Google. |
Love itu apa?
Love itu cinta, cikgu!
Verb itu apa?
Verb itu perbuatan/kata kerja, cikgu!
Mat-mat saleh selalu menyatakan, 'love is a verb' manakala orang-orang kita selalu membuat direct translation dgn menyatakan 'cinta itu perbuatan'. And to me, the translation itself is right. Cuma, cara kita menzahirkan pengertian itu sungguh menakutkan!
'Sayang, kalau sayang sayang abang, sayang cium abang sini, sini dan sini!', manis ayat si lelaki. Sini pertama, pipi kanan. Sini kedua, pipi kiri. Sini ketiga, ketiak! Oh. I mean bibir.
'Ala, abang ni! Sayang malu lah..', jawab si perempuan, sambil malu-malu kucing kurap tapi cium jugalah dengan penuh nikmat. Haik! Tadi kata malu, ni siap comolot 15 minit tanpa henti.hehe. Doh guane nih?
Adakah ini yang dimaksudkan dengan 'love is a verb'? If yes, oh my Allah. I'm scared, dear people. This is so damn scary. Don't you think so?
Namun hakikatnya inilah yang berlaku dalam majoriti kita hari ini. Ramai antara kita yang tidak segan silu menzahirkan kasih sayang mereka dengan cara yang sebegini. Dah lah cara 'perbuatan' itu salah, lebih memilukan lagi bila kita tak tahu malu untuk menzahirkannya di tempat awam. Tak percaya? Cubalah jalan-jalan di Taman KLCC. Nescaya kamu akan rasa seperti hendak menghentak kepala sendiri ke dinding. Paling takpun pasti akan muncul perasaan seperti, 'oh Mak! Tolonglah kasi aku kahwin!' kerana terlalu menterujakan aksi-aksi mereka. Phew.
Kebanyakan kawan-kawan yang membaca blog ini, semuanya dari golongan yang bijak pandai. Belajar tinggi-tinggi (kerana bangunan fakulti 5 tingkat.hehe), masuk Universiti dan bercita-cita tinggi. Malah sudah bekerja yang hebat-hebat belaka.hehe. Jadi, tak syoklah kalau 'verb' yang dinyatakan pada awal entry ini ditafsirkan sebagai perbuatan seperti yang diceritakan di atas. Itu sekadar contoh yang tak manis dan tak cool untuk kita contohi. Kan?
Perbuatan yang dimaksudkan adalah perbuatan yang melambangkan komitmen, tanggungjawab dan kesediaan kita ke atas Cinta yang hadir.
Ramai orang bercinta, kiri kanan masyuk bercinta, lepas tu pandang diri sendiri depan cermin, maka berkatalah dengan sadisnya, 'orang lain semua ada bf/gf, kesian kau single-mingle tak laku..'. Hey, sadis nya. Kan?
Ambillah pesan Allah yang ini, buat penyejuk hati yang single mingle yang tertekan dikelilingi orang masyuk bercinta.
"Dan jika kamu mengikut sebahagian besar umat (majoriti) manusia di atas muka Bumi ini nescaya kamu akan disesatkan dari jalan Allah."(Surah Al An'am: ayat 116)
Oh people, come on. Look at this. Berapa ramai orang sekeliling kita yang bercinta, dan apabila ditanya 'bila nak kahwin?' dan mereka menjawab 'tak tahu lagilah.. Kitorang baru sangat. Tak plan lagi..'
And now, tell me, where's the commitment? Di manakah kesediaannya?
Jadi, untuk yang single, janganlah rasa sadis sangat. Ada yang lebih sadis.hehe. Gurau.
Tapi, realitinya begitu. Kadang-kadang kita fikir, kita dah matang untuk bercinta, kita dah ready untuk menjadi si jejaka yang manis memujuk bila si gadis merajuk, kita dah sedia untuk tahan mata tak tidur malam semata-mata untuk bergayut on the phone, mengulang cakap I love you, You love me, jutaan kali. In fact ada yang lebih 'matang' bila dah start rancang 'apa nama anak kita nanti eh?' semasa sibuk-sibuk berSMS sampai lebam. Dahsyat kan? Jangan ketawa. Ini realiti. Tak caya, cuba tanya kengkawan, mesti ada sorang dua yang advance begitu. Hehe
Berbalik pada komitmen dan tanggungjawab, zaman sekarang, ini perlu lebih diutamakan berbanding nikmatnya cinta sesama manusia. Bukanlah maksud saya kita perlu menafikan perasaan cinta itu. Tidak sama sekali. Cinta itu anugerah. Cinta itu fitrah. Buat apa nak dinafikan kalau yang menganugerahkan kita dengan perasaan itu adalah Allah swt juga. Cuma, kita perlu bijak mengawal rasa itu. Kalau gagal mengawal, silap hari bulan terbabas. Itu bahaya. Orang lain gigih memandu ke syurga, kita memandu ke neraka. Mana boleh! Jangan.
Kalau benar berhajat ke atas seseorang, kenapa tidak buktikan melalui kemampuan? Bagaimana nak tunjukkan yang kita mampu? Berusahalah! Berusaha macam mana? Hantar bunga mahal-mahal? Atau belikan coklat yang terbaik dari ladang, hantar berkotak-kotak berserta kad ucapan? Atau? Haish. Tak payah lagi lah yang tu. Simpan dulu.
Paling penting, komitmen pada agama. Yang lelaki, mampu tak menjadi Imam? Lelaki dan perempuan sama-sama tahu membaca Al Quran? Lelaki dan perempuan sama-sama khatam Fardhu Ain? Yang ini beres? Ok.
Lelaki dan perempuan kenalah sama-sama kawal nafsu. Boleh pandang-pandang, duduk renggang-renggang.hehe. Yang ni parah sikit. Kan? Memanglah. Lagi tinggi ilmu kita, lagi besar ujiannya. Tahan, tahan. Hehe.
By the way, perempuan juga mungkin perlu mampu menjadi Imam. Bukan untuk mengimamkan suami dalam Solat. Itu ajaran sesat. Tapi sebagai persediaan untuk mendidik anak-anak asas Solat. Mana tahu Cik Abang tiada, bolehlah Cik Adik lead solat anak-anak gadis. Kan?
Usai komitmen dan tanggungjawab pada agama? Belum lagi. Kalau dapat si boypreng yang melebihkan anda drpd ibunya, haih. Jaga-jaga mak limah, kamu akan merana. Kenapa? It shows that he failed to understand the priorities of his responsibilities. Ingat, Islam mengajar cintai IBU selepas Allah swt dan Rasulullah. Peace.
Untuk aplikasi kehidupan hari ini, realitinya semua orang bekejar-kejar untuk mendapat kerjaya yang mantap, gaji yang kebabom, rumah besar mcm 'fuiyooo!' dan kereta hebat dan besar stok boleh guling-guling dalam kereta kan? Memang lah. Kalau ikutkan, saya pun nak. Yelah. Siapa taknak. Kan??
Oleh itu khususnya untuk yang sedang bercinta, buktikanlah yang anda mampu. Bukanlah sampai mampu memiliki semua yang dinyatakan di atas kerana semuanya di-exaggerated. Tapi, cukuplah untuk membuktikan yang anda mampu. Kot-kotlah nak kahwin dengan anak tokey balak yang dah biasa hidup senang dan ditatang bagai minyak yang penuh, takkan dah kahwin nak bawa duduk setinggan saja? Confirmlah mak ayah berat hati, perkahwinan tak direstui, hidup tak bahagia, merana semata. Kan?
Setelah jauh berceramah, sekarang saya nak berterus-terang. Hari ini ramai antara kita yg suka selesa dengan kehidupan sendiri. Kita senang berada dalam 'comfort zone' yg kita cipta. Kita belajar ikut suka kita, nak ponteng, kita ponteng. Taknak gi exam, kita tak gi. 4 tahun Degree Law, Engineering, Accounting, kita suka-suka adjust course structure sampai jadi 6-7 tahun, 3 tahun Degree HR, Marketing, kita tukar jadi 4-5 tahun. Alasan kita: 'Aku kan sayang Uni ni..'
Memanglah. Sayang, sayang juga. But you have to know one thing. It shows that you failed to prove your commitments towards your life. Kalau tanggungjawab pada diri sendiri tak terbela, ada hati nak ber-tanggungjawab pada orang lain? Fikir-fikirkan.
Love is a verb. So prove it. Tunjukkan dan buktikan yang anda kasih, sayang dan cinta melalui teladan yang mantap. Belajar kasi mantap, for you to be appreciated when it comes to your working world. Kerja kasi bagus, for you to be respected and valued. Bercinta kasi kawal for you to be placed in Jannah. Cool tak?
Pesan Rasulullah saw:
'Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang (dan cinta kasih) kepada dirimu sendiri, nescaya engkau jadi orang Islam yang hakiki'.
Kita mesti taknak diri kita diperlakukan yang bukan-bukan kan? Jadi, jangan lakukan yg bukan-bukan pada orang lain, lagi-lagi yang kita sayang.
Dan sebelum saya mengakhiri ceramah perdana hari ni, ingin saya akhiri dengan pesan Rasulullah saw, daripada Anas r.a, Rasulullah bersabda:
'Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman:
1. Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain;
2. Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain, melainkan kerana Allah,
3. Benci untuk kembali kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Oleh itu, pujuklah hati kita untuk bercinta, mencintai dan dicintai kerana Allah swt. Kalau ada kawan kita yang apabila ditanya, dia kata, 'Aku bercinta kerana Allah swt' tapi esok hari kita nampak dia dating kemain, ayuhlah kita jotos kepala dia secara berjemaah. Hehe.
Setakat ini dahulu. Wassalam
p/s: Penulisan siap ketika di Terengganu.hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan