Pesanan penaja, jangan miliki hati yang busuk. kerana ianya akan membinasakan diri sendiri. Sy tertanya2 juga, mengapa dengan pendidikan tinggi yang masyarakat kita miliki hari ini masih gagal mengubah cara berfikir mereka? Mungkin kurang makanan motivasi.
Atau pun bila sekali mereka baca buku motivasi, mereka terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Makanya tidak mahu membaca lagi. Mungkin,..
Sy selalu terkenangkan diri sy yang dulu. sewaktu kejatuhan. memang perit. Tetapi hari ini sy amat bersyukur kerana dikurniakan pengalaman seperti itu. Supaya sy reti menilai sesuatu lebih ke arah positif, supaya sy membuang sikap2 negatif seperti berfikiran buruk dan iri hati terhadap org lain. Hari ini, segala kesilapan yang dilakukan sy anggap itu adalah pengajaran dan pengalaman yang mematangkan.
Tapi, mereka fikir begitu? Kamu fikir begitu? Kenapa kita terus membenci dan berdendam kerana kesilapan lalu org lain? Sedangkan kita semua tahu dan faham disebalik keperitan itu kita melalui satu fasa baru dalam kehidupan yang orang lain tidak lalui. Mereka fikir begitu? Kamu? Yang paling menyedihkan, kita selalu rsa diri kita hebat. Kita menang itu, menang ini, kita rasa kita terhebat. Tanpa kita, xkan beroleh kemenangan itu. Tapi ada kita tanyakan pada Tuhan kita? Adakah Dia mampu menghilangkan rezeki dan nikmat kita? Kenapa pula tidak?? Kerana Dia Tuhan kita. Empunya seluruh pelusuk dunia dan akhirat. Tapi itulah salah kita. Kita biarkan hati kita terus busuk dan terus terlupa. Lalai. Kita fikir kita hebat. Maha hebat. Mereka mesti fikir begitu.
Selalulah kita baca buku2 motivasi, buku2 agama. Supaya hati kita tidak terus kita biarkan busuk. Hanyir. Hancing. Supaya kita sentiasa sdar bahawa segala yang kita lalui ada hikmah tersendiri. Yang penting bukan utk kita belajar erti membenci dan busuk hati. Wallahualam
2 ulasan:
salam...
saudari...sekadar ingin berkongsi...
dimana...hidup kita di dunia ini adalah satu proses pembelajaran...
guru kita adalah alam ini
bilik kelas kita adalah alam ini
dah yang indah nya sekolah ini tidak akan berhenti sehingga akhir hayat kita
teruslah belajar..:D
Terima kasih di atas perkongsian ;)
Catat Ulasan