Isnin, 8 April 2013

Surviving Law School.

Suatu pagi di hari minggu, Ummi mengajak bersarapan pagi di luar. Di kedai mamak kegemarannya, secara spesifik. Menjadi anak yang 'tunggal' waktu ini, saya bersetuju. Melayan selera Abah Ummi pada usia emas mereka begini adalah antara momen-momen indah untuk saya terokai dan hayati.

Di dalam kereta, Abah dan Ummi berborak tentang anak-anak rakan/saudara mereka yang berjaya menjadi doktor. Tidak lupa juga kegembiraan sendiri yang dikecapi, Abah berkata; "Abah syukur, seronok ada anak doktor, lawyer...".

Dengan pantas saya menepis, "Abah bukan nak anak jadi lawyer pun..". Sengaja saya bikin panas. Hehe. "Abah kan nak anak semua jadi doktor je..", saya menambah. Mengimbau pengalaman lalu, Abah benar-benar mahu saya menjadi seorang doktor. Namun dengan penuh selamba dan degil, saya membelok ke dunia berbeza. :)

"Eh apa pulak. Abah bangga apa ada anak lawyer jugak. Bukan senang nak jadi lawyer..", Abah konon menyedapkan hati si anak. Hehe. Ummi di belakang menambah-nambah, sengaja bikin panas. Seronok!

*****

Ramai orang bercita-cita hendak jadi peguam, tetapi tidak jelas dengan apa ruang lingkup kerjaya seorang peguam sebenarnya. Banyak universiti yang menawarkan jurusan undang-undang baik awam mahupun swasta. Malah ada juga kursus undang-undang ditawarkan tanpa mendapat pengiktirafan sepenuhnya. Setakat saya menulis entri ini, Unisza dan USIM masih berjuang mendapatkan pengiktirafan bagi membolehkan graduan-graduannya menjalani latihan dalam kamar seterusnya bergelar peguam.

So point pertama, jika mahu belajar undang-undang dan berniat untuk menjadi peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya yang diiktiraf, mohon kaji dulu taraf pengiktirafan kursus yang ditawarkan di universiti tersebut.

Ramai juga pelajar undang-undang ataupun graduan undang-undang yang membuat kesimpulan bahawa 'man, it's not easy to survive law school!'. Hehe. Benarkah?

Saya percaya, tak ada benda yang mudah dalam hidup ini. Semua jurusan pun mencabar dan dilihat payah. Mahukan kejayaan? Berusahalah! Mana ada kejayaan datang bergolek, ye tak? :)

Namun saya juga perlu bersetuju bahawa to survive law school is not something easy, but it's not impossible at all. Sebabnya, selepas tamat belajar, cabaran dunia chambering/latihan dalam kamar, lagilah 'neraka' untuk kebanyakan orang.

Seperti pelajar perubatan yang terseksa jiwa dan raga ketika zaman belajar, pastinya semua itu bukan sia-sia malah ia disusun sebegitu bagi membentuk persediaan mental dan fizikal tatkala mereka menjenguk alam 'housemanship' atau doktor pelatih. Dunia houseman lebih 'neraka' dari apa yang mereka sangka.

Maka tidak peliklah apabila ramai graduan undang-undang yang ketika belajarnya tidak sabar untuk habis belajar dan meninggalkan dunia penuh tekanan itu, memilih untuk kembali belajar ketika ber-chambering. Kerana kebencian yang terzahir ketika ber-chambering lebih besar berbanding seksa zaman belajar. Hehe. So hint-nya apa? It's not easy to survive law school. And it's crazier to survive chambering!

Tetapi alhamdulillah, segala kepayahan pasti ada kemudahan selepasnya. Itu janji Allah. Maka, berusaha sajalah. Allah pasti bantu.

Ramai juga kenalan saya yang pada asalnya mengambil jurusan undang-undang tetapi selepas beberapa semester, mereka bertukar bidang. Mengapa? Barangkali imuniti mereka tidak dapat melawan seksa dunia perundangan. Hehe.

Tetapi ada juga yang gagal beberapa kali tetapi tidak pernah berputus asa, apatah lagi bertukar bidang. Mereka tetap berusaha dan berusaha, hasilnya, mereka kini sangat hampir dengan pentauliahan bergelar Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. As I said, it is not easy but nothing is impossible!

Sejak beberapa bulan yang lalu, saya banyak menerima berita gembira dari rakan-rakan. Rata-rata sedang bergembira kerana selesai menjalani latihan dalam kamar, tinggal lagi untuk mendapat pentauliahan sahaja. Masing-masing sibuk mencari rezeki kerja yang lebih baik. Rata-rata sibuk menunggu panggilan temuduga. Tidak lupa juga yang telah pun menerima tawaran kerja yang lumayan, atau agak lumayan. Hehe.

