Ahad, 24 Februari 2013

Kumpulan Naskhah dari Pajora: 'Oh Jodoh Terpijakkah?' - Episod 3


Menyambung pengisian episod lalu, untuk episod kali ini akan menerangkan bagaimana untuk menyediakan diri untuk sesebuah perkahwinan, menurut amanat Ustaz Pahrol Md Juoi

Kredit

Selalunya kita, kalau jatuh cinta sikit je dah budget macam ready dah nak kahwin. Walhal ready tang nafsu semata-mata, tang lain tak ready lagi. Kan? 

“You, I rasa nak kahwinlah.” 

“Eh sayang, you sure ke? You dah ready?” 

“I tak boleh hidup tanpa you. I tak tahan dah hari-hari menanggung rindu”. 

“So you dah ready? Excited I, sayang!!”. 

“I rasa I dah ready.. (kot!hehe)” 

“Yeay, tak sabar I, sayang!”. 

“Me too! Tak sabar jugak! Hikhik”. 

Muntah. 

Persediaan Sebelum Berumahtangga

Kredit

Angau-angau juga, namun ketahuilah tentang persediaan / persiapan untuk seseorang itu berkahwin. Ianya terbahagi kepada dua (2) iaitu: 
  1. Persediaan Dalaman
  2. Persediaan Luaran 

Apa rumit benar nak kena ada dalaman, luaran bagai ni Ostad? Nak kahwin, kahwin je lah, en? En? 

Banyaklah kau. Kau ingat kahwin untuk seminit dua? 

Persediaan Dalaman 

Persediaan dalaman merangkumi aspek: 
  1. Jiwa - SQ 
  2. Akal - IQ 
  3. Emosi - EQ 
Jiwa

Berkenaan dengan persediaan jiwa, perlulah kita bertanya kepada diri kita; adakah hati kita sudah menjadi baik? 

Pastinya ‘we are not in the position to judge’ keadaan hati kita kerana semua penghakiman terletak pada Allah swt. Namun, jika disedari bahawa kita sedang di dalam usaha untuk menjadi baik, Alhamdulillah, we are on the right track. 

Makna kata kita berusaha untuk menjauhi kemaksiatan, kejahatan, dan membuang segala sifat-sifat mazmumah. Dan seterusnya kita sedang menanam sifat-sifat mahmudah ke dalam diri kita. Pendek kata, bencikan kejahatan atau kemungkaran dan cintakan kebaikan. Berusaha menjadi baik. 

Akal

Seterusnya berkenaan dengan persediaan akal / pemikiran, paling penting sekali perlu sediakan diri dengan ilmu. Setidak-tidaknya ilmu fardhu ain perlu lulus! Perlu tahu ilmu fiqh, paling tidak pun khatam bab hadas, najis, wudhu’ yang sempurna dan yang seangkatan dengannya. Solat tak payah cerita lah sebab kita semua tahu bahawa amalan pertama sekali yang akan dihitung Allah di hari perhitungan nanti adalah solat. So, solat is the most important thing to know. 

Selanjutnya sekiranya anda ingin berkahwin, pastikan anda tahu dan jelas dengan sifat-sifat mahmudah, tahu sifat-sifat mazmumah. Perlu cari ilmu-ilmu berkenaan ini. 

Seorang lelaki pula sangat-sangat perlu untuk mendalami perihal ilmu fardhu kifayah. Contohnya perlu tahu tanggungjawab seorang lelaki dalam hidup berjiran. Tanggungjawab kalian sangatlah besar. Makna kata sekiranya berlaku situasi di mana di surau kawasan tempat tinggal kalian tiba-tiba ketiadaan imam, sekiranya kalian hanya buat bodoh, tak mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini, kalian berdosa. Dan bermacam-macam lagi situasi yang memungkinkan kalian memikul saham dosa jika tidak dijalankan tanggungjawab fardhu kifayah kalian. 

Selain daripada itu, Ustaz Pahrol menekankan bahawa adalah penting juga untuk kita menyediakan diri kita dengan ‘acquired knowledge’. Contohnya ilmu-ilmu yang didapati dengan memasuki Universiti. Ini untuk kebaikan kestabilan hidup, saya pasti. 

Dan perlu juga untuk mendalami dan mencari ilmu untuk melancarkan kehidupan seharian seperti ilmu berkomunikasi dengan berkesan, ilmu pengurusan konflik, ilmu bagaimana membuat keputusan dengan bijak, ilmu pengurusan kewangan, dan sebagainya. 

Ya, penting. Amat penting. 

Emosi

Akhir sekali persediaan emosi juga penting untuk anda sekiranya anda merancang untuk berkahwin. Segala yang berkaitan dengan emosi dan bagaimana untuk menguruskannya, perlulah anda ketahui. Bagaimana untuk mengawal perasaan? Bagaimana untuk mengurus rasa marah? Sekiranya anda seorang yang panas baran, bagaimana untuk mengendalikannya? Apabila anda berasa kekosongan, bagaimana untuk mengawalnya? 

Sekiranya suami terpaksa out-station untuk jangka masa yang agak panjang, mampukah anda menguruskan hati? Mampukah mengawal rindu? Sekiranya anak-anak suka mengamuk, tahukah anda bagaimana untuk menguruskan mereka? Sekiranya anda tertekan dengan situasi kerja, dalam masa sama suami/isteri merajuk dengan anda, bagaimana agaknya? 

Paling thrill sekali, sekiranya pergaduhan besar berlaku dan isteri di dalam keadaan emosi berkata, ‘Saya dah tak tahan lagi dah! Ceraikan saya!’, apakah respon paling baik perlu anda sebagai suami berikan? 

So, dah bersedia?hehe. 

Persediaan Luaran 

Baiklah berkenaan dengan persediaan luaran, secara dasarnya ianya lebih bersifat fizikal dan material. Simple, seperti kita semua tahu. Kita perlu ada sumber kewangan/pendapatan yang stabil. Khususnya di pihak lelaki, perlu ada sumber pendapatan yang stabil. Pada hemah saya, tidak perlu menunggu bergaji besar barulah membuat keputusan untuk berkahwin. Kalau bergaji sederhana pun, tetapi masih bijak mengurus kewangan dan tidak berhutang, itu sudah cukup baik. 

Dan, jangan diukur sumber kewangan bakal isteri sebelum berkahwin. Konon-kononnya, ah tak apelah, nanti dah kahwin boleh lah guna duit isteri. Jangan. Sebab tanggungjawab mengurus nafkah itu terletak di bahu suami. Sekiranya isteri anda seorang yang prihatin dengan pengorbanan dan kesusahan suami dalam mengurus tanggungjawabnya, pastinya si isteri akan turut membantu. Tetapi jangan dihitung sejak sebelum berkahwin. 

Ingat, duit suami, duit isteri. Duit isteri, duit isteri.hehe [Masaklah siapa jadi suami Jora!] 

Dari sudut lain, pastikan fizikal anda dalam keadaan sedia. Tidak mempunyai penyakit yang membahayakan pasangan, tidak gila (hehe), tidak cenderung untuk meroyan (kehkehkeh) dan sebagainyalah. Lu fikir lah sendiri!ehehe 

Ostad, apakah ciri-ciri pasangan yang perlu saya ambil kira untuk dibuat pasangan?? 

Ha! Ini menarik. Simple sahaja. 

Pertama, pastikan calon anda itu seorang yang menjaga solatnya. Kedua, dia mesti menutup aurat. 

Tapi Ostad, kalau calon saya tu seorang yang saaaaangat baik, sopan santun, cuma dia tidak menutup aurat. Cemana

Hurm. Kalaulah Allah swt pun dia boleh ingkar, apalah sangat dengan suami, ye tak? Lu fikirlah sendiri. Nasihatkanlah dia. 

Namun, namun, namun. Pada hemah saya, sekiranya diyakini bahawa dia tidak menutup aurat atau tidak solat kerana tidak memahami hukum hakam, (barangkali kerana didikan agama yang kurang oleh keluarga) maka eloklah dikongsi-kongsikan ilmu anda kepada mereka. Dengan izin Allah, setelah diberi kefahaman agama, insyaAllah mereka akan menutup aurat, menjaga solat, dan menjadi hamba yang lebih baik. 

Ostad, macam mana saya nak jadi wanita yang ‘special’, Ostad? 
Kredit

Hurm. Dalam Islam, ada 4 golongan wanita yang ‘barakah’. Adakah anda tergolong dalam golongan wanita barakah? 

  1. Wanita yang cepat nikahnya; (urgh. Terlepas!
  2. Wanita yang banyak anaknya; (hurm. Belum pasti lagi!
  3. Wanita yang murah maharnya; (jeng jeng jeng. Nak letak berapa? 30k?40k?!
  4. Wanita yang baik akhlaknya. 

Phew. So macam saya ni umur dah 26, banyak terlepas lah Ostad! Sedihnya saya! 

Tak mengapa, masih boleh diusahakan untuk meletakkan mahar yang murah. Senaskhah Al Quran cukuplah kot! ;p 

Dan, paling penting sekali perbaikilah akhlak sebaik-baiknya. InsyaAllah, wanita barakah lah kita. 

Kalau lelaki pulak cemana, Ostad? Tak acilah kalau perempuan je yang kena jadi itu ini! Lelaki?? 

Hehehe. Semestinya lelaki lebih berat tanggungjawabnya, kan? So kalau anda seorang lelaki (yang macho kononnya), pastikan anda memiliki ciri-ciri berikut: 

  • Bertanggungjawab – Contohnya, apabila berjanji dia akan tepati. 
Ostad, kalau ada kawan lelaki janji nak kahwin dengan saya cemana? 

Haish. Kalau dia tepati, maknanya dia adalah sense of responsibility tu. Apadaa! 

Kalau tak, Ostad? 

Cari lain lah! Apa susah! Ehehe 

  • Memiliki kebijaksaan – bijaksana dalam mengurus pelbagai perkara, pelbagai situasi. Contohnya kalau emaknya ajak teman pergi pasar beli ikan dan isteri ajak pergi breakfast kat kedai Mi Soto Mak Mah, yang mana satu hendak didahulukan? Bijaksana ke tak?hehe 
Dan,
  • Mesti ada kemampuan untuk memimpin atau berfungsi sebagai murabbi. 
So, renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah diri.
Ingat, tak guna bersedia nafsu semata!
Peace.

Alhamdulillah, itu sahaja perkongsian untuk Jodoh, 1, 2, 3 daripada Ustaz Pahrol Md Juoi. Saya akhiri dengan pesanan Ustaz Pahrol; 
“Perkahwinan bermula dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab”

Wassalam. 

Episod selanjutnya akan menerangkan tentang ‘Pengurusan Hati’. Stay tune! Semoga bermanfaat.

Teruskan membaca:

Kumpulan Naskhah dari Pajora: 'Oh Jodoh Terpijakkah?' - Epilog
Kumpulan Naskhah dari Pajora: 'Oh Jodoh Terpijakkah?' - Episod 1

Tiada ulasan: