Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ini kebetulan saya mengintai blog ini yang sudah terlalu lama saya biarkan sepi. Currently I am maintaining 3 blogs, like literally memang 3 blog. Cuma yang rajin saya focus ruang baru saya di www.bicaranajlaa.com dan satu lagi personal blog. Tapi memandangkan hari ni saya terbaca komen seorang pembaca di entry lama saya tahun 2011 yang lalu di sini, saya fikir saya perlu menjawab soalan-soalan melalui satu entri khas. Lalu ditulislah entri ini dalam masa yang sangat singkat.
Komen dari Adik Anonymous berbunyi begini:
"Salam, mohon pandangan dari empunya blog yang arif..:)tp sblom tu nk bg tau keraguan sy terhakis lps bace artikel ni, seriously!... tp sy ada soalan..
jujur sy sebenarnya dalam dilema. sy skrang last sem untuk fod. in business management. then akan sambung ke degree in business jgk la kan. tp org2 tua sy termasuk p.cik2(dorang ni blaja mmg tip top habis lah, jd xbleh nk tolak saranan ikhlas dorang ni mentah2) x galakkan untuk sy continue course business ni... (sbbnye.. i think u know y:) plus dorang pun tau sy asalnye nak jdi peguam.. tp masalahnye bi sy waktu spm tu dpt c+ je.. subject lain A.(sy bdk art je), so now saya sdang mencari ipts yg sesuai untuk jurusan undang-undang (ipta mmg x layak) and akak kan bkas pelajar mmu so sy igt nk continue study kat mmu jgkla.. so bleh x akak citer ckit (panjang lebar lgi sy suke ;) akak mula2 amik ape eg. foundation in law ke.. pastu.. degree ke.. next... master ke.. macm tu la lebih kurang.. and last skali tp pling penting.. nk tau gak kos untuk blaja kat mmu melaka (kan?) mcm mana.. including sara hidup, t.tinggal, buku2.. yela sy ni bukan dari keluarga yang senang so, xnak la susahkan family..
sori panjng lebar tp hrp sgat akak sudi blas.. t.q"
Pertama sekali, terima kasih Adik Anonymous atas kesudian membaca blog ini. Dan terima kasih kerana bertanya. Saya tak arif, tapi banyak soalan dalam komen anda yang perlu saya jawab. Apparently, saya telah meninggalkan MMU selama 3 tahun dan mungkin saya tak ingat saya journey saya beberapa tahun lepas tetapi saya akan cuba untuk menjawab soalan-soalan Adik Anonymous.
Kedua, lets enjoy my answers to your queries, ya? Moga ianya bermanfaat juga untuk kawan-kawan lain yang berminat dalam bidang undang-undang.
i) IPT mana yang menawarkan jurusan undang-undang?
Di Malaysia, kebanyakan IPTA menawarkan jurusan undang-undang. Antara yang ternama adalah UM (Universiti pertama di Malaysia yang menawarkan jurusan undang-undang), UKM, UiTM, UIA, USIM, UUM, UNISZA dan anda boleh semak sendiri. Saya tidak terlalu khatam tentang hal ini tapi secara amnya, itulah IPTA yang menawarkan jurusan perundangan.
Adatlah hidup zaman sekarang terlalu tinggi persaingan. IPTA, being the higher education institutions yang mendapat subsidi kerajaan, pastinya berbondong-bondong yang berebut. Dan kalau tak berpeluang atau tidak terpilih, janganlah kecik hati. Berusahalah untuk mendapat tempat di IPTS, jika berkemampuan.
IPTS yang menawarkan jurusan perundangan ada banyak juga which you can check it yourselves. Tetapi kebanyakannya menggunakan silibus UK atau Australia yang mana senang cerita such institution tidak tersenarai dalam definisi ‘Qualified Person’ seperti yang termaktub di dalam Legal Profession Act. Tetapi Universiti Multimedia (MMU) adalah IPTS yang mendapat pengiktirafan daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB) sekaligus meletakkan graduan undang-undang MMU mempunyai kelayakan sebaris dengan graduan UM, UiTM, UIAM dan UKM. Ini adalah status terkini. Jangan tanya tentang status sebelum ini. Panjang saya perlu jelaskan nanti. So dari segi kelayakan graduan undang-undang dari MMU, mohon jelas dan padamkan kemusykilan.
Sumber: Google |
ii) Apakah ‘requirements’ untuk memohon tempat sebagai pelajar jurusan undang-undang di MMU?
Jujurnya yang ni saya kurang pasti. Mungkin requirements dah bertukar, considering that MMU now has its own Faculty of Law. Previously when I was still a student in MMU, we were ‘parked’ under the Faculty of Business and Law. Back then, there was no Faculty of Law yet. So sekarang, dengan adanya Fakulti tersendiri, nama semakin diyakini, produk semakin dipercayai, mungkin requirements agak tinggi. Wallahualam. Saya sediakan link Faculty of Law di sini untuk anda semak sendiri.
Entry requirements untuk Foundation in Law di sini dan entry requirements untuk Bachelor of Law (Hons) di sini.
Menurut pemerhatian saya, perlu ada minimum B+/B3 untuk Bahasa Inggeris manakala minimum C untuk Bahasa Melayu.
Memandangkan Adik Anonymous dah go though Foundation in Business Management, mungkin Adik Anonymous boleh rujuk secara terus dengan pihak MMU. Manalah tahu boleh enroll terus untuk buat Bachelor of Law (Hons) using Foundation in Business Management as your entry requirements. Wallahualam. Boleh cuba try test.
iii) Perjalanan saya sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari MMU Melaka.
Setelah 3 tahun meninggalkan MMU, agak mencabar juga untuk saya re-call segala pengalaman dan perjalanan saya semasa bergelar pelajar di sana. InsyaAllah saya kongsikan secara ‘general’. Harap-harap membantu, ya?
Saya bermula sebagai pelajar Foundation in Law, sekitar tahun 2007. Waktu itu usia saya telahpun menjangkau 20 tahun. Kelewatan saya dalam memulakan pengajian di MMU adalah kerana saya telah ke Kolej Matrikulasi Kedah terlebih dahulu pada usia 18 tahun, menyambung pengajian dalam Sains Hayat. Kerana saya datang dari sekolah MRSM, saya didorong oleh keluarga untuk menyambung pengajian dalam bidang sains. Namun, half way in there, I made decision to quit and left the college after one semester. Kemudian being a quitter, obviously I felt like a loser. Thus, I took my time to work part time, kumpul duit seciput dua ciput then only sambung belajar di MMU. Well, it explains my enrollment into MMU at the age of 20 kan? Good. Hehe.
Sepanjang setahun pengajian Foundation in Law saya, saya menggunakan duit simpanan, duit ehsan ibu bapa dan adik beradik dan pinjaman PTPTN. Tapi PTPTN masa Foundation tu tak banyak mana pun. Kalau tak silap RM5000.
Kemudian melangkah ke peringkat Ijazah pada 2008, Alhamdulillah Allah mudahkan jalan saya. Kerana keputusan Foundation yang cemerlang (kononnya), saya memohon tajaan biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dan Alhamdulillah saya dapat. Actually panjanglah cerita nak dapat tajaan ni sebab saya pun takkan boleh lupa betapa gigih berusaha apply biasiswa sana sini demi nak dapatkan financial assistance untuk sambung belajar. Kalau waktu Foundation tu pemalas dan keputusan tak cemerlang, saya rasa hari ni saya hanya mampu berangan nak jadi peguam je lah. In fact nak dapat biasiswa YTM tu mencabar jugak sebab usia saya waktu itu dah melebihi requirement untuk memohon. Tetapi bila disenarai pendek untuk pergi ke Selection Camp, kita cubalah usahakan yang terbaik. Anyway, kalau Allah swt kata itu rezeki kita, maka jadi rezeki kita juga. Syukur.
So pendek cerita, sepanjang 4 tahun pengajian Ijazah di MMU, yuran pengajian saya ditaja sepenuhnya oleh YTM. Termasuklah wang poket (elaun sara diri) juga diberi YTM. In return, perjanjian saya dengan YTM adalah untuk berkhidmat dengan Telekom Malaysia selama 8 tahun seusai pengajian. Thus it explains what I am doing here in TM. Hehe.
Upon my graduation from MMU (back in October 2011), saya lepak di rumah goyang kaki sekejap sementara menunggu Surat Pengesahan Tamat Belajar dari MMU. Sebab kalau nak tunggu lepas Konvokesyen, alamatnya kematu.hehe. So once dapat surat terus gigih cari peluang untuk menjalani Latihan Dalam Kamar (Chambering) di KL. Saya telah jalani Chambering saya di Messrs. Jeff Leong Poon & Wong selama 9 bulan bermula Januari 2012 hingga Oktober 2012. I was then called to the Bar, ditauliah sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 30 November 2012. Alhamdulillah.
Then 1 Disember 2012, saya mula berkhidmat dengan pihak penaja. Currently I am in Legal Department. Saya sempat ‘jump’ beberapa different position (with different job-scope) before ended up in Legal Department. Alhamdulillah, it is a good life journey. In fact I am looking forward for another 'jump'.
Oh ya. Berkenaan pengajian Master saya, saya mula enroll di Universiti Malaya sebagai pelajar Sarjana Undang-undang pada September 2012. Waktu itu saya masih ber-chambering but I was about to complete my chambering lah. Masa tu gatal-gatal je apply Master sebab boring. Haha. Sebab gedik, mungkin?
So it took me less than 2 years to complete my Masters. Memula nak buat 3 semester je tapi macam pancit pula, so end up jadi 4 semester. Alhamdulillah, lancar walaupun tak cemerlang.haha. Saya baru tamat Masters saya beberapa bulan lalu dan menunggu peluang untuk Konvokesyen sekitar Oktober ini. Kalau tak ada aral, saya akan posing-posing pakai jubah konvo lagi. Hehe. Doakanlah, ye?
So roughly I think itulah perkara penting pun untuk perjalanan saya sebagai pelajar dan graduan undang-undang. Untuk cerita lebih detail mungkin next-next entry lah kot. (Kalau saya rajin)
Dan untuk soalan kos di MMU, I think the best is to take a calculator and calculate lah.hehe. Dulu lain, sekarang lain. Yuran sekarang semakin tinggi, Adik Anonymous boleh tengok di link yang saya sediakan di atas. Yuran pengajian memang jauhlah kalau nak compare dengan yuran pengajian di IPTA. Itu memang fakta yang tak dapat dinafikan. Tapi kalau throughout your journey as a student, you get good results, you can always try to apply for scholarship. Banyak scholarship yang ditawarkan contohnya MARA, JPA dan institusi lain. Don’t worry so much about that. Paling tak pun, PTPTN kan ada? Hehe
Berkenaan kos tempat tinggal, saya fikir tak ada banyak beza dengan kos duduk rumah sewa kalau belajar di tempat lain pun. Kalau pandai berjimat, rendahlah kos-nya. Kalau jenis nak melahu, nak makan mewah-mewah, nak seronok-seronok 24 jam, memang duit tak pernah cukup. It depends on individuals, actually.
I think that’s all for now. Kalau ada soalan-soalan lain boleh lah ditanya kemudian dan saya akan cuba respons. Usually saya akan reply lambat sebab blog ni saya jarang bukak dan jarang semak, tapi kalau saya dah bukak dan perasan dengan komen, saya akan response.
If there’s any urgency to the matter, to get advice etc etc, please drop me an email at dntc.trainer@gmail.com.
Free consultation, kononnya! Hehe.
Semoga Allah swt redha. Wassalam
27 ulasan:
Wah... x sangka akak balas dgn entry khas.. hargai sngat n terharu (eh tetibe;)
Akak mmg bri penjelasan yg penuh n jelas n membantu n puas sgt... seronok sgt dpt jumpa org yg sgt positive n berinspirasi mcm akak ni..
btw, sy skrang mungkin sambung kat INTI U Nilai. Dorang tawarkan uk degree transfer prog. 2+1 tp msih x confirm.. lgi stu sy perasan MMU Melaka ni byk international student (xyah international sgt kot, negro je pun he2..) ok la, thank you so much for your entry n sy nk keep in touch dgn akak from now on.. (bleh kan,kan..??:)
Salam Anonymous,
Boleh keep in touch. Tak ada masalah. Good luck in ur future undertakings ya.
Thank you for dropping by.
Regards;
Najlaa
salam, selepas membaca blog adik, akak rasa nak sambung impian akak. umur akak da mencecah 39 tahun tapi akak masi menyimpan niat akak untuk menjadi peguam :) akak nie cuma lepasan diploma IPTA, waktu akak ambil diploma akak pun masa akak 29 tahun. memang akak sedikit malu sbb akak yang tertua di kelas akak masa tu tapi akak gagahkan diri untuk dapatkan segulung diploma. alhamdulilah, akak dapat. sekarang akak pun sedang google ipts dan ipta yang sesuai utk akak, namun akak tertarik dengan MMU, lagipun dekat dengan kampung suami akak, serba sedikit dapat ringakan beban akak dlm kewangan. akak cuma nak tanya, semasa adik belajar di MMU, ada ke pelajar yang berumur seperti akak? dan berapa ramai students dlm satu kelas? cara pembelajaraan MMU bagaimana? adakah lebih kepada theory atau praktikal? terimah kasih. semoga adik berjaya dan menjadi peguam yang berjaya :)
Salam Kak Anonymous,
Mohon maaf terlewat membalas komen. Saya terlepas pandang dan sedang travel ke Europe waktu ini.
Masa saya belajar di MMU, ada pelajar tua mencecah 60 tahun, study law juga. Uncle tu sangat gigih dan menjadi inspirasi ramai students. :)
Saya kurang pasti berapa bilangan student dalam 1 kelas. kalau lecture mungkin menghampiri 100 (but it is depending on course jugak). Kalau tutorial rasanya in small group, tak lebih 25-30 orang macam tu.
Pembelajaran di MMU insyaAllah cover theory dan praktikal. Cuma theory tu banyak dari permulaan sebab law is all about legal knowledge, general rules, etc. Practical tu bila dah masuk tahun ketiga keempat macam tu.
Thanks for your wish. Saya doakan akak berjaya dunia akhirat. Thanks for dropping by!
salam kak saya nak tanya , saya sem tiga engineering computer di unikl , saya rasa give up nak teruskan course ni . saya nak tanya jika saya cuma peroleh 3a+ dalam spm(BM , BI , Sejarah ) , 2B+(IT , Agama) , dan C Math , layak ke nak apply foundation in law mmu ?
Salam Anonymous,
Boleh check minimum requirement di website www.mmu.edu.my
Rasanya tak ada masalah dengan result SPM tu untuk pursue foundation in law. Cuma akak nasihatkan untuk baiki motivasi diri dulu, fikir sebaiknya sebelum quit engineering.
Be positive. You can do it! :)
Salam sis , tumpang tanya , bila boleh mohon foundation in law mmu , sebab saya try nak apply online dkat website mmu , foundation in law tak ada dlam senarai , tapi foudation lain ada mcm foundation in it dan yg lain ada . Mohon sis jawab ea , sebab saya tak nak terlepas untuk apply foundation in law tahun ni sebab saya minat sgt sgt .
Salam Cahaya,
Maaf lambat respons. Sefahaman saya intake bulan June ada. Boleh tanya di:
Multimedia University, Jalan Ayer Keroh Lama,
75450 Bukit Beruang,
Melaka
Tel: +6 06 -252 3442 / 3443
Boleh juga refer link sini: https://www.mmu.edu.my/index.php?req=57&id=7&gclid=Cj0KEQjw6OOoBRDP9uG4oqzUv7kBEiQA0sRYBJoCUwCdcU_iwVuuoz8GgGWEbjcQ8mzkEaW14oJ8sNsaAl6j8P8HAQ
Salam..saya nak tanya tentang kos pengajian diploma di MMU.Harga kos yang diberi utk kos diploma dalam lebih kurang RM 20000 tp apa yang pernah saya baca dalam blog2 yang ada ,kosnya lebih dari yang terdapat dalam info MMU.Boleh komen sikit.tq
assalammualaikum , saya fatihah . saya lepasan diploma photography dari uitm ,dan bercadang untuk menyambung degree dalam jurusan law , keputusan saya ni akan menyusahkan saya kemudian hari atau tidak ? sebab saya ambil diploma dalam jurusan yang sangat berbeza . susah ke untuk saya memahami jurusan law sekiranya saya mengambil diploma dalam jurusan yang sgt berbeza .
Salam Anonymous 1:
Kos pengajian sebaiknya semak secara terus dengan menghubungi pihak MMU. Mungkin yuran dah meningkat sekarang ini.
Waalaikumsalam Fatihah.
Saya kurang pasti sama ada dengan diploma dalam bidang fotografi boleh terus buat degree in law ataupun tidak. Fatihah boleh semak dengan MMU sama ada requirement untuk buat degree tu dipenuhi atau pun tak dengan kelayakan yang fatihah ada.
Susah atau tidak itu subjektif. Bergantung kepada minat dan kesungguhan. Saya dari bidang sains ke bidang undang-undang. Dua bidang yang berbeza juga. Kalau anda mahu, pasti ada jalan. InsyaAllah.
Selamat maju jaya.
assalamualaikum , akak i thin we have things in common, saya ni lepasan matriks tapi saya rasa saya xnk smbnung sains , jadinya saya beralih arah ke LAW. tapi apa yg memusykilkan saya boleh ke saya cope dgn situasi bachelor of law kalau xde any basics in law . susah ke ? saya nk sambg degree in law but then saya xde basic. nk buat foundation tapi terasa mcm merugikan masa pulak. plus im turning 20 by next year kalau nk tunggu intake MMU because management said that law course they only open once a year. saya buntu :(
Tanpa Nama:
Solat istikharah dan berbincanglah dengan ibu bapa. Kemudian nilailah keputusan yang terbaik.
Menurut pengalaman akak, having basics in science bukanlah satu halangan untuk mendalami undang-undang. It is a different art tapi bukanlah susah sangat pun. Lebih susah kalau dari undang-undang ke bidang sains kot.
Allahualam. Semoga Allah bantu jalan awak untuk mencapai cita-cita, dik.
Hello... Saya ada perkara nak tanya ni. Kalau saya nak ambil Law di MMU untuk foundation and degree lalu ingin sambung di luar negara ( University of Manchester) untuk Master and PhD , bolehkah?
Sebab orang kata apabila keluar dari MMU sijil untuk Law hanya boleh kerja dalam Malaysia saja.
Saya tengah kebingungan ini...
#Harap dibaca dan balas
Hello, saya kurang bersetuju dengan kenyataan yang 'sijil MMU hanya boleh kerja dalam Malaysia' sebab ramai law graduates MMU sendiri yang sambung Master of Law di UK.
Sijil MMU laku di mana-mana.
Thanks Najlaa,
maksudnya lepas saya habis law di MMU boleh sambung master di luar negara? :)
Awak ada kawan yang ambil law di MMU dan sambung di luar negara? :)
Yes, Anonymous. Boleh sambung master di luar negara dan housemate and classmate saya sendiri dah selamat habis master dari UK pun.
Hello, Najlaa... Kalau saya ambil foundation di mana2 IPTS , lepas habis foundation boleh saya mohon sambung di IPTA? Bolehkah saya buat begitu? Adakah perkara sebegini pernah terjadi pada rakan anda?
HARAP BALAS :)
Hi aku pernah tanya pasal benda ni kat kaunselor aku dia cakap tak boleh sebab nak sambung degree di ipta perlu melalui matrikulasi, asasi atau diploma ipta/ipts yg ada mqa sahaja.
Hi aku pernah tanya pasal benda ni kat kaunselor aku dia cakap tak boleh sebab nak sambung degree di ipta perlu melalui matrikulasi, asasi atau diploma ipta/ipts yg ada mqa sahaja.
Hai, sy nak tanya pasal ytm tu, means kita boleh apply pakai result diploma ke utk apply ytm?
Hai, sy nak tanya pasal ytm tu, means kita boleh apply pakai result diploma ke utk apply ytm?
Lyanna,
Bergantung kepada syarat YTM. Kebiasaannya YTM buka kepada lepasan SPM untuk sambung Asasi, atau lepasan Asasi untuk masuk Ijazah, atau lepasan Diploma untuk masuk Ijazah.
Kadangkala requirement YTM berubah-ubah. Sebaiknya dirujuk terus kepada YTM. Allahualam.
as salam kak najla. nk tanya. is it compulsory to remember each sec and sub-sec during the exam.cth kalau law in real estate kdg² kite just make a conclusion je.. :)
Salam nak tanya. Kalau sambung degree law kat mmu ni ada pinjaman pendidikan tak selain ptptn? And kalau ptptn, dia bagi full loan tak?
assalam kak, nak tanya. selepas foundation di MMU, memang kena sambung degree di MMU juga atau boleh sambung di mana-mana universiti?
Catat Ulasan