Selasa, 5 April 2011

Biar anak-anak naik pekak dengan nasihat dan bebelan, jangan kita naik pekak dengan cacian dan tohmahan.

Hari ini saya terbaca satu penulisan ringkas oleh Presiden ABIM yang menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada saya, ‘adakah benar kualiti kepimpinan ibu bapa yang semakin merosot menjadi punca gejala maksiat berleluasa hari ini?’

Apakah buktinya masalah sosial ataupun gejala maksiat semakin meruncing hari ini? Tahukah anda bahawa berdasarkan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak tidak sah taraf yang didaftarkan sehingga 2010 berjumlah 234,647 orang. Dan lebih malang lagi, daripada jumlah ini, 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam. Apa sudah jadi? Salah siapa semua ini?

Saya fikir, inilah masanya untuk kita sama-sama asah minda dan fikir sedalam-dalamnya. Adakah sebagai Muslimin dan Muslimah muda hari ini, kita hanya ingin terus hanyut dibawa arus kemodenan? Kita perlu berdiri di atas dunia realiti. Kalau hari ini, gejala maksiat yang menghurung kehidupan kita khususnya Muslim sudah sampai tahap kronik seperti ini, cuba kita bayangkan bagaimana pula keadaannya dalam generasi anak-cucu kita nanti. Adakah kita mahu anak cucu kita menjadi golongan majoriti menempah tiket ke neraka? Nauzubillah.

Bila bercakap soal kepimpinan ibu bapa, sebenarnya yang paling layak untuk berbicara adalah golongan ibu bapa sendiri. Tidak adil untuk yang muda belia seperti saya mengadili kepimpinan mereka. Walaubagaimanapun, kalau kita lihat secara amnya, beberapa perkara boleh disimpulkan.

Pendidikan Agama
Tanyalah mana-mana agama sekalipun baik Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya, tidak ada satu agama pun yang mengajak penganutnya melakukan kejahatan. Semua agama mengajar kepada kebaikan. Kalau dalam Islam kita sering ditekankan dengan prinsip suci “Amar Maa’ruf Nahi Munkar”. Tapi, sekadar bicara menghiasi bibir, dalam tindakan jauh sekali. Tinggal retorik semata.

Dalam kebanyakan kelompok keluarga hari ini, agak sukar untuk kita temui ibu bapa yang masih mendidik anak-anak dengan pendekatan agama yang kuat. Memang masih ada tapi saya kira peratusannya rendah. Contohnya, hari ini berapa ramai antara kita yang mendisiplinkan keluarga dengan rutin Solat Berjemaah bersama-sama? Jangan kata Solat Berjemaah mengharapkan si bapa menjadi Imam, malah ada yang lebih malang apabila tidak pernah langsung melihat ibu atau bapa mendirikan Solat. Ini memberi kesan buruk dalam pembangunan kualiti modal insan anak-anak.

Selain daripada itu, hari ini berapa ramai anak-anak yang setiap hari akan berjalan kaki ataupun mengayuh basikal ke surau ataupun rumah ustaz/ustazah untuk mengaji Muqaddam dan seterusnya Al-Quran? Dunia jauh berbeza. Kalau dahulu, setiap hari selepas Solat Maghrib di rumah, anak-anak akan menyusun langkah menuju tempat mengaji, kalau dulu anak-anak berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran semuda mungkin, sebanyak mungkin, kalau dulu ibu bapa sangat teruja untuk merencanakan majlis khatam Quran untuk anak-anak. Tapi, hari ini di mana nilai semua itu? Yang tersisa hanyalah majlis khatam Quran di sebelah pagi sebelum pernikahan si anak dara. Allahuakbar..

Tekanan Ekonomi

Kadang-kadang kalau bercakap soal kualiti ibu bapa, ia kelihatan agak sensitif. Lagi-lagi apabila yang mengupas isu ini bukan langsung daripada golongan ibu bapa. Tapi, isu itu perlu dilihat sebagai satu usaha baik untuk mengetuk minda golongan muda hari ini, yang esok lusa bakal bergelar ibu bapa yang bakal memimpin dan mendidik anak-anak kecil pewaris bangsa dan agama, untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia dalam memikul tanggungjawab yang maha hebat sebagai ibu dan bapa.

Sedarkah kita, hari ini dalam persaingan hebat yang berlaku sekeliling kita, kita berkejar-kejaran untuk mencapai keputusan cemerlang, mendapat pekerjaan yang gemilang dan memperolehi gaji terbilang tetapi sayang sekali di sebalik kekayaan yang terkumpul, anak-anak terbiar kesepian di rumah.

Ibu bapa asyik mengejar kemewahan dan kesenangan. Benar, segala usaha untuk kesenangan seisi keluarga. Tetapi adakah niat ini boleh menghalalkan tindakan ibu bapa untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada orang gaji ataupun pengasuh taska ataupun jiran sebelah rumah? Mari duduk muhasabah diri, mari fikir sejenak. Apabila si ayah terlalu sibuk di pejabat, jam 7 pagi sudah meredah kesibukan jalan raya untuk ke tempat kerja tatkala anak-anak masih terpisat-pisat untuk bangun dan bersiap ke sekolah yang diuruskan oleh orang gaji. Apabila si ibu sibuk di pejabat bermesyuarat membentang idea itu dan ini sehingga terlupa anak-anak semakin kebuluran merindui masakan atau air tangan bonda. Yang tertinggal hanyalah orang gaji yang kadang-kadang tidak dianggap famili malah lebih hina dari kuli. Jadi, siapa yang perlu menjadi contoh terbaik untuk anak-anak zaman ini?

Kita semakin kaya dengan ilmu dunia, kita semakin kaya dengan harta, kita semakin petah berbicara, kita semakin hebat mencipta propaganda tapi kita lupa, kita punya tanggungjawab mendidik anak-anak untuk menjadi manusia dan hambaNya yang berguna. Jadi, salah siapa?

Pekakah Ibu Bapa?

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, “pelik gila anak dia mengandung mak bapak dia tak tau!” ataupun “Biar benar, takkan mengandung 7-8 bulan mak bapak dia tak perasan?”dan sebagainya. Memang wajar untuk kita tertanya-tanya ‘keajaiban’ yang berlaku dalam dunia hari ini. Adakah ini menampakkan bukti bahawa ibu bapa hari ini kurang peka?

Kalau dulu, anak-anak pakai baju singkat sikit mulalah ibu atau bapa membebel ataupun sound direct seperti, “Minah, kau ni tak de baju lain ke nak pakai? Elok sangat lah tu!” ataupun “Siti, kau pergi tukar baju sekarang. Kalau tak, jangan keluar rumah!” dan sebagainya. Hari ini macam mana?

Dunia hari ini memilih pendekatan yang berbeza, nampaknya. Kalau anak-anak pakai baju singkat, terdedah sana terbelah sini, terkoyak rabak sana, tergelebeh sini, ibu bapa mungkin kata, “Biasalah tu, budak-budak. Diorang nak juga merasa berfesyen”.  Masalahnya kita yang melihat ini semakin juling mata semakin sesak dada semakin sakit jiwa. Betul kan?