Saya? Saya menumpang gembira. Seronok melihat seorang demi seorang mencapai cita-cita setelah mengharungi segala susah payah dari mula hingga akhir. Paling tidak percaya sekali, setelah tamat chambering, masing-masing cuba mengintai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Sarjana. Sedangkan dahulu benar-benar terseksa bergelar pelajar undergraduate dan berdoa agar masa cepat berlalu. Tiba-tiba kini mahu kembali bergelar pelajar? Aneh! Itulah cinta yang buta namanya.hehe.

Melalui kepayahan di dalam bidang ini sungguh mengasyikkan dan mengujakan. Memang benar, kepayahan yang dilalui menanam rasa benci yang saaangat dalam. Tetapi once we are out of the danger zone, kita rasa sangat happy dan excited lalu teringin untuk terus menaikkan taraf pengetahuan. This is amazingly true. Selain Sarjana, Diploma in Syariah Legal Practice pun menjadi 'target' mereka. Asal boleh nak tambah ilmu undang-undang, selagi itu nak try. Hehe.

Minggu lalu ketika keluar membeli kasut kerja dengan dua orang rakan seperjuangan di MMU, salah seorang daripada mereka menerima panggilan telefon. Mendengar perbualan yang profesional dan serius, saya dan seorang lagi rakan mengagak, pasti panggilan terima kerja! Kami yang memasang telinga ini yang excited. Tatkala si penerima panggilan selesai bercakap dan mematikan talian, saya dan seorang lagi rakan senyum-senyum memancing. Minta belanja. Hehe. Gembiranya bukan kepalang sahabat yang beroleh kerja sehingga menghadiahkan kami seorang satu ciuman di pipi. Kelakar. Bila tengah teruja, semua tindakan di luar kawalan. Nasib baik perempuan sama perempuan!

Rakan saya yang seorang lagi pula ketika itu menunggu hari dipanggil temuduga. Kali ini dengan syarikat permotoran yang bernama besar di pelusuk dunia. Pergh. Dahsyat. Saya tabik spring. Hari ini, adalah hari beliau ditemuduga. Pagi tadi saya telah menurunkan sedikit sebanyak ilmu.kehkeh. Memandangkan saya adalah antara yang terawal ber-chambering, ditauliah sebagai Peguambela & Peguamcara, juga bekerja, mereka selalu membuatkan saya merasa tua dengan gemar merujuk kepada saya. Namun jauh di sudut hati saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Mereka sangat hebat dari segi semangat perjuangan mereka sehingga ke tahap ini.

Oh sebelum terlupa, jika ada yang berhasrat untuk menyambung belajar dalam bidang perundangan di MMU, jangan khuatir dari segi kualiti dan pengiktirafannya. MMU diiktiraf dan para graduannya juga layak untuk bergelar Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Jangan khuatir tentang yang itu. Tambahan pula, MMU kini mempunyai Fakulti Undang-undang tersendiri, berbanding sebelum ini saya sendiri bergraduasi di bawah label Fakulti Perniagaan dan Undang-undang. They have grown so fast. Saya tumpang gembira.

Hari ini saya bertugas di sebuah syarikat telekomunikasi sebagai eksekutif biasa. "Tak jadi lawyer pon! Poyo! Cerita lebat!". Hehe. Yes, you are absolutely right.

Saya percaya dan yakin sepenuh hati bahawa Allah menyusun jalan hidup kita dengan keunikan dan hikmah tersendiri. Yakinlah dengan aturan Dia. Saya masih dan sangat sayangkan dunia perundangan saya. Alhamdulillah Allah beri saya peluang, walaupun bergelar eksekutif, bukan Peguam, saya masih menjalankan kerja-kerja berkaitan undang-undang. :)

InsyaAllah jika Allah beri izin dan buka jalan, saya akan kembali merencana jalan hidup seorang peguam muslimah yang syariah compliance bila tiba masanya. Peribahasa melayu 'kacang lupakan kulit' sangat bisa untuk saya terima dan menampalnya pada dahi saya. Oleh kerana itu, saya di syarikat ini, menjalani 'bond' pihak syarikat yang telah menyumbang wang menanggung kos pengajian ijazah undang-undang saya dan juga membekalkan wang sara diri sepanjang 4 tahun sebelum ini. Hehe.

Well, I enjoyed my undergraduate life so much.
And I am currently enjoying my working life cum postgraduate life at this moment.

Surviving law school is not easy but it is never impossible.
You should try, if you have a dream to be a legal practitioner one fine day.

It's awesome, and amazing, I tell you!

