Isnin, 4 Mei 2009

Dreams of Destiny I

"We all have dreams.. We all want to believe deep down in our souls that we have a special gift, that we can make a difference, that we can touch others in a special way, and that we can make the world a better place.."
Sy beri sedikit petikan dari sebuah buku motivasi yg baru sy beli dari Kinokuniya KLCC weekend lalu hasil penulisan Anthony Robbins, bertajuk Giant Steps. Asalnya sy beli buku ini kerana sy memasang hajat utk menambah koleksi buku motivasi (walaupun buku2 lama masih ada yg belum habis di baca) dan tertarik dengan buku ringkas ini kerana penulisnya. Sy pernah dipinjamkan sebuah buku bertajuk Awaken the Giant Within dan ianya benar2 menterujakan semangat sy yg ketika itu hampir musnah seluruhnya.

Ok! berbalik kepada Dreams of Destiny.. selesa sy berkongsikan cerita sy sendiri. 3-4 tahun lalu, ketika sy di dalam zaman kejatuhan selepas Quit secara haram dari Matrikulasi, sy sering duduk termenung memikirkan masa depan. bagaimana? bila sy akan berjaya? siapa sy akan datang? apa strategi sebaiknya? semua persoalan yang timbul sy tinggalkan dengan tanda soal besar2 di kotak fikiran sy. tapi, yg paling sy ingat, sy memasang angan2 utk menjadi seorang pelajar Undang-undang. ketika itu sy tak punya wang utk melanjutkan pelajaran sendiri, umie dan abah masih perlu menanggung ijam, dan keluarga.. jadi sy sekadar memasang impian.. moga2 sy punyai peluang utk menjadi seorang pelajar Jurusan Undang-undang.

Dalam pada itu sy tertanya2 sendiri.. adakah sy mampu utk membuat satu perubahan pada diri sy? perubahan yg boleh membuatkan org sekeliling mula membuka mata mereka memandang kepada sy dan berkata, 'Kami yakin, Aten pasti boleh buat..'. jadi apa yg sy lakukan? sy tolak tepi semua rasa malu, ego dan segan sy. sy lakarkan di atas kertas2 A4 tentang ke mana hala tuju yg sy inginkan selepas itu. dapat atau tidak peluang itu soal kedua. apa yg penting ketika itu sy mahu yakinkan semua org bahawa Aten yg dahulu sudah bangun dan ingin mencari kejayaan utk hidupnya. Sy tampal setiap helai kertas A4 yg tertulis graf perjalanan hidup sy sebelum, ketika dan selepas itu di dinding bilik sy. setiap kali angin kuat menghembus, kertas itu terbang dan sy tampal semula. terbang lagi. dan sy kutip dan tampal nya semula. terbang lagi, dipijak org, tapi masih sy kutip dan tampal semula. tanpa pernah rasa putus asa.itulah sy ketika itu.
Hampir setahun sy relakan dinding blik sy dipenuhi kertas2 itu. dalam setahun itu juga sy telah berhabis banyak wang utk fotostat sijil2 sy ketika zaman persekolah yg bukan sedikit itu utk sy hantarkan bersama2 application sy utk ke Uni. semua yg ada tawarkan jurusan undang2 sy hantar. tidak cukup dengan itu, setiap kali rejection, sy hantar sekali lagi utk rayuan. hasilnya? semua menolak. hampa? pastilah. mana mungkin tidak hampa. bukan mudah utk sy terima hakikat kekalahan seperti itu. Sumpah sy tidak bohong. sehinggalah sy mencari altenatif lain iaitu cuba memohon di IPTS. MMU lah harapan sy. hampir2 saya mengalah bilamana sy fikirkan kondisi wang ketika itu. kebetulan sy menerima tawaran utk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer di Uitm Sri Iskandar, Perak. dalam berat hati sy gagahkan kaki ke Bank Islam, sy depositkan yuran pendaftaran. itu tandanya sy rela utk mengambil jurusan itu sebagai taruhan masa depan sy.
tapi, entah bagaimana. tatkala menerima tawaran daripada MMU. sy menangis. sy katakan pada diri utk menjadi kuat. jika ketika itu bukan rezeki sy utk belajar undang2, mungkin bila tua nanti ada peluang utk sy. konon2 sy kuat rupanya tidak. sy x mampu menipu kehendak diri. dalam tangis sy berdepan dgn Umie dan abah. sy katakan sy mahu bergelar pelajar jurusan Undang2. bukan kerana 'class'nya bila bergelar Law Student. tapi kerana impian dan cita2 sy. dalam keberatan, umie abah mengiyakan keputusan sy.
dan hari ini, sy di sini. bergelar pelajar Tahun Kedua Jurusan Undang2 di MMU Melaka. siapa kata mimpi itu hanya angan2 kosong? sebenarnya tidak. kerana segala kejayaan bermula dengan mimpi dan angan2. kemudian kita kukuhkan dengan usaha dan keyakinan. percayalah, jika itu yg anda impikan, anda mampu meraihnya. asalkan anda berada di lorong kehidupan yg betul. kalau dulu sy tertanya2, 'mampukah aku membuat satu perubahan?'. dan hari ini sy rasa sy x perlu menjawabnya dengan petah bicara sy. cukuplah dengan apa yg dapat umie abah dan keluarga sy lihat. =) mana ada manusia yg sempurna. tapi, cukuplah jika kita bergelar manusia yg tidak pernah berhenti utk berusaha menjadi sempurna.
apa mimpi anda? mulakan langkah berani utk ciptakan sebuah perubahan. perubahan yg bernama kejayaan.
salam motivasi;
Gadis Najlaa

4 ulasan:

gadis norish berkata...

meniti entry2 kamu di sini,sy terasa spt kamu bisa mgantikan CIK KON sbg kaunselor seterusnye buat mrsm ps..hehe..

cheers gurl!
believe in urself...
=)

Najlaa berkata...

thanx sista! xnak lah jadi cik kon. cik kon besar.. sy kecik,.hehe.

gadis norish berkata...

hehe...ateen,
kecik..bukan bererti "kecik" tau..

=)

Najlaa berkata...

badan kecik, jiwa besar.. ok kan?hehe. kalo kamu badan besar, jiwa msti lagi besar.hehe