Memaparkan catatan dengan label cetusanminda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cetusanminda. Papar semua catatan

Isnin, 24 September 2012

Jadilah si hensem yang bijaksana!

Sempena musim peperiksaan akhir di MMU, saya mencari semangat untuk menulis di blog ini. Lama tidak berkongsi inspirasi, bukan kerana sombong meninggi diri. Cuma kesibukan dalam kehidupan hari ini yang sedikit menyekat peluang untuk berkongsi dan sekatan paling utama, tidak lain tidak bukan adalah MASA

Alhamdulillah, pejam celik sudah hampir setahun saya menutup tirai sesi pembelajaran di MMU, dalam jurusan Undang-undang secara khusus. Banyak yang dipelajari, banyak yang dibenci, banyak juga yang dirindui. Setiap kali musim peperiksaan, tiba-tiba menjadi rajin serta-merta sehingga sanggup ‘stay up’, sanggup lewat makan, sanggup deactivate Facebook dan sebagainya. Kenapa? Kerana situasi memaksa. 

Kita memang dididik dan dicerahkan dengan ideology untuk study di saat akhir. Alasannya kerana tak sempat nak study dari awal atau kalau study di akhir-akhir baru ada mood dan dapat ‘feel’. Benarkah? 

Sehingga hari ini saya sendiri masih belum berjaya merubah habit study di saat-saat akhir ini. Alhamdulillah, setakat pengalaman 5 tahun belajar di MMU sebelum ini, study di saat akhir sedikit-sebanyak boleh juga membantu untuk menjawab peperiksaan dengan baik. Cuma jika study lebih awal, pastinya beroleh keputusan yang lebih baik, bukan? 

Pada hemah saya, tidak menjadi masalah untuk study sedari awal kelas bermula ataupun di saat akhir sekiranya kita benar-benar mengenal potensi diri serta tahu kesibukan kita sendiri. Makna kata, jika kita tahu bahawa kita mengalami masalah untuk memahami sesuatu dengan cepat dan untuk memahami sesuatu kita perlu untuk mengulangi pembacaan beberapa kali, maka eloklah kita mengulangkaji dari awal. Setidak-tidaknya sediakan nota ringkas atau ‘mind map’ untuk kemudahan sesi pemahaman kita. Tetapi jika kita sanggup ‘kamikaze’, study di saat akhir dan yakin diri sendiri mudah untuk ‘tangkap’ atau memahami sesuatu dengan agak pantas, dipersilakan untuk study di saat akhir. 

Contoh Mind Map. [Kredit gambar]

Ketika belajar di MMU dulu, saya mempunyai seorang housemate merangkap classmate yang sangat tekun dan sistematik di dalam belajar. Setiap subjek dan setiap chapter, dia pasti akan menyediakan nota ringkas berbentuk Mind Map seawal yang mungkin. Jika topik tersebut dipelajari dalam hari ini, selewat-lewatnya sekitar hujung minggu Mind Map untuk topik tersebut pasti sudah tersedia. Saya selalu juga mengusiknya, ‘You ni skema lah! Rajin gila!’. Dia selalu menjawab, ‘You tak pelah you boleh catch up kalau study last minute. I tak boleh. I kena baca banyak kali Mek untuk faham’

Saya masih ingat ketika saya Foundation sehingga Tahun Satu di peringkat Ijazah, saya sangat rajin menyedia Mind Map. Ketika itu sahabat saya ini selalu bertanya bagaimana untuk menyediakan Mind Map. Saya berkongsi dengannya dan nyata dia mengaplikasikannya sehingga semester akhir tahun akhir di MMU. In fact, di saat saya sudah mula perlahan-lahan tidak konsisten dalam penyediaan nota ringkas, dia tetap istiqamah di dalam sistemnya. Hasilnya, walaupun dia merasakan dia tidak lekas ‘tangkap’, dia mendapat keputusan yang jauh lebih baik. 

Kenapa? Kerana inilah janji Allah swt bahawa Dia akan memberi kita setimpal dengan usaha kita. Kini sahabat saya tersebut sedang melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang Sarjana. Hebat bukan? 

Mengenali potensi diri memang penting namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita memberi ‘diskaun’ dalam usaha kita untuk menjayakan sesuatu. 

Selain daripada itu, kita perlu meletakkan diri kita di dalam persekitaran yang sihat. Bererti, sekiranya mahu cemerlang dalam peperiksaan, perlu membuat persediaan bersama-sama dengan orang yang berusaha untuk cemerlang. Mahu atau tidak kita perlu percaya dengan aura atau cas-cas positif yang dapat kita terima daripada orang-orang sekeliling yang positif. Melihat teman sebelajar study dengan penuh bersungguh-sungguh, kita akan terpanggil untuk bersungguh-sungguh juga. Namun jika kita membiarkan diri kita dibuai dengan suasana malas dan lesu daripada orang sekeliling, sama seperti kita mempersiapkan diri kita untuk mendapat keputusan yang lesu juga. 

Fungsi sahabat sangat besar. Bukan semata untuk bercerita masalah ataupun menjadi teman berborak bila gembira. Bukan juga cukup sekadar menjadi teman pergi makan dan lepak minum. Tetapi fungsinya lebih daripada itu. Kita perlu mencari sahabat/teman yang boleh mengejutkan kita dari lena yang panjang. Musim peperiksaan menjelang, kita masih bermalas-malasan, teman-teman sudah mula mengangkat senjata untuk berperang namun dilihatnya kita masih lena, mereka sekadar berlalu pergi meninggalkan kita dengan mimpi kita di siang hari. Kata mereka di dalam hati, ‘Ah! Lantaklah. Janji aku study!’. Persoalannya, adakah mereka sahabat yang benar-benar sahabat? 

Jawapan saya, mereka bukan! Mereka hanya kawan. 
Jadi, sahabat itu bagaimana? 

Sahabat itu ialah apabila mereka melihat kita masih lena dalam mimpi siang hari kita di saat musim ‘kecemasan’ telah tiba, mereka akan menjadi orang paling gigih mengejutkan kita dari lena. Mereka akan menjadi orang yang sudi memujuk kita untuk sama-sama bersiap sedia untuk mengangkat senjata. Mereka akan tidak sedap duduk untuk study dan cemerlang sendirian tanpa melihat kita berjuang bersama. Lebih indah lagi bila mereka berkongsi segala ilmu yang mereka punya di saat kita sangat-sangat memerlukan pencerahan daripada mereka. 

Dalam erti kata lain, kalau teman kita itu kedekut ilmu, saya berani katakan, dia bukanlah sahabat yang benar-benar sahabat. Kalau dia cemburu melihat kita berjaya, dia bukan sahabat. 
Tetapi, kalau dia bangga dan gembira dengan keputusan baik kita, dia seorang sahabat. 

Jadi, sudah jumpa atau masih tercari-cari? 

Sekiranya mahu berjumpa dengan sahabat yang benar-benar sahabat, maka kita perlu menjadi sahabat yang dicari-cari itu terdahulu. 

Atau bagaimana? 
Tepuk dada tanya selera. 

Teringin diri ini berkongsi tips untuk belajar dan cemerlang, namun menyimpan hasrat memandangkan diri ini bukan pelajar cemerlang.hehe 

Selamat maju jaya untuk kita semua. Semoga redha Allah swt sentiasa mengiringi tiap langkah kehidupan kita. Wallahualam. Wassalam

p/s: Kini adinda saya meneruskan perjuangan belajar di MMU. Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu wahai Ahmad Azharul Nizam. Jadilah si hensem yang bijaksana! ;)

Selasa, 13 Disember 2011

Jangan pandang belakang.


Situasi 1:

Mak Ayah selalu berpesan; "Belajar rajin-rajin. Jangan gatal-gatal nak bercinta. Dapatkan Ijazah dulu.."

Biasanya, ayat-ayat Mak Ayah ni lebih kurang sama, cuma mungkin intonasi sahaja berbeza. Ada yang berlembut, ada yang sedikit keras, ada yang seperti mengugut. Tapi yang penting hasrat dan niat mereka sama. Mahu anak berjaya, mahu anak jadi orang berguna yang apabila berjaya kelak boleh membanggakan keluarga.

Tapi kita ikut tak pesan Mak Ayah?

Kita pilih untuk tidak belajar bersungguh-sungguh. Kita pilih untuk bercinta, bermain manis kata, berSMS sampai tengah malam buta. Kita kata kita berkongsi cerita-cerita agama, tapi sebenarnya kita syok sangat berjenaka, berkongsi cerita. Biarpun si gadis atau jejaka tiada di depan mata.

Lepas itu apa jadi? Lepas tu kita hanyut, kita lalai, pelajaran terganggu, peperiksaan kita tak cemerlang. Assignment kita dapat markah teruk. Lantas kita mengamuk. Kita kata lecturer yang busuk hati, yang tak berhati perut, sengaja mahu kita gagal. Aduh.

Masalah oh masalah.

Situasi 2:

Mak selalu pesan; "Ali, ingat ye. Mak Ayah hantar kau masuk belajar di sini sebab kami nak kau belajar betul-betul. Jadi orang berjaya, supaya hidup kau senang nanti. Fokus belajar. Jangan buang masa buat benda lain.."

Selalunya harapan dan pesanan Mak Ayah akan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kita jarang nak rasa tersentuh dan insaf dengan pesanan Mak Ayah. Mungkin sebab kita selalu sangat dengar, kita rasa bosan. Mungkin.

Bila pesanan tu sekadar dibawa angin lalu, mulalah kita tak sedar diri. Kita tak belajar sangat, kita sibuk ber-huha-huha dengan 'sahabat sehidup mati' kononnya. Sahabat 'susah senang sama-sama' kononnya. Seronok ke hulu ke hilir bersama, sama-sama sangkut belajar, sama-sama jalan-jalan tinggal sembahyang, sama-sama perabih duit Mak Ayah, sama-sama berprogram sampai lupa keutamaan belajar, sama-sama semuanya. 

Ada kita ingat pesan Mak Ayah? Oh, malangnya tiada. Kita selesa menikmati kehidupan belajar dengan cara kita.

Lepas itu apa jadi?

Kita tertekan apabila duit yuran semakin banyak tertunggak, menandakan banyak kali dah kita membazir duit dengan mengejar 'Special Exam'.
Kita bengang apabila Mak Ayah dah start bising bertanya 'Bila kau nak habis belajar ni, Siti??'
Kita marah bila lecturer asyik perli dalam kelas bila tengok muka 'senior' macam kita ni.
Kita benci nak melayan persoalan kawan-kawan, 'kau bila habis?'
Kita berbulu tengok orang grad, kita tak grad-grad.
Kita cemburu tengok orang dah ada duit sendiri, kita masih sengkek hidup di Universiti.
Dan paling sedih bila..
Kita dapat warning, sikit lagi kita nak kena terminate.
Kita dapat tahu yang PTPTN / Scholar kita kena tarik.
Kita rasa kita tak mampu lagi teruskan sesi belajar di Universiti.

Habis itu apa pilihan yang kita ada?

Pertama sekali, kita jangan menangis di bahu rakan. Tapi, menangislah di hadapan Tuhan, di atas tikar sejadah. Menyesal pun tiada guna kerana kita yang alpa, kita yang lupa. Kita fikir keseronokan bercinta atau bersuka ria adalah segala-galanya. Rupa-rupanya kita silap. 

Kedua, fikir masak-masak apa perancangan masa depan yang kita fikir, mampu untuk kita capai dalam situasi yang sesak sebegitu. Contohnya kalau fikir masih mahu teruskan belajar, bulatkan hati, pasang tekad yang sebenar-benar tekad, belajar sungguh-sungguh. Tolak tepi percintaan, tolak tepi hiburan, tolak tepi program. 100% belajar.

Atau kalau kita rasa kita tak mampu lagi belajar, kita mahu bekerja. Bulatkan fokus, mula buat perancangan, di mana mahu mencari rezeki buat permulaan.

Ketiga, baliklah rumah, bersua dengan Mak dan Ayah. Berterus-teranglah. Sahabat saya pernah berkongsi tips untuk mencairkan hati ibu bapa. Kata beliau, sebelum kita buka mulut menyatakan masalah, kita duduk dekat-dekat dengan ibu atau ayah, pegang tangan mereka, gosok-gosok tangan mereka, peluk-peluk mereka dan mulakan cerita secara perlahan-lahan dan tenang. InsyaAllah hati mereka juga akan tenang. 

Tapi pastikan apabila berterus terang dengan Mak Ayah, masa itu kita memang sudah pasti dengan apa yang kita rancangkan namun masih membuka ruang untuk pendapat dan nasihat mereka. Jangan jumpa mereka bawa masalah dan mengharapkan mereka untuk menyelesaikan masalah kita. Amat tidak matang di situ.

Keempat, lakukanlah Istikharah, minta Allah swt beri petunjuk apakah pilihan terbaik yang perlu kita lakukan demi mendapatkan kehidupan yang lebih lancar akan datang setelah masalah demi masalah ditempuhi.

Kelima, move on. Jangan pandang belakang.

Hidup memang begini, ada pasang surut. Ada susah senang. Ada naik turun. Ada jatuh bangun.

Memang kata orang, 'orang berjaya adalah setelah dia gagal, dia bangkit'. Betul. 

Tapi kalau dah banyak kali sangat tersungkur jatuh dan tidak belajar dari kesilapan, nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri. 

Apapun yang berlaku, hidup kita, kita yang perlu perjuangkan. Jangan salahkan orang lain mahupun dunia sekeliling kerana selagi mana kita menuding jari kepada yang lain, selagi itu kita takkan maju, tak kan berjaya. Dan itulah kesilapan terbesar kita apabila asyik menuding jari kepada yang lain.

Ayuh, kita muhasabah diri!

Selasa, 5 April 2011

Biar anak-anak naik pekak dengan nasihat dan bebelan, jangan kita naik pekak dengan cacian dan tohmahan.

Hari ini saya terbaca satu penulisan ringkas oleh Presiden ABIM yang menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada saya, ‘adakah benar kualiti kepimpinan ibu bapa yang semakin merosot menjadi punca gejala maksiat berleluasa hari ini?’

Apakah buktinya masalah sosial ataupun gejala maksiat semakin meruncing hari ini? Tahukah anda bahawa berdasarkan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak tidak sah taraf yang didaftarkan sehingga 2010 berjumlah 234,647 orang. Dan lebih malang lagi, daripada jumlah ini, 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam. Apa sudah jadi? Salah siapa semua ini?

Saya fikir, inilah masanya untuk kita sama-sama asah minda dan fikir sedalam-dalamnya. Adakah sebagai Muslimin dan Muslimah muda hari ini, kita hanya ingin terus hanyut dibawa arus kemodenan? Kita perlu berdiri di atas dunia realiti. Kalau hari ini, gejala maksiat yang menghurung kehidupan kita khususnya Muslim sudah sampai tahap kronik seperti ini, cuba kita bayangkan bagaimana pula keadaannya dalam generasi anak-cucu kita nanti. Adakah kita mahu anak cucu kita menjadi golongan majoriti menempah tiket ke neraka? Nauzubillah.

Bila bercakap soal kepimpinan ibu bapa, sebenarnya yang paling layak untuk berbicara adalah golongan ibu bapa sendiri. Tidak adil untuk yang muda belia seperti saya mengadili kepimpinan mereka. Walaubagaimanapun, kalau kita lihat secara amnya, beberapa perkara boleh disimpulkan.

Pendidikan Agama
Tanyalah mana-mana agama sekalipun baik Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya, tidak ada satu agama pun yang mengajak penganutnya melakukan kejahatan. Semua agama mengajar kepada kebaikan. Kalau dalam Islam kita sering ditekankan dengan prinsip suci “Amar Maa’ruf Nahi Munkar”. Tapi, sekadar bicara menghiasi bibir, dalam tindakan jauh sekali. Tinggal retorik semata.

Dalam kebanyakan kelompok keluarga hari ini, agak sukar untuk kita temui ibu bapa yang masih mendidik anak-anak dengan pendekatan agama yang kuat. Memang masih ada tapi saya kira peratusannya rendah. Contohnya, hari ini berapa ramai antara kita yang mendisiplinkan keluarga dengan rutin Solat Berjemaah bersama-sama? Jangan kata Solat Berjemaah mengharapkan si bapa menjadi Imam, malah ada yang lebih malang apabila tidak pernah langsung melihat ibu atau bapa mendirikan Solat. Ini memberi kesan buruk dalam pembangunan kualiti modal insan anak-anak.

Selain daripada itu, hari ini berapa ramai anak-anak yang setiap hari akan berjalan kaki ataupun mengayuh basikal ke surau ataupun rumah ustaz/ustazah untuk mengaji Muqaddam dan seterusnya Al-Quran? Dunia jauh berbeza. Kalau dahulu, setiap hari selepas Solat Maghrib di rumah, anak-anak akan menyusun langkah menuju tempat mengaji, kalau dulu anak-anak berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran semuda mungkin, sebanyak mungkin, kalau dulu ibu bapa sangat teruja untuk merencanakan majlis khatam Quran untuk anak-anak. Tapi, hari ini di mana nilai semua itu? Yang tersisa hanyalah majlis khatam Quran di sebelah pagi sebelum pernikahan si anak dara. Allahuakbar..

Tekanan Ekonomi

Kadang-kadang kalau bercakap soal kualiti ibu bapa, ia kelihatan agak sensitif. Lagi-lagi apabila yang mengupas isu ini bukan langsung daripada golongan ibu bapa. Tapi, isu itu perlu dilihat sebagai satu usaha baik untuk mengetuk minda golongan muda hari ini, yang esok lusa bakal bergelar ibu bapa yang bakal memimpin dan mendidik anak-anak kecil pewaris bangsa dan agama, untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia dalam memikul tanggungjawab yang maha hebat sebagai ibu dan bapa.

Sedarkah kita, hari ini dalam persaingan hebat yang berlaku sekeliling kita, kita berkejar-kejaran untuk mencapai keputusan cemerlang, mendapat pekerjaan yang gemilang dan memperolehi gaji terbilang tetapi sayang sekali di sebalik kekayaan yang terkumpul, anak-anak terbiar kesepian di rumah.

Ibu bapa asyik mengejar kemewahan dan kesenangan. Benar, segala usaha untuk kesenangan seisi keluarga. Tetapi adakah niat ini boleh menghalalkan tindakan ibu bapa untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada orang gaji ataupun pengasuh taska ataupun jiran sebelah rumah? Mari duduk muhasabah diri, mari fikir sejenak. Apabila si ayah terlalu sibuk di pejabat, jam 7 pagi sudah meredah kesibukan jalan raya untuk ke tempat kerja tatkala anak-anak masih terpisat-pisat untuk bangun dan bersiap ke sekolah yang diuruskan oleh orang gaji. Apabila si ibu sibuk di pejabat bermesyuarat membentang idea itu dan ini sehingga terlupa anak-anak semakin kebuluran merindui masakan atau air tangan bonda. Yang tertinggal hanyalah orang gaji yang kadang-kadang tidak dianggap famili malah lebih hina dari kuli. Jadi, siapa yang perlu menjadi contoh terbaik untuk anak-anak zaman ini?

Kita semakin kaya dengan ilmu dunia, kita semakin kaya dengan harta, kita semakin petah berbicara, kita semakin hebat mencipta propaganda tapi kita lupa, kita punya tanggungjawab mendidik anak-anak untuk menjadi manusia dan hambaNya yang berguna. Jadi, salah siapa?

Pekakah Ibu Bapa?

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, “pelik gila anak dia mengandung mak bapak dia tak tau!” ataupun “Biar benar, takkan mengandung 7-8 bulan mak bapak dia tak perasan?”dan sebagainya. Memang wajar untuk kita tertanya-tanya ‘keajaiban’ yang berlaku dalam dunia hari ini. Adakah ini menampakkan bukti bahawa ibu bapa hari ini kurang peka?

Kalau dulu, anak-anak pakai baju singkat sikit mulalah ibu atau bapa membebel ataupun sound direct seperti, “Minah, kau ni tak de baju lain ke nak pakai? Elok sangat lah tu!” ataupun “Siti, kau pergi tukar baju sekarang. Kalau tak, jangan keluar rumah!” dan sebagainya. Hari ini macam mana?

Dunia hari ini memilih pendekatan yang berbeza, nampaknya. Kalau anak-anak pakai baju singkat, terdedah sana terbelah sini, terkoyak rabak sana, tergelebeh sini, ibu bapa mungkin kata, “Biasalah tu, budak-budak. Diorang nak juga merasa berfesyen”.  Masalahnya kita yang melihat ini semakin juling mata semakin sesak dada semakin sakit jiwa. Betul kan?

Ibu bapa hari ini perlu lebih kuat dalam mendidik anak-anak. Anak-anak hari ini perlu di-follow-up selalu. Kalau ibu bapa lalai ataupun tidak peka, alamatnya esok lusa janganlah menangis kalau menerima panggilan telefon bersama rayuan anak-anak minta dijamin kerana ditangkap basah, atau jangan pula pengsan bila menerima panggilan telefon pihak berkuasa memaklumkan anak tersayang meninggal dunia di jalan yang lurus kerana merempit atau jangan pula diserang sakit jantung akibat tidak dapat menerima hakikat anak anda akan mati ditali gantung akibat dadah. Atau jangan pula sesak nafas bila terpaksa membela cucu sendiri dalam keadaan tidak bermenantu.

Sebab itu pentingnya untuk ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan anak-anak. Jangan terlalu taksub mengejar reputasi di tempat kerja sampai anak tak reti Solat pun kita tak kisah. Jangan terlalu ‘sempoi’ sampai jiran complaint anak kita buat maksiat pun kita sekadar angguk kepala dan buat tak endah. Jangan sampai anak mengusung perut membawa satu lagi nyawa pun kita tak tahu. Jangan, jangan. Jangan tidak peka. Biar anak-anak naik pekak dengan nasihat dan bebelan, jangan kita naik pekak dengan cacian dan tohmahan.

Anak-anak Bekal ke Akhirat

Satu perkara, perlu kita sentiasa ingat. Anak-anak ini ibarat tanaman kita. Apa yang ditanam, itulah yang dipetik. Tiada tanaman, tiadalah hasil.
Semua orang tahu bahawa apabila seorang anak adam itu meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali, hanya 3 perkara yang dibawa menjadi bekal ke akhirat. Pertama, amal kebajikan. Kedua, ilmu yang bermanfaat dan Ketiga, doa anak-anak yang soleh. Jadi, kalau anak-anak tidak dididik dengan betul, maka menangis pun tak guna bila diakhirat nanti kita berjalan kosong tanpa bekalan doa anak-anak yang Soleh.

Untuk yang masih muda remaja, inilah masanya untuk kita fikir-fikir dan renung-renungkan. Kalau-kalau terasa tidak mahu menanggung derita mempunyai anak yang ‘luar biasa’ liarnya, maka hari ini sebagai anak janganlah kita bertindak luar biasa liar. Kerana apa? Kerana percayalah, Allah itu Maha Adil. Kalau dipulangkan paku buah keras, jangan menyesal pula esok hari.

Untuk yang bergelar ibu bapa, bolehlah mula merancang atau me-revise strategi terbaik dalam membentuk kualiti diri anak-anak. Ingat, duit, pangkat, kemewahan tidak menjamin peribadi mulia anak-anak.

Untuk Abah dan Umie saya, terima kasih kerana mendidik dengan resipi kasih sayang ibu bapa yang berintipatikan rotan, bebelan, pujian, kematangan dan sebagainya sehingga kami berupaya berfikir waras dalam tindakan, sehingga kami mampu mencipta benteng prinsip nilai diri dalam kehidupan, sehingga kami tidak berkeinginan untuk meliar di jalanan. Terima Kasih. 

p/s: Artikel penulisan Presiden ABIM boleh diintai tengok di sini.

Selasa, 29 Mac 2011

Restu Ayah Bonda: Terima Kasih Umie Abah!

 Bismillahirrahmanirrahim.

"Kau agak, Tun Mahathir, Najib Tun Razak, ada gigit kuku macam Abah ni tak?"
Itu antara soalan kelakar yang Abah ajukan pada saya pagi tadi semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudara yang meninggal dunia. Abah bertanya begitu sambil dia sendiri menggigit kuku.
"Walaupun diorang tu PM, diorang manusia jugak, Bah!"
Sahabat-sahabat, kita selalu fikir, bila orang itu berjaya di kemuncak, mesti hidup dia amat beza. Tapi, beza tara mana sangat. Mungkin tak cukup tidur, mungkin berfikir lebih sikit daripada biasa, mungkin kerja banyak sikit, mungkin kurang masa bersama keluarga. Tapi, segala usaha yang dilakukan, segala penat lelah yang dikorbankan, berhasil ke tanpa restu ayah bonda mereka? Agak-agaknya, berbuah hasil ke segala usaha tanpa redha ayah bonda? Saya rasa tidak.

Saya sekadar berkongsi pendapat. Andai pendapat ini tidak dipersetujui, salam kemaafan saya hulurkan. Semasa giat berpersatuan, saya didatangi beberapa orang sahabat mahupun adik-adik yang mempunyai masalah lebih kurang sama. 

Situasi 1: Awak, saya tak tahulah macam mana. Saya dah janji dengan mak/ayah saya untuk fokus belajar, tak pegang apa-apa jawatan dalam persatuan, tapi saya terpaksa ambil juga tanggungjawab ni. Urm...

Situasi 2: Kak, saya stress la. Mak ayah saya bising la tengok saya aktif. Mereka tak faham apa yang saya cuba usahakan!

Situasi 3: Mak saya tak tahu pun saya pegang jawatan ni. Tak sanggup nak bagitahu. Takut dia terluka.

Sahabat-sahabat, kita jangan lupa. Redha Allah datang bersama Redha Ibu Bapa. Kalau Ibu Bapa tak redha, macam mana Allah nak redha? Kecuali dalam hal-hal tertentu, kita boleh lah memungkiri kehendak ibu bapa. Tapi, dalam kebanyakan perkara, restu ibu bapa adalah satu tuntutan ataupun keperluan. Sama mcm hal perkahwinan, kalau berkahwin dengan pasangan yang tidak direstui oleh ibu bapa, perkahwinan itu kebiasaannya dilanda tsunami. Betulkan??

Kenapa kita, bab kahwin, bukan main perjuangkan restu ibu bapa. Bab lain, kita belakangkan ibu bapa? Patut ke? Tak patutlah, kawan-kawan.

Zaman Persekolahan

Ok. Izinkan saya berbicara melalui pengalaman peribadi saya. Ketika di MRSM Pasir Salak dulu, saya adalah antara pelajar perempuan yang paling aktif. Sebutkan saja sukan apa, semua saya terlibat. Ping-pong, bola tampar, bola baling, olahraga, merentas desa. Saya tidak mewakili sekolah dalam Bola Jaring saja. Yang lain, saya sapu bersih. Sejak tingkatan 4, saya mewakili MRSM ke pelbagai kejohanan sama ada antara MRSM-MRSM mahupun sekitar daerah Perak Tengah. Saya tak kenal erti bosan. Menang kalah belakang kira, yang penting kepuasan.

Satu hari ketika di tingkatan 5, saya terpilih untuk mewakili MRSM ke Kejohanan Ping Pong MSSD Perak Tengah. Ping Pong adalah sukan kegemaran saya sejak sekolah rendah. Jadi, rasa teruja itu lebih. Saya bersungguh-sungguh ingin memenanginya. Satu hari saya maklumkan pada Umie, saya mahu mewakili sekolah untuk pertandingan itu. Tapi Umie di hujung talian telefon menghalang keinginan saya. Kata Umie, 'Cukup-cukuplah tu Aten. Belajar lah pulak. Tahun ni kau SPM!' Kali ini, suara Umie tegas. Kecewa saya.

Tapi, dek kerana minat. Saya tak pedulikan kata-kata Umie. Saya teruskan juga mewakili sekolah. Kesah apa dengan Umie??hehe. Masa tu, pergi dengan penuh harapan. Rasa mcm boleh menang sebab berlatih bersungguh-sungguh. Saya main untuk Single dan Beregu. Hari perlawanan, belum apa-apa saya kalah. Saya kalah bodoh. Saya kalah buang bola. Saya kecewa. Kecewa gila. Menangis pun tak ada guna.

Dalam van semasa perjalanan balik, saya fikir. Apalah malang. Tak boleh terima kalah bodoh mcm tu. Tak pernah main sebodoh itu. Tiba-tiba terfikir, 'mungkin sebab aku pergi perlawanan ni, Umie tak izinkan. Aku bertanding, aku mengharapkan kemenangan, tapi aku lupa aku tak bawa bekal. Restu Umie aku tak bawa..'

Itulah saat dan ketikanya saya sedar diri. Saya sedar bahawa jangan ambil mudah dengan restu dan redha ibu bapa. Doa mereka, makbul dan mujarab sekali!

Zaman Universiti

Ketika saya di Universiti, saya lebih mengambil sikap berterus-terang. Saya ceritakan segala perjalanan aktiviti-aktiviti saya. Sejak mula, hingga kini. 

Tahun 2009 saya mula aktif. Saya mengembara bersama UPG sebagai seorang Vice President. Saya tidak punyai pengalaman, tapi saya perjuangkan tanggungjawab saya bersama bekal. Restu dan doa Umie dan Abah, sentiasa bersama saya. Daripada saya mula sibuk membangunkan FaciTeam bersama Shahmi di bawah pimpinan Rezal sebagai President UPG waktu itu, sampailah saya menempuhi waktu kemuncak 2009 di mana saya menjadi HOD Activity untuk Desa Tercinta Perlis, tiap perjalanan saya ditemani pesan-pesan Umie dan Abah agar melakukannya sebaik mungkin. Alhamdulillah, berjalan baik semuanya. Memang dugaan tu tetap ada, tapi kekuatan diri menjadi bekalan juga. Berani kerana benar, kan? =)

Tahun 2010, saya lebih giat. Memegang tanggungjawab sebagai President UPG wanita pertama bukan satu perkara anak-anak. Diletakkan harapan, dihujani pelbagai kesangsian seperti 'boleh ke perempuan ni lead UPG?', dihalangi dengan pelbagai jenis cabaran. Alhamdulillah, berjaya melaluinya. Mungkin saya tidak berjaya membawa UPG pada satu tahap baru tetapi saya fikir saya berjaya mengembara bersama teman-teman, explore dunia, cari pengalaman bersama-sama. Terutamanya HICOM saya, dan Faciteam. Agak jauh kita mengembara. Dari Zero kepada Hero. Alhamdulillah, alhamdulillah. Berkat sokongan semua dan restu ibu bapa. Kadang-kadang bila dihujani masalah, saya call Abah minta pendapat, bagaimana hendak selesaikan. Satu perkara pasti, dalam kebanyakan masalah yang timbul, bukan disebabkan oleh sesuatu program tersebut, tapi sebab sikap manusia. Itulah cabaran terbesar. Dalam tempoh ini, selain sempat memimpin beberapa program, saya juga sempat menjadi HOD Aktiviti untuk ISS Homestay. Ya Rabbi. Perangai pak-pak arab ni, kusss semangat. Saya ni dah lah kecil, nak jerit-jerit untuk dapatkan perhatian mereka satu hal lagi. Tapi, alhamdulillah. Hari ini boleh lagi kenyit2 mata dengan mereka.hehe

Usai tanggungjawab bersama UPG, saya fikir tamat sudah perjuangan saya. Rupa-rupanya saya silap.hehe. Dijemput mewakili MMU, menjadi sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Global Model United Nations adalah satu tahap baru yang perlu diteroka. Peluang yang datang, tidak pernah saya terfikir untuk memilikinya. Tapi, diambil juga peluang ini, diangkat seperti satu tanggungjawab untuk terus melakukan yang terbaik. Bersama restu Umie dan Abah, saya bulatkan semangat. Terpaksa meninggalkan kelas untuk beberapa minggu bukan perkara mudah untuk dilakukan, tapi setelah diyakin Umie Abah, saya teruskan perjuangan. Alhamdulillah. Selesai tanggungjawab setelah puas mengharungi 3 tahap kursus sebelum ke persidangan antarabangsa yang sebenar. Berkat doa restu ayah bonda, kawan-kawan.

Tak lama selepas itu, menerima durian runtuh pula. Kali ini untuk ke Vietnam, menjadi salah seorang daripada 5 orang delegasi Malaysia untuk ke ASEAN+3 Youth Festival, Hanoi. Ini cabaran baru, peluang baru, tanggungjawab baru. Terpaksa menjalani latihan menari, berbincang bagaimana untuk berkongsi tips pembangunan belia Malaysia untuk ASEAN, berbincang bagaimana untuk mempromosikan budaya Malaysia ke persada antarabangsa. Paling saya bangga, saya bawa nama MMU hingga ke Vietnam terutamanya apabila saya didatangi seorang wartawan daripada media sana. Bila disoal, belajar di mana? Saya nyatakan dengan jelas, Multimedia University, Melaka Campus, Malaysia. =) Bagaimana boleh sampai ke Vietnam? Tepuk dada, tanya Allah. Semuanya datang dari Dia, bersama restu ayah bonda. 

Yang terbaru, saya menghadirkan diri untuk sebuah bengkel pemimpin muda, berbincang dan bersidang perihal belia negara. Aduh. Tiba-tiba belia pulak dah!hehe. Tapi, ini satu proses pencarian ilmu. Selamat pergi dan balik dengan selamat. Apa lagi nak kata? Alhamdulillah. Berkat restu ayah bonda yang sentiasa memahami kehendak jiwa saya yang suka menggaulkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Paling seronok bila setiap kali habis berprogram, Abah Umie akan tanya, 'So, hows your program? Was it nice? Ok? Banyak ilmu dapat?' Seronoknya bukan kepalang apabila boleh berkongsi cerita bersama ibu bapa. Waktu ini terasa dekat benar dengan mereka. Seperti mereka sahabat-sahabat yang perlu dikongsikan segala cerita.

Gentar Jiwa

Jadi, hari ini kalau sahabat-sahabat tanya saya, bagaimana boleh mengharungi itu dan ini dalam masa sama masih belajar, perlu score dan sebagainya. Saya simple, saya buat kebajikan, saya tak buat dosa. Allah tidak memungkiri hak-hak hambaNya yang layak beroleh kebaikan. Saya banyak berprogram, saya sibuk tak pulang hujung minggu, saya tidak melepak di tepi-tepi jalan, saya tidak berdating sampai tengah malam, saya tidak ber-clubbing sampai lupa daratan. Tapi saya ber-meeting memerah idea menjayakan sesuatu, saya berprogram mengutip selagi banyak ilmu yang boleh, saya bersama masyarakat membina ukhuwah serapat mungkin. Dan paling penting, restu Ayah Bonda bersama saya, yang membawa restu dan redha Allah swt bersama. Perlukah ada gentar bersisa di dalam jiwa?

Jelas berbeza

Bila difikir-fikir, amat jelas beza dua alam kehidupan. Zaman persekolahan, dan zaman di universiti. Kematangan, rasa tanggungjawab, keinginan, pengalaman, doa restu ibu bapa, semangat perjuangan, teman-teman yang hebat, semuanya bercampur gaul mewujudkan sebuah perjalanan hidup yang sangat mengasyikkan. Bukan asyik sehingga terlena. Tapi terlalu asyik sehingga tidak pasti, bila mana titik noktah akan terwujud. 

Sahabat-sahabat, jangan pernah rasa rugi bila menceburkan diri dalam dunia ini. Peluang, adakalanya datang muncul dengan sendiri. Adakalanya kita yang perlu cari. Asalkan niat di hati untuk mengembangkan ilmu dan pengalaman, tiada apa yang perlu digusarkan. 

Kalau dulu, bila hendak melakukan sesuatu, mungkin timbul rasa sangsi, rasa takut. Takut orang kata 'kau ni poyo lebih lah!' atau 'kau bajet kau bagus ke?' atau 'kau sedar tak kau ni gila kuasa?' dan sebagainya. Tapi kini semuanya berbeza. Setiap semangat perjuangan yang dikongsi bersama ibarat satu nikmat kekeluargaan bersama sahabat-sahabat. Terasa hebat di kelilingi manusia-manusia hebat bernama sahabat.

Sahabat-sahabat, bak kata Ustaz Hasrizal, 'seorang pejuang memang miskin rehat' dan saya tambah 'kerana kaya dengan semangat'. Jadi, seorang pejuang memang miskin rehat kerana kaya dengan semangat!

Perjuangan saya belum tamat. Semangat saya belum mati. Selagi diminta berkongsi, selagi itu saya teguh berdiri. Moga redha Ilahi terus menemani, moga restu Abah Umie takkan pernah berhenti. Terima kasih, Abah dan Umie!

Galeri Penuh Aksi dan Memori:
Suka cik kiah!
ASEAN + 3 Youth Festival, Hanoi
Proud to be Malaysian!
Persidangan GMUN.
Siapa kenal lelaki berbaju melayu itu? Johan Pidato Antarabangsa tu!
Saat teramat manis 2010.
Amat manis juga.
Who's d best? OC!
Ketika masih bertatih.
Tingkatan 4: Kejohanan Sukan MRSM Zon Utara; MRSM Pendang
Kejohanan yang mengecewakan tapi mendidik diri.
Usai perlawan Bola Baling peringkat Daerah Perak Tengah. Muka hitam belengit!
Kejohanan Sukan MRSM Se-Malaysia, Kuantan Pahang.
Terjumpa gambar Tingkatan 1, sedang menari!haha
Syukur. Alhamdulillah.

Selasa, 7 Disember 2010

Rahsia Tarikh Lahir saya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita. Menebar idea. Mana tau sahabat-sahabat, kaum keluarga sanak saudara, terasa ingin mencuba. Cerita bermula begini, kalau tidak silap saya ianya berlaku ketika saya menghadiri satu kem kerohanian di Ulu Langat. Kalau takpun di kampus. Saya sendiri terlupa.

Peristiwa 1:

Entah mcm mana saya sedang berborak-borak dengan Kak Nita (Pengarah STAD). Kemudian datang bos besar, En.Zam. En Zam kata pada Kak Nita, "cuba kira budak ni nombor berapa." Kak Nita kemudiannya minta tarikh lahir saya, dan dengan penuh sopan saya bagi. "29-01-1987". Muda lagi kan?hehe. Kemudian kira punya kira (sekejap je dia congak) then dia kata, "No 1, En Zam!". Saya blur. Apa maksudnya? Tak pernah sepanjang hayat saya exam dapat no1.hehe. Ni lah kali pertama dianugerah no 1. =) Dan sepantas kilat, secara spontan En Zam cakap, "I told u! U were born to be a leader!" p/s: Entah bila dia bagitau saya, saya dilahirkan sebagai ketua?

Peristiwa 2:
Beberapa minggu lepas, kami ada sesi borak-borak, senyum-senyum, lempar idea bersama beberapa org sahabat muslim. Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk borak-borak, senyum-senyum dengan Kaunselor MMU, Kak Miza. Sekali lagi, terkeluarlah isu rahsia tarikh lahir. Kali ni saya dah tahu nombor ajaib saya, saya buat belagak sikit lah. Jadi tukang kira pula.hehe. But this time is better sbb panjang lebar huraian yg Kak Miza bagi tentang sifat manusia mengikut nombor tarikh lahirnya. Antara sifat No 1 yang dihighlight adalah: leader, degil, keras kepala, kreatif, blablabla. Banyak lagi la. Yang baik ada, yang huduh pun ada.hehe

Jadi, usai Solat Asar tadi, saya terdetik untuk belek-belek rahsia tarikh lahir saya. Malangnya, saya tiada bahan bacaan daripada bentuk buku untuk saya rujuk. So ambil kesempatan (sambil pinjam (curi) line internet orang belakang), saya pun google 'Rahsia Tarikh Lahir'. Kemudian tinggalkan dulu lappy comel ni dan Solat Maghrib. Dan sekarang ni saya baru lepas membaca dan mengkaji rahsia tarikh lahir saya menurut internet. Jeng jeng jeng. 

Saya buka 2 websites. 1 mengatakan ini:

Tafsiran Tarikh Lahir Untuk : Najlaa (Tarikh Lahir : 29-1-1987)
Nombor Peribadi :
1
Elemen :
Logam
Ciri Utama :
Sendiri
Sinopsis :
Disukai kerana kepimpinannya, namun bersendirian.
Tafsiran Umum Peribadi :
Bijak, pemimpin, pandai menganalisa orang, kreatif, banyak idea.
Warna Yang Sesuai :
Kuning, perak dan putih.
Status Body Mass Index (BMI) :
17 => Underweight (terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal.
Masalah Kesihatan Berkaitan :
Masalah pernafasan, paru-paru, asma, alahan kulit.





Ok yang ini special sebab ada BMI lagi kan. Ok fine saya terlalu kurus. Tapi itu tiada kena mengena dengan rahsia tarikh lahir. It is just that this website did asked for my weight and height. So what?hehe. What im talking about here is the tarikh lahir. So, lets abaikan the BMI.hehe. Andai berminat, boleh cuba di sini.

Website kedua pula, adalah daripada Dr Azizan. Anda kenal siapa Dr Azizan? Ala yg buat seminar rahsia tarikh lahir la, seminar jutawan la, mcm2. Org hebat Dr Azizan ni. And this is what i get.

Jika mahu cuba boleh click sini.

Berdasarkan gambarajah di atas, anda boleh dapatkan no tel Rich Richer Resources Network.hehe. Basically yg Dr Azizan ni siap tunjuk cara pengiraannya. Yang ni saya tak boleh terangkan, nanti ditangkap JAKIM kerana menyebarkan ajaran sesat menerusi blog. Bahaya weh!! Sebab saya pelajar undang-undang, bukan pengkaji rahsia tarikh lahir. =)

Kesimpulan yang saya dapat daripada kedua-dua penyelidikan mudah saya, saya dapati kedua-duanya menggunakan teknik pengiraan yang sama. Jangan taksub dengan penemuan ini ye rakan-rakan. Kerana pokok pangkalnya berbalik pada Allah SWT. Dia yang berhak menjadikan kita apa saja. Andai benar sifat yg tertulis, sifat saya, yang baik Alhamdulillah. Yang tidak baik, insyaallah saya cuba perbaiki. 

Basically, saya lihat banyak persamaan daripada apa yang dikaji secara metafizik ini. Dengan ini saya isytiharkan bahawa:
Najlaa Ayu, memegang nombor rahsia tarikh lahir 1. Elemen saya adalah Logam. Dan saya akui saya mempunyai sifat seperti berikut:
  • Sendiri. Tapi sebenarnya saya nak alter sikit kat sini. Saya rasa perkataan yang sesuai adalah berdikari. (suke suki aku je kan ubah kajian. peduli hape!). Ini berdasarkan cerita Umie Abah yang mengatakan 'Aten masa kecil memang tak suka bermanja, tak suka tidur atas riba Umie AbahTak mcm Syah. hehe. Memang aten suka buat hal sendiri.' Dan sifat ini saya bawa sehingga dewasa. Alhamdulillah. Tapi bila minta duit, tak berapa nak berdikarilah.hehe
  • Bijak. Mestilah saya bijak. Kalau tak, takkan ramai kena kelentong dengan saya.hehe. (tiada autoriti untuk mengangkat point ini. Maaf.hehe) Tapi Abah selalu kata, 'aten memang budak bijak.' Jadi saya anggap, doa abah hari-hari meresap dalam sifat diri saya.hehe. Ya Allah, betul ke aku ni bijak? Nak perasan pun rasa tak sedap hati. =)
  • Kreatif / Banyak idea. Well, kalau saya tak kreatif, mana mampu saya menyanyi hari-hari dengan diiringi petikan gitar sumbang (pinjam dari Huda), berDUETkan NZ, sambil mencipta lirik lagu dan melodi sendiri. Idea tidak pernah kering tidak kisah untuk disalurkan ke jalan baik mahupun jalan sesat. hehe. Tapi kebanyakannya jalan sesatlah.
  • Pandai menganalisa orang. This one, i think i should admit that at times, i could lah. Saya selalu tengok dari perangai dan keperibadian. Dan faktor sekeliling juga memainkan peranan. Most of the time, saya analisa dari cara bekerja dan cara bercakap atau menjawab persoalan. Tapi dont worry. Tidak sekalipun saya bukukan hasil analisa saya.hehe. I am not a reliable authority, babe.
  • Peka & Teliti. Ya saya Peka, bukan Pekak. Jangan salah baca. Terutama soal kerja. Dan jangan lempar tuduhan sembarangan pada saya, kerana saya sangat peka dengan tiap butir bicara yang keluar dari mulut anda. (Sekiranya waktu saya tidak terawang-awanglah.hehe). Saya juga teliti dalam urusan kerja juga. Tapi barang saya selalu bersepah. Jadi teliti tak bermakna kemas.hehe. Ingat tu!
  • Mempunyai semangat dalam persahabatan. Siapa bersahabat dengan saya, dia pasti tahu akan point ini. Saya berkawan dengan semua orang. Sebab itu saya ada perangai yang pelik-pelik. Kadang-kadang saya buat2 skema, kadang saya buat2 hampeh, kadang saya buat rajin, kadang saya jadi pemalas gila. Menjadi sesumpah juga kerana suka menyesuaikan diri dengan keadaan. Tapi yang penting kena tahu niat dihati. Saya seorang yang pasakkan nilai ikhlas sedalam-dalamnya dalam persahabatan. But once saya terusik dengan tikaman, then itu bahaya.
  • Pemimpin. Ok yang ini sifat terakhir untuk dibincangkan. Well, saya tidak rasa saya dilahirkan sebagai pemimpin seperti yang Dr Azizan kata. Cuma saya baru menjumpai bakat saya untuk memimpin. Masa lahir-lahir dulu tak ada pula Umie kata saya jadi ketua kepada bayi-bayi di nursery hospital itu.hehe. Oklah. Saya bersyukur sekiranya benar saya ada bakat untuk memimpin. Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk memimpin. Sejak sekolah, tiada jawatan besar yang saya sandang kecuali Pustakawan, Penolong Ketua Kelas dan AJK kelab mcm tu aja. Di MMU barulah ditunjukkan oleh Allah bahawa saya mampu memimpin UPG dengan bantuan dan sokongan sahabat-sahabat. Bermula sebagai Vice President 1 pada tahun 2008/2009. Kemudian pada 2009/2010 menyandang jawatan President. Dan sejak itu Allah limpahkan lagi rezeki saya dengan peluang yang terbuka luas, menggunakan pengalaman dan bakat memimpin (dan poyo bila berbicara) untuk ke GMUN dan ASEAN + 3 Youth Festival, Vietnam. Syukur ya Allah. Syukur.
Oleh itu, siapa yang nak kahwin dengan saya (ok tak payah angkat tangan), sila make sure saya tidak over shadow tugas anda sebagai pemimpin keluarga memandangkan saya ini gila kuasa. Anak-anak nakal akan saya suruh kawad di bawah terik mentari. Giteww.hehe

Jadi, my secrets have been revealed. So anda, tunggu apa lagi? Cubalah!

Jumaat, 3 Disember 2010

Usah Takut Untuk Berubah

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tidak berkongsi ilmu di sini, harap masih ada yang sudi menyinggah. Perkongsian hari ini:


Sebenarnya, saya sudah lama memasang hajat untuk mencungkil idea berkenaan motivasi untuk dikongsikan di sini. Cuma kekangan masa dan aktiviti-aktiviti lain menghalang. Tapi, kali ini Allah permudahkan urusan saya, Allah lapangkan masa saya, untuk mencoret sedikit ilmu di sini. Yang baik itu boleh lah kalian ambil buat bekalan, yang buruk itu, bolehlah kalian buang tepi jadikan pedoman.

***Takut Untuk Berubah***

Kita biasanya dalam menjalani hidup seharian, kita sentiasa rasa takutkan terhadap sesuatu perubahan. Tak kisahlah sama ada perubahan itu yang kita telah rancang, ataupun yang berlaku secara tiba-tiba. Persoalannya di sini, kenapa kita takut untuk berubah ya??

Pada hemah saya, kita selalu rasa takut untuk menghadapi perubahan kerana kita tiada keyakinan terhadap sesuatu perkara. Contohnya, dalam soal belajar, Si Polan selalu mendapat keputusan yang ala kadar. Contohnya, GPA 2.20. Bila diajak Si Polan untuk mengubah cara belajar, daripada study seorang diri kepada study dalam group, Si Polan akan kata, 'Eh tak perlah der. Lu proceed lah. Wa ok je kot. Wa tak join kot..'

Kenapa Si Polan berkata begitu? Jangan gelakkan Si Polan. Tanya pada diri kita, pernah tak kita bersikap begitu? Sudah pasti Pernah! Sebab Si Polan ragu-ragu dengan strategi belajar berkumpulan. Dia fikir seorang diri, 'ye ke berkesan? ntah-ntah sama je. Malas lah! Nanti lagi ramai belajar sama, lagi ramai tau aku ni lambat pikap! bek aku study sorang!'

Apalah salahnya kalau kita positif dalam pemikiran. Bukannnya berdosa pun, kawan-kawan. Apatah lagi ke arah kebaikan. Masalah kedua kita adalah kita selalu bersikap Negatif. Terlalu Negatif. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tengok orang berjalan seorang ke perpustakaan kita mengata, 'haish. hidup mcm si Atan tu mesti tak best. skema gila.' Bila tengok orang jalan berkumpulan menuju ke Masjid pun kita kata, 'Bajet alim lah tu? Yo-yo-o je budak-budak ni. Muka rempitan, so gi masjid nak tambah seri lah tu!' ataupun bila kita tengok lelaki dan perempuan sedang bercakap berdua kita omel 'bercinta je kerjanya!! dosa! dosa!'

Kawan-kawan, kalau dah memanjang kita fikir negatif, jadi bila kita nak positifnya? Sama juga dengan perancangan tentang hidup. Mahukan hidup yang senang, yang mewah untuk masa datang. Boleh lah rancang dan usaha ke arah itu. Allah tak pernah kata, 'Kalau nak senang, jangan mintak pada Aku!'. Tapi Allah kata, 'Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka berusaha mengubahnya sendiri.' Aplikasikan dalam kehidupan kita, sekiranya kita berkehendakkan sesuatu kemajuan dalam hidup, maka kita perlu mengubah cara kita untuk mencapai sesuatu itu.

Perkara utama yang kita perlu buat adalah memperbetulkan niat. Niat untuk memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti apa? Kita fikir, kita pasang tekad. Kenapa niat? Kerana dipasak di hati. Manusia kebanyakannya mempunyai penyakit hati. Kita sentiasa diuji dengan Syaitan. Busuk hati, iri hati, bongkak, riya', takabbur, etc etc. Jadi perbetulkan niat kita, halakan semuanya kepada FiSabilillah. 

Kemudian, bersihkan minda. Sebab itu pentingnya kita untuk mempunyai pemikiran yang positif. Tidak perlu berfikir secara negatif. Kita membazirkan usaha ratusan ribu sel otak kita untuk berfikir tentang perkara-perkara negatif yang jelas tidak mendatangkan hasil! Jadi, kenapa perlu bazirkan sel-sel otak itu? Mulakan hari kita dengan perkara positif. Daripada semudah berfikir, sampailah kita bergerak dan bertindak untuk perkara positif. Bukannya susah. Cuba dahulu, baru tahu mudahnya jalan hidup kita yang Allah susun.

Ada orang kata, 'positif sangat pun payah juga. Lurus bendul jadinya!' Di sini, pentingnya juga untuk kita bezakan Positif, Negatif dan Kritis. Senang cerita, saya sukakan phrase 'critical thinking'. Menjadi seorang yang positif, lebih baik untuk dia miliki pemikiran yang critical. Lebih pantas berfikir, dalam kebanyakan masa, dia akan fikir out of the box. Tapi tidak bermakna dia negatif dalam berfikir. Yang ini perlu cuba, baru tahu beza. Carilah bahan bacaan tentang critical thinking, you will find the difference in it. Saya tidak belajar melalui buku tentang ini. Tapi pengalaman mengajar. Alhamdulillah.

Saya satu masa dulu, bukan seperti saya hari ini. Kerana apa? Kerana saya inginkan perubahan. Sampai bila saya hendak mengagumi kejayaan orang lain, dan terus merasakan diri ini lemah dan terus layak berada di bawah? Sampai bila saya hendak rasa bangga mengerah keringat dengan gaji RM4.50 sejam sedangkan luas lagi dunia yang saya boleh teroka?. Sampai bila saya nak berbangga dengan sijil-sijil Anugerah Dekan tanpa mencuba aktiviti luar yang lebih mengajar tentang erti sebenar kehidupan? Dan paling sedih adalah saya soalkan pada diri saya sendiri, sampai bila saya mahu menerima semata, tanpa bangkit untuk memberi pula?

Jadi saya bangkit. Saya luaskan pemikiran. Saya cuba untuk fikir jauh ke hadapan. Memang benar semuanya soal peluang dan kurnia Allah. Saya tidak pernah nafi. Tapi biar saya kongsi di sini. Tok Guru saya, Tuan Haji Zamzuri pernah berkongsi, katanya, "Kita berbaik sangka pada Allah, dan Allah akan beri apa yang kita usahakan.." Berbaik sangka adalah satu pemikiran positif. Bermakna, dari sisi agama, memang itu juga yang Allah didik kita.

Kita kagum bila kita baca buku Law of Attraction, tulisan orang barat. Tapi kita lupa untuk melihat indahnya Islam yang sejak berkurun tahun dulu Allah ajar dengan konsep, 'Usaha+Doa+Tawakal = Jaya'. Kita memang selalu lupa, tapi konsep dan prinsip itu tidak pernah lari walaupun sejengkal. Kerana apa? Kerana itulah pemahaman Islam yang terbaik.

"Jangan takut untuk berubah. Anda mungkin kehilangan sesuatu yang baik. Tapi anda akan dapat sesuatu yang lebih baik." 

Ini pesanan saya untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca. Kita perlu soal diri kita, sampai bila kita nak berada di takuk yang lama? Sampai bila kita nak jadi orang yang menyorak, menepuk tangan kagum melihat kejayaan orang lain? Sampai bila kita nak jadi anak yang menadah tangan meminta wang saku dari ayah dan ibu? Sampai bila kita mahu menunggu keajaiban itu muncul tanpa berusaha mencipta keajaiban? 

Jom kita sama-sama, tutup mata dan bayangkan, indahnya jika kita tidak lagi berada di takuk lama. Kita mula merasa hebat menjadi tumpuan di hadapan ribuan orang yang bersorak dan menepuk tangan meraikan kejayaan kita dengan penuh kagum. Kita mula rasa senang hati menghulur wang belanja kepada ayah dan ibu setiap bulan. Dan kita tahu bahawa kita tidak lagi menunggu keajaiban muncul tetapi kita tahu bahawa kita telah pun mencipta keajaiban itu.

Ayuh bangkit! Usah takutkan perubahan. Rasulullah angkat Islam dengan pengorbanan Hijrah. Kita tunggu apa lagi?

Khamis, 2 September 2010

Bersedekah, Amal Jariah, Mari kita ubah dunia.

Bismillahirrahmanirrahim

Usai Solat Maghrib tadi selepas berbuka puasa, sy menghadap laptop. Sambil2 menghadap laptop, telinga pasang mendengar Berita Utama Tv3. Sy tertarik pada 1 berita bertajuk, Restoran Percuma.

Restoran ini memberi makan secara percuma. Ya percuma. Saya ulangi. Percuma. Percuma kepada golongan miskin tegar. Mereka boleh walk-in sahaja ke restoran ini. Pada waktu biasa ia mula dibuka jam 1030pagi dan pada bulan Ramadhan, dibuka bermula jam 3 petang. Tidak perlu membayar barang sesen pun. Tapi, tapi.. Pelanggan miskin yang makan di situ disyaratkan membasuh pinggan sendiri. Best kan? Tidak ke hebat idea itu?

Sy faham. Kalian mungkin fikir mcm, banyak nye duit org tu bagi makan free. Bukan setahun sekali tapi hari2. Bukan kepada seorang tapi kepada ratusan atau ribuan org. Kan kan? Tapi menurut hamba Allah yang menguruskan Restoran Percuma ini, mereka tidak rugi apa2. Kerana mereka sebenarnya ada menjalankan perniagaan lain. Jadi modal yg mereka laburkan untuk beramal jariah ini adalah melalui keuntungan yang mereka peroleh daripada perniagaan yg lain itu. Besar pahala mereka kan? Bukan terhad kepada Muslim sahaja, malah Cina dan India dari golongan miskin tegar dibenarkan makan di situ. Suka sy mendengarnya. Andai ada peluang, teringin juga interview Pengurus Restoran percuma ini.

Setakat pendengaran sy yang baik, Restoran Percuma ini terletak di Seksyen 16, Shah Alam. Nanti kalau sy rajin sy mahu pergi ronda-ronda. Bukan sy mahu makan percuma, sy cuma adore dengan idea murni tapi baru ini. Hebat. Dunia zaman sekarang, bukan mudah kita nak lihat kebajikan yg di bawa ke depan seumpama ini.

Mungkin pada pihak yang berfikiran negatif, terlintas untuk berkata, 'ala, nak menunjuk2 lah tu! Mcm aku tak tau!' Tapi pada sy, tidak wajar kita berfikir begitu. Ikhlas atau tidak yang tahu hanya si dia dan Allah swt. Bukan hak kita untuk menilai. Kita perlu menyokong usaha murni ini. Sekurang-kurangnya kita dapat lihat golongan muda di didik untuk menghargai org lain yang kurang bernasib baik. Supaya generasi muda mudi seperti kita dan anak-anak kita nanti biasa beramal jariah. Supaya pada mereka segala aktiviti kebajikan bukan satu kejutan. Tapi satu aktiviti harian. Susah ke? Tidak susah pun. 

Kita perlu terus disogok dengan berita-berita baik dan positif. Barulah kita boleh bina masyarakat yang berilmu cantik, berperibadi indah, berhati mulia. Daripada media asyik2 sogok berita belia tak ada masa depan lah, belia mcm haram lah, belia merempit lah, belia buang anak lah, lebih baik media ke depankan berita yg baik. Belia-belia yg harumkan nama Malaysia patut diletak page depan. Bukan kes buang bayi di muka depan. Sy tidak kata, berita jenayah perlu disorok. Itu salah. Sy maksudkan, berita negatif, buruk, pecah belah masyarakat, keruntuhan institusi keluarga dan sebagainya tak perlu jadi berita utama. Cukuplah jadi berita di muka surat tengah atau belakang. Bukan muka surat belakang. Cukuplah dijadikan pedoman, bukan jadi ikutan hasil tindakan menggembar gemburkan berita seumpama itu.

Sy yakin kita, di Malaysia miliki generasi muda yang berkualiti. Yang mampu memimpin negara. Sy geram bila org kata, Mat dan Minah Rempit tak faham erti Merdeka, tak ada masa depan. Kita ni siapa? Kita tahu ke apa yang akan mereka lakukan esok lusa? Sy percaya segelintir daripada mereka akan sedar dan berubah. Jangan terkejut kalau esok lusa kita ada belia contoh yang punyai sejarah hitam merempit dan sebagainya. Hidup perlu terus memberi peluang. Hari ini mereka alpa, belum tentu esok lusa mereka hancur. Hari ini kita berjaya, belum tentu esok lusa kita malatop. 

Sy punyai minat mendalam dalam aktiviti kemasyarakatan. Berbakti kepada masyarakat tidak semestinya menggunakan pelaburan wang. Kita boleh mainkan peranan kita, mengikut kapasiti diri kita seadanya. Tidak mampu menghulurkan seringgit, mungkin kita mampu mengajar anak-anak kampung bagaimana mengeja B.a, Ba, J.u, ju; Baju. Kita ubah cara kita lihat dunia, maka kita boleh ubah dunia.

Wallahualam.

Buah fikiran;
Fateen Najlaa Idayu Mohamad Nor
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian),
Universiti Multimedia
(Kampus Melaka)

Rabu, 9 Jun 2010

Perjuangan dan Keletihan

"Sesungguhnya, bagi seorang pejuang, memang miskin masa rehat" 
~ Secangkir Teh Pengubat Letih, Ustaz Hasrizal


Bismillahirrahmanirrahim.

Terdetik hati di pagi hari berkongsi cerita, berkongsi rasa. Memandangkan kesibukan yang belum susut terus, menghalang diri untuk meng-update blog selalu. Tetapi pagi ini sy terasa sedikit 'free' memandangkan during the 1st week of the trimester, there will be no tutorials. =) Seronok juga. Bangun pagi2, toleh kanan toleh kiri, layan emosi sikit2, kemudian update blog. Fresh rasanya.

Di dalam usaha sy mendidik diri dan sahabat2 lain melalui keaktifan menguruskan kelab dan program, seharusnya semua sedar bahawa ia tidak berhenti pada tahap 'menjulang nama' semata-mata. Baik nama organisasi ataupun nama diri sendiri. Tujuannya bukan itu. Tapi banyak perkara terselindung di dalamnya. Jadi, bila tiba masa kini bila mana sy menghitung hari untuk melepaskan tanggungjawab yang bukan kecil ini kepada pucuk pemerintahan seterusnya, sy terfikir-fikir, ke mana agaknya aku pergi selepas ini?

Hajat di hati ingin terus menyepi dari dunia program, kelab dan persatuan. Merajuk hati??? Langsung tidak. Tidak ada sezarah pun penyebab untuk saya berasa begitu. Malah, berbesar hati sy kerana setidak-tidaknya organisasi yang pernah diterajui sedikit sebanyak maju ke hadapan. Walaupun hanya maju setapak, bukan sepuluh tapak. Yang pasti perlu ada kesyukuran dan rasa gembira di situ. Alhamdulillah Ya Allah, telah Kau beri aku nikmat untuk merasai segala pengalaman dan menikmati ilmu Mu Ya Allah. 

Kembali pada isu menyepi. Sy ada sebab tersendiri kenapa sy merasakan perlunya sy bertindak begitu. Satu, kerana sudah tiba masanya untuk kembali fokus 100% kepada pelajaran sy. Semoga berjaya graduasi dengan keputusan cemerlang. Insyaallah. Dua, kerana sy fikir sy perlu beri ruang kepada diri untuk rehat. Sampai badan jadi kurus. Tiga, kerana sy tahu kapasiti diri saya. Cukup setakat ini. Saya tidak mampu terbang jauh lagi. Diri terlalu kerdil. =) - Pada pengamatan saya.

Tapi, bila saya sampaikan hajat saya kepada beberapa orang sahabat, ada yang terdiam, ada yang tergaru2 kepala. Ada yang kata, kau betul ke ni? Dan ada juga yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap perancangan sy. Teringat Sahabat Seperjuangan, Wan Najmuddin pernah berpesan. Orang baru sudah tiba masanya untuk menuntut ilmu dan pengalaman seperti mana orang lama. Dan untuk org lama, tiada istilah berehat untuk mereka. Banyak lagi ilmu di dunia perlu diteroka. Benar katanya. Membuatkan saya selalu terfikir-fikir, terkenang-kenang. Sehingga 1 hari saya menghayati pembacaan buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal, Secangkir Teh Pengubat Letih. Sesungguhnya bagi seseorang pejuang memang miskin masa rehat. Maka saya berfikir lagi, tak patut sy katakan ingin saya berehat kalau saya terus ingin menjadi pejuang. Walaupun bukan pejuang untuk semua, tapi untuk diri sendiri sekadarnya.

Sesungguhnya, memang Allah swt lebih mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketika saya mula merancang untuk berehat dari dunia keaktifan ini, saya didatangi peluang yang sukar untuk saya tolak. Allahuakbar. Umie sy sendiri berpesan, buat keputusan yang terbaik tapi ingat, peluang tidak datang 2 kali. Jadi saya bersetuju untuk mewakili MMU dan seterusnya berada di dalam pasukan delegasi Malaysia untuk Global Model United Nations. Insyaallah perjuangan saya bersama Rezal dan seorang lagi pelajar dari MMU Cyberjaya. Semoga peluang ini membawa seribu erti perjuangan untuk kami dan memberi makna hebatnya ilmu pengetahuan di luar sana yang masih belum sempat kami terokai. 

Cumanya, yang buat hati saya gusar bila mana saya akan terpaksa meninggalkan MMU buat masa 1 minggu pada 20-25 June nanti kerana delegasi Malaysia untuk GMUN terpaksa menghadiri kursus di KL. Senak kepala saya bila dimaklumkan. Kerana saya baru hendak kembali skema dan nerdy dalam pelajaran. Tapi saya positifkan diri saya. Moga Allah bantu saya mudahkan segala perjalanan perjuangan saya.

Saya sayangkan value Muslim dalam dunia ini. Cukup perit kita lihat teman-teman seperjuangan Islam terpaksa suffer di Gaza. Mereka punya agama dan iman yang sangat kuat. Sedangkan kita di sini bersenang lenang goyang kaki buat tak tahu aja apa yang berlaku. Tak cukup lagi, senang lenang kita goyahkan iman sendiri, rendahkan martabat diri sendiri walhal kita Muslim. Saya melihat dari persekitaran MMU. Sedih juga. Bukan kerana cemburu dengan kehebatan Cina, India. Bukan. Sy berbangga dengan hasil usaha kerja rakyat Malaysia. Tapi sedih kerana kebanyakan Muslim tidak sedar tentang pentingnya mereka untuk bangkit. Bangkit, tonjolkan diri kehadapan demi memastikan orang lain tidak memandang lekeh pada hebatnya sang Muslim. Sampai bila kita hendak mengagumi hebatnya diri Pepimpin yang bukan Islam? Sampai bila kita hendak menunggu dan terus menunggu pemimpin Muslim kita dihormati dan dikagumi pelajar bukan Islam? Kita fikir. Kita usaha. Kita bangkit. Dan sebab itu, saya melihat frasa ayat di atas sana tulisan Ustaz Hasrizal benar-benar membuatkan saya kembali bangkit. Kerana jika benar kita pejuang, demi diri sendiri, demi agama, tak perlu dipertikaikan andai kurangnya masa rehat kita....



Wallahualam