Rabu, 28 September 2011

Satu Inspirasi


Bismillahirrahmanirrahim.

Budak kecil di atas, selalunya dikatakan mempunyai iras wajah saya. Hakikatnya dia bukan anak saya, tetapi anak buah saya. 

Nampak budak kecil di atas seperti kecil. Memang kecil di mata. Tapi di hati saya, besar penangannya.

Bila mana saya sunyi, saya bosan, saya rindu, dia menjadi salah satu inspirasi saya untuk terus bangun dan hidup dengan ceria.

'Kakak nak tak duduk dengan Ucu, jadi anak Ucu?'

'Nak. Nak.'

'Kakak tak kisah? Nanti tak boleh jumpa Mama, Papa, Irdeen, Marrissa.. Kakak tak rindu diorang nanti?'

'Tak kisah. Kakak nak duduk dengan Mama Aten. Kakak takkan rindu punya.'

**Ucu adalah bahasa diri saya. Mama Aten adalah panggilan anak-anak buah pada saya**

Waktu saya nak balik ke Melaka, budak kecil ini menghantar saya ke pintu rumah, kemudiannya menghantar saya ke pagar pula. Ketika di pintu rumah:

'Mama Aten dah nak balik ke?'

'Haah. Ucu kena balik Melaka. Kena belajar..'

'Kakak nak ikutlah!'

'Mana boleh. Ucu kan belajar..'

'Kan semalam Mama Aten kata Kakak boleh duduk dengan Mama Aten..'

'Erk..'

Bila di pintu pagar, dia hadiahkan flying kiss bukan main banyak. Haih. Sweet.

Kesimpulannya, jangan bergurau senda dengan anak-anak buah dengan perkara-perkara nonsense. Inilah contoh apabila anak buah menjadi inspirasi kepada makcik dan makcik menjadi inspirasi kepada anak buah. 

Kami berdua memang ngam mungkin kerana masa dulu selepas waktu pantang kakak saya, saya yang baby-sit budak kecil ini. ;) Tapi anak-anak buah lain pun saya ngam juga. Maklumlah, saya lah geng bas sekolah mereka. Yang penting, anak-anak buah saya, adalah inspirasi saya.

Haih Najlaa. Jangan sampai bawa lari anak orang sudah.. Oh ya. Budak kecil di atas namanya Ayu Irdeena Batrisya. Selalu perasan cun macam Siti Nurhaliza. ehehe

Subhanallah. Besarnya nilai satu inspirasi.

Tazkirah: Anak Muda Zaman Sekarang

Anak muda zaman kini,
Keluar sana sini pakai bikini,
Peluk comolot bagai laki bini,
Tak mahu Syurga, Neraka diingini.

Anak muda zaman sekarang,
Gaduh sikit je dah angkat parang,
Mudah sangat nak naik berang,
Suka buat yang Allah larang.

Anak muda oh anak muda.
Kita dok sebok kejar fantasi dunia.
Kita lupa sifatnya hanya sementara.
Moh lah kembali ke jalanNya.

Tazkirah: Jihad Jalan Allah, Takkan Pernah Rugi

Mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi,
Ingat! Bukan untuk meninggi diri,
Bukan juga untuk berlagak kata 'hebatnya aku ni!',
Tapi untuk belajar erti mensyukuri nikmat Ilahi.

Semoga berkat ilmu belajar di Universiti,
Menambah rasa rendah diri sbg hamba yang hakiki,
Semoga kita tak hidup syok sendiri,
Ingat sikit orang susah di kanan kiri.

Good luck kawan2 yang ada exam hari ini,
Jihad di jalan Allah, takkan pernah rugi.

Tazkirah: Untuk muda-mudi

Anak muda zaman kini
Rindu sayang sana sini
Laki janji awek nak buat bini
Last last dia cabut lari

Anak muda zaman skarang
Hari hari bersayang-berabang
Kalau sayang masuklah meminang
Jgn lambat, nanti awek di kebas orang

Anak dara zaman kini
Tgh exam pun sempat ber-fb
Haih sungguhlah tak sedar diri
Dah dah pi study pi!

Jumaat, 2 September 2011

Aku Mohon Allah Permudahkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Blog diupdate atas 2 sebab:
1. Sebab tgh dalam mood nak berkongsi
2. Sebab tengah boring(gatal balik Melaka awal)

Saya baru usai berbincang dengan Kak Nashita, Pegawai Jabatan Ketua Menteri Melaka. Berkenaan dengan usaha untuk membantu seorang adik. Macam mana nak mula cerita pun tak reti.

Saya fikir ini semua tanggungjawab dan amanah yang Allah turunkan untuk kami. Malah saya yakin. Susah ke, senang ke, kena berani. Allahuakbar.

Hari tu masa UPG buat program Iftar di sebuah pusat kebajikan yang rata-rata penghuninya warga tua yang ada masalah mental, ada seorang remaja berusia 18 tahun tersesat di situ. Tersesat bermaksud; dalam semua orang tua, dia seorang je yang muda remaja, pula tu dia tak ada masalah mental. Allahuakbar. Ujian buat dia.

Ni semua kerja Allah kan. Hari tu tak plan pun nak pergi join program tu tapi kebetulan minggu tu free dan tak balik KL so singgahlah tunjuk muka bagi support kan adik-adik dalam berkebajikan. Alhamdulillah. Berjaya program tu pada penilaian seorang amatur macam saya.

Hasrat nak singgah je hari tu bertukar menjadi satu penglibatan yg lama juga semuanya sebab Jannah pass satu 'kes' pada saya. Kes adik ni lah. Ya Allah. Kesian. Umur baru 18 tahun, emak meninggal dunia sebab cancer, ada adik lagi 2 orang yang bersekolah dan belum bersekolah, ayah terperangkap dengan kesilapan diri sendiri.

Makciknya decide untuk menghantarnya di pusat kebajikan tersebut manakala dua adiknya di pusat kebajikan lain. Dia tak boleh dimasukkan ke rumah anak yatim kerana had umurnya. Maka tersesatlah dirinya di situ. Persoalan saya, kenapa ke pusat kebajikan orang tua yang sakit mental?

Tak sampai hati saya. Memikirkan yang masa depan dia perlu dibela, tambah lagi dalam tempat tu tak ada benda bermanfaat pun yang dibuat. Paling bermanfaat pun dia membantu pekerja beri pakcik makcik yang tua-tua tu makan, makan ubat. Allahurabbi. Bangun tidur dikelilingi pesakit mental. Kalau saya, saya pun boleh jadi mental.

Harus diingat. Manusia dipengaruhi dengan persekitaran.

Barangkali waris keluarganya ada alasan tersendiri menempatkannya di situ. Mungkinlah. Positiflah dalam berfikir.

Saya teringat saya cakap dengan Jannah, 'Jannah, you have to make an effort to help her to get out of here. This is not a suitable place for her'. Well, it's a fact. Kalau compare dengan sekolah tunas bakti, i think its better. At least belajar juga kemahiran, berkawan juga. Ini bangun tidur tengok orang berjalan ukur tapak, menjerit-jerit, dan sebagainya. Satu tumbesaran yang amat tidak sihat.

'Dalam ni adik ada baca buku ke, mengaji ke tak?', tanya saya.
'Buku tu takde tapi kadang-kadang dapat lah baca Mastika ke, Media Hiburan ke, macam tu lah..'
'Adik ada bawak Al Quran tak?', soal saya lagi.
'Tak bawak....', jawabnya.
'Kat sini solat mcm mana? Berjemaah ke sendiri-sendiri?', tanya saya lagi.
'Solat sendiri je. Kat surau..', perlahan dia menjawab.

Ok. Got da picture. Ni semua salah Jannah sebab merefer kes ni pada saya membuatkan jiwa saya gundah gulana. Cis. Hehe. Syukur, syukur.

Saya dan Jannah berjanji untuk membantunya setakat termampu. Siapalah kami nak ubah pendirian keluarganya kalau memang mereka decide untuk tinggalkannya di situ walaupun dalam tempoh beberapa bulan. Seminggu pun saya dah boleh trauma rasanya.

Jujur betul adik ni bila menjawab. Kasihan.

'Adik ada nangis tak duduk sini?', soal saya ketika berbuka puasa.
'Ada, kadang-kadang saya fikir Ya Allah, apalah nasib aku kena masuk sini.. Tak sanggup kak..', perlahan dia menjawab.
Luluh juga hati saya. Kalaulah saya di tempat dia. Tak boleh saya bayangkan.
'Tak apa dik. Ada hikmahnya. Sabar sikit. Kita sama-sama usahakan k. Kalau adik ada anak nanti, adik nak tak anak adik duduk sini, rasa mcm yang adik rasa?', saya tanya perlahan. Cuba menyelitkan hikmah yang tersembunyi kalau-kalau dia tak pernah terfikir.
'Tak nak kak.. Tak nak..', yakin dia menjawab.
'Itulah hikmahnya. Supaya bila adik ada anak, adik tak buat anak adik macam ni..', saya menyambung.
'Ok kak..terima kasih..'

Sebenarnya memang tak banyak yang mampu saya tolong. Saya memikirkan kesibukan saya dengan assignments semester akhir ni yang terlalu menguji, dengan Peuehaba Aceh lagi, UPG sendiri saya tak terbantu. Bersalah juga rasa. :(

Entah macam mana siang tadi saya sms adik ini. Bertanya beraya di mana, dengan siapa dan sebagainya. Sebab saya dan Jannah ada merancang untuk bertemu Makciknya. Mungkin boleh bertukar pendapat. Concern kami adalah dari segi persekitaran si adik ini yang tidak sesuai untuk tumbesaran mental dan emosinya.

Saya TERbalik Melaka awal. Memang tiada motif. Tapi inilah hikmahnya. Saya tergerak hati utk merefer kes adik ini kepada Kak Nash. Dulunya Pegawai Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa, JKMM. Banyak bekerjasama dengan UPG membantu program-program kebajikan untuk warga Melaka. Walaupun sekarang dia dah bertukar jabatan, tapi saya fikir mungkin ada jalan dia boleh tolong. Sms punya sms, last-last, kami jumpa berbincang.

Saya dapatkan complete details pasal adik ni tadi. Kami berdua bincang apa yang boleh tolong. Banyak je jalan sebenarnya, tapi apa-apa pun terletak pada keputusan waris keluarganya juga.

Esok kalau Allah izin kami akan bertemu waris si adik ni tadi. Kak Nash cool habis. Experience dia dalam hal ni bertong-tong.hehe. Saya je poyo gelabah. Takut esok datang-datang kena halau. 'Kau balik! Jangan masuk campur!'. Hehe. Terbayangkan situasi begini.

Tapi tak apa. Yakinlah dengan Allah. Dia yang memegang hati-hati kita. Mohon Allah tetapkan hati kami untuk tabah dalam mencari jalan, mengusahakan apa yang terbaik untuk adik ini. Mohon dengan sangat Allah bukakan hati keluarga adik ini untuk beri dia peluang membesar dalam persekitaran yang lebih sihat, yang lebih mendatangkan manfaat. Allahuakbar.

Allah uji manusia dengan pelbagai cara. Lain orang, lain ujiannya. Yang penting kita kena redha, kita kena kuat hati. Cekal. Bila Allah uji, bermakna Allah sayang. Beruntunglah kita yang diuji berada dalam lingkungan redup kasih sayang Allah swt.

Kalau ada sahabat-sahabat yang terbaca entri ini, saya mohon tolong doakan urusan kami dipermudahkan. Kami hanya mampu tolong setakat termampu. Selebihnya kami serah pada Allah. In fact Allah yang gerakkan hati-hati kami untuk berusaha. Segalanya kerana Allah.

Sahabat-sahabat, kita bersyukur dibesarkan dengan persekitaran yang baik, yang cukup sifat, yang cerah masa depan. Kita takkan tahu erti bersyukur selagi mana kita tak melihat merana dan siksanya orang lain meneruskan kehidupan.

Alhamdulillah atas kurniaan nikmatMu ya Allah. Tolong doakan. Saya mohon.

Wassalam




- Posted using BlogPress from my iPad

Rabu, 24 Ogos 2011

'mahu berjaya, kenali di mana kekuatan diri kita'

Alhamdulillah, apabila saya menjadi manusia yang suka berkongsi, saya mendidik diri saya untuk menjadi manusia yang suka berfikir juga. Terutamanya tentang manusia, sifatnya, karekternya, habitnya dan yang seangkatan dengannya.

Satu perkara yang saya belajar selama saya membesar di alam dewasa ini ialah, 'mahu berjaya, kenali di mana kekuatan diri kita'.

Kadang-kadang kita yang muda remaja, mudah rasa teruja untuk melakukan segala-galanya. Bisnes mahu cuba, buat kerja setiausaha mahu cuba, jadi pengarah mahu cuba, jadi bos mahu cuba, jadi pekerja kedai pun mahu cuba. End up, tak semua kerja kita mampu lakukan sebaiknya. Kerana apa? Kerana tak semua bidang menjadi kekuatan kita.

Saya membesar, seperti manusia di atas. Lebih-lebih lagi selepas saya berhenti dari Matrikulasi. Rasa untuk berjaya di atas kaki sendiri membuak-buak. Kononnya rasa tercabar dan terhina bila ramai pihak mempertikaikan keputusan saya berhenti dari Matrikulasi.

Tiada Bakat Dalam Bisnes

Apa yang saya cuba? Saya pernah berniaga nasi lemak di tepi jalan. Berjaya? Pastinya tidak. Kekuatan cukup bertahan sekadar dua hari. Tapi masih segar dalam ingatan bagaimana saya tidak tidur malam untuk memnuat persediaan berniaga. Dibantu abang sendiri dan kakak ipar. Haru juga. Bila ingat semula rasa kelakar. Tapi, saya tak sesal kerana saya mengutip pengalaman hebat walaupun sekadar dua hari.

Saya juga pernah terlibat dengan MLM berniaga produk Luxor selepas tamat SPM. Saya merasa travel menaiki KTM dari KL ke Shah Alam entah berapa puluh kali untuk mencari downline. Ya Allah, kalau difikirkan sekarang, saya rasa macam tak percaya saya lakukan semua ini. Pengalaman mengajar saya untuk mengenali lebih diri saya. Bahawasanya, saya bukanlah manusia berbakat dalam bisnes.

Belajar Communication Skill

Selain daripada itu saya juga bekerja sebagai Baristas di Coffee Bean. Yang ini cukup sekadar kuli. Tapi saya yakin bahawa di sinilah tempatnya di mana saya belajar dengan sangat hebat dalam mencari di mana kekuatan saya. Saya belajar communication skill yang saya fikir takkan ada mana-mana institusi formal mampu mengajar saya sepertimana pengalaman bekerja sendiri. Dan di sini titik tolak saya mula yakin bahawa saya adalah manusia yang boleh berdepan, bercakap dengan orang yang tak dikenali tanpa segan silu. Tanpa perlu tersipu-sipu. Dan saya juga mula memahami bahawa saya adalah seorang manusia yang komited terhadap kerja.

Masuk ke MMU, tahun asasi saya hanya terisi dengan dunia belajar. Bergaul dengan rakan sekelas yang majoritinya lebih muda daripada saya (kerana saya memulakan tahun asasi pada usia 20tahun). Saya tidak ambil tahu tentang perkara lain kecuali belajar dan pada hujung minggu saya pulang ke KL untuk bekerja di Coffee Bean. Waktu itu saya belajar bahawa, 'kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Penat? Tiada dalam kamus hidup saya waktu itu kerana saya suka melakukannya.

Masuk penghujung tahun pertama Ijazah Undang-undang, saya mula terlibat dengan aktiviti, program dan kelab. Turning point yang menjadikan saya manusia yang belajar menjayakan sesuatu dengan panduan 'passion'.

Berjaya atau tidak sesuatu itu seharusnya dinilai oleh diri kita sendiri. Kerana yang melakukannya, yang merasainya, yang mengharunginya adalah kita. Saya tak fikir saya manusia yang berjaya merubah segalanya. Tapi cukuplah saya menjadi manusia yang berjaya merubah diri saya dari buruk kepada baik, dari bodoh kepada bijak, dari hina kepada mulia. Walaupun tak seberapa.

Kekuatan kita di mana?

Ini adalah kerana saya mula memahami di mana titik kekuatan saya. Saya manusia yang lebih ke depan dalam berurusan dengan manusia. Bermakna, hal-hal berjumpa dengan manusia, bercakap dengan manusia, saya boleh uruskan sebaiknya.

Saya juga manusia yang suka memerah otak untuk berfikir melahirkan idea terutamanya bila sesuatu perkara itu passion saya. Contohnya, memang saya punyai minat yang mendalam dalam hal kaunseling, motivasi dan kefasilitatoran. Jadi saya fikir tidak menjadi masalah pada diri saya untuk terus dan terus mencari idea-idea baru dalam menjayakan organisasi yang saya terlibat ketika itu.

Saya juga manusia yang suka bercakap dan sharing. Jadi, saya fikir tidak menjadi masalah juga kepada saya untuk deliver idea saya kepada sahabat-sahabat dan pihak atasan. Ok! Bingo.

Tapi, saya bukanlah manusia yang ada management skills yang bagus khususnya hal documentation. Jadi, takkan sesekali saya berani mengambil tanggungjawab sebagai seorang setiausaha. Kalau tidak, habis berterabur documentation program atau organisasi. Ini adalah kerana saya yakin bahawa saya tak mampu memberikan yang terbaik dalam semua perkara lagi-lagi dalam bidang yang saya tak ada bakat di dalamnya.

Saya juga manusia yang kurang kreativiti dari sudut kebudayaan. Contohnya kalau saya diberi tugas untuk merancang perjalanan program Malam Kebudayaan, saya fikir saya tak mampu menyusun program terbaik untuk ini. Kerana saya bukan orang seni. Tapi saya pernah berpengalaman dalam hal ini ketika menjadi HOD Desa Tercinta Perlis 2009. Apa yang saya lakukan untuk menjayakannya? Saya serahkan bidang ini kepada Assistant saya, Shahmi manakala saya fokuskan pada hal Bengkel Akademik, penyusunan fasi, dan seangkatan dengannya. Mengapa begini? Kerana saya tahu kekuatan saya di mana dan kelemahan saya apa.

Namun begitu, saya masih mengenali diri sendiri. Dan itulah yang perlu kita semua lakukan sebenarnya. Mengenali potensi diri supaya apa yang dilakukan itu efektif dan energy tidak dibazirkan.

Apa-apa pun satu perkara yang jelas ianya kekuatan kita boleh digilap dengan pengalaman. Sungguhpun ada antara kita yang memang dilahirkan dengan bakat tertentu. Sesetengah orang memang dilahirkan dengan ciri-ciri seorang pemimpin. Dalam erti kata lain, 'born as a leader'. Ada orang juga yang menggilap bakat sebagai seorang pemimpin atas usaha mencari pengalaman tanpa jemu walaupun pada asalnya dilahirkan tanpa bakat seorang pemimpin.

Apa yang penting ialah kita sentiasa berusaha mengenali potensi diri dan berusaha mengkaji kekuatan diri kita sendiri. InsyaAllah, kejayaan menjadi milik kita bilamana kita mula bijak mengatur langkah melakukan sesuatu pekerjaan atas kekuatan yang kita miliki. Impaknya lebih besar, lebih efektif. Insyaallah.

P/s: Andai bijak bercakap gilaplah bakat sebagai seorang daie. Mudah-mudahan dengan ilmu yang ada dan kehebatan menyampaikan ilmu itu akan memberi manfaat pd diri sendiri dan semua org. Moga manfaat itu menjadi bekalan kita ke Jannah.


- Posted using BlogPress from my iPad

Selasa, 26 Julai 2011

Cita dan angan saya.

Bismillahirrahmanirrahim

Hari demi hari, terasa semakin berat untuk meninggalkan bumi MMU. Dengan tanggungjawab yang masih terhutang di sini, semuanya memberatkan hati.

Saya memasang cita-cita, memasang angan-angan untuk menyampaikan perkongsian yang bermanfaat untuk sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan meneruskan perjuangan di MMU ini. Memang tidak banyak yang mampu dikongsikan, memang tidak layak pun untuk menarik minat orang lain untuk sama-sama berkongsi. Tapi, niat yang terlahir bukan untuk memberi untung kepada diri sendiri. Ia semata untuk manfaat yang lain, agar segala silap saya tidak terulang oleh mereka.

Kurang 3 bulan. Sempatkah? Kalau tidak sempat, bagaimana? Betahkah saya mengucap selamat tinggal, mengucap bye-bye kepada semua di MMU ini tanpa berkongsi sedikit pun? Moga Allah lapangkan jalan saya, moga masih ada ruang untuk saya mencetus semangat dan membuka hati sahabat-sahabat untuk cari ruang masa bersama-sama.

Hari ini, komiti-komiti Aceh saya kebanyakannya teruji. Dari sudut emosi, kesihatan dan segalanya. Oleh itu, saya sediakan kecomelan wajah saya untuk mereka ukir senyum dan tahu bahawa bila mana mereka sedih, tertekan, kecewa, saya ada untuk jadi pengubat duka. Kerana Allah temukan saya dengan mereka untuk tujuan itu jua.




Ayuh, anda soal saya jawab. Boring menulis tanpa sebab.hehe
Wassalam


- Posted using BlogPress from my iPad