Rabu, 8 April 2009

Set Your Own Vision



"Hi Fateen,


Kisah 1 - Kebanyakkan org cepat patah semangat.


Bottomline : Set ur own vision - achieve thru ur mission.


Kisah 2 - Suka & bangga dgn akhir kesudahan bila 2 org adik beradik berjaya dgn cemerlang.


My comment : Tak semua org akan lalui kisah2 yg indah belaka. Tapi bila diantara kita gagal dlm pelajaran, kita tidak boleh putus asa. Kdg2 kegagalan bley membuatkan seseorg kuat n berjaya.





Like me...i plopped in my education. Then I came back to my own country n started to work at the age of 17 (whereby all my other frens are still studying).Those were the days!Once bitten twice shy. Klu sekali kita gagal, sy percaya kita tak akan gagal buat selama lamanyer.I set target in my life. Since I dun have paper qualification, tis is wat I've been practicing : Commitment, dedicated, honest, humble, willing to learn. Alhamdulillah it paid off.I managed to hold a managerial post. I have a very strong self confidence in me. To those ppl out there who have failed before...never give up. The best is yet to be....:)Cheers!





Anonymous-UAE"



Bismillah pembuka bicara. Salam syg buat semua.



Apabila saya menyusuri semua komen2 yang sy terima hasil penulisan dan limpahan ideologi saya di atas hamparan blog ini, sy mendapat ilham tentang apa yang harus sy letakkan kali ini sebagai pengisian motivasi. biasa bagi saya utk bercerita atau berkongsi kisah melalui pengalaman sy sendiri atau paling tidak pun apa yg saya lihat pada sekeliling kehidupan sy. dan hari ini sekali lagi, sy berkongsi ilmu daripada apa yg Allah kurniakan kepada saya sepanjang kehidupan. iaitu, sebuah PENGALAMAN. 





sebelum sy bergerak lebih jauh, izinkan sy tuturkan ucapan Jutaan Terima Kasih kepada si pemberi komen, Anonymous UAE. utk pengetahuan anda, sy dah dapat tahu siapa anda. hehe. dan sy pasti, anda mempunyai pengalaman kehidupan yang maha hebat yang terlalu bernilai. dan kerana pengalaman jatuh bangun anda, anda berhak kecapi kejayaan hari ini. Tahniah kak Azizah!



Set Your Own Vision



dalam erti kata bicara Melayu, Tetapkan Matlamat/Visi Anda! kerana apa agaknya ini semua penting buat kita, teman2? kerana jika kita memandu kereta tanpa hala tuju, kita akan berpusing2 seluruh tempat tanpa mendapat hasil. jadi apa yg kita dapat? kerugian kerana minyak kereta habis! begitu juga dengan kehidupan. jika di dalam kehidupan kita tiada matlamat, maka kita akan kerugian. kerugian apa? Masa dan Usia yang tidak akan berpatah balik barang seketika. 






sejak sy di alam persekolahan, abah tersayang selalu menyuntik sy dengan kata2 motivasi. dan hari ini ingin saya berkongsi di sini. pernah juga sy petik kata2 abah ini ketika sy memberi ucapan murahan.hehe. apa yang penting, sy gemar kongsikan ilmu motivasi. kerana, selama ini sy bangun kembali selepas kejatuhan dengan suntikan motivasi daripada mereka semua di sekeliling sy. 






'aten, dalam hidup ini kita perlu tembak lagi. kerana, kalau kita jatuh, kita masih ada awan untuk menampung'






sejak sy mengenali siapa itu ABAH, sy dididik untuk meletakkan sesuatu target pada tempat tertinggi. kerana? kerana jika sy lakukan sedemikian, usaha sy juga akan berada di tahap maksima. dan hasilnya, bersama redha Allah, insyaallah di kadar Maksima juga. Atau, jika tidak sekalipun, insyaallah sy tidak akan gagal terjelepuk di lantai. senang cerita begini. jika kita target A++ untuk subjek MATEMATIK. kita akan berusaha sebagaimana orang yang inginkan A++ di dalam genggamannya. jika selesai ujian, kita tidak memperoleh A++ pun, paling tidak pun pasti kita peroleh B++ atau A-. tidak mungkin gagal tersembam di lantai dengan memperoleh keputusan F dengan malunya.






begitu juga falsafah Set Your Own Vision. kerana apa teman2? kerana kita tidak harus menjadi manusia yang hanya tahu mensia-siakan setiap saat dalam kehidupan hanya untuk merewang merasa itu ini tanpa memperoleh barang setitik manfaat dan kesedaran untuk diri sendiri. oleh itu, mahu atau tidak kita harus, wajib untuk berancang sebuah perjalanan kehidupan yang mana lakaran itu pastilah sesuatu yang tercantik. kerana bila mana kecantikan sebenar seperti yang dilakar tidak dapat kita kecapi, sekurang2nya lakaran sebenar kehidupan kita tidak akan menjadi seburuk2 sehodoh2 lakaran. percaya atau tidak? 






lakaran itu harus lah yang tercantik. dan untuk mendapat realiti kehidupan yang tercantik juga kita perlukan usaha dan doa yang tidak putus2. menjadi seorang manusia yang tidak pernah kenal erti lelah dan putus asa bukannya mudah. kita toleh ke kiri, dia putus asa. kita toleh ke kanan, dia putus asa. tetapi, adakah itu bermakna kita juga perlu berada di dalam kelompok manusia yang putus asa? jawapannya TIDAK. oleh sebab itu, jika kita punyai visi dan misi dalam kehidupan yang kita salutkan dengan redha dan tawakal kepada Allah, insyaallah ianya membawa satu hasil kehidupan yang sangat2 menterujakan. 






jalan kehidupan yang Allah sediakan amat mudah sebenarnya. Kita disediakan dengan AlQuran yang menjadi panduan, menjadi kompas kehidupan muslimin dan muslimat. kita disalurkan dengan hamparan sunnah Rasulullah untuk dijadikan ikutan. Jika Rasulullah sendiri memasang matlamat dan strategi tentang bagaimana untuk meluaskan daerah Islam dan memajukan nilai penganut agama Islam, jadi mengapa tidak kita? 







saya teringat kisah Umie sy. umie dilahirkan di terengganu dalam keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. umie sendiri diminta untuk berhenti sekolah seawal usia belasan tahu tapi mujur kedegilan seorang remaja semasa itu berbuah apabila umie berjaya menamatkan persekolahan sehingga tingkatan 5. kemudian umie mendaftar untuk menjadi jururawat dan meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. kalian boleh bayangkan sendiri betapa dhaifnya kemampuan umie untuk bertutur mahupun memahami bahasa Inggeris. sehinggakan umie pada mulanya ketika di dalam latihan jururawat berada di antara tangga2 terakhir ketika keputusan pepriksaan diumumkan. mengapa? kerana umie langsung tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan dalam bahasa inggeris walaupun sedikit sebanyak dia dapat memahami apa yg cuba disampaikan oleh soalan tersebut.



usaha umie tampak ringkas tetapi berbaloi. umie lekas2 meletakkan visinya untuk tidak lagi berada di tangga terbawah kerana ketidakmampuannya dalam menggunakan bahasa inggeris. jadi, setiap hari umie akan membaca surat khabar berbahasa inggeris SAHAJA walaupun awalnya, tidak ada satu perkataan pun yang difahaminya!




hasilnya, kini umie berjaya pencen dengan jawatan terakhirnya Ketua Jururawat dan umie pernah sekali dianugerahkan pingat oleh Yang Dipertuan Agung sebelum ini. (yg perlis punya). dan kini, umie menghabiskan masa bosannya dengan menjadi Clinical Instructor untuk pelajar2 jururawat Mahsa College. percaya atau tidak, segalanya bermula dengan keinginan dan matlamat untuk mencapai sesuatu. =)






so, have you set your own vision? set it now. there's no time for u to waste it anymore.. 






salam syg;
Gadis_najlaa

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi Fateen,

At last, u caught me:P

Sumthing to ponder.......

We went thru challenges of life each day, I can't say its a bad day cause GOD loves us too much to give us one. We are the ones who said a bad day ourselves. Instead of saying a bad day, why dun we think positively and said that its a GIFT GOD gives it to us to become a better person each day and treat other people how you want to be treated yourselves ;-)


Cheers!
Anonymous-UAE

Tanpa Nama berkata...

Hi Fateen,

Ada lagi i nk conclude nie:P

In your journey in life, you need to remember to stop for a while to look in your mirror. It's not your ordinary mirror but the mirror of your life. Some of you might remember the story : "The picture of Dorian Gray". It's a story of a young man who doesn't want to grow old. A painter heard his request and painted of picture of Dorian which magically will record down Dorian's age and his deeds. Dorian killed the painter so that no one will know his secret. And as years goes by, Dorian did not age at all, instead the picture aged quickly and grew very ugly accordingly to all the evil things that Dorian did. In the end, Dorian died when he tried to destroy the picture and turned very old and ugly, whereas the picture returns to the original painting of young Dorian.

Moral of the story :
The most important thing is to stop from time to time and look at yourself. What you have done, what motif you had when you did something. Look at your life mirror. Did you close an eye when a friend asks you for help? Did you kick a friend and stab him behind his back to get that promotion you wanted? Did you go to that "Kempen Derma Darah" on your own will? Tepuk dada, tanya selera.
You will be happy when you can stand in front of the mirror and say to yourself that you are proud of who you are today.
Look into your inner self. You know what you are going through, and who knows better than you what needs to be done. Never look back to yesterday in hope of wishing that you could change it. That can never be undone. But you can change the present. If you know that what you are doing is wrong, maybe it's the time to stop doing it. There might be people who would not like this changes, but if this helps you to sleep at night, then why not.... think about it. Look around, are those nearest to you happy? Would the opinion of the whole world matters more than those that love you? Think about it.
Be a blessing to those around you, and you'll be sure that someone will be around to walk with you through the toughest road of life...
do remember... everything has it's time limit and there are wounds that can never heal..


Cheers!
Anonymous-UAE

Najlaa berkata...

kak oi, kamu punye komen da boleh kire satu entry da kak.hehe.. thanx a lot yg

Tanpa Nama berkata...

perli lar nie...lol!
nk tunggu org tu bukak kn blog utk i...hmmm...tahun depan pun blum tentu ada:)

tats y lar i lebih suka kasi comment...u suka tak:-)