Khamis, 21 Februari 2013

Kumpulan Naskhah dari Pajora: 'Oh Jodoh Terpijakkah?' - Epilog

EPILOG

Hai. Assalamualaikum. Nama saya Jora

Kenapa? Tak sedap? Pendek sangat? Baiklah. Sebenarnya Jora adalah nama manja saya. Nama sahaja yang manja, saya tak manja. ;p 

Pelik? Apa yang pelik? Nama saya? Ye ke? 

Pada saya, tak ada peliknya. Kalau kartun yang namanya Dora pun adik-adik kecil khusyuk menonton televisyen sampai punggung pun berat nak diangkat, apalah sangat bezanya dengan nama Jora, kan? 

Baiklah, biar saya perkenalkan diri saya dengan lebih mendalam. Nama saya Jora. Eh. Terulang skrip sekali lagi pula. *Senyum*. 
Nama saya pada Kad Pengenalan, Pajora Najlaa Binti Cahaya Muhammad. Ya, saya tahu nama saya tidak berapa enak disapa telinga. Tetapi, apakan daya saya. Encik Cahaya Muhammad telah mendapatkan ilham untuk nama Pajora Najlaa dilekatkan pada saya semenjak kelahiran saya. Saya terima. 

Fakta pertama tentang diri saya, saya seperti anda juga, sedang menjalani hidup dengan tenang dan bahagia, ehsan dari Allah swt. Saya masih ‘single’, mungkin seperti anda juga. Namun, belum bertemu jodoh tidak perlu menjadi sebab untuk saya merasa terkebelakang dalam kehidupan. Kan? 

Ah! Tak perlu diperbandingkan dengan orang lain. Bukankah anda dan saya sama-sama tahu bahawa Allah swt menjadikan jalan hidup kita berbeza-beza. Kalau semua orang bertemu jodoh pada usia 25, tidak ada lagilah unsur ‘suspense’ dan ‘surprise’ bukan? Jadi, sama-samalah kita melayani perasaan debaran ini sambil menunggu kejutan dari Yang Maha Tinggi Ilmu-nya. Chill. Peace

Baiklah, sebelum saya terlupa, anda sedang membaca Kumpulan Naskhah dari Pajora: 'Oh Jodoh Terpijakkah?'. Naskhah ini sekadar perkongsian berbentuk review, ilham daripada kehadiran saya ke sebuah seminar baitul muslim yang dianjurkan sekitar Februari 2013. 

Teringat saya kepada pesan Ustaz Ridhauddin ketika menyampaikan ilmu, beliau berpesan untuk ilmu disampai-sampaikan. Maka mengambil pendekatan untuk mengutip pahala percuma, maka saya akan berusaha mengeluarkan naskhah ringkas ini, episod demi episod. Naskhah ini hanya sebagai wasilah untuk saya sampaikan pesan-pesan dan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan oleh para penceramah sekitar seminar baitul muslim tersebut. Oleh kerana saya bukanlah seseorang yang datangnya dari sekolah agama, maka saya mohon maaf kiranya naskhah ini terlalu santai buat mereka yang pinginkan santapan agama berusulkan dalil. 

Tetapi jika anda inginkan satu pendekatan pesanan yang lebih santai, ‘sempoi’ dan sesuai dengan naluri remaja atau ‘tak-berapa-tua’ anda sambil dalam masa sama masih ingin merasa jiwa dicucuk-cucuk dipanah angau, jemputlah membaca sehingga ke episod dan noktah terakhir naskhah ini. InsyaAllah, semoga bermanfaat untuk anda, saya, bakal pasangan anda, bakal pasangan saya, dan kita semua! Yeay! 

Selamat membaca, 'Oh! Jodoh Terpijakkah?'. Sebelum itu, mulakan dengan senyuman. ;) Ya, begitu. Nampakkan gigi sedikit. Ya, begitu. Manis. Bismillah.


*bersambung*


Teruskan membaca:

Tiada ulasan: