Memaparkan catatan dengan label pimpinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pimpinan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2011

Perkongsian untuk yang memerlukan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak meninggalkan MMU, Alhamdulillah diri ini tidak sunyi. Masih mendengar khabar berita dari teman-teman, dan adik-adik di sana.

Malah kebelakangan ini kerap juga saya dihubungi, ditanya tentang itu dan ini. 'Kak, nak mintak pendapat..', 'Kak, nak tanya sikit..'. Itu yang hal program. Hal rumah pun ada, 'Kak, sudikah akak mendengar luahan hati saya?'.. hehe. Macam-macam. But I'm happy with it. Alhamdulillah.

Oleh kerana itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan pendapat, nak menyebar-luaskan nasihat khas buat adik-adik yang adrenalin perjuangannya begitu melimpah ruah sekali. Saya faham perasaan anda, sungguh bersemangat untuk buat macam-macam. Buat itu, buat ini, join itu, join ini. Kan? Bawa-bawa lah mengucap dulu.hehe

Kalau apa yang bakal saya tuliskan ini membantu, ambillah buat bekal perjuangan. Kalau-kalau ianya tidak membantu, buang saja jauh-jauh. Lain orang, ideology berbeda, methodology nya juga barangkali tak serupa. Cukuplah ambil apa yang dirasakan sesuai dengan jiwa sahaja.

Saya diajukan dengan soalan yang memohon pendapat saya, adakah si gadis A perlu menerima tawaran jawatan X untuk program Y. 'Kak, saya ni foundation lagi..'. Ada juga yang bertanya, 'Kak, risaulah. Saya tak tahulah saya perlu resign program F ini untuk join program G, sebab program G ramai geng'. Ada juga yang dilema, 'Kak, saya sekarang pegang jawatan H, untuk program A, jawatan I untuk program B dan patut ke saya join program C juga?'.

Subhanallah. Saya sangat teruja mendengar setiap satu luahan. Seriously saya tak bohong. Sungguh berkobar-kobar sekali. I take it as satu kebangkitan Muslim hebat di MMU. InsyaAllah.


1. Setahun jagung & Fokus

Walau bagaimana pun, saya perlu berterus terang kepada adik-adik semua. Saya sememangnya menyokong semangat perjuangan adik-adik. Namun, tolonglah lempang pipi sendiri beberapa kali, renjis sikit dengan air mawar. hehe. Tolong habiskan satu persatu, kayuh perlahan-lahan, insyaAllah sampai destinasi. 

Saya bagi analogi seperti kita mengayuh basikal. Dok kayuh laju sangat, gelojoh sangat sampai rantai basikal terputus, langsung kita yang susah perlu heret basikal balik. Jenuh menapak. Tapi kalau kita kayuh basikal dengan baik, tenang, berhati-hati, walaupun tak laju tapi insyaAllah basikal itu pasti boleh ditunggangi sampai destinasi. Kan?

Di MMU, ada satu budaya yang tercipta. Di mana, apabila kebanyakan daripada kita terlalu gigih terlebih aktif di awal usia pengajian, (seperti di waktu foundation dan tahun pertama diploma/ijazah) akibatnya study entah ke mana, ke laut pun iya, ke langit pun iya. Lepas tu kena marah dengan mak, ayah, scholar bising sebab pointer tak reach expectation, lepas tu undur diri dari dunia program. Inilah budaya basikal pancit yang terjadi di dalam MMU. Saya ingin tekankan, adik-adik jangan lumurkan diri adik-adik dengan budaya ini.

Kita perlukan satu pasukan yang berjuang secara konsisten. Kita tak perlu berlumba-lumba, terlalu mengejar segalanya, tapi esok hari semua pancit, semua tarik diri. Kemudian kita menghadapi masalah. Masalah apa? Bila kita perlukan orang, kita tak dapat. Sebab semua dah pancit!

So I would like to suggest, ambil satu persatu. Lepas habis program A, selesaikan semua tanggungjawab, baru ambil program B. Lepas program B, baru ambil program C. This is very important especially kepada adik-adik yang masih segar di MMU. Saya tak mahu anda kecewa dengan keputusan peperiksaan anda di awal usia anda di MMU!

Fokuslah dengan tiap tiap sesuatu yang nak dilakukan. Kalau ada fokus, hasilnya juga insyaAllah baik. Kalau segala benda nak dikejar, tak sempat nak fokus, cemana hasilnya? Wallahualam.

Pesanan untuk pemimpin-pemimpin organisasi/program, tolong control pengambilan tenaga kerja. Kalau tahu si polan A dah ada komitmen lain, sila panjangkan leher cari orang lain. Jangan gatal melamar si polan A. Peace.

2. Komitmen yang menuntut.

Adik-adik, suka untuk saya ingatkan bahawa menyertai pasukan yang menggerakkan program/aktiviti ini bukan hanya untuk suka-suka. Bukan sekadar untuk bagitahu semua orang yang, 'Hey! I'm learning something new outside of the 4 walls of lecture hall!'. Tapi ianya lebih daripada itu.

Ianya soal tanggungjawab dan komitmen. Saya berpegang pada, 'tanggungjawab kita adalah maruah kita, maka jagalah sebaiknya'. Dan saya takkan berhenti ulang tayang prinsip yang ini.

Saya cukup tak suka bekerja dengan orang yang bunyi je lebih, tapi bila kerja hampeh. Cerita gebang, nama macam meletop lah tapi kerja tak seberapa. Alasan, busy!
Well, dah tahu busy, kenapa tamak ambil tanggungjawab lagi dan lagi? #Saja bikin panas.hehe

Kita perlu adil dalam memenuhi tanggungjawab kita, dalam menzahirkan komitmen kita terhadap sesuatu kerja, ataupun jawatan/post. Tak adillah kalau orang lain pergi meeting, kita terpaksa tinggalkan meeting atas sebab kita ada meeting program lain. It is not good. You're being unfair to yourself and the others.

Sebelum ambil 2-3 tanggungjawab dalam satu masa, tanya diri sendiri:
"Kalau meeting program A clash dengan meeting program B, aku nak dahulukan yang mana?"
"Kalau meeting program C clash dengan meeting Assignment, aku nak pergi mana dulu?"
"Kalau mak panggil balik masa aku ada meeting/induction/postmoterm program D, macam mana?"

Banyakkan fikir, tingkatkan zikir. Lepaskan satu persatu. Komitmen menuntut. Ingat, tanggungjawab adalah maruah. Kalau adik-adik ni jenis berkualiti, run 1 event saja pun dah cukup untuk orang nampak kualiti dalam diri adik-adik. Tapi kalau adik-adik jenis hampeh, run lah 10,20 event sekalipun, orang tak appreciate mana pun. Percayalah. 

3. Sayangi diri sendiri

Adik-adik, dalam hidup ini, kita perlu cari redha Allah, bukan redha manusia. You can please people by accepting their offer for a post, but please remind yourself that, apa-apa pun, belajar untuk sayangi diri sendiri dahulu.

Kadang-kadang, orang offer kita jawatan, memang sebab orang nampak kemampuan kita. Itu kebiasaannya.

Tapi, ada juga situasi di mana orang offer kita jawatan, sebab dia dah tak ada orang lain dah nak cari. Maka, dia offerlah kita untuk penuhkan kerusi. Lepas tu kerja kita tak tahu hujung pangkal, lepas tu melalak lah kita tidur lambat, tak cukup rehat, kena sawan sendirian. 

Sayangilah diri sendiri dahulu, ya. 

4. Paling penting: Study ok tak?

Mungkin ada di kalangan adik-adik yang merasakan seperti, 'Kak, saya 4.00. So tak de hal lah kalau aktif gila ba alif ba ya pun sebab saya memang genius!'.
Ok. Finelah. Alhamdulillah. 

Tapi saya berani patahkan gigi (hehe) lah kalau ada yang macam ni. Sangat susah untuk ditemui. Saya sendiri pun gagal. Sadis.

Harus diingat bahawa tujuan asal datang ke MMU adalah untuk belajar. Percayalah, kepuasan itu tak menjadi milik kita pun kalau nama kita gemilang di persada MMU (kononnya) atas sebab program itu ini, award sana sini, tapi study tak tara mana pon. Trust me! I'm not lying!

Join program sana sini untuk apa? Oh. Untuk meningkatkan kualiti dalam diri, mengeluarkan bakat pemimpin yang ada dalam diri. Betul, betul. Saya setuju! Tapi, nak jadi pemimpin apanya kalau tak boleh tunjukkan tauladan yang baik kepada orang lain? Study ke laut, dok under probation, bila nak habis?

Maaflah kalau bunyi sangat sarcastic di sini tapi saya perlu tegaskan di sini bahawa tujuan utama ke MMU memang untuk belajar. Kalau study tak cemerlang, janganlah rasa gemilang sangat. It shows that we failed to  determine which one should come first before another. 

Kita berprogram, untuk tambah kualiti diri. Untuk cari redha Allah. Ingat, redha Allah datang dengan redha ibu bapa. Kalau result hampeh, mak ayah sedih, dia tak redha, dia menentang, apa maknanya? 

Tapi, kalau study adik-adik semua ok, alhamdulillah. Saya menyeru semua untuk cabar diri sendiri, make sure study 3.00 and above, dalam masa sama tingkatkan kualiti diri dengan mencari pengalaman through programmes, dan insyaAllah adik-adik akan rasa sejauh mana bermaknanya tahun-tahun yang adik lalui di MMU.

Kisah Saya.

Mungkin cara saya menulis, seperti 'bajet bagus'. Saya pohon maaf. Hakikatnya, saya tidak.

Saya graduate bukan sebagai graduan kelas pertama. Ini sedikit sebanyak buat saya kecewa. Jauh pointer saya untuk mengejar 3.67 seperti yang dituntut MMU untuk bergelar graduan kelas pertama. Saya layak bergelar graduan kelas memandu sahaja. Peace.

Oleh sebab itu, saya memasang cita cita yang cukup besar. Saya pesan kepada adik-adik Peuehaba Aceh, agar mereka dapat tebus kekalahan saya. Grad lah dengan kelas pertama. Kenapa mereka? Kerana mereka masih muda di MMU. Masih boleh mengejar kecemerlangan, selagi mana ada kesedaran dalam diri masing-masing. Sekarang, saya cabar anda semua pula! 

Namun, saya tetap bersyukur dengan anugerah yang telah Allah swt beri kepada saya. Siapalah saya untuk komplen itu dan ini, sedangkan usaha saya tak tara mana. Ya. Saya akui. Sebab itu, saya pesan seperti yang di atas untuk adik-adik semua. Sebab, saya melakukan kesilapan. Dalam hidup ini, kita boleh belajar daripada kesilapan orang lain, tak perlulah kita nak merasa kesilapan sama. Kan?

Saya tamat belajar di MMU dengan CPGA 3.31 sahaja. Sepanjang hampir 5 tahun di MMU, 14 semester saya lalui, 13 semester belajar, 1 semester Legal Attachment, 7 kali saya mendapat dekan. 3 kali semasa Foundation, 4 kali semasa Degree. 2 kali result saya di bawah 3.00. Selebihnya cukup sekadar selamat atas 3.00. 

Ini pertama kali saya reveal keputusan saya secara umum. Sebab saya mahu adik-adik dan sahabat-sahabat belajar daripada kesilapan saya. Saya tidak cemerlang. Jauh sekali untuk menjadi yang gemilang dan terbilang.

And trust me, it was never an easy thing for me. Mencabar diri sendiri adalah dugaan paling besar. Cuma satu perkara yang menarik untuk saya kongsi. Keputusan bawah par 3.00 yang saya perolehi selama 2 kali itu adalah ketika saya terlalu 'free'. Sesudah saya melepaskan kerusi Presiden UPG. Sewaktu saya melalui zaman mewah, menghadiri program-program kerajaan yang makan sedap-sedap, asyik-asyik duduk hotel.hehe

And one thing untuk pengetahuan semua, saya langsung tidak aktif ketika zaman Foundation. Zaman foundation saya, saya abdikan untuk belajar dan bekerja di Coffee Bean setiap hujung minggu.hehe. Dan momentum cemerlang itu saya bawa sehingga tahun pertama degree. 1st semester degree saya, saya memperoleh 3.90. Ngehngeh. 
Sweet kan Kak Yong saya? wee~
Namun, ku sangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari. Perlahan-lahan result jatuh dan ada naik kemudian jatuh, supaya graf kehidupan macam dramatic sikit kan?hehe. 

Bebudak Aceh tahulah cemana ajaib dan dramatic nya graf 'dunia study' saya. Dan saya berani katakan bahawa, yang menyelamatkan CPGA saya hingga saat akhir untuk masih berada di tahap 3.31 adalah kerana saya skor di awal-awal degree. Kalau tak, memang saya kecundang dengan nazak sekali.

Saya tak bohong. Saya tidak mereka-reka cerita. Saya nak katakan yang, nak sukses dengan sempurna, tak pernah ada jalan mudah. Saya mengalami cabaran yang berat, pun tidak cemerlang akhirnya. Jadi, janganlah memasang angan-angan untuk merasai segalanya dengan cara mudah lepas tu berharap kegemilangan datang turun dari langit.

Nasihat akhir saya, letakkan target untuk grad kelas pertama. Tolonglah tebus kekalahan saya. Dalam masa sama, jadilah manusia yang hebat  yang memberikan komitmen terbaik dalam setiap program yang diceburi. Adillah kepada diri sendiri dan orang sekeliling. 

Jangan gelojoh. Nanti tercekik.
Kalau anda masih dilema, istikharah lah! Allah ada bersamamu.

Wassalam


Khamis, 23 Disember 2010

Maju Setapak Lagi. Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Harap2nya blog ini belum sempat bersawang. Maklumlah jadi 2nd blog ni memang mengguris hati kan. Sebab tumpuan saya lebih kepada alkisahnya kan. So sorry lah ye.

Sebagai hamba Allah yang dipinjamkan peluang untuk bernafas di muka bumi ini, kita seharusnya jangan berhenti dari ucap syukur. Syukur yang ikhlas, yang lahir dari hati. Tidak kira sebesar mana nikmat yang dikurniakan. Kecil atau besar, tidak wajar jadi persoalan. Yang penting, jangan pernah rasa penat untuk panjatkan kesyukuran. Bukan susah pun. Semudah Alhamdulillah. Bagi yang bukan beragama Islam, ucaplah syukur mengikut citarasa anda. =)

Umum mengetahui (anggaplah saya glamer) bahawasanya kini saya tidak lagi memegang mana-mana jawatan atau tanggungjawab yang bukan kecil. Saya kini bebas bergerak ke sana sini. Kadang-kadang dijemput menghadiri meeting untuk perkongsian idea dan ilmu, kalau tidak keberatan, saya biasanya hadir. Kalau tiada, saya penuhi hari-hari saya dengan aktiviti yang membuatkan hati saya tersenyum. Seronok juga rasanya. Cuma kadang kala, rindu juga pada kenangan lalu, menjadi seorang Busywoman yang setiap masa berkejar sana sini, bersuara lantang itu ini. 

Tapi kini, saya membawa diri ke dunia baru. Bergelar seorang Trainer / Jurulatih untuk Fasilitator. Alhamdulillah, setapak demi setapak diri ini menjengah potensi diri, cuba mencuri peluang yang ada. Kalau bukan peluang besar pun, peluang kecil sudah memadai. Dari situ kita peroleh ilmu, buat bekalan masa depan. Sejak tahun 2008, saya dan sahabat-sahabat UPG menceburkan diri dalam bidang Kefasilitatoran dengan lebih serius dan mendalam. Kami menghadiri Training of Facilitators (TOF) lebih kurang 5-6 kali. Diselang-selikan dengan pemantapan skill melalui pelbagai bentuk program. Berhadapan dengan pelbagai situasi bersama anak-anak yatim, pelajar sekolah di kawasan pendalaman seperti Terengganu, Perlis, Melaka juga. Berkongsi pengalaman dan motivasi bersama pelajar Juvana, mengajar adik-adik kecil apa itu ABC dan 123, dan mcm-mcm lagi. Seronok memang seronok. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Kami kemudiannya menghadiri Kursus untuk Jurulatih (Training of Trainers) bersama dengan PKPIM dan UPG. Alhamdulillah, seronok mencari ilmu memantapkan skill. Perlahan-lahan kami mengenali potensi diri. Tiada pernah sekalipun saya rasa sesal dalam menceburkan diri dalam bidang ini. Passion saya di sini. 

Bergelar jurulatih adalah perkara baru untuk saya. Setakat ini, saya dan rakan-rakan telah kendalikan 2 TOF secara menyeluruh. Bermaksud dari A-Z kami kendalikan. Sebelum ini, ada juga menjadi Co-Trainer contohnya dalam Kem Induksi ProKAM anjuran UPG dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka. Mungkin orang lihat seperti mudah kerana mengendalikan program bersama pelajar-pelajar MMU itu sendiri. Tapi jujur bicara, pada saya, menguruskan peserta dari kalangan sahabat-sahabat sendiri lebih mencabar kerana etika jurulatih/fasilitator perlu dijaga dan dipegang kemas. Maklumlah, kita manusia biasa, kadang-kadang terlupa untuk mencipta 'gap' antara peserta dan trainer, kadang-kadang terlupa menukar watak daripada rakan kepada jurulatih. 

Sekadar ingin berkongsi, andai ada sahabat-sahabat di luar sana berminat untuk berkongsi ilmu dengan saya, berkongsi pengalaman perihal dunia kefasilitatoran, kita boleh set satu masa, mungkin di kedai kopi sebagai permulaan, dan seterusnya di kem TOF sebagai penyambungnya. Saya masih menuntut ilmu, mencari selagi banyak Tok Guru yang boleh. Moga-moga ilmu yang baik dapat dikongsi bersama, buat tabungan saham akhirat kalian dan saya.

Percayalah, mengutip ilmu fasilitator bukan semata-mata untuk disampaikan kepada orang lain. Tapi buat bekalan diri sendiri juga. Di sini, anda akan belajar perihal Komunikasi yang baik, mentajamkan keyakinan diri untuk melahirkan dan membicarakan idea, memupuk skill kepimpinan, mentajamkan minda agar lebih kreatif, pendek kata, membentuk diri anda untuk menjadi seorang manusia yang hebat!

Ini Dakwah Cara Kita. Terima Kasih UPG dan Faciteam kerana buat saya maju setapak lagi. Alhamdulillah. Syukur.

Gambar-gambar di bawah semasa TOF II anjuran UPG Melaka, pada 17-19 Dec, di Botanical Garden Ayer Keroh.
Trainer perlu berwajah manis.hehe
Aktiviti berdiri di atas telur. Menarik.
Ehem ehem.
Serius nampaknya.
Membuat konklusi di akhir kursus.
Bersama jurulatih, komiti dan peserta program.
The Awesomes.
p/s: Perkongsian ilmu dan pengalaman tentang kefasilitatoran saya tawarkan secara percuma. Tiada pengeras yang dikenakan. Kecuali hati yang ikhlas untuk berkongsi ilmu. Insyaallah.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kita kini memperjuangkan kualiti bangsa dan agama, bukan untuk bermegah dengan pencapaian yang ada

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini kita memimpin, tapi hebat sangatkah pimpinan kita? Hari semalam kita dipimpin, tapi cukupkah ilmu yang dicuri dari sang pemimpin. Andai hari ini kita ditauliah untuk mentadbir, adakah besar darjat sebagai pentadbir. 

Seorang adik pernah berkata, 'kak, kita yang junior ni banyak benda tak tahu. kalo senior nak kitorg develop, senior kenelah guide kitorg.' Siapa tak setuju, angkat tangan! Saya setuju. Setuju benar. Buat apa sangatlah senior nak kedekut ilmu, bukan nya boleh kaya dengan menyimpan ilmu sorang-sorang. Lebih baik ilmu dikongsikan supaya kita lebih faham, yg diajar lebih bijak menilai dan pahala pun berganda-ganda dapat. Cuba bayangkan kalau hari ini saya ajar si polan tentang mcm mana nak buat program dengan menggunakan ilmu seciput yang saya ada, kemudian hari esok si polan kongsikan kepada junior nya, kemudian juniornya mengajar pula kepada junior kepada junior, dan sampailah habis keturunan junior di MMU. Tak ke banyak pahala saya dapat? 

Tapi sy persoalkan semula lah pada si adik itu. Memang betul senior perlu guide junior, tapi berapa ramai junior atau pemimpin baru yang sudi untuk di'guide'? Berapa ramai yang membuat dasar pintu terbuka luas menerima kritikan? Berapa ramai yang kisah bila ditegur demi kebaikan? Dan berapa ramai pula yang berbangga duduk di kerusi kepimpinan dengan sombong dan angkuh, yang berkata, 'ini kerusi saya. abang kakak jangan sebok2 boleh?' Orang expired sila main jauh-jauh. Boleh eh? hehe

Kenapa kita berfikir seumpama itu? Bukan seorang dua malah ramai yang mengalami masalah ini. Kemudian bila mula menjunam ke bawah, ada pula kata-kata berbunyi, 'tulah. dulu senior ajar tak habis.' Tersedak pula senior yang dah senang jiwa hidup berkeluarga, bina bahagia rumah tangga. Ada ke patut salahkan orang lama kalau orang baru yang takut-takut berdepan dengan kritikan. 

Kalau passion nya di jalan yang sama, kalau niat nya berpaksikan tujuan sama, insyaAllah tiada yang mengkritik untuk menjatuhkan. Kritikan bila dizahirkan, mungkin berbunyi kasar. Kerana apa? Kerana bila bicara lembut, selangkah usaha pun tidak berganjak untuk membaik pulih keadaan. 

Logik akal dan prinsip pentadbiran kata, kalau kau dah tak ada kuasa, kau x boleh masuk campur. Memang betul. Tapi ada cara nya untuk yang tiada kuasa untuk masuk campur dan berkongsi ilmu pengalaman. Mudah. Bukalah pintu memberi lalu kepada yang sudah tiada kuasa untuk berkongsi rasa. Jangan buka pintu bila saatnya sudah tiada guna sudahlah. Selagi ada masa, gunakan sepenuhnya. Insyaallah perjuangan bersama membuahkan hasil sempurna. Takut-takut bongkak menjadi raja, sesal pendapatan tiada guna. 

Ini cerita secara general. Moga ada yang terbuka mata. Kita kini memperjuangkan kualiti bangsa dan agama, bukan untuk bermegah dengan pencapaian yang ada. Nikmat ini hanya sementara, jangan lupa esok lusa kalau tidak dikongsi ilmu akan jadi sia-sia.

Isnin, 2 Ogos 2010

SRC dan Kita

Ketika sy menulis dan melahirkan pendapat ini, sy sedang menjalani kursus di Vistana Hotel, KL. Sedang dalam talk bertajuk, “History of Malaysia”, sy terfikirkan tentang isu SRC di MMU. Agak lama sy menahan diri daripada berbicara tentang ini, kerana sy sedar sy tidak selayaknya berkata. Tetapi, sy fikir penulisan sy kali ini bukan bertindak mengecam mana-mana pihak. Tetapi untuk kita sama-sama berkongsi idea dan cara mencapai matlamat.

Kita tak perlu befikir lama berbincang tentang MASALAH yang mana telah pun datang dan memberi impak sekuat-kuat impak. Tapi adalah lebih baik kita fikirkan tentang solusi kepada semua ini. Tidak perlu menuding jari katakan, ‘Kau salah, pemalas buat kempen!’ ataupun ‘Yelah-yelah,aku salah’ ataupun ‘semua pun tak gunalah!’

Pada hemah sy, masalah MPP tidak ‘glamour’ atau ‘tidak panas‘, terlalu sejuk (bererti tidak ada siapa heran) bukan berlaku di MMU sahaja. Malah di banyak Universiti lain termasuklah KLIUC. MMU tidaklah terlalu hina dalam promosi ‘Undilah!’ kerana sekurang2nya kita ada 20% daripada pelajar MMU yang turun mengundi. Berbanding dengan pelajar Uni lain yang mungkin hanya ada lebih kurang 500 mungkin pelajar yang turun mengundi. Sadis? Memang sadis. Tapi itulah hakikat dunia zaman ini.

SRC Buat Apa?? Apa perlu kita buat?

Ok, kembali focus pada MMU. Persoalan yang orang akan utarakan bila kita ajak turun mengundi barisan SRC, mereka akan kata, ‘SRC? Buat apa? Malaslah! Diorang bukan buat apa-apa untuk kita pun..’. Ataupun lebih sedih, akan ada yang berkata, ‘SRC tu apa eh? Kene undi ke?’ dan sebagainya. Jadi, perkara pertama yang sy ingin ketengahkan adalah perlunya SRC di’glamourkan’, dipromosikan dari semua segi. Dari sekecil-kecil idea/perkara, sampai sehebat-hebat usaha. Selain daripada menjadi medium antara kelab-kelab dan pihak pentadbiran, banyak lagi yang perlu SRC tonjolkan. Kredibiliti dan karisma barisan SRC perlu di'highlight’. Barulah orang lihat, ‘SRC is something that is worth to cast a vote’. Ini tidak, dilihat SRC seperti plain. Maka yang bijak menilai akan terus bijak menilai, yang buta menilai akan terus buta menilai. Sy tahu pentingnya fungsi SRC dan banyaknya usaha SRC selama memenangi jiwa pelajar MMU. Tetapi, bagi yang tidak tahu, mereka perlu diberitahu. Promosi dalam setiap usaha perlu dikukuhkan. Biarpun orang kata ‘SRC gila glamour’, tapi itulah yang akan memulakan segalanya. At least people have come across about SRC.

Seterusnya, sy berpendapat SRC dan STAD perlu banyak turun padang bersama dan dilihat sebagai bersatu. Kerana Student Affairs Division dan Students Representative Council jelas menunjukkan kepentungan mereka adalah Student @ Pelajar. Melihat kebersatuan 2 badan ini dalam kebanyakan perkara, akan membuatkan pelajar-pelajar semakin yakin dengan kondisi mereka d MMU. Ini pendapat sy. Tidaklah sy katakan bahawa STAD tidak ambil kisah atau tahu langsung perihal SRC. Itu silap. Sy sendiri melihat kerjasama 2 badan ini dalam banyak event. Tapi sy fikir ‘kerjasama’ ini perlu lagi kukuh dan utuh. Instead of menjalankan kerja atas dasar tanggungjawab semata-mata, jadikan itu sebagai rutin hidup dalam gerak kerja bersama.

Hasil daripada kerjasama utuh, itulah yang akan bawa kecantikan dalam promosi untuk nominasi baru dalam term baru SRC seterusnya dalam kempen sekiranya anda UNDI MENGUNDI. Banyak sebenarnya usaha yang boleh dilakukan. Kadang-kadang boleh dilaksanakan. STAD adalah sebahagian daripada management MMU. Sudah pasti ada suara bukan? Tak salah rasanya usulkan mewajibkan pelajar mengundi. Pandai-pandailah pelajar cari masa mengundi. Kita boleh laksanakan undang-undang parking yang kerap menyaman atau clamp kereta pelajar kerana ‘ter’ parking di staff parking walhal staff parking banyak ‘gila’ compare to student parking. Setiap kali kena clamp, saman RM20. Apasalahnya buat pula undang-undang, tak turun mengundi saman RM10! Memang kan dimotivasi dengan duit. Jadi implikasinya akan menunjukkan kenaikan peratusan yang datang mengundi. Namun, ia perlu dikaji luar dalam.

