"Sesungguhnya, bagi seorang pejuang, memang miskin masa rehat"
~ Secangkir Teh Pengubat Letih, Ustaz Hasrizal
Bismillahirrahmanirrahim.
Terdetik hati di pagi hari berkongsi cerita, berkongsi rasa. Memandangkan kesibukan yang belum susut terus, menghalang diri untuk meng-update blog selalu. Tetapi pagi ini sy terasa sedikit 'free' memandangkan during the 1st week of the trimester, there will be no tutorials. =) Seronok juga. Bangun pagi2, toleh kanan toleh kiri, layan emosi sikit2, kemudian update blog. Fresh rasanya.
Di dalam usaha sy mendidik diri dan sahabat2 lain melalui keaktifan menguruskan kelab dan program, seharusnya semua sedar bahawa ia tidak berhenti pada tahap 'menjulang nama' semata-mata. Baik nama organisasi ataupun nama diri sendiri. Tujuannya bukan itu. Tapi banyak perkara terselindung di dalamnya. Jadi, bila tiba masa kini bila mana sy menghitung hari untuk melepaskan tanggungjawab yang bukan kecil ini kepada pucuk pemerintahan seterusnya, sy terfikir-fikir, ke mana agaknya aku pergi selepas ini?
Hajat di hati ingin terus menyepi dari dunia program, kelab dan persatuan. Merajuk hati??? Langsung tidak. Tidak ada sezarah pun penyebab untuk saya berasa begitu. Malah, berbesar hati sy kerana setidak-tidaknya organisasi yang pernah diterajui sedikit sebanyak maju ke hadapan. Walaupun hanya maju setapak, bukan sepuluh tapak. Yang pasti perlu ada kesyukuran dan rasa gembira di situ. Alhamdulillah Ya Allah, telah Kau beri aku nikmat untuk merasai segala pengalaman dan menikmati ilmu Mu Ya Allah.
Kembali pada isu menyepi. Sy ada sebab tersendiri kenapa sy merasakan perlunya sy bertindak begitu. Satu, kerana sudah tiba masanya untuk kembali fokus 100% kepada pelajaran sy. Semoga berjaya graduasi dengan keputusan cemerlang. Insyaallah. Dua, kerana sy fikir sy perlu beri ruang kepada diri untuk rehat. Sampai badan jadi kurus. Tiga, kerana sy tahu kapasiti diri saya. Cukup setakat ini. Saya tidak mampu terbang jauh lagi. Diri terlalu kerdil. =) - Pada pengamatan saya.
Tapi, bila saya sampaikan hajat saya kepada beberapa orang sahabat, ada yang terdiam, ada yang tergaru2 kepala. Ada yang kata, kau betul ke ni? Dan ada juga yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap perancangan sy. Teringat Sahabat Seperjuangan, Wan Najmuddin pernah berpesan. Orang baru sudah tiba masanya untuk menuntut ilmu dan pengalaman seperti mana orang lama. Dan untuk org lama, tiada istilah berehat untuk mereka. Banyak lagi ilmu di dunia perlu diteroka. Benar katanya. Membuatkan saya selalu terfikir-fikir, terkenang-kenang. Sehingga 1 hari saya menghayati pembacaan buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal, Secangkir Teh Pengubat Letih. Sesungguhnya bagi seseorang pejuang memang miskin masa rehat. Maka saya berfikir lagi, tak patut sy katakan ingin saya berehat kalau saya terus ingin menjadi pejuang. Walaupun bukan pejuang untuk semua, tapi untuk diri sendiri sekadarnya.
Sesungguhnya, memang Allah swt lebih mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketika saya mula merancang untuk berehat dari dunia keaktifan ini, saya didatangi peluang yang sukar untuk saya tolak. Allahuakbar. Umie sy sendiri berpesan, buat keputusan yang terbaik tapi ingat, peluang tidak datang 2 kali. Jadi saya bersetuju untuk mewakili MMU dan seterusnya berada di dalam pasukan delegasi Malaysia untuk Global Model United Nations. Insyaallah perjuangan saya bersama Rezal dan seorang lagi pelajar dari MMU Cyberjaya. Semoga peluang ini membawa seribu erti perjuangan untuk kami dan memberi makna hebatnya ilmu pengetahuan di luar sana yang masih belum sempat kami terokai.
Cumanya, yang buat hati saya gusar bila mana saya akan terpaksa meninggalkan MMU buat masa 1 minggu pada 20-25 June nanti kerana delegasi Malaysia untuk GMUN terpaksa menghadiri kursus di KL. Senak kepala saya bila dimaklumkan. Kerana saya baru hendak kembali skema dan nerdy dalam pelajaran. Tapi saya positifkan diri saya. Moga Allah bantu saya mudahkan segala perjalanan perjuangan saya.
Saya sayangkan value Muslim dalam dunia ini. Cukup perit kita lihat teman-teman seperjuangan Islam terpaksa suffer di Gaza. Mereka punya agama dan iman yang sangat kuat. Sedangkan kita di sini bersenang lenang goyang kaki buat tak tahu aja apa yang berlaku. Tak cukup lagi, senang lenang kita goyahkan iman sendiri, rendahkan martabat diri sendiri walhal kita Muslim. Saya melihat dari persekitaran MMU. Sedih juga. Bukan kerana cemburu dengan kehebatan Cina, India. Bukan. Sy berbangga dengan hasil usaha kerja rakyat Malaysia. Tapi sedih kerana kebanyakan Muslim tidak sedar tentang pentingnya mereka untuk bangkit. Bangkit, tonjolkan diri kehadapan demi memastikan orang lain tidak memandang lekeh pada hebatnya sang Muslim. Sampai bila kita hendak mengagumi hebatnya diri Pepimpin yang bukan Islam? Sampai bila kita hendak menunggu dan terus menunggu pemimpin Muslim kita dihormati dan dikagumi pelajar bukan Islam? Kita fikir. Kita usaha. Kita bangkit. Dan sebab itu, saya melihat frasa ayat di atas sana tulisan Ustaz Hasrizal benar-benar membuatkan saya kembali bangkit. Kerana jika benar kita pejuang, demi diri sendiri, demi agama, tak perlu dipertikaikan andai kurangnya masa rehat kita....
Wallahualam