Ibu bapa hari ini perlu lebih kuat dalam mendidik anak-anak. Anak-anak hari ini perlu di-follow-up selalu. Kalau ibu bapa lalai ataupun tidak peka, alamatnya esok lusa janganlah menangis kalau menerima panggilan telefon bersama rayuan anak-anak minta dijamin kerana ditangkap basah, atau jangan pula pengsan bila menerima panggilan telefon pihak berkuasa memaklumkan anak tersayang meninggal dunia di jalan yang lurus kerana merempit atau jangan pula diserang sakit jantung akibat tidak dapat menerima hakikat anak anda akan mati ditali gantung akibat dadah. Atau jangan pula sesak nafas bila terpaksa membela cucu sendiri dalam keadaan tidak bermenantu.

Sebab itu pentingnya untuk ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan anak-anak. Jangan terlalu taksub mengejar reputasi di tempat kerja sampai anak tak reti Solat pun kita tak kisah. Jangan terlalu ‘sempoi’ sampai jiran complaint anak kita buat maksiat pun kita sekadar angguk kepala dan buat tak endah. Jangan sampai anak mengusung perut membawa satu lagi nyawa pun kita tak tahu. Jangan, jangan. Jangan tidak peka. Biar anak-anak naik pekak dengan nasihat dan bebelan, jangan kita naik pekak dengan cacian dan tohmahan.

Anak-anak Bekal ke Akhirat

Satu perkara, perlu kita sentiasa ingat. Anak-anak ini ibarat tanaman kita. Apa yang ditanam, itulah yang dipetik. Tiada tanaman, tiadalah hasil.
Semua orang tahu bahawa apabila seorang anak adam itu meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali, hanya 3 perkara yang dibawa menjadi bekal ke akhirat. Pertama, amal kebajikan. Kedua, ilmu yang bermanfaat dan Ketiga, doa anak-anak yang soleh. Jadi, kalau anak-anak tidak dididik dengan betul, maka menangis pun tak guna bila diakhirat nanti kita berjalan kosong tanpa bekalan doa anak-anak yang Soleh.

Untuk yang masih muda remaja, inilah masanya untuk kita fikir-fikir dan renung-renungkan. Kalau-kalau terasa tidak mahu menanggung derita mempunyai anak yang ‘luar biasa’ liarnya, maka hari ini sebagai anak janganlah kita bertindak luar biasa liar. Kerana apa? Kerana percayalah, Allah itu Maha Adil. Kalau dipulangkan paku buah keras, jangan menyesal pula esok hari.

Untuk yang bergelar ibu bapa, bolehlah mula merancang atau me-revise strategi terbaik dalam membentuk kualiti diri anak-anak. Ingat, duit, pangkat, kemewahan tidak menjamin peribadi mulia anak-anak.

Untuk Abah dan Umie saya, terima kasih kerana mendidik dengan resipi kasih sayang ibu bapa yang berintipatikan rotan, bebelan, pujian, kematangan dan sebagainya sehingga kami berupaya berfikir waras dalam tindakan, sehingga kami mampu mencipta benteng prinsip nilai diri dalam kehidupan, sehingga kami tidak berkeinginan untuk meliar di jalanan. Terima Kasih. 

p/s: Artikel penulisan Presiden ABIM boleh diintai tengok di sini.

Selasa, 29 Mac 2011

Masalah sebagai Peluang

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah; dalam Surah Al-Baqarah; Ayat 286:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Acapkali apabila kita dihadapkan dengan pelbagai masalah, baik kecil mahupun besar kebiasaannya keluhan menjadi teman akrab mengiringi langkah-langkah longlai kita dalam berhadapan dengan masalah-masalah tersebut. Silap hari bulan, langkah-langkah longlai kita juga ditemani caci maki yang menghiasi bibir manis kita. Untuk apa segala keluhan, omelan dan caci maki itu semua? Untuk menyelesaikan masalah, jauh sekali. Sekadar menyumbang saham dosa, mungkin menjadi!

Sahabat-sahabat, apa kata kalau kita cuba untuk melihat masalah yang kita hadapi sebagai peluang keemasan yang datang dalam hidup kita. Melihat masalah sebagai peluang? Biar betul! Relevan dan logikkah semua ini? Hey! Belum cuba, belum tahu, kan!

Masalah dalam berorganisasi/program

Kebiasaannya dalam memimpin sesebuah organisasi atau program, kita akan berdepan dengan pelbagai masalah. Masalah dengan peserta, masalah dengan tentatif, masalah dengan pihak yang bekerjasama, masalah dengan pihak atasan universiti. Macam-macam masalah! Kadang-kadang kita rasa putus asa, sampai berkata “Ah! Lantaklah dengan program ni! Aku dah malas! Cancel aje!” ataupun “Pergi mam*** dengan diorang. Ingat aku heran dengan apa dorang nak buat? Nak ambil tindakan, ambil lah!” dan sebagainya. Memang tak mudah. Saya akui. Tapi kawan-kawan, perlulah sedar, jika tidak diuji, tidak dicabar, tidak banyak juga pengalaman yang berjaya dikutip. Kita takkan fikir yang kita mampu kecuali dalam keadaan terdesak, baru kita sedar yang kita mampu.

Kita perlu lihat masalah yang timbul sebagai satu peluang. Bagaimana? Sekiranya menghadapi masalah dalam penyertaan, apa kata kita korek idea, berfikiran kreatif sedikit. Keluarkan cara-cara baru atau strategi-strategi baru untuk mencari peserta, dan ketengahkan idea tersebut. Bila berhasil, baru anda nampak dengan jelas. Itulah peluang yang telah anda terokai! Dan orang lain akan mula menghargai keunikan cara anda berfikir. Promosi program yang kita tengok hari ini sama saja, kalau tak website, flyers, tak pun facebook, tak pun SMS tak pun banner atau bunting, atau yang paling rajin sekali buka booth pendaftaran. Jadi, cuba kreatif sikit! Inilah masanya untuk anda mencari peluang, mengetengahkan bakat.

Masalah dalam hubungan

Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang pelajar bidang Usuluddin yang sedang menjalani praktikal di Majlis Agama Islam di sebuah negeri di utara. Katanya;

“Zaman sekarang ni nak selesaikan masalah penceraian makin susah. Tak macam orang dulu-dulu, kalau pejabat agama nasihat sikit, mereka terima, mereka selesaikan cara baik di rumah. Sekarang ni, semua orang berpendidikan tinggi, masing-masing rasa diri mereka hebat, masing-masing tak nak mengalah.”

Inilah realiti kehidupan hari ini. Kenapa kes penceraian semakin meningkat? Kerana kita lupa untuk berpatah balik pada nilai-nilai agama, kita tolak tepi hikmah di sebalik cabaran yang Allah turunkan. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ataupun pasangan bercinta.

Kita melihat masalah yang datang sebagai satu MASALAH. Itu kesilapan kita dalam kebanyakan keadaan. Seharusnya kita lihat sesuatu masalah yang datang sebagai cabaran yang perlu kita tempuhi sambil mencari peluang untuk memperbaiki diri. Susah ke? Bukan susah pun.

Contohnya, bila menghadapi masalah dengan pasangan, kita dihujani dengan luahan perasaan tentang betapa kecewanya pasangan kita itu dengan kita. Inilah masanya untuk kita muhasabah diri. Lihat diri kita yang kononnya hensem ataupun cantik dengan cermin, Tanya diri sendiri, apa yang boleh aku perbaiki??

Inilah peluang untuk membentuk diri menjadi orang yang lebih baik, menjadi pasangan yang lebih dihargai. Bukannya susah pun. Kalau isteri complaint “Saya tak tahan. Ketiak awak hangit”, maka cuba-cubalah merajinkan diri untuk selalu mandi, pakai deodorant, pakai minyak wangi. Kalau suami complaint, “awak ni hari-hari masak telur goring, ikan bilis goreng dengan sardin. Saya naik muak tau!”, maka, rajin-rajinkanlah diri untuk buka buku resipi atau tengok rancangan-rancangan masakan yang berlambak di TV bagi memantapkan kualiti diri. Oh come on. Untung-untung bila badan dah wangi, bos di ofis senang hati, dapat naik gaji atau bila dah pandai memasak, suami tak makan luar lagi, jimat duit, boleh buat melancong bersama keluarga. Cari peluang!

Andai kata, anda menghadapi kekecewaan dalam hubungan cinta. Bercinta bagai nak rak, kononnya lautan api sanggup direnangi, dalam tempoh percintaan siap dah pilih nama anak bagai, kan? (Ini paling kelakar dan saya tak tahan.hehe) Tiba-tiba hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Kecewanya bukan kepalang. Apakah yang harus dilakukan? Terjun bangunan atau kelar tangan? Mana best?

Oh, come on! Positif. Lihatlah ini sebagai satu peluang baru untuk buka mata lebih luas. Luaskan pemikiran, luaskan pengalaman, luaskan pemandangan. Betapa ramai lagi calon-calon suami atau isteri yang lebih sesuai untuk anda, yang lebih baik dan layak menjadi pasangan anda untuk sehidup semati. Sampai syurga hendaknya. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk anda, jadi apabila hubungan gagal, bermakna dia bukanlah terbaik untuk anda. Mudah!

Cari peluang baru, untuk mengenali isi-isi hidup yang lebih bernilai. Anda pasti kagum dengan hikmah Allah.

Masalah dalam Pelajaran

Oh, ini sensitif. Sangat sensitif. Masa sekolah-sekolah dulu, kalau orang tanya, “Kau dapat berapa A UPSR?”, kita dengan selambanya menjawab “Oh. 1A, 1B, 1C, 1D, 1E”, dengan penuh tenang dan relax. Kenapa? Kerana masa zaman dulu-dulu, kita jarang ada rasa malu berkenaan dengan keputusan peperiksaan. Nak sorok apa sangat, setiap kali peperiksaan hujung tahun, cikgu-cikgu tampal list keputusan pelajar dari No 1 sampai no terakhir. Chill. Kau kutuk aku, aku kutuk kau.hehe

Tapi, zaman universiti ini berbeza. Cuba tanya, “Mat, mat.. Last sem GPA kau berapa?”. Mesti Mat kata, “Eh, adelah. Result adalah rahsia..”, hehe. Dah macam konsep undi adalah rahsia je kan! Itulah kesilapan dan kekurangan kita.

Kalau dapat result kurang cemerlang, tak salah berterus terang dengan orang yang bertanya. Lepas berterus terang, ambil PELUANG untuk minta mereka doakan keputusan yang baik untuk kita pada masa akan datang. Paling takpun cakap macam ni, “Result aku sedikit mengecewakan lah. Kau doakanlah aku berjaya dengan cemerlang untuk next sem. Ataupun, kalau kau sudi, kau ajarlah aku..”.

Ini tak, kita tak mencari langsung peluang untuk perbaiki keadaan. Lebih teruk lagi kita terus bajet bagus, rasa macam, ah tak payahlah study dengan diorang. Aku study sendiri je lah!

Pandai-pandailah cari peluang minta didoakan ke, minta diajarkan ke. Janganlah jadi bodoh sombong. Bila nak maju kalau asyik bodoh sombong. Betul tak? Paling sadis adalah apabila ibu bapa juga turut tertipu dengan kita. Kalau Mak tanya, “Minah, result last sem macam mana? Ok tak?”. Lantas kita lajunya menjawab, “Ok. Semua ok. Jangan risaulah, Mak! Minah kan top scorer!”. Padahal result hancur masih nak menipu Mak. Kalau berterus terang kan lebih baik. Boleh Mak doakan dalam tiap-tiap solatnya. Doa seorang ibu ini amat makbul. Jangan terlepas peluang!

Percayalah, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Ada pujangga mengatakan, “kita tak pernah gagal cuma kita belum berjaya!” Dan setiap kegagalan yang dilalui sebenarnya adalah satu langkah ke hadapan menemui kejayaan.

Yang penting, jangan lihat masalah dalam pelajaran itu sebagai satu kekecewaan yang mendesak kita untuk mengundur diri. Itu semua silap. Tapi lihatlah masalah itu sebagai peluang untuk kita cipta kelainan, untuk kita bentuk satu kejayaan esok hari. Tiada yang mustahil.

It’s all about the way how you see something

Banyak lagi yang boleh dikupas. Tapi setakat ini dulu. Kesimpulan hari ini, perlu dilihat sesebuah masalah itu sebagai satu peluang. Remember; it’s all about the way how you see something. Kalau anda melihat sebiji epal sebagai buah untuk dimakan, maka ianya hanya mampu menjadi buah untuk dimakan. Tapi, kalau anda melihat sebiji epal sebagai sumber untuk menghasilkan jus bagi menghilangkan kehausan, ataupun sebagai satu sumber untuk menghasilkan pai, atau sebagai satu senjata yang boleh digunakan untuk menyerang musuh, maka ia akan berfungsi sebagaimana anda memikirkannya.


Jangan putus asa!

Tiada sebab untuk cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi. Cari peluang untuk perbaiki diri. Inilah masanya untuk terus menggali. Menggali potensi diri, agar terus memperjuangkan sesuatu yang berharga agar diri terus diberkati.

Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Jadi, andai anda diuji bermakna anda pasti boleh hadapinya. Tak percaya? Lekas cari peluang! Anda pasti jadi orang hebat. Fikir-fikirkan. =)

Wassalam.

Restu Ayah Bonda: Terima Kasih Umie Abah!

 Bismillahirrahmanirrahim.

"Kau agak, Tun Mahathir, Najib Tun Razak, ada gigit kuku macam Abah ni tak?"
Itu antara soalan kelakar yang Abah ajukan pada saya pagi tadi semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudara yang meninggal dunia. Abah bertanya begitu sambil dia sendiri menggigit kuku.
"Walaupun diorang tu PM, diorang manusia jugak, Bah!"
Sahabat-sahabat, kita selalu fikir, bila orang itu berjaya di kemuncak, mesti hidup dia amat beza. Tapi, beza tara mana sangat. Mungkin tak cukup tidur, mungkin berfikir lebih sikit daripada biasa, mungkin kerja banyak sikit, mungkin kurang masa bersama keluarga. Tapi, segala usaha yang dilakukan, segala penat lelah yang dikorbankan, berhasil ke tanpa restu ayah bonda mereka? Agak-agaknya, berbuah hasil ke segala usaha tanpa redha ayah bonda? Saya rasa tidak.

Saya sekadar berkongsi pendapat. Andai pendapat ini tidak dipersetujui, salam kemaafan saya hulurkan. Semasa giat berpersatuan, saya didatangi beberapa orang sahabat mahupun adik-adik yang mempunyai masalah lebih kurang sama. 

Situasi 1: Awak, saya tak tahulah macam mana. Saya dah janji dengan mak/ayah saya untuk fokus belajar, tak pegang apa-apa jawatan dalam persatuan, tapi saya terpaksa ambil juga tanggungjawab ni. Urm...

Situasi 2: Kak, saya stress la. Mak ayah saya bising la tengok saya aktif. Mereka tak faham apa yang saya cuba usahakan!

Situasi 3: Mak saya tak tahu pun saya pegang jawatan ni. Tak sanggup nak bagitahu. Takut dia terluka.

Sahabat-sahabat, kita jangan lupa. Redha Allah datang bersama Redha Ibu Bapa. Kalau Ibu Bapa tak redha, macam mana Allah nak redha? Kecuali dalam hal-hal tertentu, kita boleh lah memungkiri kehendak ibu bapa. Tapi, dalam kebanyakan perkara, restu ibu bapa adalah satu tuntutan ataupun keperluan. Sama mcm hal perkahwinan, kalau berkahwin dengan pasangan yang tidak direstui oleh ibu bapa, perkahwinan itu kebiasaannya dilanda tsunami. Betulkan??

Kenapa kita, bab kahwin, bukan main perjuangkan restu ibu bapa. Bab lain, kita belakangkan ibu bapa? Patut ke? Tak patutlah, kawan-kawan.

Zaman Persekolahan

Ok. Izinkan saya berbicara melalui pengalaman peribadi saya. Ketika di MRSM Pasir Salak dulu, saya adalah antara pelajar perempuan yang paling aktif. Sebutkan saja sukan apa, semua saya terlibat. Ping-pong, bola tampar, bola baling, olahraga, merentas desa. Saya tidak mewakili sekolah dalam Bola Jaring saja. Yang lain, saya sapu bersih. Sejak tingkatan 4, saya mewakili MRSM ke pelbagai kejohanan sama ada antara MRSM-MRSM mahupun sekitar daerah Perak Tengah. Saya tak kenal erti bosan. Menang kalah belakang kira, yang penting kepuasan.

Satu hari ketika di tingkatan 5, saya terpilih untuk mewakili MRSM ke Kejohanan Ping Pong MSSD Perak Tengah. Ping Pong adalah sukan kegemaran saya sejak sekolah rendah. Jadi, rasa teruja itu lebih. Saya bersungguh-sungguh ingin memenanginya. Satu hari saya maklumkan pada Umie, saya mahu mewakili sekolah untuk pertandingan itu. Tapi Umie di hujung talian telefon menghalang keinginan saya. Kata Umie, 'Cukup-cukuplah tu Aten. Belajar lah pulak. Tahun ni kau SPM!' Kali ini, suara Umie tegas. Kecewa saya.

Tapi, dek kerana minat. Saya tak pedulikan kata-kata Umie. Saya teruskan juga mewakili sekolah. Kesah apa dengan Umie??hehe. Masa tu, pergi dengan penuh harapan. Rasa mcm boleh menang sebab berlatih bersungguh-sungguh. Saya main untuk Single dan Beregu. Hari perlawanan, belum apa-apa saya kalah. Saya kalah bodoh. Saya kalah buang bola. Saya kecewa. Kecewa gila. Menangis pun tak ada guna.

Dalam van semasa perjalanan balik, saya fikir. Apalah malang. Tak boleh terima kalah bodoh mcm tu. Tak pernah main sebodoh itu. Tiba-tiba terfikir, 'mungkin sebab aku pergi perlawanan ni, Umie tak izinkan. Aku bertanding, aku mengharapkan kemenangan, tapi aku lupa aku tak bawa bekal. Restu Umie aku tak bawa..'

Itulah saat dan ketikanya saya sedar diri. Saya sedar bahawa jangan ambil mudah dengan restu dan redha ibu bapa. Doa mereka, makbul dan mujarab sekali!

Zaman Universiti

Ketika saya di Universiti, saya lebih mengambil sikap berterus-terang. Saya ceritakan segala perjalanan aktiviti-aktiviti saya. Sejak mula, hingga kini. 

Tahun 2009 saya mula aktif. Saya mengembara bersama UPG sebagai seorang Vice President. Saya tidak punyai pengalaman, tapi saya perjuangkan tanggungjawab saya bersama bekal. Restu dan doa Umie dan Abah, sentiasa bersama saya. Daripada saya mula sibuk membangunkan FaciTeam bersama Shahmi di bawah pimpinan Rezal sebagai President UPG waktu itu, sampailah saya menempuhi waktu kemuncak 2009 di mana saya menjadi HOD Activity untuk Desa Tercinta Perlis, tiap perjalanan saya ditemani pesan-pesan Umie dan Abah agar melakukannya sebaik mungkin. Alhamdulillah, berjalan baik semuanya. Memang dugaan tu tetap ada, tapi kekuatan diri menjadi bekalan juga. Berani kerana benar, kan? =)

Tahun 2010, saya lebih giat. Memegang tanggungjawab sebagai President UPG wanita pertama bukan satu perkara anak-anak. Diletakkan harapan, dihujani pelbagai kesangsian seperti 'boleh ke perempuan ni lead UPG?', dihalangi dengan pelbagai jenis cabaran. Alhamdulillah, berjaya melaluinya. Mungkin saya tidak berjaya membawa UPG pada satu tahap baru tetapi saya fikir saya berjaya mengembara bersama teman-teman, explore dunia, cari pengalaman bersama-sama. Terutamanya HICOM saya, dan Faciteam. Agak jauh kita mengembara. Dari Zero kepada Hero. Alhamdulillah, alhamdulillah. Berkat sokongan semua dan restu ibu bapa. Kadang-kadang bila dihujani masalah, saya call Abah minta pendapat, bagaimana hendak selesaikan. Satu perkara pasti, dalam kebanyakan masalah yang timbul, bukan disebabkan oleh sesuatu program tersebut, tapi sebab sikap manusia. Itulah cabaran terbesar. Dalam tempoh ini, selain sempat memimpin beberapa program, saya juga sempat menjadi HOD Aktiviti untuk ISS Homestay. Ya Rabbi. Perangai pak-pak arab ni, kusss semangat. Saya ni dah lah kecil, nak jerit-jerit untuk dapatkan perhatian mereka satu hal lagi. Tapi, alhamdulillah. Hari ini boleh lagi kenyit2 mata dengan mereka.hehe

Usai tanggungjawab bersama UPG, saya fikir tamat sudah perjuangan saya. Rupa-rupanya saya silap.hehe. Dijemput mewakili MMU, menjadi sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Global Model United Nations adalah satu tahap baru yang perlu diteroka. Peluang yang datang, tidak pernah saya terfikir untuk memilikinya. Tapi, diambil juga peluang ini, diangkat seperti satu tanggungjawab untuk terus melakukan yang terbaik. Bersama restu Umie dan Abah, saya bulatkan semangat. Terpaksa meninggalkan kelas untuk beberapa minggu bukan perkara mudah untuk dilakukan, tapi setelah diyakin Umie Abah, saya teruskan perjuangan. Alhamdulillah. Selesai tanggungjawab setelah puas mengharungi 3 tahap kursus sebelum ke persidangan antarabangsa yang sebenar. Berkat doa restu ayah bonda, kawan-kawan.

Tak lama selepas itu, menerima durian runtuh pula. Kali ini untuk ke Vietnam, menjadi salah seorang daripada 5 orang delegasi Malaysia untuk ke ASEAN+3 Youth Festival, Hanoi. Ini cabaran baru, peluang baru, tanggungjawab baru. Terpaksa menjalani latihan menari, berbincang bagaimana untuk berkongsi tips pembangunan belia Malaysia untuk ASEAN, berbincang bagaimana untuk mempromosikan budaya Malaysia ke persada antarabangsa. Paling saya bangga, saya bawa nama MMU hingga ke Vietnam terutamanya apabila saya didatangi seorang wartawan daripada media sana. Bila disoal, belajar di mana? Saya nyatakan dengan jelas, Multimedia University, Melaka Campus, Malaysia. =) Bagaimana boleh sampai ke Vietnam? Tepuk dada, tanya Allah. Semuanya datang dari Dia, bersama restu ayah bonda. 

Yang terbaru, saya menghadirkan diri untuk sebuah bengkel pemimpin muda, berbincang dan bersidang perihal belia negara. Aduh. Tiba-tiba belia pulak dah!hehe. Tapi, ini satu proses pencarian ilmu. Selamat pergi dan balik dengan selamat. Apa lagi nak kata? Alhamdulillah. Berkat restu ayah bonda yang sentiasa memahami kehendak jiwa saya yang suka menggaulkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Paling seronok bila setiap kali habis berprogram, Abah Umie akan tanya, 'So, hows your program? Was it nice? Ok? Banyak ilmu dapat?' Seronoknya bukan kepalang apabila boleh berkongsi cerita bersama ibu bapa. Waktu ini terasa dekat benar dengan mereka. Seperti mereka sahabat-sahabat yang perlu dikongsikan segala cerita.

Gentar Jiwa

Jadi, hari ini kalau sahabat-sahabat tanya saya, bagaimana boleh mengharungi itu dan ini dalam masa sama masih belajar, perlu score dan sebagainya. Saya simple, saya buat kebajikan, saya tak buat dosa. Allah tidak memungkiri hak-hak hambaNya yang layak beroleh kebaikan. Saya banyak berprogram, saya sibuk tak pulang hujung minggu, saya tidak melepak di tepi-tepi jalan, saya tidak berdating sampai tengah malam, saya tidak ber-clubbing sampai lupa daratan. Tapi saya ber-meeting memerah idea menjayakan sesuatu, saya berprogram mengutip selagi banyak ilmu yang boleh, saya bersama masyarakat membina ukhuwah serapat mungkin. Dan paling penting, restu Ayah Bonda bersama saya, yang membawa restu dan redha Allah swt bersama. Perlukah ada gentar bersisa di dalam jiwa?

Jelas berbeza

Bila difikir-fikir, amat jelas beza dua alam kehidupan. Zaman persekolahan, dan zaman di universiti. Kematangan, rasa tanggungjawab, keinginan, pengalaman, doa restu ibu bapa, semangat perjuangan, teman-teman yang hebat, semuanya bercampur gaul mewujudkan sebuah perjalanan hidup yang sangat mengasyikkan. Bukan asyik sehingga terlena. Tapi terlalu asyik sehingga tidak pasti, bila mana titik noktah akan terwujud. 

Sahabat-sahabat, jangan pernah rasa rugi bila menceburkan diri dalam dunia ini. Peluang, adakalanya datang muncul dengan sendiri. Adakalanya kita yang perlu cari. Asalkan niat di hati untuk mengembangkan ilmu dan pengalaman, tiada apa yang perlu digusarkan. 

Kalau dulu, bila hendak melakukan sesuatu, mungkin timbul rasa sangsi, rasa takut. Takut orang kata 'kau ni poyo lebih lah!' atau 'kau bajet kau bagus ke?' atau 'kau sedar tak kau ni gila kuasa?' dan sebagainya. Tapi kini semuanya berbeza. Setiap semangat perjuangan yang dikongsi bersama ibarat satu nikmat kekeluargaan bersama sahabat-sahabat. Terasa hebat di kelilingi manusia-manusia hebat bernama sahabat.

Sahabat-sahabat, bak kata Ustaz Hasrizal, 'seorang pejuang memang miskin rehat' dan saya tambah 'kerana kaya dengan semangat'. Jadi, seorang pejuang memang miskin rehat kerana kaya dengan semangat!

Perjuangan saya belum tamat. Semangat saya belum mati. Selagi diminta berkongsi, selagi itu saya teguh berdiri. Moga redha Ilahi terus menemani, moga restu Abah Umie takkan pernah berhenti. Terima kasih, Abah dan Umie!

Galeri Penuh Aksi dan Memori:
Suka cik kiah!
ASEAN + 3 Youth Festival, Hanoi
Proud to be Malaysian!
Persidangan GMUN.
Siapa kenal lelaki berbaju melayu itu? Johan Pidato Antarabangsa tu!
Saat teramat manis 2010.
Amat manis juga.
Who's d best? OC!
Ketika masih bertatih.
Tingkatan 4: Kejohanan Sukan MRSM Zon Utara; MRSM Pendang
Kejohanan yang mengecewakan tapi mendidik diri.
Usai perlawan Bola Baling peringkat Daerah Perak Tengah. Muka hitam belengit!
Kejohanan Sukan MRSM Se-Malaysia, Kuantan Pahang.
Terjumpa gambar Tingkatan 1, sedang menari!haha
Syukur. Alhamdulillah.

Isnin, 28 Mac 2011

Renungan: Al Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dunia hari ini, kalau kita sebut saja Al Fatihah kebanyakan orang akan tanya, 'Eh, siapa yang meninggal?" Persoalannya, adakah Al-Fatihah hanya diturunkan untuk disedekahkan kepada si mati? Semestinya TIDAK! Dalam Solat, adalah wajib dibaca Al-Fatihah dalam setiap rakaat. Andai tak baca Al Fatihah, bermakna tidak sah Solat kita. Kerana apa? Kerana membaca Al Fatihah adalah rukun Solat. =)

Jadi, sepatutnya sehari kita mesti membaca Al Fatihah minimum 17 kali sehari. 2+4+4+3+4= 17 rakaat. Alhamdulillah untuk yang tidak meninggalkan Solat. Untuk yang meninggalkan Solat, memang malang hari kita. Malang kerana apa? Kerana rugi meninggalkan keberkatan disebalik surah Al Fatihah dan rugi meninggalkan fadhilat Solat. Sebab itu Solat itu WAJIB. 

Bukti betapa IGNORANCE nya anak muda hari ini. Konon pejuang bangsa dan agama. Chet!

Tapi, yang dok baca Al Fatihah hari-hari tu, faham ke tidak maksudnya? Kajian mengatakan ramai antara pelajar sekolah hingga pelajar universiti yang tidak memahami maksud di sebalik bacaan Al Fatihah. Ibu segala Surah. Kalau surah-surah lain, bacaan Bismillahirrahmaanirrahim itu bukan merupakan sebahagian daripada surah. Tapi berlainan dengan Al Fatihah, bacaan Bismillahirrahmaanirrahim merupakan ayat pertama untuk surah tersebut. Mungkin ada yang tidak sedar, bukan?

Hari ini, mari kita sama-sama mengingatkan diri kita tentang maksud disebalik surah Al Fatihah. Jangan jadi too ignorance. Tiada alasan untuk kita tidak mengetahuinya. Dunia makin canggih. Nak baca Quran melalui internet pun boleh. Banyak sangat website yang menawarkan khidmat bacaan ayat suci Al Quran. Ayuh kawan-kawan. Jangan asyik berFB. Mari manfaatkan penggunaan internet ke jalan Allah. Baru banyak pahala yang tersumbang untuk mereka yang mencipta internet. =)

Surah Al-Fatihah

  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai di Hari pembalasan.
  5. Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. 


English translation. Apa lagi yang tak cukup?
Wallahualam.

Ahad, 27 Mac 2011

Apa peranan KITA?

“Saya sebenarnya cukup kecewa dengan Mahasiswa-mahasiswa Universiti. Kebanyakannya, dah belajar pandai-pandai, habis belajar, mereka hanya fikir untuk dapatkan kerja, untuk gaji besar, untuk kaya. Pernah tak mereka fikir apa peranan mereka untuk bangunkan belia hari ini?”
Ini adalah antara luahan hati salah seorang pejuang belia yang saya temui dalam satu program pemimpin muda hujung minggu lalu. Jelas terpapar raut wajah kecewanya. Saya hanya sekadar mengangguk. Tiada sebab untuk saya nafikan. Sebagai mahasiswa, saya terpaksa mengakui kenyataan itu kerana memang itu kebenarannya.

Cuba sahabat-sahabat tanya pada diri sendiri, lepas habis belajar nanti, sahabat-sahabat nak buat apa? Mesti nak cari kerja cepat-cepat, nak dapat gaji yang sedap-sedap, nak kerja best-best, nak kumpul duit banyak-banyak, nak kahwin grand-grand, dan seterusnya. Tapi, tiada satu pun perancangan untuk bantu membangunkan kualiti belia negara terselit dalam perancangan hidup kita. Betul kan? Ataupun, jika ada pun terlalu minoriti golongan mahasiswa yang terfikir untuk menyumbang kepada masyarakat sesudah tamat pembelajaran di Universiti. Mari tepuk dada, mari tanya jiwa.

Hari ini, kita tidak boleh nafikan bahawa masalah-masalah belia negara khususnya dari segi sosial terlalu merisaukan kita dan menggugat keyakinan kita untuk mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara selamat. Ataupun kita mungkin berani kata, untuk hari ini kita masih selamat. Tapi, pernah tak kita fikir tentang nasib anak-anak kita nanti yang mungkin bakal berada dalam satu suasana negara yang huru-hara, yang hilang pedoman, yang makin nipis iman. Mustahil atau tidak untuk ini berlaku? Langsung tidak mustahil. Tiada yang mustahil.

Mengapa saya timbulkan persoalan ini? Kerana pada hakikatnya, pimpinan negara kita pada hari ini, yang masih teguh dan yang masih mampu mewujudkan ketenangan/kedamaian negara adalah hasil daripada hebatnya pembinaan kualiti belia Malaysia pada 20-30 tahun dahulu. Dan perlu kita sedar, untuk melihat bagaimana Malaysia pada 20-30 tahun mendatang, perlu kita lihat pada kualiti belia kita hari ini. Dengan belia-belia yang hebat merempit di jalanan dengan matlamat untuk mati di jalan yang lurus, dengan masalah sosial yang berleluasa yang berjaya melahirkan bayi-bayi tidak berdosa dan kemudian membuangnya ibarat sisa makanan yang senang-senang untuk dibuang, tidak lupa juga masalah-masalah dadah, pecah rumah, ragut, dan banyak lagi. Jadi, mari tanya diri sendiri. Berkualitikah pimpinan negara untuk 20-30 tahun akan datang, dan selamatkah anak-anak kita nanti? Fikir, jangan tak fikir.

Gambar-gambar ihsan dari Google.

Sahabat-sahabat, penulisan saya kali ini bukan berniat untuk menghentam mana-mana pihak. Tapi, saya lebih berminat untuk mengajak sahabat-sahabat semua buka mata dan mula merancang strategi bagaimana untuk menyumbang kepada pembangunan kualiti belia hari ini. Terutamanya pada mahasiswa-mahasiswa universiti yang berpelajaran tinggi, yang mengarah kepada pembangunan minda kelas pertama. Kita bijak dalam pelajaran, kita hebat dalam berbicara, tapi kita selalu complaint sana sini dengan masalah yang berada di sekeliling kita. Makin kita belajar tinggi, makin kita bijak complaint. Mulalah kita kata, kerajaan tak buat kerja, pembangkang pula sibuk cipta propaganda, dan sebagainya. Tapi, hari ini kita perlu tanya diri kita, apakah peranan kita dalam memperbaiki kualiti belia negara hari ini? Apa yang kita lakukan bagi mengurangkan kadar masalah sosial negara hari ini?

Bagi yang aktif berpersatuan di Universiti masing-masing, saya lihat ianya sebagai satu langkah permulaan untuk kalian terus berbakti kepada masyarakat. Masyarakat di luar sana perlukan bantuan kita. Mereka memandang kita sebagai golongan berpelajaran yang boleh membantu menyelamatkan situasi sekarang ini, malangnya mereka ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Kerana kita langsung tidak sedar bahawa kehadiran kita, amat dinantikan oleh mereka. Maka, kita hanya buat bodoh, goyang kaki, macam tidak perlu berfungsi apa-apa.

Beraktiviti kemasyarakatan semasa di Universiti, ianya perlu dilihat sebagai satu bonus. Yang pasti, jangan biar jiwa yang suka berbakti kepada masyarakat itu tamat bersama dengan tamatnya pembelajaran kita di Universiti. Kesinambungan perlu dijalankan. Sungguhpun hanya dengan pergi ke kampung, dan mengajar anak-anak kampung tentang ABC ataupun 123 atau lebih bermakna jika kehidupan bermakna di Universiti dapat dikongsi bersama. Moga-moga, semangat yang kita kongsi bersama mereka, boleh membina semangat mereka untuk terus mengubah cara hidup dan meningkatkan kualiti belia negara, demi masa depan negara yang cerah.

Saya tidak menuntut sahabat-sahabat untuk lekas mendaftarkan nama di bawah mana-mana pertubuhan belia. Malah saya sendiri tidak mendaftar. Pada mata saya, menyumbang kepada negara tidak semestinya perlu berada di bawah mana-mana pertubuhan. Yang penting, niat dan matlamat kita memang untuk pembangunan bersama. Yang minat dan hebat soal agama, boleh bantu masyarakat dari segi pemantapan kerohanian mereka, yang suka aktivit-aktiviti sukan, boleh sama-sama kembangkan minat sukan dalam diri masyarakat, yang berkebolehan menjadi fasilitator boleh terus kembangkan usaha dengan masyarakat. Susah ke? Saya tak rasa ianya susah.

Mari renung sejenak: Najib Tun Razak pernah menjadi Menteri Besar Pahang pada usia beliau 29 tahun. Hari ini, adakah kita punyai pemimpin semuda ini?

Mari kongsi ilmu: ‘Belia’ didefinisikan di dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 sebagai seseorang yang berusia 15-40 tahun.

Mari bangkit. Kita punyai peranan dan tanggungjawab. Berhentilah ber-clubbing, berhentilah ber-gosip, berhentilah ber-huhahuha tanpa member manfaat. Lakukan segalanya untuk kita dan masyarakat.

Wallahualam.

Tulisan: Fateen Najlaa Idayu;Anak Muda Yang Sayangkan Keamanan Malaysia

Rabu, 23 Februari 2011

Bila kita nak berubah??

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini saya terpanggil untuk menulis dan mengupas tentang isu sikap kita, sebagai rakyat Malaysia khususnya. Kenapa saya mahu kupas tentang isu ini? Kerana saya terbaca tentang berita kemalangan jalan raya yang melibatkan lori pasir dan treler yang membawa ratusan guni beras berhampiran Tanjung Malim, semalam. Nyata, kemalangan itu bukan kecil-kecil kemalangan kerana kelindan treler beras itu maut dalam kemalangan tersebut manakala pemandu treler tersebut cedera parah. Apa yang membuatkan saya rasa 'sadisnya dengan sikap rakyat Malaysia' ini kerana, orang ramai yang berada di tempat kejadian, bukannya menolong mangsa kemalangan, tapi giat dan leka mengutip beras. Yang cedera dibiarkan tanpa bantuan. Wajarkah kita bersikap seperti ini?

Anda boleh singgah di sini untuk membaca berita tersebut. Saya copy-paste luahan pemandu treler beras daripada akhbar Utusan Malaysia:
“Hampir satu jam saya terbaring di atas lebuh raya dan tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan. Malah, mereka kelam kabut mengutip beras yang bertaburan.
“Tidak cukup dengan beras, beg dan telefon bimbit saya juga diambil. Bayangkan dalam keadaan berlumuran darah, mereka hanya memandang tanpa membantu memberikan kain untuk menutup luka saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.
Pemandu treler.
Persoalan demi persoalan timbul di fikiran saya. Apa punca kita bersikap seperti ini? Kenapa kita bertindak seperti orang kebuluran sangat, sampaikan sanggup mengutip beras di tengah-tengah lebuhraya? Apa miskin sangat ke? Kalau yang kutip beras itu datangnya menggunakan basikal, mengaut beras seplastik, diletakkan dalam raga basikal demi untuk memberi makan anak-anak kecil di rumah, lain lah. Ini tidak. Yang sedihnya adalah apabila yang datang mengutip beras itu menaiki kereta yang sempurna, ada antaranya yang bersungguh-sungguh memenuhkan bahagian belakang kereta 4WD dengan beras yang dikutip. Tiada rasa malukah dalam diri kita??
Pesta mengutip beras - Tanpa rasa malu??
Masing-masing mengutip hasil. Sadis.

Dah lah mangsa kemalangan dibiarkan tanpa bantuan, kerana orang ramai sibuk mengutip beras, tidak cukup dengan itu, harta benda mangsa kemalangan juga dikebas orang. Ke mana agaknya perginya rasa malu dan rasa berdosa dalam diri kita? Katanya, orang Melayu tinggi budi bahasa, lemah lembut tutur bicara. Tapi apa maknanya semua itu kalau sesama manusia pun kita gagal untuk membantu. Malah lebih menyusahkan keadaan. 

Tidak terfikirkah beras yang dikutip itu nanti dibuat beri anak-isteri makan, halal atau pun tidak? Itu bukan barangan yang dijumpai. Kalau barangan yang dijumpai jelas tiada tuan. Sedangkan dalam situasi ini, jelas pemandu lori yang dipertanggungjawabkan untuk membawa beras itu ada di situ. Tiada timbul isu beras itu barang yang dijumpai. Sadis sungguh masyarakat kita hari ini. Dunia makin lama makin baju, tapi kita bersikap semakin mundur.  

Baru beberapa bulan lepas terjadi kes kemalangan yang melibatkan supplier duit syiling, menyebabkan RM75,000 duit syiling bertaburan di atas lebuh raya berhampiran Seremban terjadi. Masyarakat kita sanggup bergadai nyawa demi mengutip duit syiling. Tidakkah gila namanya? Kemudian beberapa hari selepas itu muncul kenyataan Mufti mengatakan duit yang dikutip itu haram diambil kerana tuannya ada di situ. Bukan barang yang dijumpai! Saya menggaru kepala yang tidak gatal, apakah rakyat Malaysia ni miskin, papa kedana sangat?
Gigih mengutip duit syiling. 
Ini persoalan sikap. Jangan ada pula yang menuding jari kepada pihak kerajaan. Kalau negara gah mencapai taraf tertinggi sekalipun, tapi kalau sikap rakyat tidak berubah, sampai bila pun kita akan tetap begini. Sekadar negara maju, tapi mentaliti masyarakat terus miskin dengan ilmu dan kesedaran, tak ke mana lah kita. Bila kita nak berubah??  Sama-sama kita renungkan.

Wallahualam

Rabu, 29 Disember 2010

I'm NOT a Terrorist! Oh I mean, Extremist!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam 1Islam.

Hari ini ucapan introduction macam lain sikit. Kenapa? Kerana saya nak sampaikan bahawa, Islam sepatutnya 1, bukan dipecah belahkan. Kenapa isu ini yang saya bawa? Kerana saya geram dengan hentaman Umie Abah saya tempoh hari dalam perdebatan di meja dapur rumah Sabtu lalu hanya kerana saya membangkitkan isu Syiah di dalam Malaysia. Ilmu saya sedikit, jadi saya hanya berbicara dalam prospek Malaysia semata-mata. Sedas demi sedas tembakan saya terima maka akhirnya Abah kata, 'I don't want to talk to u because you're an extremist!' Pheww. Berdesup panas telinga mendengarnya.

Syiah di Malaysia

Persoalan yang saya timbulkan hanyalah semudah, 'kenapa kerajaan / pihak berwajib tidak isytiharkan sahaja kepada umum bahawa Syiah itu terpesong dan haram di Malaysia?' Kata Abah; 'Kau ni teruk lah Ten. Kau kena faham kalau Malaysia announce mcm tu, hubungan kita dengan negara luar mcm mana? Contohnya Iran yang majoritinya Syiah.' Well, i understand the point tapi kemudian saya bidas dengan mengatakan, 'kenapa hendak mempolitikkan hal agama? Kerajaan takut ke? Kita harus utamakan akidah Muslim Malaysia!' Pung pang pung pang dok berdebat, sampai Umie pun tengah potong sayur duk tunjuk-tunjuk pisau kerana geram dengan kedegilan saya dalam berfikir. Salah ke saya dalam berfikir mengutamakan soal agama berbanding hal politik? Saya geram.

Saya beri contoh, beberapa minggu lepas saya terbaca di surat khabar bertajuk, "Masyarakat Islam di Malaysia tidak digalakkan berkahwin dengan golongan Syiah." Lagi saya geram. Kenapa? Tahu tak TIDAK DIGALAKKAN itu sekadar mcm makruh tapi bukannya haram?. Walhal Ulama' dan Mufti semua sefahaman mengatakan Syiah itu terpesong dan merosakkan akidah Islam. Susah sangat ke nak kata, "Masyarakat Islam di Malaysia HARAM berkahwin dengan golongan Syiah". Kan lagi clear. Pihak berwajib kena ingat, tanggungjawab yang mereka pegang sebagai pemimpin bukan sekadar tuntutan dunia. Di akhirat nanti, mereka akan disoal, 'Sepanjang kau menjadi pemimpin di Malaysia, apa usaha yang kau lakukan bagi membendung masalah Syiah yang mengganggu gugat akidah Muslim Malaysia?' Masa tu siapa nak tolong jawabkan? Nak cover lagi? It's too late! Berjaya atau tidak sesebuah usaha itu lain cerita, yang penting lunaskan tanggungjawab dulu!

Sebenarnya saya emosi sebab saya tak puas hati Umie Abah kata saya extremist hanya kerana bila saya kemukakan isu ini, saya tekankan bahawa kita perlu tolak tepi soal politik. Kita perlu tolak tepi soal kepentingan sendiri. Tak adil untuk Muslim yang masih mencari-cari sinar akidah yang terbaik, kerana bila wujud banyak fahaman yang mengelirukan, akidah mereka boleh jadi goyah. Tidak adil. Memanglah kita kata, Malaysia nak maju, 1Malaysia lah apa lah kan, kena jaga hubungan baik dengan negara lain, semua. Tapi tidak ke manalah kita kalau memikirkan untuk memajukan negara, ekonomi dan sebagainya kalau dalam masa sama pegangan akidah Muslim Malaysia kian goyah! Saya ada terdengar, tapi saya tak katakan ini benar, bahawa ada dari kalangan pemimpin kita yang memegang fahaman Syiah. Logiknya, mungkin betul. Kalau tidak ada golongan besar yang memayungi dan melindungi golongan ini, masakan ianya boleh menular dengan begitu membimbangkan? Jadi saya nak tanya. Apa usaha pihak berwajib dalam membetulkan balik akidah pemimpim-pemimpin kita ni? Wallahualam.

Umie kata, 'Kau kena appreciate usaha kerajaan tangkap sana sini group Syiah dan ajaran sesat kat Malaysia ni!'. Well, saya appreciate. Takkanlah saya nak kata tindakan itu salah, tindakan itu sangat wajar dilakukan. Cuma saya nak tanya, cukup ke dengan itu saja? Kita mungkin tangkap yang tak sempat lari, tapi kita tak tertangkap yang berjaya lari. Lari laju gila kalah Watson Nyambek. Kan kan? 
Tertangkaplah mereka yang tak sempat lari.hehe
Malam hari sama saya berdebat itu, ketika dalam perjalanan balik dari Putrajaya ke Keramat, saya terima sms dari Nyssa, katanya Abu Hassan Din buat kenyataan di Buletin Utama mengatakan 'Syiah itu Kafir dan Haram!' Saya tak sempat nak tengok berita itu tapi sekurang-kurangnya saya happy sebab ada juga pihak yang berani ke depan demi perjuangan Islam yang sebenar. Bila saya katakan pada Umie, Umie mcm tak komen banyak. Sekarang dia nak kata Abu Hassan Din pun Extremist ke?? hehe. Tak terkata bonda saya.hehe
Den dah kobar jangan ikut Syiah! Ekau dogel!

Tapi kalau teman-teman baca pula lontaran bicara dari Dr Faisal Tehrani di blognya berkenaan Syiah, kalian akan rasa mcm haishhhh. Mcm mana lah ni.. Saya taknak kupas penulisan FT sebab ilmu saya seciput. Kalau berminat, boleh lah intai-intai di sini. 
"Aip! Aip! Saya bukan Syiah. Saya cuma kasihan dengan nasib orang Syiah yang diKafirkan di Malaysia!" - Faisal Tehrani

Apa kata Majlis Fatwa Malaysia?

Oh ya. Sebelum terlupa. Nak bangkitkan isu besar di blog ini bukan suka suki main terjah. Sedikit sebanyak perlu juga saya buat homework sikit. Jadi, buat-buat rajinlah saya intai Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Tujuannya apa? Tujuannya adalah saya nak diri saya dan kita semua jelas tentang kedudukan Syiah di Malaysia. Majlis fatwa dah keluarkan fatwa 14 tahun yang dahulu lagi berkenaan Syiah. Tapi kenapa hingga hari ini kita masih ragu-ragu untuk menidakkan hak Syiah untuk bertapak di Malaysia? Sila baca dan fahamkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa seperti berikut:

Syiah Di Malaysia

Keputusan: 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
     
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
     
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
     
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Oleh itu, kita perlu sedar dan perlu jelas bahawa Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa dah 14 tahun yang dahulu. Hari ini kenapa kerajaan perlu takut-takut untuk bertindak dengan lebih semangat bagi membanteras Syiah? Ok finelah kalau kita taknak kata, 'Syiah itu Kafir' kerana bunyinya mcm kasar sangat kan? Tapi at least tekankanlah bahawa Malaysia hanya membenarkan penyebaran agama Islam berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah. Mana-mana rakyat Malaysia yang tak nak tu, mungkin boleh lah merancang untuk angkat kaki, berpindahlah ke Iran ke, Pakistan ke. Lagi mudah untuk mereka. Sekurang-kurangnya tidaklah berdosa pemimpin Islam Malaysia kerana kurang berjaya membanteras isu Syiah di Malaysia.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, saya ni Extremist ke? Balik nanti saya nak tunjuk pada Umie Abah tentang Keputusan Majlis Fatwa berkenaan Syiah ini. Saya nak juga tau kalau-kalau mereka nak kata, Majlis Fatwa pun Extremist! hehehe. Tolonglah telefon Umie Abah saya, bagitahu mereka yang saya tidak extremist!hehe. Tapi apa-apa pun saya berbangga dengan Umie Abah kerana menjadikan saya seorang yang berani dalam melontarkan pendapat sungguhpun dibidas bagai nak gila. Dan I love U, Umie Abah kerana anda tidak meng-iya-kan kebenaran Syiah, cuma anda menekankan bahawa saya perlu lebih realistik bahawa untuk mengubah dunia hari ini tidak semudah bicara di bibir. Walau mcm mana pun saya kata, Islam tidak wajar di politikkan, hakikatnya memang sukar itu kita lari dari situasi itu. Ah, sungguh sadis!

Perkongsian

Hadith: “Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini(umat Rasulullah SAW) akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. Adapun yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.

Hadith: “Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: “Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama’ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh”.

I am NOT an Extremist!

Wallahualam.

p/s: Bila mahu menghulur sumbangan untuk Adik Zawawi? Jom bantu yang memerlukan!