Khamis, 21 Februari 2013

Kumpulan Naskhah dari Pajora: 'Oh Jodoh Terpijakkah?' - Episod 1

Cari Jodoh: Langkah 1, 2, 3..

Bercakap soal jodoh, siapa yang tidak berminat?

‘Bro, gua tak berminat lah cerita pasal jodoh-jodoh ni!’

Ah. Jangan ajar diri anda menjadi pembohong. Sejak sekolah rendah lagi anda sudah mula mengintai-intai peluang untuk ‘mengorat’ pelajar cemerlang kelas anda, tiba-tiba pada usia matang ini anda tidak berminat? Sah, pembongak! hehe

Menurut saya, jawapan kepada kemusykilan ini hanya dua. Satu, anda membohong apabila anda mengatakan anda tidak berminat untuk menyentuh soal jodoh. Dua, anda mengalami masalah dalaman untuk memahami naluri anda sendiri. Makna kata, anda perempuan tetapi anda keliru mengapa anda tidak berminat dengan lelaki atau anda lelaki tetapi anda keliru bagaimana anda boleh tiada berminat dengan perempuan. Ya, anda pilih. Muahaha!


Baiklah, kita selalu tertanya-tanya, ‘agak-agaknya di mana akan ku bertemu dengan jodohku?’. Mungkinkah di sekolah? Mungkinkah di Universiti? Mungkin di tempat kerja? Atau mungkin di Stesen LRT? Atau mungkin di KLCC? Atau mungkin di masjid? Atau mungkin di Kedai Mi Soto Mak Mah? Mungkin dan terus mungkin.

4 Perkara

Oleh kerana kita terlalu memikirkan tentang persoalan yang saya sebutkan di atas, kita selalu terlupa untuk memahami fakta atau hakikat yang satu ini - bahawa ada 4 perkara yang telah ditentukan atau ditetapkan oleh Allah swt sejak kita di alam rahim lagi. Apa dia? Pertama, rezeki. Kedua, ajal. Ketiga, umur dan keempat, jodoh. Ya, jodoh kita telah ditetapkan sejak kita masih enak berenang-renang di dalam rahim wanita yang paling kita cintai – ibu/mama/ummi/mak/bonda/mummy kita.

Maka, mengapa resah? Allah telah menetapkannya, telah berjanji dengan kita. Kenapa kita gelisah; ‘ala, aku tak laku ke?’. Adakah kita tidak meyakini Allah dan janji-janjinya? Tepuk dada, tanya iman.


Wajib Berusaha - Wajib Bertawakal

Ada pula sebahagian daripada kita (atau mungkin saya seorang?) yang merasakan seperti, ‘ah relaks lah dulu. Apa nak gelojoh-gelojoh sibuk cari jodoh, ohoi!’.

Ketahuilah anda (dan saya) bahawa dalam hal ini adalah wajib untuk kita berusaha dan wajib untuk kita bertawakal. Urusan kita adalah berusaha – tadbir manakala tinggalkan urusan hasil – takdir kepada Allah swt.

Ustaz Pahrol juga ada berpesan bahawa rezeki dan jodoh ini Allah beri atau kurniakan selaras dengan tanggungjawab yang Allah swt mahu kita laksanakan. Sebagai contoh kisah manusia paling agung, Rasulullah saw. Umum mengetahui bahawa Rasulullah pada asalnya hanyalah seorang pekerja kepada Khadijah. Pekerja yang jujur, ikhlas dan sentiasa bersifat benar. Tidak ada dalam kisah-kisah sirah yang menyebut Rasulullah memang dah sedari awal berhajat untuk ‘tackle’ atau ‘mengorat’ Siti Khadijah. Tidak ada!

Yang ada cuma Rasulullah berkhidmat untuk Khadijah dalam menguruskan perniagaannya. Semakin Rasulullah bekerja dengan baik, semakin Khadijah percaya dengannya dan semakin banyaklah tugas yang Rasulullah pikul. Ke sana ke mari baginda sibuk menguruskan perniagaan Khadijah dengan tertib dan cermat. Lalu tanpa disangka Khadijah melamarnya dan akhirnya mereka bertemu jodoh.

Daripada kisah ini ditunjukkan bahawa apabila kehendak perjuangan, tanggungjawab dan tugas kita bertambah, Allah swt akan kurniakan jodoh. Walaupun pada asalnya tidak terfikir pun untuk menakal-nakal mencari jodoh.

So macam mana ni, Ostad? Ana perlu mencari jodoh atau tunggu saja ni, Ostad? Bantulah!

Hehe. Dah agak dah, anda keliru kan? Kan? Chill. Janganlah sesakkan dada dan otak tu sangat. Kalau dah ada calon, teruslah berkahwin. Apa susah? Hehe. Tapi itu fatwa saya.hehe

‘Rezeki yang kita cari baik, rezeki yang kita temui lebih baik, kata Ustaz Pahrol.

Kalau dalam hal jodoh juga, fikirlah begitu. Kadang-kadang kita sudah ada teman/calon, yang kita rasa sudah sangat-sangat-sangat sesuai dan secocok bersama. I know you, you know me. I love you, you love me. Muntah.

Tapi, bercinta punya bercinta punya bercinta, akhirnya tidak ke mana. Putus di tengah jalan. ‘I rasa, kita tak serasi bersama..’, kononnya begitulah. Walhal dulu bukan main dia mencari-cari kita sebagai ‘jodoh’nya.

Tidak mengapa. Jangan bersedih. Tune-kan kembali otak. Percayalah, jodoh yang kita temui lebih baik.

Adakah ini bermakna, tak payah cari jodoh, Ostad?

Haha. Banyak benar kekeliruan yang diwujudkan si Pajora ini. 
Bukan begitu. Mencari jodoh itu perlu, kan usaha namanya. Namun kadang-kadang kita sudah berusaha, tapi tak ditemui ataupun tidak berkekalan. Maka, janganlah sedih, kecewa, bermuram durja. Kerana kita tidak pernah tahu, apakah ‘surprise’ yang Allah mahu beri kepada kita. Yang pasti, apa yang kita temui nanti, itulah yang paaaling baik yang Allah hadiahkan untuk kita. Kan?

So macam mana ni Ostad? Member-member saya semua cakap ‘Jora, kau ni dah wajib kahwin!’. Maka, adakah wajib saya mencari jodoh, Ostad?

Maka Ostad pun berkata: 'Alahai. Jora, Jora. Ostad gemar benar dengan awak ni. Rajin bertanya.hehe.'

Macam ni, hukum mencari jodoh selari dengan hukum perkahwinan bagi setiap orang. Bermakna, jika anda sudah ‘wajib’ berkahwin, maknanya wajiblah anda untuk mencari jodoh.

Wajib tu macam mana, Ostad? 

Wajib kahwin adalah apabila anda mampu zahir dan batin, sekiranya berkahwin tidak akan menyeksakan atau menganiaya pasangan anda dan sekiranya tidak berkahwin, anda berkemungkinan untuk bermaksiat. Maka, wajiblah berkahwin.

Tapi Ostad, saya tak adalah sampai tahap rasa macam kalau saya tak kahwin saya mungkin berzina. Walaupun saya mampu zahir, batin pula saya agak saya mampu lah sebab belum ‘test’ lagi.hehe. Tapi saya rasa saya chill lagi Ostad. InsyaAllah tak terjelepuk jatuh berzina kot, Ostad. Acaner tu Ostad?

Kalau begitu, bukanlah wajib untukmu. Hukumnya maintain sebagai harus.

Phew. Lega Jora!kihkih

So basically hukum mencari jodoh tu sama lah dengan hukum berkahwin untuk anda pada waktu ini. Kalau sudah mampu zahir batin, dah ada steady geli-geli friend atau steady buaya-buaya friend, dan sebelum kahwin ni pun dah bernafsu, gelojoh satu macam bila melihat geli-buaya friend, maka wajiblah kahwin.

Kalau sunat, makruh pulak macam mana, Ostad?

Eh! Banyaklah pula bertanya nya. Sila bukak buku, boleh?hehe.

Okay okay, fine

Saya nak mencari jodoh ni, Ostad. Apakah kaedah terbaik?

Oh. Baguslah kalau mahu mencari. Semoga Allah memberkati usahamu. Prinsip yang jelas yang perlu kita semua pegang, ialah pilihlah yang beragama. Jangan sibuk tengok handsome wajahnya sampai agama lintang-pukang pun tak mengapa. Tak boleh! Prinsip asas, pilih yang beragama. No exception to this general rule, please?

Kaedahnya? Tunggu next episode. Hehe.

*bersambung*

Teruskan membaca: 

2 ulasan:

syazwani sulaiman berkata...

assalam akak, takde butang nak share di twitter ke? hehe

Najlaa berkata...

Syazwani, sudah diletakkan butangnya atas permintaan.hehe