Rakan-rakan.
Dahulunya sekuliah.
Kini, se-pengamal-undang-undang.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As salam akak..saya lepasan stpm..dgn pointer aroud 3.75..band 3 muet..adakah saya layak ke mmu law..saya amat berminat utk menyambung pengajian ke law mmu..adakah mmu ambil lepasan stpm?berdasarkan batch akak ada x lepasan stpm ambil law kt mmu..mohon pencerahan..

Najlaa berkata...

Assalamualaikum Anonymous. Maaf lewat membalas komen kerana terlepas pandang.

MMU mengambil lepasan SPM, so boleh terus start dengan Degree. Muet tu akak kurang pasti, rasanya kena Band 4. Tapi syarat nya Band 4 sebelum graduate. So sepanjang pengajian tu masih berpeluang utk ambil MUET. My ex-classmates ada yg lepasan SPM. Don't worry. Boleh try ye.

Tanpa Nama berkata...

Assalam kak btw nak tanya saya lepasan spm and yeah MMU selalunya ambil subs yang tertentu or a flying colours results?

Najlaa berkata...

Anonymous,

Assalamualaikum.

Saya kurang pasti dengan soalan adik. Tapi secara amnya, untuk lepasan SPM, requirement tertentu yang ditetapkan oleh MMU untuk belajar di MMU bergantung kepada course. Sama ada Foundation atau Diploma, sama ada Engineering, Law, HR, Marketing, IT, dll. Semuanya bergantung kepada course tertentu. Boleh rujuk kepada website mmu lah kot, www.mmu.edu.my

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam kak. Saya nak tanya. Kalau further study untuk law mahal ke fees dia ? Sebab MMU kan swasta.

Najlaa berkata...

Wslm dik.

Fees memang quite expensive tapi boleh apply PTPTN. Kalau result bagus boleh apply Scholarship juga.

Nik Nur Nasyuha berkata...

Salam akak. Diploma law unisza bleh sambung degree MMU tak?

Najlaa berkata...

Salam Nik,

Rasa-rasanya boleh. Semaklah dengan MMU untuk pengesahan lanjut. Yang penting requirements are met. Itu sahaja.

Good luck.

Chuha Farhadiamia berkata...

Assalamualaikum kak. Saya lepasan SPM 2014. Saya skrg ambil a levels di brickfields asia college for setahun setengah. Habis a levels ni boleh tak ambil degree tmpt lain? Misalnya ipta or mmu? Saya confuse skrg. Ada kawan mak saya dia law. Dia syorkan bac utk saya.

Chuha Farhadiamia berkata...

Kalau akak tau lebih lanjur. Boleh whatsapp saya tak? 0176612160. Terima kasih πŸ’Ÿ

Najlaa berkata...

Salam Farhana,

Maaf sebab akak tak berapa sure dengan brickfields asia college. Maaf.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Akak nak tanya, pengambilan MMU untuk ijazah undang-undang usually pada pengambilan bulan ke berapa? Dia ada period tertentu tak nak apply ijazah ni. Atau setiap pengambilan MMU tu memang boleh apply ijazah undang undang di MMU ni? Atau hanya ada pada masa pengambilan tertu sahaja. Contoh untuk pengambilan Mac sahaja ke.

Tanpa Nama berkata...

Assalam akk..saya Qis.tertarik baca pos akk. Sy pn dalam dilemma lg, nk pilih syariah & undang2 d usim. Akk, dunia law memang berat ya kak.. ?biasanya klo jd law,peguambela n peguamcara je ya kerjaya dia ? Ada x yg keje kat ofis ? Hee sori kakak, soalan sebegini..

Tanpa Nama berkata...

Salam kak, apa kelayakan akademik untuk ambil jurusan undang-undang?

Unknown berkata...

aslmualaikum kak , saya lepasan ijazah undang2 .. saya berminat nak mengikuti kerjaya kak berkerja di company sebagai eksekutif .. bagaimana caranya ya kak

Tanpa Nama berkata...

Mmu bukan ke still x diiktiraf sijilnye oleh MQA ?

Rais Al Attas berkata...

Yang nak read Law(LLB) better ambil di MSU Penang.Lecturer berpengalaman dan yuran berpatutan. Boleh apply PTPTN dan scholarship melalui MSU Penang.
Boleh hubungi MSU College Penang di talian 04- 2268281/ 04- 2263698

Unknown berkata...

Nak tanya akak kena kerja dengan syarikat tu berapa tahun dan gajinya besar tak berbanding kerja dengan syarikat lain?

Tanpa Nama berkata...

Those yang sedang membaca blog ni di tahun 2023 , just wanna let you guys know yang unisza already dapat pengiktirafan for their bachelor of law as im currently their law student . Untuk adik adik yang nak further studies in law dekat unisza , boleh teruskan niat adik adik okay . 🫢🏻