Mari kita sambung perbincangan episod lepas. Hoyeah!
3 Langkah/Kaedah Mencari Jodoh
Kredit |
Episod lalu kita telah membincangkan tentang konsep asas jodoh. Episod ini, saya (Jora) akan mengupas perihal langkah/kaedah mencari jodoh.
Langkah 1: Jadi baik (yakni soleh/solehah)
Selalu kita bercita-cita untuk mencari pasangan yang baik dan seterusnya mendapat jodoh yang baik. Tetapi kita juga selalu terlupa untuk menjadi yang baik terlebih dahulu. Jadi, ingin diingatkan di sini bahawa adalah sangat-sangat-sangat penting untuk menjadi yang baik, sebelum sibuk-sibuk mencari yang baik.
Ostad, kenapa perlu jadi baik? Apa motifnya? Saya tak cukup baik ke, Ostad?
Hurm. Jangan tanya Ostad tu banyak-banyak, kesian Ostad tu. Mari saya bawakan ayat 26 Surah An-Nur yang sudah cukup familiar pada kita semua, kan?
Kredit |
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Menjadi baik adalah satu proses berterusan - on going process. Untuk 'claim' yang diri kita ini baik pun tidak elok sebenarnya sebab hakikatnya kita ni taklah baik mana, ye tak?
Tetapi cukuplah sekiranya kita menyatakan bahawa kita sedang berusaha menjadi orang baik. Tetapi tidak cukuplah dengan menyatakan semata-mata tanpa melakukan kebaikan. Jadi sebagai usaha menjadi orang baik, maka lakukanlah kebaikan.
Apa-apapun perlulah kita jelas bahawa melakukan kebaikan itu bukanlah petanda kita orang baik, tetapi ianya adalah satu indikasi bahawa kita sedang berusaha menjadi orang baik. Macam complicated sikit kan? Tapi kalau faham, senang je sebenarnya.
Ustaz Pahrol juga turut menjelaskan tentang 'Law of Attraction' dalam konsep menjadi baik dan mendapat yang baik ini. Bagaimana? Formulanya mudah - apabila anda menjadi baik, anda akan menarik orang-orang baik mendekati anda. Maka, lebih tinggilah 'possibility' untuk berjodohkan orang baik sebab kita didekati atau didampingi orang-orang baik sahaja.
Ostad, kalau ada lelaki yang baik tetapi tidak sekacak Aaron Aziz, bagaimana yang harus saya lakukan, Ostad?
Ostad berpesan, bila hati kita baik, wajah kita akan serta merta menjadi cantik/handsome. Jadi, nilailah pada akhlaknya dahulu sebelum wajahnya. Kalau muka handsome tapi akhlak haprak, apakah faedahnya, ya?
Dan perlulah kita mengubah cara berfikir dan memandang sesuatu. Bukan apa yang kita pandang itu penting, tetapi bagaimana kita pandang itu yang penting. Kalau kita memandang Si Suami yang tidak sekacak mana itu sebagai suami soleh yang kacak, maka kacaklah dia. ;)
Langkah 2: Ikut pilihan orang yang baik
Apa? Ikut pilihan orang lain? Tapi.. Tapi.. Tapi, Ostad, saya ada pilihan sendiri!
Kalau dah kau ada pilihan sendiri, kau sibuk minta nasihat aku ni kenapa?hehe.
Okay I know this is the complicated part. Mungkin untuk yang telah memilih calon sendiri akan terasa tercabar dengan langkah/kaedah ini. Terpulanglah untuk menerima ataupun tidak. Saya sekadar menyampaikan apa yang saya terima daripada Seminar tempoh hari. Selebihnya terpulang kepada anda.
Orang yang baik ini bermaksud orang yang diyakini iman dan agamanya. Sebagai contoh; ibu bapa, guru-guru, ustaz-ustazah, naqib-naqibah, mudir-mudirah, atau sesiapa sahaja yang kita yakin dengan asas agamanya. Malah jika ada sahabat yang bagus agamanya mahu memilihkan calon pasangan untuk kita pun wajar untuk kita 'consider'.
Sebagaimana kisah Puteri Rasulullah, Zainab. Zainab bertemu jodoh dengan suaminya melalui Rasulullah saw. Dia tidak membantah langsung. Mengapa? Kerana dia yakin bahawa bapanya tidak akan memilih yang buruk akhlak untuknya.
Kredit |
Langkah 3: Ikut cara/kaedah yang baik.
Macam mana agaknya ya?
Yang pasti, bukan ikut logik akal semata, bukan ikut budaya ataupun adat.
Habis tu macam mana? Payahnya!
Apa cara sekalipun tak jadi masalah asalkan aqidah diutamakan, syariat terpelihara dan akhlak dijaga. Senang cerita, antara cara-cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
- Gunakan orang tengah - contohnya naqib/naqibah/sahabat yang dipercayai; atau
- Ayah si gadis atau si teruna approach calon untuk anak. Tak kisah anak perempuan atau anak lelaki, mana-mana pun boleh; atau
- Diri sendiri approach, tawarkan diri kepada orang lain yang kita yakini dan percayai agamanya.
Sekarang ni walaupun kita didedahkan dengan banyak cara, kita masih takut-takut untuk mencubanya. Kita masih memilih untuk mengorat, trylah kalau bernasib baik dia pun suka kita, pastu couple, dan seterusnya.
Tetapi sekarang ini juga banyak ruang organisasi menguruskan Baitul Muslim. Khususnya kumpulan-kumpulan yang ber-usrah mesti biasa dengar dengan cara ini. Cubalah. Tak jadi masalah, malah lebih baik. Lebih terpelihara ikhtilatnya, kan?
Selain daripada itu, bapa pun bolehlah jadi macho-man yang mencarikan calon terbaik untuk anak-anak. Barulah terpelihara dan terjaga aktiviti anak-anak. Tak adalah anak-anak sibuk berdating atau merayap atas alasan mencari jodoh.hehe.
Ataupun, approach la mana-mana lelaki/perempuan untuk dijadikan pasangan. Dengan syarat diyakini agamanya dan terpelihara akhlaknya. Bukan approach seperti; 'hai anda. anda nampak sangat cun dan ayu. Sudikah anda menjadi isteri saya yang sah?'. Poyo benar. Guna cara yang terpeliharalah.
Tapi Ostad, kalau kena reject cemana? Malu saya Ostad!
Marilah kita betulkan pemikiran kita sama-sama. Kita buat benda baik dengan approach orang baik sebab niat kita baik. Usaha kita approach itu dikira usaha ke arah kebaikan, asalkan kita tidak sulamkan perasaan dan niat kita dengan niat-niat kegatalan.
Andai ditolak tidak mengapa. Sebab pahala dah dapat. Apa susah? Allah akan temukan yang lebih baik pula. Yakin, insyaAllah.
Ostad, saya ada berkenalan dengan seorang jejaka ni. Macam mana nak tahu dia jodoh saya, Ostad?
Mesti ramai yang tertanya-tanya macam ni kan? Agak-agaknya macam mana nak tahu? Cuba teka.
Well, tak ada cara nak tahu sehinggalah tiba masanya lafaz ijab dan qabul terhasil. Sebelum itu, bersangka baiklah dengan Allah swt. Apa sahaja yang Allah tentutkan, semestinya itulah yang terbaik.
Jangan khuatir sangatlah. Memang betul, mengetahui siapa pasangan kita sebelum berkahwin adalah penting. Tetapi, mengenali siapa pasangan kita selepas berkahwin adalah jauhh lebih penting. Bersangka baiklah dengan Allah, walaupun kita tidak berapa mengenali bakal suami kita kerana terhad dari segi perhubungan, tetapi usahakanlah untuk mengenali sedalam-dalamnya selepas berkahwin kerana itulah yang lebih penting.
Ostad, saya berkahwin dengan awek saya. Masa bercinta kami daring juga. Adakah kami tergolong daripada golongan yang 'tidak baik'?
Hey hey. Begini. Lelaki yang baik memang untuk perempuan yang baik. Tetapi, jangan diukur pada awal-awal perkahwinan semata-mata. Mentang-mentang kita pak lebai, dapat yang bertudung labuh dah bangga kemahin. Jangan, jangan begitu. Dan yang mengahwini orang yang sama-sama 'nakal' dengan anda satu masa dahulu pun janganlah putus harapan. Sebabnya, 'kebaikan' itu bukan semata-mata di awal perkahwinan. Boleh jadi ia muncul di pertengahan atau akhir perkahwinan. Sama-sama menakal, sama-sama berhijrah ke arah kebaikan, mengejar syurga Allah. Indah kan?
So, preparation pula macam mana? Macam mana nak tahu saya dah ready ke belum, Ostad?
Membuat persiapan itu adalah sifat orang mukmin. Perlu kita tahu bahawa jika kita tidak membuat 'preparation', masa-masa kita akan banyak dibuang untuk membuat 'correction'. So, perlulah kita buat persediaan!
Kredit |
Persediaan:
- Dalaman; dan
- Luaran.
Dalaman tu macam mana? Luaran pula bagaimana?
Hurm.
Oleh kerana episod ini panjang sangat, kita tunggu episod seterusnya. Yehaaa!
Nak kahwin! Nak kahwin! Haha.
Haip!! Sod Ba Ro.
*bersambung*
Teruskan membaca:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan