Isnin, 2 Ogos 2010

SRC dan Kita

Ketika sy menulis dan melahirkan pendapat ini, sy sedang menjalani kursus di Vistana Hotel, KL. Sedang dalam talk bertajuk, “History of Malaysia”, sy terfikirkan tentang isu SRC di MMU. Agak lama sy menahan diri daripada berbicara tentang ini, kerana sy sedar sy tidak selayaknya berkata. Tetapi, sy fikir penulisan sy kali ini bukan bertindak mengecam mana-mana pihak. Tetapi untuk kita sama-sama berkongsi idea dan cara mencapai matlamat.

Kita tak perlu befikir lama berbincang tentang MASALAH yang mana telah pun datang dan memberi impak sekuat-kuat impak. Tapi adalah lebih baik kita fikirkan tentang solusi kepada semua ini. Tidak perlu menuding jari katakan, ‘Kau salah, pemalas buat kempen!’ ataupun ‘Yelah-yelah,aku salah’ ataupun ‘semua pun tak gunalah!’

Pada hemah sy, masalah MPP tidak ‘glamour’ atau ‘tidak panas‘, terlalu sejuk (bererti tidak ada siapa heran) bukan berlaku di MMU sahaja. Malah di banyak Universiti lain termasuklah KLIUC. MMU tidaklah terlalu hina dalam promosi ‘Undilah!’ kerana sekurang2nya kita ada 20% daripada pelajar MMU yang turun mengundi. Berbanding dengan pelajar Uni lain yang mungkin hanya ada lebih kurang 500 mungkin pelajar yang turun mengundi. Sadis? Memang sadis. Tapi itulah hakikat dunia zaman ini.

SRC Buat Apa?? Apa perlu kita buat?

Ok, kembali focus pada MMU. Persoalan yang orang akan utarakan bila kita ajak turun mengundi barisan SRC, mereka akan kata, ‘SRC? Buat apa? Malaslah! Diorang bukan buat apa-apa untuk kita pun..’. Ataupun lebih sedih, akan ada yang berkata, ‘SRC tu apa eh? Kene undi ke?’ dan sebagainya. Jadi, perkara pertama yang sy ingin ketengahkan adalah perlunya SRC di’glamourkan’, dipromosikan dari semua segi. Dari sekecil-kecil idea/perkara, sampai sehebat-hebat usaha. Selain daripada menjadi medium antara kelab-kelab dan pihak pentadbiran, banyak lagi yang perlu SRC tonjolkan. Kredibiliti dan karisma barisan SRC perlu di'highlight’. Barulah orang lihat, ‘SRC is something that is worth to cast a vote’. Ini tidak, dilihat SRC seperti plain. Maka yang bijak menilai akan terus bijak menilai, yang buta menilai akan terus buta menilai. Sy tahu pentingnya fungsi SRC dan banyaknya usaha SRC selama memenangi jiwa pelajar MMU. Tetapi, bagi yang tidak tahu, mereka perlu diberitahu. Promosi dalam setiap usaha perlu dikukuhkan. Biarpun orang kata ‘SRC gila glamour’, tapi itulah yang akan memulakan segalanya. At least people have come across about SRC.

Seterusnya, sy berpendapat SRC dan STAD perlu banyak turun padang bersama dan dilihat sebagai bersatu. Kerana Student Affairs Division dan Students Representative Council jelas menunjukkan kepentungan mereka adalah Student @ Pelajar. Melihat kebersatuan 2 badan ini dalam kebanyakan perkara, akan membuatkan pelajar-pelajar semakin yakin dengan kondisi mereka d MMU. Ini pendapat sy. Tidaklah sy katakan bahawa STAD tidak ambil kisah atau tahu langsung perihal SRC. Itu silap. Sy sendiri melihat kerjasama 2 badan ini dalam banyak event. Tapi sy fikir ‘kerjasama’ ini perlu lagi kukuh dan utuh. Instead of menjalankan kerja atas dasar tanggungjawab semata-mata, jadikan itu sebagai rutin hidup dalam gerak kerja bersama.

Hasil daripada kerjasama utuh, itulah yang akan bawa kecantikan dalam promosi untuk nominasi baru dalam term baru SRC seterusnya dalam kempen sekiranya anda UNDI MENGUNDI. Banyak sebenarnya usaha yang boleh dilakukan. Kadang-kadang boleh dilaksanakan. STAD adalah sebahagian daripada management MMU. Sudah pasti ada suara bukan? Tak salah rasanya usulkan mewajibkan pelajar mengundi. Pandai-pandailah pelajar cari masa mengundi. Kita boleh laksanakan undang-undang parking yang kerap menyaman atau clamp kereta pelajar kerana ‘ter’ parking di staff parking walhal staff parking banyak ‘gila’ compare to student parking. Setiap kali kena clamp, saman RM20. Apasalahnya buat pula undang-undang, tak turun mengundi saman RM10! Memang kan dimotivasi dengan duit. Jadi implikasinya akan menunjukkan kenaikan peratusan yang datang mengundi. Namun, ia perlu dikaji luar dalam.

Tetapi, sebelum membuta buli melahirkan undang-undang seumpama itu, biarlah cukup ilmu yang diberikan kepada para pelajar tentang pentingnya turun mengundi. Usaha-usaha SRC yang telah berjaya dalam membantah tindakan management dan memenangi hati pelajar, tonjolkanlah. SRC promosikan, (seperti yang sy lihat SRC 09/10’ banyak tonjolkan melalui penulisan di FB), begitu juga dengan STAD. Ini tidak. STAD dilihat menjadi organizer kempen semata, tanpa delivery of the importance of SRC kepada semua pelajar. Itu yang kurang. Sifat manusia, bila pelajar-pelajar melihat hanya SRC people sahaja (yang terdiri daripada rakan-rakan pelajar juga) yang beria-ia promote tanpa support daripada STAD, pelajar-pelajar jadi kurang percaya dan kurang berkenan secara tak langsung.


Clubs & Societies

Selain itu, tak dilupakan juga keperluan kelab-kelab dan organisasi dalam mencetuskan ‘demam pentingnya SRC’ dan demam berkempen. Memang penting. Penting juga untuk sahabat-sahabat daripada kelab-kelab ini pula duduk di kerusi SRC kerana pengalaman dan ilmu berpesatuan yang mereka ada. Tetapi, agak tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pentadbiran kelab, baik Melayu, Cina, India atau pelajar Antarabangsa bilamana tiada orang-orang kita yang sanggup untuk berada di dalam barisan SRC. Kita takkan dapat nafikan ceteknya minda sesetengah golongan yang melihat SRC as 'nothing' or 'something yang menyusahkan' dan tidak ‘fun’. Sebaliknya terlalu mengagungkan-agungkan keindahan pengalaman berpesatuan kecil-kecilan. Kenapa ini berlaku? Kerana mereka jarang didendangkan dengan cantiknya dunia SRC ini. Yang mereka dengar hanya, ‘kau perlu masuk SRC. Kau orang sepatutnya. Kau layak. Kau boleh buat kerja. Kau lah pejuang bangsa kita!’. Tapi itu semata tidak mencukupi. Kekeluargaan dan kecantikan dunia SRC itu perlu ditonjolkan supaya semua orang berani untuk berlumba-lumba berada di kerusi SRC.

Sahabat-sahabat, sy mungkin silap dalam percaturan dalam penyusunan idea. Tapi, sebagai orang kecil yang melihat, memerhati dan berupaya berdiskusi sedikit sebanyak dengan ‘relevant person in SRC’, ini yang mampu sy lahirkan. Tidak sedikitpun berniat menuding jari kepada mana-mana pihak. In fact, diri ini merasa bersalah juga kerana belum cukup upaya menanam benih seutuhnya dalam jiwa sahabt-sahabat yang berpesatuan bersama sy. Tapi, sy yakin kita masih belum terlewat untuk menggerakkan jentera ini.

Dalam masa sama, kita boleh sama-sama kayuh dalam mencungkil bakat-bakat gemerlapan dari kalangan ‘kita’ untuk berjuang di dalam dunia SRC dengan keberanian dan keyakinan mereka setelah disedarkan dengan keindahan dunia SRC. Biarlah ‘kita’ memegang kerusi itu dengan kemenangan bermaruah. Bukan semata menjaga ‘hak’ kita. Niat tidak menghalalkan cara. Jadi, bertindak adillah kepada semua. Sungguhpun kita dicabar dengan perbezaan agama dan kepercayaan, tapi sy pegang satu hakikat bahawa semua pun adalah hamba Allah yang pasti yang berhak diadili. Maka, biar kita bertindak adil kepada semua.

Wallahualam.

Cetusan minda;
Fateen Najlaa Idayu
Mantan President,
University Peer Group 09/10'

Rabu, 28 Julai 2010

Life & Its Limitation

"Life has no limitations, except the ones you make". -Les Brown


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Motivasi, Salam Inspirasi.

Pagi-pagi hari sy terfikir, apa yang sudah lama sy tinggalkan? Oh. Rupanya makanan motivasi. Kebetulan sy cari mood pagi-pagi di Facebook, ambil peluang untuk goda sedikit sebanyak kakak sulung sy yg jauh di perantauan. Sy terpandang kata-kata motivasi seperti di atas. Dan saya tertarik. Hakikatnya, lama sudah sy terbaca ayat itu. Cuma belum berpeluang berkongsi idea dan pendapat di blog ini. Amat sikit rupanya pengisian sy dalam blog ini. Semoga terus dikurniakan peluang dan kesihatan untuk terus berkongsi.

Sy google kemudiannya, who is Les Brown? Ternyata beliau orang hebat. Seorang pakar motivasi. Saya tertarik sekali lagi dengan ayat, "Shoot for the moon and if you fall, you will still be among the stars" yang sy lihat di website rasmi Les Brown.

Ok kita kupas tentang "Life has no limitations, expect the ones you make". Melihat dari sudut kehidupan, sy pasti ini 100% benar. Hakikatnya saudara saudari, rakan taulan sekalian, apa saja yang kita miliki bergantung kepada motivasi diri, keinginan diri dalam mencapai sesuatu. Contohnya, siapa dulu masa zaman kita kecil-kecil, pernah terfikir untuk menggenggam 201A dalam SPM? Tak pernah terfikir. Mungkin ada yang cakap pada diri sendiri, 'ini kerja gila. Tak nak lah ambil 20 subject. Terberak nak dapat score..' Tapi, sahabat kita hari ini berjaya mencapainya. Kerana apa? Kerana dia tidak meletakkan limit dalam usahanya, dalam impiannya untuk menjayakan sesuatu.

Dalam cerita kehidupan lain, selalu kita tolak tepi peranan keutuhan motivasi dan kekuatan iman dalam diri. Kita fikir, apa yang aku nampak depan mata, itulah yang aku buat. Which is, totally wrong! Sebab itu ada kata mengatakan, think out of the box. Kenapa? Perlu kah berfikir di luar kotak? Jawapannya, perlu dan sangat wajib. Sebab itu, kita kembali kepada tajuk utama, hidup ini tiada limitation melainkan apa yang kita cipta. Andai kita menyekat tahap pemikiran, dengan berkata, 'cukup la setakat ni saja aku rancang masa depan aku. Aku tak nampak dah yang lain..' Maka di situ sajalah kemajuan kita. Tetapi jika kita berfikir di luar kotak, rencanakan sesuatu yang mungkin orang lain kata, mengarut atau mesti kau x berjaya, tapi yang penting keyakinan diri kita, dan kita pasti bahawa apa yang direncanakan itu benar, maka kenapa perlu berundur dan berkata, tak apa lah. Aku give up! Ini pendekatan yang menggagalkan dalam hemah saya.

Saya ambil contoh mudah. Kenapa dalam hidup ini kita suka mengagungkan kehebatan orang lain? Sedangkan diri sendiri kita selalu kata, "aku tak hebat mcm si polan. Si polan genius, cepat pick up aku hampeh.." Walhal kita x terfikir pun yang si polan itu punyai usaha yang maha kuat dan kepercayaan pada diri bahawa dia akan berjaya. Dia makan pun sambil baca buku, tidur pun termimpikan buku, buang air sambil baca surat khabar, mandi pun masih bercakap sorang2 menghafal formula, dan sebagainya. Bukan sekadar otak cepat pick up atau gelaran genius. Semua itu bukan. Pokok pangkal apa yang kita set pada diri sendiri. Bangkitlah wahai sahabat. Andai selama ini kita fikir, aku tak boleh buat itu, aku takkan berjaya buat ini. Semua itu kita ubah. Kerana apa? Kerana kita perlu tahu bahawa setiap kegagalan yang kita tempuh dalam kehidupan berpunca daripada cara kita berfikir. Siapa sangka anda bakal menjadi Proffessor satu hari nanti? Atau Perdana Menteri barangkali? Siapa tahu? Segalanya atas kita. Tapi jangan dilupa hukum hakam Allah. Apa yang boleh dan apa yang tidak, jangan pula main redah. Berdosa hukumnya. 

"Shoot for the moon and if you fall, you will still be among the stars" 

Kecil-kecil dulu Abah selalu kata, 'abah nak kau tembak langit. Sebab kalau kau jatuh, kau masih ada awan untuk tampung kau. Kau tak tersembam kat tanah!' Sy fikir, kata2 motivasi abah dulu telah dikomersialkan hari ini oleh Mat Saleh termasuklah Les Brown. Segalanya benar dari sudut motivasi. 

Kecil-kecil dulu, manalah sy layan sangat motivasi. Memang nak termuntah bila mendengar orang menasihati. Tapi somehow bicara motivasi abah memainkan peranan yang maha hebat dalam diri saya. Sy mula terfikir, patutlah beria-ia abah nak sy jadi doctor. Kerana pada pemikirannya, doctor adalah profession tertinggi dalam carta Career Profesional.

Berbalik kepada Shoot for the moon and if you fall, you will still be among the stars, sebab itu mak bapak kita kecil-kecil selalu kata, 'esok kamu periksa ye nak? Nak dapat A kan? Bagus anak mak...' Walaupun peperiksaan subject Muzik. =p. Mak bapak kita juga selalu pesan, 'belajar sungguh2. Biar dapat no 1.. Nanti dapat hadiah..' Semua itu adalah motivasi seperti yang sedang kita bincangkan. Kenapa mak tak kata, 'kau tak payah dapat A pun xpe. Kau lulus pun mak dah bangga dah nak oi..' atau 'kalau kau dapat nombor 20 mak buat kenduri doa selamat..'?? Sebab apa? Motivasi itu penting. Kerana bila kita usaha yang termaksimum, andai tidak berjaya mencapai no 1 pun mungkin no 2. Takkan punya usaha kuat sungguh tiba2 dapat nombor paling corot. Mustahil. Sbb itu saya selalu target A dalam apa jua exam. Walaupun tau subject susah giler tapi positifkan minda lah. Jika awal-awal dah selamat target C, insyaallah fail lah tu. =)

Tapi kawan2, dalam apa saja usaha, apa saja tanaman motivasi yang kita lakukan, segalanya perlu balik kepada Allah SWT. Segalanya datang dari Allah swt. Itu sudah pasti. Cuma ingat saja janji Allah, Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Begitu juga kita. Tanpa usaha, takkan boleh berjaya. Usaha semata juga tidak membawa apa-apa yang pasti. Kerana redha Allah itu yang paling penting. Segalanya berbalik kepada Pencipta. Segala yang kita punyai, yang kita miliki adalah pinjaman dariNya. Berdoalah agar direstui tempoh pinjaman yang lama sebelum ditarik semula oleh Sang Murabbi.

Saya sekadar berkongsi cerita. Andai sudi berkongsi sama, silalah ke Comment. =)

Wallahualam.

~Seorang pejuang memang miskin rehat kerana kaya dengan semangat..... Renung2kan..

Rabu, 9 Jun 2010

Perjuangan dan Keletihan

"Sesungguhnya, bagi seorang pejuang, memang miskin masa rehat" 
~ Secangkir Teh Pengubat Letih, Ustaz Hasrizal


Bismillahirrahmanirrahim.

Terdetik hati di pagi hari berkongsi cerita, berkongsi rasa. Memandangkan kesibukan yang belum susut terus, menghalang diri untuk meng-update blog selalu. Tetapi pagi ini sy terasa sedikit 'free' memandangkan during the 1st week of the trimester, there will be no tutorials. =) Seronok juga. Bangun pagi2, toleh kanan toleh kiri, layan emosi sikit2, kemudian update blog. Fresh rasanya.

Di dalam usaha sy mendidik diri dan sahabat2 lain melalui keaktifan menguruskan kelab dan program, seharusnya semua sedar bahawa ia tidak berhenti pada tahap 'menjulang nama' semata-mata. Baik nama organisasi ataupun nama diri sendiri. Tujuannya bukan itu. Tapi banyak perkara terselindung di dalamnya. Jadi, bila tiba masa kini bila mana sy menghitung hari untuk melepaskan tanggungjawab yang bukan kecil ini kepada pucuk pemerintahan seterusnya, sy terfikir-fikir, ke mana agaknya aku pergi selepas ini?

Hajat di hati ingin terus menyepi dari dunia program, kelab dan persatuan. Merajuk hati??? Langsung tidak. Tidak ada sezarah pun penyebab untuk saya berasa begitu. Malah, berbesar hati sy kerana setidak-tidaknya organisasi yang pernah diterajui sedikit sebanyak maju ke hadapan. Walaupun hanya maju setapak, bukan sepuluh tapak. Yang pasti perlu ada kesyukuran dan rasa gembira di situ. Alhamdulillah Ya Allah, telah Kau beri aku nikmat untuk merasai segala pengalaman dan menikmati ilmu Mu Ya Allah. 

Kembali pada isu menyepi. Sy ada sebab tersendiri kenapa sy merasakan perlunya sy bertindak begitu. Satu, kerana sudah tiba masanya untuk kembali fokus 100% kepada pelajaran sy. Semoga berjaya graduasi dengan keputusan cemerlang. Insyaallah. Dua, kerana sy fikir sy perlu beri ruang kepada diri untuk rehat. Sampai badan jadi kurus. Tiga, kerana sy tahu kapasiti diri saya. Cukup setakat ini. Saya tidak mampu terbang jauh lagi. Diri terlalu kerdil. =) - Pada pengamatan saya.

Tapi, bila saya sampaikan hajat saya kepada beberapa orang sahabat, ada yang terdiam, ada yang tergaru2 kepala. Ada yang kata, kau betul ke ni? Dan ada juga yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap perancangan sy. Teringat Sahabat Seperjuangan, Wan Najmuddin pernah berpesan. Orang baru sudah tiba masanya untuk menuntut ilmu dan pengalaman seperti mana orang lama. Dan untuk org lama, tiada istilah berehat untuk mereka. Banyak lagi ilmu di dunia perlu diteroka. Benar katanya. Membuatkan saya selalu terfikir-fikir, terkenang-kenang. Sehingga 1 hari saya menghayati pembacaan buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal, Secangkir Teh Pengubat Letih. Sesungguhnya bagi seseorang pejuang memang miskin masa rehat. Maka saya berfikir lagi, tak patut sy katakan ingin saya berehat kalau saya terus ingin menjadi pejuang. Walaupun bukan pejuang untuk semua, tapi untuk diri sendiri sekadarnya.

Sesungguhnya, memang Allah swt lebih mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketika saya mula merancang untuk berehat dari dunia keaktifan ini, saya didatangi peluang yang sukar untuk saya tolak. Allahuakbar. Umie sy sendiri berpesan, buat keputusan yang terbaik tapi ingat, peluang tidak datang 2 kali. Jadi saya bersetuju untuk mewakili MMU dan seterusnya berada di dalam pasukan delegasi Malaysia untuk Global Model United Nations. Insyaallah perjuangan saya bersama Rezal dan seorang lagi pelajar dari MMU Cyberjaya. Semoga peluang ini membawa seribu erti perjuangan untuk kami dan memberi makna hebatnya ilmu pengetahuan di luar sana yang masih belum sempat kami terokai. 

Cumanya, yang buat hati saya gusar bila mana saya akan terpaksa meninggalkan MMU buat masa 1 minggu pada 20-25 June nanti kerana delegasi Malaysia untuk GMUN terpaksa menghadiri kursus di KL. Senak kepala saya bila dimaklumkan. Kerana saya baru hendak kembali skema dan nerdy dalam pelajaran. Tapi saya positifkan diri saya. Moga Allah bantu saya mudahkan segala perjalanan perjuangan saya.

Saya sayangkan value Muslim dalam dunia ini. Cukup perit kita lihat teman-teman seperjuangan Islam terpaksa suffer di Gaza. Mereka punya agama dan iman yang sangat kuat. Sedangkan kita di sini bersenang lenang goyang kaki buat tak tahu aja apa yang berlaku. Tak cukup lagi, senang lenang kita goyahkan iman sendiri, rendahkan martabat diri sendiri walhal kita Muslim. Saya melihat dari persekitaran MMU. Sedih juga. Bukan kerana cemburu dengan kehebatan Cina, India. Bukan. Sy berbangga dengan hasil usaha kerja rakyat Malaysia. Tapi sedih kerana kebanyakan Muslim tidak sedar tentang pentingnya mereka untuk bangkit. Bangkit, tonjolkan diri kehadapan demi memastikan orang lain tidak memandang lekeh pada hebatnya sang Muslim. Sampai bila kita hendak mengagumi hebatnya diri Pepimpin yang bukan Islam? Sampai bila kita hendak menunggu dan terus menunggu pemimpin Muslim kita dihormati dan dikagumi pelajar bukan Islam? Kita fikir. Kita usaha. Kita bangkit. Dan sebab itu, saya melihat frasa ayat di atas sana tulisan Ustaz Hasrizal benar-benar membuatkan saya kembali bangkit. Kerana jika benar kita pejuang, demi diri sendiri, demi agama, tak perlu dipertikaikan andai kurangnya masa rehat kita....



Wallahualam

Isnin, 24 Mei 2010

Hebatkah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt  dan Salam 1 Malaysia.

Lama tidak sy lemparkan pandangan, atau sisipkan perkongsian kehidupan dan motivasi di blog ini. Penuh sawang nampaknya. Maaflah ye sekiranya ada yg menanti. Jika ada. Jika tak ada pun tak mengapa. Saya terlalu sibuk menjalani urusan seharian. Sedikit sebanyak hanya mampu memberi update di blog alkisahnya. Tapi tak bermakna blog ini terus saya tinggalkan. Blog ini masih memberi makna besar kepada saya.

Hari ini saya nak bercerita tentang kehebatan manusia. Hebat sangat kah kita ni? Tak hebat mana pun. Segala yang kita punya adalah milik Allah swt yang dipinjamkanNya kepada kita untuk sementara. Yang hakiki, hanyalah Dia. Alkisahnya, semalam saya mengalami satu peristiwa. Yang memanggil saya untuk menulis perihal ini. Mungkin kerana geram? Atau mungkin kerana terpanggil untuk mengusik isu berlagaknya manusia bila punya pangkat, nama, darjat. Tak mengapa. Kita bincangkan dahulu.

Semalam, saya pergi berjumpa seorang teman lama. Dia tinggal bersama makciknya kini di sebuah bandar yang di panggil persekutuan. Hebat. Makciknya hebat. Punyai pangkat di sebuah kementerian. Punyai gelaran Dato'. Kerajaan memberinya rumah untuk diduduki sementara bekerja, sebuah rumah yg saya kira, banglo agaknya. Walaupun hanya diduduki oleh beliau, anaknya, bibiknya dan teman saya ini. Tapi, teman saya ini hanya duduk sementara. Jadi, sebuah rumah mewah itu hanya diduduki oleh 3 orang penduduk tetap sahaja. Kerajaan juga menyediakan kemudahan sebuah kereta Perdana V6. Standardlah kan. Kerajaan akan bagi kereta buatan Malaysia yang paling hebat. Baguslah. Sbb dia berjasa untuk kerajaan. Sy juga difahamkan dia memegang darjat Jusa C. Hebat. Hebat.

Kebetulan, tengahari itu sy leka berborak cerita2 lama dengan teman ini dalam biliknya. Biasalah. Gossip2 awek muda. Lama tak bersua. Tiba2 terdengar bunyi Pon-Pon. Oh, makciknya sudah pulang dari kerja agaknya. Teman sy meminta sy mengalihkan kereta. Sy pun turun. Mungkin sedikit lengahlah. Sy turun untuk mengalih kereta yg saya parkir, remote kereta pula buat hal. So, disitu mungkin ada lewat 30saat. Tiba2 sy dengar enjin kereta mengaum, vroom vroom. 2 Kali. Bermakna, kepada sesiapa yg tahu membawa kereta ia bererti pedal minyak ditekan. Tak sempat sy alih kereta, kereta Perdana V6 hitam meluncur laju terus masuk ke belakang kereta yang saya parkir. Pelik sy. Tadi suruh alih. Sekarang kereta di blok pula. X mengapa. Sy tetap alih ke satu sudut tepi. Kemudian, makcik itu tadi terus keluar kereta, hentak pintu dengan hebat, laju2 masuk rumah. Tercengang saya melihat muka berkerut2nya. Dalam hati berkata, aku ni tetamu. Macam kena balik je macam ni punya gaya.

Teman saya masa itu berdiri dipintu tak terkata apa. Makciknya hanya berkata, "Umi nak cepat ni!" Sy tak pasti apa perasaan yang perlu saya ada. Nak marah, tak perlu kot. Sebab itu memang rumah dia. Walaupun atas belas ihsan kerajaan. Walaupun kerajaan mampu untuk sediakan kemewahan itu semua pun kerana duit cukai yang dibayar semua rakyat jelata. Jadi bagaimana? Yang sy fikir masa itu, Hebat sangat kah dia ni??

Sy masuk ke dalam rumah setelah selesai mengalih kereta, sy lihat kelibat makcik sudah tak ada. Teman sy duduk di dapur bersama sepupunya. Saya pun duduk sekali. Tapi, otak saya sangat jamm waktu itu. Tak terkata apa. Masih terkejut dengan aksi berlagak murahan org kerajaan yang punya nama tapi tak punya rasa hormat. Sy kemudian katakan kepada teman sy, sy mahu pulang. Dia kelihatan bersalah. Tapi sy tekankan, bukan salah dia.

Yang saya pelik perihal manusia ni, bila kita terlalu rasa hebat, kita selalu lupa untuk hormat pada manusia lain. Tak kisahlah muda atau tua, kanak2 atau budak terencat akal. Mereka tetap manusia. Sampai bila seseorang yg punyai pangkat, akan terus memegang pangkat nya? Sampai ke liang lahad kah? Tidak sama sekali! Sampai ke bacaan talkin kah gelaran Dato' akan dibawa bersama2 namanya? Tidak! Sampai kuburkah dia yang punyai harta akan terus membawa hartanya bersama? Mesti tidak! Jadi apa yang tinggal? Jika dengan sifat ini, tak punyai rasa hormat, tak punyai skill hubungan baik sesama manusia, alamatnya. Haih, payah nak dibicarakan. Mungkin bila mati, orang lupa tentang kehebatannya, orang sibuk berkata tentang sifat buruknya. Hati manusia. Kita sendiri tahu jika sekali kita rasa sakit hati, sampai mati akan kita ingat. Nauzubillah. Sy tak mahu jadi seperti itu.

Berkali-kali teman sy meminta maaf atas sifat makciknya. Sy katakan, bukan salah dia. Tapi salah tuan punya badan. Masih terngiang2 deruman enjin kereta vroom vroom. Sy rasa amat tak boleh diterima akal. Sy persoalkan, kereta perdana itu manual ke? Kalau manual ada logiknya mungkin untuk balance kan clutch dan minyak, enjin mengaum lebih. Tapi, kalau automatik, tak ada relevannya di situ. Tapi  tak mengapa. Anggap je itu kesilapan sang kaki yang lenguh menekan brek. Huh. Tak lama lepas kami bersiap untuk keluar, teman saya bertanya kepada bibik. Dato' buat apa? Bibik jawab, Dato' tidur. Sy menggeleng lagi. Tadi kata nak cepat, tapi boleh tidur pulak. Haih. Manusia..

Geram hati sy. Sy bebelkan sepanjang saya memandu. Tapi masih cuba mengeluarkan bicara manis menghiris kalbu lah.hehe. Sebab, golongan berlagak hebat seperti inilah yang membawa imej buruk kepada badan Eksekutif kerajaan. Orang lihat seorang bersifat seperti ini, orang terus membuat kesimpulan, semua ahli kerajaan berlagak. Walhal tidak! Itu masalah nya. Tapi jangan salahkan masyarakat semata-mata. Kerajaan perlu ambil berat tentang imej yang dibawa oleh eksekutifnya, kerana imej itu yang melambangkan mereka. Taubat rasa saya untuk ke rumah itu lagi. Lain kali jumpa di tempat lain jelah teman ye! Entah lah. Saya memang sensitif sangat dengan perkara seperti ini. Mulalah saya nak kata, kamu ni belajar tinggi, kerja bagus, otak pandai. Tapi still sesama manusia kamu, kamu di tahap palik buruk. Kamu perlu pergi sesi kaunseling, belajar tentang motivasi hidup. Manusia kurang motivasi, dia kurang toleransi. Dia kurang prihatin. 

Kalau saya ni manusia yang tak pernah keluar dari kepompong hidup keluarga saya semata, tak mengapa. Memang keluarga saya orang biasa. Tidak berpangkat tinggi. Tapi tahu erti Hormat. Hakikatnya, saya pernah saja berhubung baik dengan golongan Datuk, yang berpangkat. Ahli dewan undangan negeri, pihak jabatan ketua menteri, tapi tak dalah berlagak sampai tahap ini. Saya minum semeja dengan orang-orang hebat mcm ini. Tak ada pun perangai berlagak mcm Dato' tadi. Haih. Tak boleh terima dek akal sungguh!

Tapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah kadang2 kita sebagai manusia lemah ni kita lupa. Lupa pada hakikat kehidupan yang sementara. Lupa pada pinjaman nikmat yang sementara. Yang bukan milik hakiki kita. Kita lupa diri. Kita lupa segalanya adalah tawaran yang boleh menterbalikkan iman, yang memanaskan hati kita. Tatkala itu sang Syaitan suka lompat2, gelak guling2 menghanyutkan hati manusia dalam dunianya sendiri. Hidup bukan hubungan antara kita dan diri kita semata. Hidup adalah hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan Alam dan hubungan kita sesama manusia. Kalau satu pun kita tinggal, tidak lengkaplah sesebuah perjalanan yang dipanggil Way Of Life. Iaitu, Islam. Jadi, walau di mana kita berada, elok kita persoalkan semula kepada diri sendiri, 'Hebatkah kita ni??'

Wallahualam

Ahad, 18 April 2010

Career Fair 2010 - Dont MISS it!


Salam & Greetings to all!

Good news to all MMU Students! UPG Melaka in collaboration with STAD MMU Melaka will be organizing a beneficial event called CAREER FAIR 2010 on this20-22 April 2010. All students are advised to come because we will provide you with SAPS Point, Goodies Bag, Lucky Draw (Ipod, Printer, Pendrive 4GB and many more).

Special treatment to UPG Members! We are going to open a pre-registration booth for everyone who wish to register as UPG Club members for the term 2010/2011. And it is for FREE!

Grab the chance! Companies are coming down to interview brilliant studentsfrom MMU Melaka especially the final year students. 

Details of the event:
Day: Tuesday - Thursday
Date: 20-22 April 2010
Venue: Examination Hall MMU Melaka

Highlights event of Career Fair 2010:
  • CAREER EXHIBITION (from 9am-4pm)
  • CAREER TALK from Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Tuesday, 11am-12pm) 
  • CAREER TALK from Telekom Malaysia Berhad (Wednesday, 11am-12pm)  
  • CAREER TALK - from CIMA (Thursday, 11am-12pm) - Advisable forAccounting Students! 
  • LUCKY DRAW (Ipod!!) 
Don't MISS it!! See you there!!

Regards;
Career Fair 2010
MMU Melaka

Selasa, 30 Mac 2010

Siapa Gerangannya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sehingga hari ini, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan President UPG akan datang, yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan sebuah kelab yang berteraskan kaunseling dan motivasi dan mengetengahkan program-program kebajikan. Jangan soal saya, siapa gerangannya. Jangan soal siapa-siapa. Kerana masih tiada jawapan, ilham masih kabur-kabur. Tapi saya yakin, memang ada. Cuma masing-masing akan rasa surprise nya nanti. Tiap-tiap hari saya pasang harapan moga Allah turunkan ilham bagi saya melepaskan port-folio yang tidak mudah ini kepada insan bertuah itu.

Apa-apa pun persoalan yg berlegar-legar difikiran semua pihak, saya hanya ingin sampaikan amanat. Moga-moga tatkala datangnya ilham tentang perlantikan ini, beliau telah mula merencanakan yang terbaik.

Memegang title 'President' bukanlah atas dasar kemegahan nama. Langsung tidak. Jauh sekali untuk mengejar undi populariti mahupun memecah tradisi. Tiada apa tradisi yang perlu dipecahkan selain menggalas tanggungjawab dan amanah Allah ini sesempurna mungkin. Secara moralnya, kita dapat melihat dalam apa-apa bentuk organisasi atau pertubuhan sekalipun, pasti wujud suara-suara mainan 'politik'. Politik pasti wujud tapi sebagai pemimpin muda, yang baru terbit, saya hanya melihat itu sebagai satu cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab Allah. Saya percaya, apabila seseorang itu dilantik untuk menjadi pemimpin oleh masyarakat atau komuniti, itu adalah amanah Allah. Jadi sedaya upaya saya, saya belajar merasa perit dalam merencanakan segala yang perlu saya tunaikan.

Ingin saya kongsikan, sebagai seorang pemimpin kepada UPG akan datang, perlu ada pemikiran kritis dalam soal agama. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, "Fateen, sanggup ke kau dipersoal di akhirat kelak, ke mana telah kau salurkan kuasa dan tanggungjawab kau semasa memegang tampuk pemerintahan UPG?" Takut dan ketar sy memikirkan, telah saya lakukan yang terbaikkah untuk semua yang meletakkan pelaburan dalam UPG?

Contohnya, setiap ahli membayar RM5. Tapi adakah saya telah laburkan setiap sen wang itu di jalan yang berkat? Supaya tangan yang membayar pelaburan itu menerima hasil pahala yang sama? Adakah telah saya salurkan setiap sen itu di jalan kebajikan Fi Sabilillah, ataupun di jalan hiburan? Makin dalam saya fikir, makin saya rasa debar. Ya Allah, selamatkanlah aku selalu dalam menjalankan tanggungjawab ini agar aku jauh dari simpang-simpang hidup yang menyesatkan.

Saya juga berasa takut, bersalah dan kecewa sekiranya telah saya kerah tenaga ramai anak-anak muda dalam menggerakkan program-program UPG, tetapi telah saya gagal dalam menggerakkan jiwa mereka untuk mengejar kecemerlangan dalam akademik. Berdosa saya rasa, seakan-akan mementingkan diri dan UPG sedangkan kepentingan akademik mereka tidak ditekankan. Ini adalah saya. Saya tidak mahu dipersoal kemudian hari, "mengapa semasa kau memegang kuasa, kau bertindak tidak menjaga kebajikan anak-anak buah?" Tak campur lagi dengan ketidakupayaan saya menarik semula golongan yang menyimpang dari segi sosial. Masyaallah. Sesungguhnya saya tidak terdaya. Sekadar termampu, saya usaha yang terbaik.

Tapi apa-apa pun, inilah manusia. Apabila saya menekankan isu akademik, ramai yang memilih untuk berahsia. It is private and confidential katanya. Tapi apabila mempamerkan keburukan sifat kita, jelas-jelas, terang-terang, tiada pula yang private and confidential. Untuk pemimpin akan datang, baik lelaki mahupun perempuan, baik kecil molek mahupun sasa badannya, baik cantik ataupun handsome, ini adalah tanggungjawab kamu. Dan saya percaya scope tanggungjawab ini bukan sekadar untuk UPG, mahupun semua organisasi yang ada khususnya di dalam MMU ini sendiri tetapi untuk semua yang memegang definisi pemimpin. Bukan sukar, sekadar bertanya, bagaimana pelajaran? Jika cemerlang, tahniah! Jika gagal, jangan putus asa. Naikkan motivasi mereka. Tapi hakikatnya, ia tak mudah seperti yang kita selalu bayangkan.

Saya belajar sesuatu apabila saya menerajui UPG. Mengenali ramai manusia dengan pelbagai gaya pemikiran, pelbagai ragam, pelbagai gaya pengolahan perasaan. Dan yang selalu saya pegang, "The hardest in this world is NOT to achieve one huge AIM, but to DEAL with the heart of the people." Ini kerana sifat manusia berbeza. Lain orang, lain expectationnya. Doalah yang terbaik supaya dalam berjuang, tindakan kita tidak menyimpang.

Banyak yang ingin saya kongsikan, tapi saya kira cukup buat waktu ini. Ingin saya lihat pemimpin-pemimpin muda bangun mengejar yang terbaik untuk bangsa dan agama. Selalu saya katakan, "Ini Dakwah cara KITA". Kerana saya percaya, ini yang kita mampu, jadi kita teruskan. Selagi ianya tidak menyimpangkan jiwa-jiwa masyarakat yang kita dekati, itu sudah cantik pada saya. Oh ya. Dan paling penting, sesibuk mana pun anda, sebesar mana pun tanggungjawab anda, seberat mana pun beban terpikul di bahu dek tanggungjawab memimpin, harus diingat, tanggungjawab terhadap Allah swt dan kedua ibu bapa. Itu tanggungjawab hakiki. Tanggungjawab memimpin organisasi hanya bersifat sementara. ~ Memetik kata-kata Pn Fauzianita. 

Masa berlalu agak pantas. Saya mula mambayangkan, bagaimana agaknya hati saya bergetar tatkala perlu saya ucapkan "Sayonara" kepada pucuk pemerintahan UPG 09/10'. Teruslah mendoakan yang terbaik untuk kami. Selagi ada masa untuk berkhidmat. Fi sabilillah. Wallahualam.

Ikhlas;
Fateen Najlaa Idayu
President,
Universiti Peer Group 09/10',
MMU Melaka

Isnin, 8 Februari 2010

Jiwa Kita

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa pernah bicara yg dia nampak sama jiwa? Jika ada, percayalah. Dia hanya menipu dan berdusta. Kelentong. Auta. Semualah utk dia. Tapi, kalau dia kata, dia punyai jiwa mestipun dia x mampu buktikan kehadirannya, haa.. yg ini sy setuju. Sy UP markah dia! memang dia bijak. Dia punya jiwa, anda punya jiwa, sy punya jiwa, Kita punya jiwa.

Bedanya cuma, seutuh mana jiwa anda, jiwa dia, jiwa sy? pastinya x sama. Kita memegang jiwa kita, sepatutnya seerat kita menggenggam iman di dada. Kadang2 kita lupa, kita kata kita hanya perlu jaga hubungan kita dan Allah. Habis, bagaimana hubungan kita sesama manusia? Hai kawan2, jangan jadi pelupa. Jangan jadi pendusta. Yang berdusta kepada diri sendiri.

Kita tau kita ada jiwa yg harus kita pegang utuh. Supaya org x kata, 'kau ni lalang lah!' Supaya org x jaja bahawa 'dia tu hampeh. pengecut. hipokrit!' Pada sy, jika kita pegang erat sama jiwa kita, seperti mana kita jaga cantik iman kita, insyaallah kita tidak akan dilemparkan dengan kata-kata penilaian seperti itu.

Tapi itu pada pendapat sy. kerana apa sy utarakan topik ini? kerana sy mulai bosan dan benci. Pada manusia yg katanya punyai jiwa, tapi hakikatnya rapuh. Ke kiri mengikut rendah si polan, ke kanan mengikut gaya si minah dan di tengah mengikut kata si boyan. Sampai bila kita nak begitu? Kerana jiwa kita rapuh, kita buat 1 bangsa kita terhina. hanya kerana diri kita seorang. berbaloikah??
Wallahualam