Tetapi, sebelum membuta buli melahirkan undang-undang seumpama itu, biarlah cukup ilmu yang diberikan kepada para pelajar tentang pentingnya turun mengundi. Usaha-usaha SRC yang telah berjaya dalam membantah tindakan management dan memenangi hati pelajar, tonjolkanlah. SRC promosikan, (seperti yang sy lihat SRC 09/10’ banyak tonjolkan melalui penulisan di FB), begitu juga dengan STAD. Ini tidak. STAD dilihat menjadi organizer kempen semata, tanpa delivery of the importance of SRC kepada semua pelajar. Itu yang kurang. Sifat manusia, bila pelajar-pelajar melihat hanya SRC people sahaja (yang terdiri daripada rakan-rakan pelajar juga) yang beria-ia promote tanpa support daripada STAD, pelajar-pelajar jadi kurang percaya dan kurang berkenan secara tak langsung.


Clubs & Societies

Selain itu, tak dilupakan juga keperluan kelab-kelab dan organisasi dalam mencetuskan ‘demam pentingnya SRC’ dan demam berkempen. Memang penting. Penting juga untuk sahabat-sahabat daripada kelab-kelab ini pula duduk di kerusi SRC kerana pengalaman dan ilmu berpesatuan yang mereka ada. Tetapi, agak tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pentadbiran kelab, baik Melayu, Cina, India atau pelajar Antarabangsa bilamana tiada orang-orang kita yang sanggup untuk berada di dalam barisan SRC. Kita takkan dapat nafikan ceteknya minda sesetengah golongan yang melihat SRC as 'nothing' or 'something yang menyusahkan' dan tidak ‘fun’. Sebaliknya terlalu mengagungkan-agungkan keindahan pengalaman berpesatuan kecil-kecilan. Kenapa ini berlaku? Kerana mereka jarang didendangkan dengan cantiknya dunia SRC ini. Yang mereka dengar hanya, ‘kau perlu masuk SRC. Kau orang sepatutnya. Kau layak. Kau boleh buat kerja. Kau lah pejuang bangsa kita!’. Tapi itu semata tidak mencukupi. Kekeluargaan dan kecantikan dunia SRC itu perlu ditonjolkan supaya semua orang berani untuk berlumba-lumba berada di kerusi SRC.

Sahabat-sahabat, sy mungkin silap dalam percaturan dalam penyusunan idea. Tapi, sebagai orang kecil yang melihat, memerhati dan berupaya berdiskusi sedikit sebanyak dengan ‘relevant person in SRC’, ini yang mampu sy lahirkan. Tidak sedikitpun berniat menuding jari kepada mana-mana pihak. In fact, diri ini merasa bersalah juga kerana belum cukup upaya menanam benih seutuhnya dalam jiwa sahabt-sahabat yang berpesatuan bersama sy. Tapi, sy yakin kita masih belum terlewat untuk menggerakkan jentera ini.

Dalam masa sama, kita boleh sama-sama kayuh dalam mencungkil bakat-bakat gemerlapan dari kalangan ‘kita’ untuk berjuang di dalam dunia SRC dengan keberanian dan keyakinan mereka setelah disedarkan dengan keindahan dunia SRC. Biarlah ‘kita’ memegang kerusi itu dengan kemenangan bermaruah. Bukan semata menjaga ‘hak’ kita. Niat tidak menghalalkan cara. Jadi, bertindak adillah kepada semua. Sungguhpun kita dicabar dengan perbezaan agama dan kepercayaan, tapi sy pegang satu hakikat bahawa semua pun adalah hamba Allah yang pasti yang berhak diadili. Maka, biar kita bertindak adil kepada semua.

Wallahualam.

Cetusan minda;
Fateen Najlaa Idayu
Mantan President,
University Peer Group 09/10'