Alhamdulillah, apabila saya menjadi manusia yang suka berkongsi, saya mendidik diri saya untuk menjadi manusia yang suka berfikir juga. Terutamanya tentang manusia, sifatnya, karekternya, habitnya dan yang seangkatan dengannya.
Satu perkara yang saya belajar selama saya membesar di alam dewasa ini ialah, 'mahu berjaya, kenali di mana kekuatan diri kita'.
Kadang-kadang kita yang muda remaja, mudah rasa teruja untuk melakukan segala-galanya. Bisnes mahu cuba, buat kerja setiausaha mahu cuba, jadi pengarah mahu cuba, jadi bos mahu cuba, jadi pekerja kedai pun mahu cuba. End up, tak semua kerja kita mampu lakukan sebaiknya. Kerana apa? Kerana tak semua bidang menjadi kekuatan kita.
Saya membesar, seperti manusia di atas. Lebih-lebih lagi selepas saya berhenti dari Matrikulasi. Rasa untuk berjaya di atas kaki sendiri membuak-buak. Kononnya rasa tercabar dan terhina bila ramai pihak mempertikaikan keputusan saya berhenti dari Matrikulasi.
Tiada Bakat Dalam Bisnes
Apa yang saya cuba? Saya pernah berniaga nasi lemak di tepi jalan. Berjaya? Pastinya tidak. Kekuatan cukup bertahan sekadar dua hari. Tapi masih segar dalam ingatan bagaimana saya tidak tidur malam untuk memnuat persediaan berniaga. Dibantu abang sendiri dan kakak ipar. Haru juga. Bila ingat semula rasa kelakar. Tapi, saya tak sesal kerana saya mengutip pengalaman hebat walaupun sekadar dua hari.
Saya juga pernah terlibat dengan MLM berniaga produk Luxor selepas tamat SPM. Saya merasa travel menaiki KTM dari KL ke Shah Alam entah berapa puluh kali untuk mencari downline. Ya Allah, kalau difikirkan sekarang, saya rasa macam tak percaya saya lakukan semua ini. Pengalaman mengajar saya untuk mengenali lebih diri saya. Bahawasanya, saya bukanlah manusia berbakat dalam bisnes.
Belajar Communication Skill
Selain daripada itu saya juga bekerja sebagai Baristas di Coffee Bean. Yang ini cukup sekadar kuli. Tapi saya yakin bahawa di sinilah tempatnya di mana saya belajar dengan sangat hebat dalam mencari di mana kekuatan saya. Saya belajar communication skill yang saya fikir takkan ada mana-mana institusi formal mampu mengajar saya sepertimana pengalaman bekerja sendiri. Dan di sini titik tolak saya mula yakin bahawa saya adalah manusia yang boleh berdepan, bercakap dengan orang yang tak dikenali tanpa segan silu. Tanpa perlu tersipu-sipu. Dan saya juga mula memahami bahawa saya adalah seorang manusia yang komited terhadap kerja.
Masuk ke MMU, tahun asasi saya hanya terisi dengan dunia belajar. Bergaul dengan rakan sekelas yang majoritinya lebih muda daripada saya (kerana saya memulakan tahun asasi pada usia 20tahun). Saya tidak ambil tahu tentang perkara lain kecuali belajar dan pada hujung minggu saya pulang ke KL untuk bekerja di Coffee Bean. Waktu itu saya belajar bahawa, 'kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Penat? Tiada dalam kamus hidup saya waktu itu kerana saya suka melakukannya.
Masuk penghujung tahun pertama Ijazah Undang-undang, saya mula terlibat dengan aktiviti, program dan kelab. Turning point yang menjadikan saya manusia yang belajar menjayakan sesuatu dengan panduan 'passion'.
Berjaya atau tidak sesuatu itu seharusnya dinilai oleh diri kita sendiri. Kerana yang melakukannya, yang merasainya, yang mengharunginya adalah kita. Saya tak fikir saya manusia yang berjaya merubah segalanya. Tapi cukuplah saya menjadi manusia yang berjaya merubah diri saya dari buruk kepada baik, dari bodoh kepada bijak, dari hina kepada mulia. Walaupun tak seberapa.
Kekuatan kita di mana?
Ini adalah kerana saya mula memahami di mana titik kekuatan saya. Saya manusia yang lebih ke depan dalam berurusan dengan manusia. Bermakna, hal-hal berjumpa dengan manusia, bercakap dengan manusia, saya boleh uruskan sebaiknya.
Saya juga manusia yang suka memerah otak untuk berfikir melahirkan idea terutamanya bila sesuatu perkara itu passion saya. Contohnya, memang saya punyai minat yang mendalam dalam hal kaunseling, motivasi dan kefasilitatoran. Jadi saya fikir tidak menjadi masalah pada diri saya untuk terus dan terus mencari idea-idea baru dalam menjayakan organisasi yang saya terlibat ketika itu.
Saya juga manusia yang suka bercakap dan sharing. Jadi, saya fikir tidak menjadi masalah juga kepada saya untuk deliver idea saya kepada sahabat-sahabat dan pihak atasan. Ok! Bingo.
Tapi, saya bukanlah manusia yang ada management skills yang bagus khususnya hal documentation. Jadi, takkan sesekali saya berani mengambil tanggungjawab sebagai seorang setiausaha. Kalau tidak, habis berterabur documentation program atau organisasi. Ini adalah kerana saya yakin bahawa saya tak mampu memberikan yang terbaik dalam semua perkara lagi-lagi dalam bidang yang saya tak ada bakat di dalamnya.
Saya juga manusia yang kurang kreativiti dari sudut kebudayaan. Contohnya kalau saya diberi tugas untuk merancang perjalanan program Malam Kebudayaan, saya fikir saya tak mampu menyusun program terbaik untuk ini. Kerana saya bukan orang seni. Tapi saya pernah berpengalaman dalam hal ini ketika menjadi HOD Desa Tercinta Perlis 2009. Apa yang saya lakukan untuk menjayakannya? Saya serahkan bidang ini kepada Assistant saya, Shahmi manakala saya fokuskan pada hal Bengkel Akademik, penyusunan fasi, dan seangkatan dengannya. Mengapa begini? Kerana saya tahu kekuatan saya di mana dan kelemahan saya apa.
Namun begitu, saya masih mengenali diri sendiri. Dan itulah yang perlu kita semua lakukan sebenarnya. Mengenali potensi diri supaya apa yang dilakukan itu efektif dan energy tidak dibazirkan.
Apa-apa pun satu perkara yang jelas ianya kekuatan kita boleh digilap dengan pengalaman. Sungguhpun ada antara kita yang memang dilahirkan dengan bakat tertentu. Sesetengah orang memang dilahirkan dengan ciri-ciri seorang pemimpin. Dalam erti kata lain, 'born as a leader'. Ada orang juga yang menggilap bakat sebagai seorang pemimpin atas usaha mencari pengalaman tanpa jemu walaupun pada asalnya dilahirkan tanpa bakat seorang pemimpin.
Apa yang penting ialah kita sentiasa berusaha mengenali potensi diri dan berusaha mengkaji kekuatan diri kita sendiri. InsyaAllah, kejayaan menjadi milik kita bilamana kita mula bijak mengatur langkah melakukan sesuatu pekerjaan atas kekuatan yang kita miliki. Impaknya lebih besar, lebih efektif. Insyaallah.
P/s: Andai bijak bercakap gilaplah bakat sebagai seorang daie. Mudah-mudahan dengan ilmu yang ada dan kehebatan menyampaikan ilmu itu akan memberi manfaat pd diri sendiri dan semua org. Moga manfaat itu menjadi bekalan kita ke Jannah.
- Posted using BlogPress from my iPad