Selasa, 9 Disember 2014

When A Law Graduate Speaks (Q&A) Ep. 4

Bismillah. Alhamdulillah.


Semalam saya semak email syarikat dntc.trainer@gmail.com dan saya menerima email daripada seorang adik lepasan SPM yang turut berminat untuk menjadi pejuang arena undang-undang. Kebetulan email masuk ketika saya sedang berehat-rehat berbaring-baring di rumah (waktu malam semalam). Saya membaca email ini sekilas sebelum tidur dan siang ini saya ambil kesempatan (sementara waktu senggang di pejabat) untuk menjawab soalan adik ini sekadar termampu.

Soalan asal berbunyi seperti screenshot berikut :

Soalan.
-----------------------------------------------------------

Nama adik ini ialah Iman XYZ (bukan nama sebenar). Mari kita rujuk adik ini sebagai Iman sahaja. Jadi, balasan saya kepada email Iman adalah seperti berikut:

Waalaikumsalam wbt, Iman.

Thank you for your email. :) Will try my very best to assist you on the confusion that you are currently facing.

My answers to your questions are as follow:

Soalan 1 - Do u prefer to take law dlm negara or abroad:

If I was given a chance to go abroad, I will definitely go. Sebab belajar luar negara ni membantu seseorang itu melihat dunia dari kacamata berbeza. Minda lebih terbuka andai kita keluar dari kepompong dunia yang dah biasa dan dah muak kita tengok. 

I would like to share something via http://alfa-najlaa-mnor.blogspot.com/2014/09/25-menilai-sudut-bumi-yang-beda.html. Hopefully it helps you for a better understanding on living abroad.

Tapi untuk bidang undang-undang secara khusus, jawapan saya dalam soalan kedua di bawah.

Soalan 2 - What is the pro and cons kalau bljr law luar negara:

Untuk sambung belajar dalam negara atau abroad, semuanya ada pros and cons. If you are talking about the Law syllabus per say, it is more advisable for you to study locally. Why?

First, secara amnya, undang-undang negara kita tak sama dengan undang-undang negara yang akan awak pergi. Mungkin ada persamaan seperti kalau Malaysian law dengan British law, lebih kurang sama dalam beberapa area (sebab kita inherit dari British law) but still, banyak perbezaan. Dari sudut legal procedure juga banyak perbezaan. Jadi kalau awak grad law oversea, balik Malaysia, awak perlu study juga undang-undang Malaysia. 

Second, kalau awak grad law oversea, ada beberapa additional requirements yang awak perlu penuhi untuk melayakkan awak chambering dan seterusnya jadi peguam di Malaysia. Ini juga bergantung juga kepada pentauliahan sesebuah universiti luar negara itu. Secara ringkas, kalau awak study and graduate abroad, awak hanya boleh buat chambering setelah awak menduduki peperiksaan CLP - Certificate of Legal Practice. Alternatively, you may be exempted from CLP if you grad abroad only if you go through Bar Programme. Manakala kalau awak grad local, you do not have to sit for the CLP exam atau Bar Programme. Kalau grad Malaysia, awak grad je awak boleh terus start chambering. Tapi make sure semak akreditasi sesebuah universiti itu juga ye. 

Dalam erti kata lain, kalau grad oversea awak tak boleh buat chambering melainkan awak sit for CLP exam dulu ataupun awak attended Bar programme dan pass CBE - Common Bar Exam sebelum awak balik Malaysia. How difficult is these 2 CLP and CBE, you may google it. Secara amnya, yang saya dengar, CLP sangat susah. CBE pula tak semua orang bernasib baik untuk mendapat tempat melaluinya. Tapi, be positive. Kalau Allah swt izinkan untuk berjaya, susah macam mana pun kita pasti mampu hadapinya. :)

Dan kalau kita lihat dari sudut lain, belajar di luar negara ini nampaknya lebih mematangkan. Mematangkan cara kita berfikir dan hidup. You have to be so independent, struggle to survive dan balik dengan ilmu kehidupan yang penuh di dada (harapnya lah). Belajar di negara orang juga mungkin sounds grand tapi kalau jati diri tak kuat, akan jadi cabaran besar juga. Moga moga kalau ke luar negara, kita tak hanyut. Dan andai diberi peluang ke luar negara, pulanglah dengan kadar keimanan yang lebih tinggi dari waktu pergi. Sebab bumi Allah ini luas, ilmu ada di mana-mana. Cari cari mesti jumpa.

Cuma itulah, kalau buat law di oversea, memang leceh sikit untuk kemudiannya jadi peguam di Malaysia. Unless kalau awak tak berhajat nak jadi peguam, awak tak perlu melalui CLP dan chambering itu semua. Awak boleh terus bekerja sebagai penasihat undang-undang di mana-mana syarikat.

Soalan 3 - Is master really needed?

Untuk pengamal undang-undang khususnya peguam, Master bukan satu keperluan. Ianya hanya bonus kalau awak miliki. Juga sebagai self achievement seseorang. Sebab dalam kalangan peguam yang berlatih, kepakaran mereka bergantung kepada pengalaman mereka dalam mengendalikan kes, bukan kepada paper qualification like degree, masters, phd etc. Tetapi, if you plan to jump into education field, paper qualification is a need. Sebagai contoh sekarang ni, kalau awak nak jadi pensyarah undang-undang peringkat Ijazah, minimum awak perlu ada Master.


Soalan 4 - I think to apply pnb for scholarship? Is it okay?

Any scholarship is good. Kalau boleh, apply saja sebanyak mana scholarship yang mungkin. Kemudian tengok dapat tawaran yang mana. Tak semua kita apply kita akan dapat. Andaikata dapat tawaran dua atau lebih, kemudian pilih salah satu dari semuanya. 

Scholarship sangat membantu kita menampung kos belajar dan sara diri sepanjang pengajian. Namun, perlu ingat yang kebanyakan scholarship ada 'bond' ataupun 'ikatan perjanjian'. Sebagai contoh saya mendapat tajaan dari Yayasan XYZ mereka menaja saya selama 4 tahun pengajian. Dalam perjanjian, saya perlu bekerja bersama XYZ atau mana-mana anak syarikat selama 8 tahun. Jadi, saya perlu memenuhi tuntutan perjanjian yang telah saya persetujui semasa mendapatkan scholarship. Andai saya gagal, saya dikira 'breach of contract' dan pihak penaja boleh menuntut kembali sejumlah wang tajaan yang mereka pernah beri dulu.

Itu contoh sahaja. 

Iman boleh rujuk contoh contoh scholarship yang lain. Ada juga yang tak ada syarat untuk kembali berkhidmat dengan penaja setelah tamat pengajian. Semuanya bergantung kepada pihak penaja. Make sure you read and understand well the terms and conditions.

Akhir kata dari saya, sebagai orang Islam kita ni ada kelebihan 'gerak hati'. Biasanya Allah akan beri kita gerak hati untuk proceed dengan Plan A atau Plan B. Jadi, tepuk dada, tanya iman. Jangan lupa juga untuk usahakan Solat Hajat agar Allah mudahkan jalan Iman mencapai cita-cita, Solat Istikharah agar Allah beri Iman cahaya untuk memilih yang terbaik. Dan mintalah ibu bapa untuk doakan Iman. Selain itu, Iman usahakan juga Istisyarah iaitu bertanya kepada orang lain yang lebih pakar dalam hal ini agar Iman boleh timbang-tara pandangan-pandangan mereka. 

Niat untuk sambung belajar dan pursue dalam bidang perundangan juga perlu disemak. Semuanya wajib diniatkan kerana Allah swt. Andai Allah izinkan kejayaan buat Iman kelak, berbaktilah untuk agama dan ummah dengan ilmu yang Iman ada.

Btw, UIA is a great choice if you plan to pursue locally!
Selamat berjuang, bakal peguam!

Wassalam

p.s: Mohon izin untuk dikongsikan soalan dan jawapan di atas di blog saya. :)

-------------------------------------------------------


Sekian, dan moga bermanfaat.

Jika ada yang masih musykil, boleh email di dntc.trainer@gmail.com.
Wassalam

Links to:

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai..saje blog walking. sy minat law tapi xde rezeki. tamat je diploma, dpt 3 offers from foreign universities, malangnya duit jadi masalah, mara plak hanya beri pinjaman, x brani nak hutang ratus ribu after graduated. then sy dpt offer temuduga utk law uitm, tapi gagal. skang sy ambik accounting kat uitm, best syukur maintain pointer 3 above. xde rezeki nak jadi lawyer, tapi jadi accountant pun hebat gak hahaha..k bye

Najlaa berkata...

Alhamdulillah. Apa-apa bidang pun akan seronok dan membahagiakan kalau kita letak hati kita padanya. Pasak niat untuk Allah, semuanya mudah. InsyaAllah. Tahniah!

Cik Anese Sophea berkata...

Assalamualaikum akak. sekarang sy diploma pendidikan awal kanak2 kat kptm. tapi sy berminat nk sambung law untuk degree nnti. kalau degree nanti nak sambung law, u akan tengok result diploma saya ke result spm? kalau final sy dapat 3.5 above ade peluang ke saya nak sambung degree law walaupun course berlainan? sebelum ni sy ade dapat tawaran course syariah di kias tapi sy tak pergi. sy terima pendidikan ni pun atas sbb mak ayah saya suruh. ttapi kalau ikutkan hati nak sambung law nt degree. cuma tak pasti boleh ke tak. and degree boleh smbung oversea ke ? mohon akak bg pencerahan ye :) terima kasih