Isnin, 20 April 2009

Mampukah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & salam inspirasi buat semua..
Lama rasanya tidak menebar sesuatu di dada blog ini. almaklumlah, bila jiwa bercelaru, hati terasa jauh sekali utk bermotivasi. sedangkan inilah salah satu perkara yg amat dekat dgn naluri dan jiwa sy sbgai insani. Jatuh bangun, sedih gembira bukan lagi menjadi persoalan dalam kehidupan ini. Itulah lumrah dan norma-norma kehidupan. suka atau tidak, kita wajib utk terus melangkah ke hadapan dan berdepan dengan situasi sebenar. Persoalan pertama mungkin menerjah fikiran dengan soalan berbunyi, 'Mampukah aku lalui semua ni?' . Dan jika kalian sedar, pada masa itu tiada jawapan yg kita perolehi. tetapi, usai melaluinya semua, baru kita tersengih berdiri di hadapan cermin melihat diri sendiri dan berkata, 'aku mampu rupanya...'

kali ini fikiran sy terjentik oleh situasi yg pernah saya alami. dan sy terasa seperti ingin berkongsi dengan para pembaca semua. sy bukanlah gadis hebat. cemerlang belum pernah tetapi sy selalu bercita2 utk menjadi ke arah itu. mungkin sy pernah merasa nikmat bergelar pelajar cemerlang, dengan keputusan 4.00 tetapi... tetapi sy berpegang bahawa menjadi pelajar cemerlang semata2 tidak cukup utk memuaskan hati sy kerana sy tidak akan selamanya bergelar pelajar. oleh itu, sy pohon kpd Allah, Ya Allah, berilah aku peluang utk menjadi Manusia & HambaMU yang cemerlang. teman2, sama2lah kita bergerak ke arah itu.

pernah x kalian terfikir sesuatu? bila mana kalian di datangi satu tawaran untuk menyandang apa2 jawatan, yg kalian sendiri pasti itu bukan utk bermegah2 kerana nama tetapi kalian memandangnya sebagai satu tanggungjwab besar yg perlu kalian pikul? usah kita bicara tentang populariti di sini. kerana sy tidak teruja utk berbicara mengenainya. kerana kita di sini hari ini rata2 bukan pelajar di AF ataupun OIAM jadi.. haruslah kita bercerita secara lebih akademik dan bermotivasi. =) jika soalan itu diajukan kpd sy, sy katakan PERNAH. dan dalam masa yg singkat itu sy membuat keputusan utk menerima cabaran itu walhal sy sendiri tidak pasti samada mampukah sy?

Menyingkap kembali asal usul sejarah sy di bumi MMU ini. ketika sy di tahun Alpha (Foundation in Law), sy tidak langsung bergerak aktif dalam mana2 persatuan. sy belajar (tidak terlalu skema tapi serius) dan sy bekerja setiap hujung minggu (di KL). jadi kesimpulannya sy berulang-alik Melaka-Kl-Melaka setiap hujung minggu. Wang sebenarnya bukanlah menjadi ketagihan sy tetapi, dunia pekerjaan itu menggamit hati sy utk tidak terus melupakan semua yg berada di dalamnya. Asalnya sy hanyalah seorang ahli USRAH yg tidak aktif. sekali sekala sy hadirkan diri utk majlis2 ilmu dan paling penting sy takkan terlepas menghantar nama utk anugerah dekan bagi IU Award.

kemudian entah bagaimana, ketika sy di tahun 1 pengajian Ijazah Undang2 sy disini, sy ditawarkan utk menjadi EXCO UPG yg ketika itu di bawah kendalian Amirul Hakim (jika tidak silap sy).. kemudian dlm masa yg singkat berlakulah sedikit pembubaran dalam tampuk pimpinan UPG ketika itu. sehinggalah Rezal memegang jawatan President UPG utk sesi 08/09'. 1 hari usai meeting exco sy didatangi Rezal & AJ (Deputy Pres ketika itu) dan menyatakan hajat mereka utk melantik sy sbgai Vice President 1 Upg MMU Melaka sesi 08/09'. sy sedikit terkejut dan berat hati pada mulanya. sy minta sedikit masa utk berfikir dan sy pulang ke rumah dengan menggaru2 kepala yg tidak gatal.

lama sy berfikir. termenung. sy katakan, 'kenapa sy? sy tidak punya apa2 pengalaman. sy org baru. terlalu awal utk sy lalui semua ini..' tetapi rezal katakan, 'rezal pun baru jugak..' haih.. sy mati kutu. sy mngetuk2 fikiran sy dengan bertanyakan tentang satu persoalan besar, 'Mampukah SAYA?' sy minta pendapat kebanyakan org yg sy percayai. sy tidak pandang langsung nama jawatan tersebut. tetapi sy memikirkan tentang tanggungjwab yg harus sy pikul nanti. menjadi org di barisan agak atas utk memimpin sahabat2 yg sudah lama berkecimpung dalam persatuan tersebut. mcm2 yg sy fkirkan. adakah sy mampu menjadikan mereka selesa bekerja di bawah sy? atau adakah sy akan dibenci dan dipandang sepi oleh mereka yg rata2 punyai pengalaman luas di bumi MMU ini? dan yg paling penting.. sy fikirkan begini.. 'kalau aku jadi Vp, nnti aku kena bg komitmen. pastu cmane aku nak balik keje every weekend? hm.. aku nak keje..' jujur ikhlas, ini juga menjadi perkara yg membuatkan hati sy berbelah bahagi..

tapi, persoalan itu semua sy biarkan tidak berjawab. mampu atau tidak, tiada siapa tahu kecuali dengan mencuba dan melaluinya sendiri. dan selepas itu sy berikan jawapan kepada tuan presiden, its a YES. dan kini, sudah hampir setahun sy menggendong tanggungjwab ini dan melaluinya dengan manis2 belaka pengalaman yg bersama sy. cabaran dan dugaan itu ada di mana2. tapi sy percaya, setiap yg dijadikan untuk kita, ada hikmah disebaliknya. seorang sahabat kerap katakan kpd saya, 'menjadi pemimpin ini adalah sama dengan menyampaikan amanah Allah..'

sy tidaklah bermegah utk katakan bahawa AKU MAMPU LAH WEI atau pun TGK,AKU HEBAT KAN! tapi sy mahu kalian semua tahu bahawa KITA SEMUA MAMPU utk melalui semua cabaran dan menggendong apa jua tanggungjwb yg diberikan. asalkan, keikhlasan dan komitmen bergerak selari dengan perjuangan kita. dan, dalam masa 1 tahun ini juga, sy melihat pembangunan yg membahagiakan dalam UPG itu sendiri apabila kami telah melahirkan Faci Team dan telah bergiat agak aktif dalam dunia Fasilitator dan Khidmat Masyarakat.

dalam sy berjuang bersama UPG, sy juga dikurniakan pengalaman berkerjasama dengan Komiti2 Desa Tercinta Perlis 2009 yg mana sy tidak malu mengatakan bahawa di dalam kekurangan sy menjalankan tanggungjawab dan tugas, sy pelajari terlalu banyak ilmu dan pengalaman yg tidak mungkin sy kecapi jika saya terus duduk di bawah tempurung persoalan misteri iaitu 'MAmpukah aku?'

Sahabat semua, jika sy yg naif ini mampu utk jalani semuanya (setakat ini), mengapa tidak anda? percayalah.. jika anda dianugerahkan tanggungjawab, itu adalah kerana anda insan terpilih di sisi Allah. dan perjuangan itu sangat manis jika anda suburkan dengan keikhlasan dan komitmen beserta keyakinan pada Allah yg menurunkan anda peluang seumpama itu. tolak tepi semua persoalan tentang mampukah anda? sebab hakikatnya semua hamba Allah di dunia ini mampu.. cuma tinggal lagi mahu atau tidak sahaja.. renung2kan.. =)

Salam motivasi;
Gadis Najlaa

1 ulasan:

My Name Is Z berkata...

nothing is impossible kan...??
:)