangun kehidupan benar2 merubah sy dari seorang yg berfikiran negatif kepada positif. kini sy melihat diri sy bukan lagi memakai pakaian kalis kritikan sperti dhulu. 1 masa dahulu sy adalah manusia yg konon2 boleh menerima kritikan tetapi sebaik shaja dikritik sy pantas menepis dgn jawapan itu ini. tapi kini sy belajar terlalu banyak nikmat ilmu dunia. iaitu bagaimana untuk menerima kritikan dan teguran dari sudut yg positif. dan sy berjaya menanam jiwa positif itu. alhamdulillah.
quotation di atas sy petik dari sms yg sy terima jauh dari Abu Dhabi. masih sy simpan sms bertarikh 29 Jun 2009 itu. kerana sy terima semangat motivasi itu yg secara langsung menjentik minda sy utk berfikir secara positif ngan mengetuk hati sy utk kembali bangun dan tidak terus membiarkan diri sendiri terjelepuk lama di lantai.. terima kasih yg tidak terhingga kepada Sis Azizah. nilai sebuah persahabatan itu terlalu indah sungguhpun tidak pernah bersua tetapi keikhlasan itu menjadikan segalanya cantik belaka. terima kasih sekali lagi.

pada mula sy terima kritikan, cemuhan, cabaran dan segalanya, sy jatuh. hampir putus asa. dan hampir membuat keputusan utk tidak lagi meneruskan perjuangan ini. sy katakan pada diri sendiri, 'utk apa aku korbankan nama baik aku semata2 perjuangan yg tidak dipandang orang dari sudut yg baik pon ini..?' tetapi sehari dua selepas puas menghina diri sendiri dan mengutuk kesilapan diri sendiri serta memberontak dengan kata2 org lain yg menilai diri ini, bangun sahaja dari tidur, sy seperti peroleh satu kekuatan baru. yg mengatakan bahawa, 'Fateen, whether u like it or not, u still have to move on and face the reality!' dan hari ini, sy masih meneruskan perjuangan ini.

sakit, perit, payau, masam, manis, semuanya ada. bersatu segala perasaan itu menjadi satu perasaan yg x mampu sy describe. tapi sy amat yakin bahawa semua ini adalah pengalaman hidup sy. dan sy bangga menerima msg dari kejauhan itu yg sebenarnya amat2 menyuntik satu semangat membara dalam jiwa sy. utk terus menerus bangun dan berjuang. jatuh bangun jatuh lagi dan bangun kembali tanpa jemu. kerana apa? kerana sy percaya, Tuhan sygkan sy dengan menghadiahkan pengalaman seumpama ini yang mungkin tidak dirasai org lain. Tapi sy rasainya. kerana apa? kerana sy istimewa di sisiNya. dan kerana sy mula sedar bahawa it may be my fault for keep on letting myself laying on d ground without even trying to get up.
jadi, jika sy kembali berdiri.. anda bagaimana?? lets think bout it!
salam perjuangan;
Najlaa

Isnin, 4 Mei 2009

Dreams of Destiny I

"We all have dreams.. We all want to believe deep down in our souls that we have a special gift, that we can make a difference, that we can touch others in a special way, and that we can make the world a better place.."
Sy beri sedikit petikan dari sebuah buku motivasi yg baru sy beli dari Kinokuniya KLCC weekend lalu hasil penulisan Anthony Robbins, bertajuk Giant Steps. Asalnya sy beli buku ini kerana sy memasang hajat utk menambah koleksi buku motivasi (walaupun buku2 lama masih ada yg belum habis di baca) dan tertarik dengan buku ringkas ini kerana penulisnya. Sy pernah dipinjamkan sebuah buku bertajuk Awaken the Giant Within dan ianya benar2 menterujakan semangat sy yg ketika itu hampir musnah seluruhnya.

Ok! berbalik kepada Dreams of Destiny.. selesa sy berkongsikan cerita sy sendiri. 3-4 tahun lalu, ketika sy di dalam zaman kejatuhan selepas Quit secara haram dari Matrikulasi, sy sering duduk termenung memikirkan masa depan. bagaimana? bila sy akan berjaya? siapa sy akan datang? apa strategi sebaiknya? semua persoalan yang timbul sy tinggalkan dengan tanda soal besar2 di kotak fikiran sy. tapi, yg paling sy ingat, sy memasang angan2 utk menjadi seorang pelajar Undang-undang. ketika itu sy tak punya wang utk melanjutkan pelajaran sendiri, umie dan abah masih perlu menanggung ijam, dan keluarga.. jadi sy sekadar memasang impian.. moga2 sy punyai peluang utk menjadi seorang pelajar Jurusan Undang-undang.

Dalam pada itu sy tertanya2 sendiri.. adakah sy mampu utk membuat satu perubahan pada diri sy? perubahan yg boleh membuatkan org sekeliling mula membuka mata mereka memandang kepada sy dan berkata, 'Kami yakin, Aten pasti boleh buat..'. jadi apa yg sy lakukan? sy tolak tepi semua rasa malu, ego dan segan sy. sy lakarkan di atas kertas2 A4 tentang ke mana hala tuju yg sy inginkan selepas itu. dapat atau tidak peluang itu soal kedua. apa yg penting ketika itu sy mahu yakinkan semua org bahawa Aten yg dahulu sudah bangun dan ingin mencari kejayaan utk hidupnya. Sy tampal setiap helai kertas A4 yg tertulis graf perjalanan hidup sy sebelum, ketika dan selepas itu di dinding bilik sy. setiap kali angin kuat menghembus, kertas itu terbang dan sy tampal semula. terbang lagi. dan sy kutip dan tampal nya semula. terbang lagi, dipijak org, tapi masih sy kutip dan tampal semula. tanpa pernah rasa putus asa.itulah sy ketika itu.
Hampir setahun sy relakan dinding blik sy dipenuhi kertas2 itu. dalam setahun itu juga sy telah berhabis banyak wang utk fotostat sijil2 sy ketika zaman persekolah yg bukan sedikit itu utk sy hantarkan bersama2 application sy utk ke Uni. semua yg ada tawarkan jurusan undang2 sy hantar. tidak cukup dengan itu, setiap kali rejection, sy hantar sekali lagi utk rayuan. hasilnya? semua menolak. hampa? pastilah. mana mungkin tidak hampa. bukan mudah utk sy terima hakikat kekalahan seperti itu. Sumpah sy tidak bohong. sehinggalah sy mencari altenatif lain iaitu cuba memohon di IPTS. MMU lah harapan sy. hampir2 saya mengalah bilamana sy fikirkan kondisi wang ketika itu. kebetulan sy menerima tawaran utk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer di Uitm Sri Iskandar, Perak. dalam berat hati sy gagahkan kaki ke Bank Islam, sy depositkan yuran pendaftaran. itu tandanya sy rela utk mengambil jurusan itu sebagai taruhan masa depan sy.
tapi, entah bagaimana. tatkala menerima tawaran daripada MMU. sy menangis. sy katakan pada diri utk menjadi kuat. jika ketika itu bukan rezeki sy utk belajar undang2, mungkin bila tua nanti ada peluang utk sy. konon2 sy kuat rupanya tidak. sy x mampu menipu kehendak diri. dalam tangis sy berdepan dgn Umie dan abah. sy katakan sy mahu bergelar pelajar jurusan Undang2. bukan kerana 'class'nya bila bergelar Law Student. tapi kerana impian dan cita2 sy. dalam keberatan, umie abah mengiyakan keputusan sy.
dan hari ini, sy di sini. bergelar pelajar Tahun Kedua Jurusan Undang2 di MMU Melaka. siapa kata mimpi itu hanya angan2 kosong? sebenarnya tidak. kerana segala kejayaan bermula dengan mimpi dan angan2. kemudian kita kukuhkan dengan usaha dan keyakinan. percayalah, jika itu yg anda impikan, anda mampu meraihnya. asalkan anda berada di lorong kehidupan yg betul. kalau dulu sy tertanya2, 'mampukah aku membuat satu perubahan?'. dan hari ini sy rasa sy x perlu menjawabnya dengan petah bicara sy. cukuplah dengan apa yg dapat umie abah dan keluarga sy lihat. =) mana ada manusia yg sempurna. tapi, cukuplah jika kita bergelar manusia yg tidak pernah berhenti utk berusaha menjadi sempurna.
apa mimpi anda? mulakan langkah berani utk ciptakan sebuah perubahan. perubahan yg bernama kejayaan.
salam motivasi;
Gadis Najlaa