Khamis, 22 Disember 2011

'law is not about memorizing. it is about understanding by heart. and expressing it by ideas and arguments'


Jarang sekali saya menjadikan ruang ini sebagai satu ruang berfaedah untuk pelajar undang-undang (seperti saya beberapa bulan dahulu). Kali ini terasa ingin memanfaatkan diri sendiri dan kawan-kawan serta adik-adik yang masih berjuang di dalam arena pendidikan undang-undang. Walaubagaimanapun, sebelum nak menulis panjang, saya teringin juga untuk state kan 'disclaimer' di sini. Apa yang dituliskan selepas ini hanyalah satu pendapat (yang mungkin kurang bernilai) daripada seorang bekas pelajar undang-undang yang masih belum mempunyai pengalaman bekerja. Oleh itu, andai ada yang hendak menganggap penulisan ini adalah sejenis 'rubbish', terpulang. Tidak mengapa. Tiada siapa akan berkecil hati.

Google Image
Pertama sekali, buat kawan-kawan yang mungkin berasa sepi meneruskan pembelajaran di MMU setelah beberapa teman sekelas lain tamat belajar, apa yang saya nak katakan adalah, jangan hirau sangat pada bila tamatnya waktu belajar. Yang penting kualiti pendidikan yang kalian dapat. Serius. Ini bukan ayat penyedap hati, tapi ini adalah satu aprisiasi. Kalian lebih menghargai ilmu setelah kelas mula rasa tidak best kerana ketiadaan kawan-kawan yang dahulunya memeriahkan suasana, bukan? That's the hikmah. Believe me.

Kedua, yang habis awal satu sem ni pun tiada apa yang nak dibanggakan sangat. Hujung tahun, banyak juga firm yang berperasaan seperti, 'buang tebiat ke diorang ni nak start chambering pada hujung tahun?'. Ini benar. Sungguhpun masih adalah firm yang menginginkan kehadiran kami pada hujung tahun. Tapi kebiasaannya, awal tahun is the best time for us to start chambering.

Ketiga, ini point utama. Mungkin panjang berjela-jela. Kalau kalian rajin baca, bacalah. Kalau tak, tak mengapa. Tapi kalau baca, insyaAllah ada manfaatnya.hehe. Sedikit perkongsian, kalian (khususnya classmates saya) pasti tahu bagaimana aktifnya saya di kampus. Kalian (khususnya yang pernah mengulangkaji bersama saya) pasti tahu bagaimana cara saya menyelamatkan diri setiap kali peperiksaan, bukan? Saya suka meyakinkan diri dengan pegangan, 'law is not about memorizing. it is about understanding by heart. and expressing it by ideas and arguments'. Chewah. Ayat poyo sedikit. Tapi apa yang penting sebenarnya, lepas faham tu sepatutnya ingat atau kita familiarlah with the law principle kan? Kalau tak, hampagas juga kita ni. Termasuklah saya. 

Tak kisahlah berapa aktif saya dahulu dan berapa banyak saya auta dalam menjawab peperiksaan selama hampir 5 tahun di MMU, mendapatkan tempat untuk Chambering adalah satu cabaran besar buat saya. Tak kisahlah kalau orang nak kata, 'gila hampeh budak ni, fail cari kerja!' pun tak apelah. Saya terima. Niat saya untuk berkongsi cerita. 

Dalam masa sebulan lebih, saya telah pergi ke 5 buah firm untuk ditemuduga. Hoi. Kenapa 5? Banyak gila! Memanglah banyak gila sebab begitu kencang sekali di-reject. Anyway, I'm enjoying my experience. Belajar daripada pengalaman. Firm ke-4 menerima saya dan menawarkan saya posisi sebagai Pupil sehari selepas ditemuduga. Awesome juga kan?kehkeh. Dan firm ke-5 saya pergi kerana saya seronok menimba pengalaman ditemuduga. Saya mahu tahu bagaimana environment firm tersebut. 

Secara totalnya saya telah menimba pengalaman temuduga di 1 firm besar, 2 firm medium dan 2 firm kecil. Dan percayalah, kelima-limanya sungguh berbeza. 

Firm besar, expectation dari segi result agak tinggi. Atau senang cerita, memang tinggi. Saya dikatakan tidak balance kerana hanya sekadar mendapat 3.31 CGPA berbanding dengan pencapaian ko-kurikulum saya yang terlalu outstanding (kononnya), menurut mereka. Jadi, pasrah. Awas, firm besar barangkali akan bertanyakan tentang Law Principle. Dan, haruslah kalian study sungguh-sungguh, revise apa yang patut. Jangan jadi 'si selenga' macam saya yang gagal menjawab dengan tepat. 

Firm medium, pada saya just nice untuk 'kita'. Kita means kita semua. Yang study biasa-biasa saja, tak mampu kejar 1st class.hehe. Biasanya mereka ada sistem yang agak teratur walaupun tidak segah dan semewah firm besar. Setakat pengalaman dan pemerhatian saya, mereka tidak bertanyakan tentang Law Principle but they really expect us to know our interest. Maksudnya, adakah kita berminat untuk fokus kepada Litigation, Conveyancing, Corporate, etc etc. Sekiranya tidak pun, kita masih boleh beri jawapan selamat yang 'I have interest in all area of practices but if I really have to choose one, maybe I will go for Coveyancing..'. Contohnya begitulah. Medium firm juga kadang-kadang mengharapkan kita mempunyai good result or at least average. Selebihnya, kita jual diri masa interviewlah.

Firm kecil pula, pada saya unexpected. Ada small firm yang kurang sistematik. Berterabur. Ada sekali tu saya pergi interview, aduhai. Masuk-masuk firm je dah nampak fail sebeban di sana di sini, tak campur lagi dengan staff-staff yang gayanya macam kaki gosip. Eh berdosa cakap macam tu. hehe. Tapi, nampak gaya macam tulah. Tapi ada satu lagi firm yang saya pergi, sangat profesional, sangat gempak. Sungguhpun it's a small firm tapi they also take high profile cases contohnya macam kes Raja Petra (defamation) dan Syabas against MB Selangor. 

Pendek cerita, my suggestion is that sebelum nak apply chambering (if kalian tak nak buat dekat tempat attachment atau tak dapat tawaran dari sana), bolehlah cuba-cuba untuk google dan search sebaiknya. Sebagai contoh, what I did was I browsed through the Legal 500 website. Di situ ada senarai firm-firm yang dikira outstanding dalam bidang-bidang tertentu. Dan saya apply segalanya pun berdasarkan firm-firm yang tercatat di situ juga. Lepas google dan intai-intai di situ, bolehlah intai-intai senarai lawyernya di Malaysian Bar website. At least, you have an idea about the firm. Kalau firm tu ada website, it's a bonus for you!

Perkara keempat yang nak dikongsikan adalah tentang persediaan kita sebagai job-seeker dalam position Pupil.hehe. Kadang-kadang nampak macam senang, kalau kita pandai gebang. Apa-apapun, bergantung kepada rezeki. Rezeki kita Allah swt yang pegang. Kalau Dia nak beri, Dia beri. Kalau Dia nak hold dulu, Dia hold. Usaha tu yang penting on our part. Sistem setiap firm dalam mendidik Pupils in Chamber berbeza. 

Ada yang mengamalkan poll system. Bermakna Pupils diletakkan di dalam satu bilik khas, mana-mana lawyer yang memerlukan bantuan Pupils, mereka akan cari Pupils di situ. Boleh jadi hari ini Corporate Lawyer minta tolong A buat due-diligence, esok Litigation Lawyer minta A pergi court untuk Mention dan lusa Conveyancing Lawyer minta tolong A untuk jumpa client untuk Signing. 

Ada juga yang mengamalkan rotation system. Contohnya 3 bulan pertama di Litigation Department, 3 bulan kedua di Conveyancing dan baki 3 bulan lagi di Corporate Department. 

Ada juga yang tidak mengamalkan poll ataupun rotation system. Sejak awal lagi mereka mahu Pupils mereka fokus dari awal area of practice yang mereka mahu ceburi. Untuk firm yang begini, kalau masa interview kita bagitahu 'I am not sure what I want to practice in future, I think I wanna try all first during my pupillage', barangkali kita mungkin bukan pilihan mereka. Well, they have their own argument or reason for that. Sebabnya ada sesetengah firm yang memang buat Litigation semata-mata atau Conveyancing semata-mata, jadi kalau kita buat Chambering di sana tanpa kita terlebih dahulu make up our mind what we want to do in future, rugilah. Contohnya, saya nak buat Litigation. Sekali buat Chambering kat Conveyancing firm, tak ke merana?

So basically, lebih baik sejak dari sekarang kita tahu interest kita di mana. Sesetengah orang yang sangat teliti dan suka bermain dengan dokumen, barangkali Conveyancing adalah pilihan terbaik. Untuk orang aktif dan suka ke Mahkamah dan suka duduk ofis sampai tengahmalam buta, mungkin Litigation adalah yang terbaik. Manakala untuk orang yang suka untuk berjumpa dengan pengarah-pengarah syarikat, advise syarikat tentang merger & acquisition dan segala mak bapak, Corporate adalah yang terbaik. 
Google Image
Setelah melalui 5 interview, saya sedar bahawa ketika di Law School, sedikit sebanyak minda kita telah dipesongkan.hehe. Kita asyik diajar dan ditekankan bahawa 'nanti bila you jadi Lawyer, you kena punctual, jumpa judge, pakai black and white' blablabla. Walhal apa yang dibayangkan oleh lecturer kebanyakannya tentang kehidupan seorang Litigator. Corporate and Conveyancing lawyer tak perlu ke Court, pun! Tak perlu menghadap Judge pun! Ye tak? Kita seakan-akan dididik seperti, 'litigator is the real lawyer'. Walhal tak pun. Bergantung kepada minat dan kekuatan seseorang individu itu juga. *sekarang saya kurang rasa bersalah kerana bebal buat Conveyancing, sebab memang saya taknak buat pun.hehe*

Apa-apa pun, ini semua hanyalah pendapat dan pengalaman 'si selenga' yang hina. Pergi interview 5 kali memang awesome. Awesome sampai rasa macam kena mandi bunga. hehe. Sebab belajarlah daripada pengalaman. Interview pertama dan kedua, NO PREPARATION at all. Interview ketiga, with preparation but when I entered the firm, I felt so morally down.hehe. Interview keempat, well prepared. Tambah lagi bila interviewers berkata, 'We feel like MMU Graduates are much much much better than the graduates from other Universities. Maybe because the medium of language that is used in your university is English'. So, berbanggalah menjadi pelajar MMU yang speaking maut gila. *Tapi bila bergosip, cakap bahasa melayu kampung juga.hehe. Dan interview kelima, baru pergi semalam. Marvelous gila firm dia, walaupun small firm tapi awesomelah. 

Alhamdulillah, setelah berperang mencari kerja, Allah swt telah membuka jalan rezeki saya. 9 bulan Pupillage saya akan bermula pada 9 Januari 2012. Ketika ditemuduga, saya menyatakan bahawa 'I have interest in all area of practices but if I have to choose 1, or please let me choose 2.hehe. I will choose Litigation and Corporate'. Ayat politik, gebang baik punya. Penemuduga waktu itu pun seorang Head of Litigation dan seorang lagi Corporate Partner.

Akhirnya, ketika mereka memberikan 'offer', mereka bertanya, 'so have you make up your mind? do you want to do Corporate or Litigation?'. Rasa macam tamak nak buat dua dua tapi firm ini tidak menggalakkan rotation system. Akhirnya saya membulatkan suara dengan memilih Litigation. 'So, your 9 months of Pupillage will be under Litigation Department, ya!'. Baiklah. Menurut perintah.

Dude, kenapa kau pilih Litigation? Sebab saya nak pergi Court selalu! Nak usha lawyer-lawyer muda yang ohsem.kehkeh. No, knowing me I believe Litigation will be the best choice for me. 
Google Image

Akhir sekali, untuk sahabat-sahabat atau adik-adik yang masih berjuang di Law School, you got nothing to worry. Buat yang terbaik, naikkan kualiti diri setinggi yang boleh, insyaAllah rezeki kita ada di mana-mana. After all, kita nak buat chambering je pun. Kalau ada rezeki di retain, itu soal lain. *tak tahulah kalau 1 hari nanti saya cabut dari TM.hehe

Saya tunggu kalian semua habis. We will rock the world, together yeah! Rindu benar pada kalian. 

Maaf andai ada yang tersilap bicara. Ingat, jangan ambil bulat-bulat apa yang saya tuliskan. Saya kurang pengalaman. Mahu lebih pengalaman, sila cari sendiri.hehe. Wassalam

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perfecly told! Exactly&exactly! Bab dipesongkan tu mmg aku suke bebenau le.. Plus results is results,tp how u sell yourself :) aku sokong ko bt litigation,that suits u well mek :D aku doakan yg terbaik utk ko,insyaAllah :)
-njayzack

Najlaa berkata...

Thanks for reading, thanks for commenting, beb. aku juga doakan utk ko dan kawan2 lain. semoga dipermudahkan semuanya. ;)

Tanpa Nama berkata...

Salam..akak, kalau nak amek law kan, tapi english tak power macam mana eh? boleh survive tak camtu? rasa rendah diri pon ada nih. hehe..pastu kan, rasa macam budak law ni power-power la. saya macam tak berapa power, pointer stpm pon cukup2 makan. saya minat law, tapi tak tau boleh bawak ke tak? akak bagi pendapat sikit boleh tak? harap-harap akak balas. terima kasih :)

Najlaa berkata...

Salam Anonymous,

Sorry lambat respons. Tak perasan ada komen.
Saya bukanlah orang mahir dalam bidang ini, malah masih baru. Masih setahun jagung. But anyway, saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dunia hari ni, buat course apa pun perlukan keupayaan berbahasa inggeris. Power atau tidak, ianya bergantung kepada usaha. Kalau hari-hari kita belajar dan menggunakan bahasa inggeris, sedikit sebanyak pasti kita ada improvement. Tak mengapa kalau asalnya kita rasa kita x power, kemudian kita cuba dan pasti kita akan power kemudiannya.

Soal boleh bawak atau tidak, pada pendapat saya, kenali potensi diri sendiri terlebih dahulu. Fahami ke mana hala tuju sesuatu bidang kalau kita ceburi. Kalau kita tahu potensi diri, kita faham nature bidang, kita lebih clear sama ada kita bole bawak atau tidak.

Well, kalau orang lain boleh, awak pun pasti boleh! ;)

Ahmad berkata...

that's superbly true..!
Except for English language command,
MMU indeed deceived their students
about how practicing world is about...

Najlaa berkata...

hahaha. cool,cool. at least we have a great experience in mmu. its not so deceiving lahhh. ;p