Jumaat, 16 Oktober 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt, Salam Muhibah, Salam 1 Malaysia. =)

Setelah kesibukan dengan tugas2 seharian, peperiksaan akhir sem, dan program, hari ini berkesempatan juga utk sy mengemaskini blog inspirasi ini. Sy terpanggil utk berkongsi sedikit sebanyak tentang istimewanya kita dilahirkan sebagai warga Malaysia.

4 hari lepas, sy sibuk mengendali sebuah program Homestay utk pelajar2 Antarabangsa MMU Melaka. Program tersebut dijalankan di Kg Morten, Melaka. Memang menyeronokkan dan sy boleh katakan, mereka amat beruntung kerana mendapat kerjasama dari jabatan2 yg besar di mana secara tak langsung, ISS menerima bebanan yang kurang dalam menjalankan program ini. Tapi itu bukan isu yg ingin sy kongsikan. Sy ingin kongsikan tentang budi bahasa budaya kita.

Pada malam pertama progam, aktiviti yg dijalankan adalah Tour D Melaka. Jadi para peserta diminta berkumpul selewat2nya jam 830 malam. 3 buah bas tersedia menanti para peserta dan org kampung yg ingin turut serta. Seorang pemandu pelancong berlesen menanti sejak jam 800malam. Dan bas hanya bergerak kerana menanti para peserta sekitar jam 945 malam. Cuba kira berapa lama kelewatan yg berlaku?? Mereka, (pelajar antarabngsa) usahkan kata nak minta maaf, buat muka bersalah pun x ada. huh. Mungkin budi bahasa bukan budaya mereka. Sehinggakan sy tercabar mengenangkan nasib pemandu pelancong yg telah menunggu hampir 2 jam tanpa makan dan minum. Teringat pula kepada Abah sy. Kalaulah dia diperlakukan begitu...

Selesai Tour D Melaka, ketika hendak berangkat pulang. Ada pula yg tanpa rasa bersalah makan di Mcdonald dan biarkan semua yg terlibat sebanyak 3 bas itu menunggu mereka. Amatlah x relevan tindakan mereka. Smpaikan pemandu pelancong itu tadi tercabar dan sempat berkata, "U know why Malaysia Boleh? Because we know how to respect on others and we are punctual. Not like u guys!" Terdiam terus kelu lidah pak-pak arab x terkata apa2.

Pada hari terakhir program pula, setelah bertungkus lumus mengawal keadaan majlis penutup, bas telah menunggu sekitar jam 6ptg tetapi majlis hanya berakhir jam 615. tup tap tup tap menunggu para peserta berkumpul dan mendengar arahan bukan mudah. Malah amat sukar. Darah sy mula naik kepala bila ada lagi yang ingin mengadakan sesi fotografi berkumpulan. Terus sy katakan, "We dun have time anymore. Imagine ur dad is the bus driver and he has to wait for all the participants to gather and get into the bus!" Bukan kekasaran yg ingin sy tunjukkan. Cuma sy merasakan amatlah tidak wajar mementingkan keseronokan diri semata sedangkan pihak lain terpaksa menunggu kita bagai nak gila. Tercabar sungguh kesabaran sy. Lantas si arab itu hanya menjawab, "ok2, i understand.."

Tak lama selepas itu, datang seorang wakil penduduk kampung kepada sy meminta sy arahkan pserta2 program membantu menyusun kerusi di bawah khemah. Iyalah. Sy faham kerana org2 kampung bukan muda remaja utk kemas segalanya. Lagi2 yg menggunakan kerusi itu semua adalah peserta kita juga. Jadi terus sy buat pengumuman, "brothers and sisters, i need ur help to stack up the chair asap then pls move to the bus". Mereka buat bodoh saja dengan arahan yg diberi. Lantas pak arab tadi datang kepada sy dan katakan, "imagine ur father is the bus driver.." Sy tersenyum kerana dia menembak sy semula semata2 kerana sy menyampaikan permintaan org kampung utk menolong menysun kerusi. Terus sy jawab, "if i dun ask u guys to help the villager, anyhow u guys are still wasting ur time over here not even gathering to get into the bus. So, help them now then straightly move to the bus!." Dan puas hati sy bila pak arab itu tadi hanya mengangguk dan diam.

Bersyukur sy menjadi rakyat malaysia yang reti bahasa dan tahu berbudi bahasa. kerana kita selalu berpegang bahawa budi bahasa budaya kita. =) Alhamdulillah, Syukur.