Hari demi hari, terasa semakin berat untuk meninggalkan bumi MMU. Dengan tanggungjawab yang masih terhutang di sini, semuanya memberatkan hati.
Saya memasang cita-cita, memasang angan-angan untuk menyampaikan perkongsian yang bermanfaat untuk sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan meneruskan perjuangan di MMU ini. Memang tidak banyak yang mampu dikongsikan, memang tidak layak pun untuk menarik minat orang lain untuk sama-sama berkongsi. Tapi, niat yang terlahir bukan untuk memberi untung kepada diri sendiri. Ia semata untuk manfaat yang lain, agar segala silap saya tidak terulang oleh mereka.
Kurang 3 bulan. Sempatkah? Kalau tidak sempat, bagaimana? Betahkah saya mengucap selamat tinggal, mengucap bye-bye kepada semua di MMU ini tanpa berkongsi sedikit pun? Moga Allah lapangkan jalan saya, moga masih ada ruang untuk saya mencetus semangat dan membuka hati sahabat-sahabat untuk cari ruang masa bersama-sama.
Hari ini, komiti-komiti Aceh saya kebanyakannya teruji. Dari sudut emosi, kesihatan dan segalanya. Oleh itu, saya sediakan kecomelan wajah saya untuk mereka ukir senyum dan tahu bahawa bila mana mereka sedih, tertekan, kecewa, saya ada untuk jadi pengubat duka. Kerana Allah temukan saya dengan mereka untuk tujuan itu jua.
Ayuh, anda soal saya jawab. Boring menulis tanpa sebab.hehe
Wassalam
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan