Rabu, 2 September 2009

Dakwah Kita

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"- Surah An-Nahl; 125.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Agak lama sy tinggalkan blog ini untuk cerita-cerita motivasi. Bukan kerana x sudi ataupun sombong. Cuma mungkin kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk sy lahirkan idea2 motivasi dengan kerap. Tapi x mengapa. Blog ini xkan mati di tengah jalan. Insyaallah. Selagi sy mampu, sy akan terus berkongsi. Sedikit sebanyak mengingatkan diri sy juga.
Jika ada yang perasan, 2 entry blog ini sebelum ini memaparkan iklan untuk Kem Penghayatan Ramadhan. Ingin sy ceritakan sedikit hasrat hati sy semasa sy menerima program ini untuk digerakkan. Pada hakikatnya sy tahu dan amat sedar bahawasanya ianya bukan suatu yg mudah. Bicara saja soal agama, boleh dibilang dengan jari berapa kerat sahaja yg hendak pergi. Mcm2 alasan diutarakan. Yang mana xdapat join kerana join program manfaat agama yg lain, memang sy x kisah. Syukur. Tapi yang lain2, Allahuakbar. benar2 menguji. Mungkin juga dek kerana bayaran yang dikenakan. Tapi pada sy, jika kita boleh leburkan 5-6 ringgit utk 1 game bowling, jika kita boleh bye2 kan 8-9 utk sehelai tiket wayang, 20-30 ringgit utk menyanyi, apa salahnya simpan sedikit 25ringgit utk program agama. Kita selalu rasa kita da cukup pandai, ilmu agama penuh di dada, jadi semua itu x perlu. Tapi kita silap... Sy mengingatkan diri sy sendiri..
Apa yg sy fikirkan cuma 1. Sy memang boleh organize banyak event/program yang bermanfaat dari segi motivasi, pendidikan, pengalaman, rekriasi, sukan, etc.. Tapi belum penah lagi dengan kapasiti UPG yg ada, kami anjurkan program berbentuk agama yg bertujuan mentarbiah diri kami sendiri juga org lain. Yang mana program itu bertujuan mendekatkan diri kita dengan Pencipta yg kadang2 dek lalai dengan keseronokan lain, kita semakin menjauhiNya.
Tapi, itulah yang dinamakan dakwah. Xkan pernah ada yang mudah. Sebab itu ganjarannya amat besar dan manis. 2 hari sy sakit kepala terlalu runsingkan sambutan program tersebut yg sgt mengecewakan. Sehinggalah semalam sy bertemu Cik Kaunselor, Kak Miza. Dalam gelak tawa sy, sy selitkan luahan hati sy yg kecewa dengan sikap remaja hari ini. Yg amat liat utk ke program agama seumpama ini. Sy perlukan suntikan semangat darinya. dan bicaranya mudah tetapi yg mudah itu yg mengembalikan senyuman sy. Katanya "memang la program dakwah mcm ini pahit pengalamannya, kerana Syurga itu nanti terlalu manis.."
Kecewa sy bukan kerana gagalnya sy meneraju program. Tetapi kecewanya sy bila ramai yg terus biarkan diri sendiri terleka dengan mainan duniawi. Sy sendiri bukan yg terbaik. Hiburan tetap dicari. Remaja. Mana boleh lari dengan semua ini. Karoke juga, bowling juga, bersukan juga, berhibur juga, menonton wayang juga,.. Kerana itu sy cuba bawakan program seumpama Kem Penghayatan Ramadhan. bertjuan menstabilkan kembali segala nilai2 negatif yg telah sy bawa ke dalam diri ini. Begitu juga harapan sy terhadap rakan2 lain. Tp syg, yg nampak kebaikan program ini amat sedikit. Amat syg.
Sy terkesan dengan kata2 rakan sekelas sy sendiri, lelaki berbangsa Cina. Katanya "u want to do this type of camp ar? all those islamic things ar? trust me.. no 1 want 2 go. because university student dont like nmore dis type of camp. if u want to teach, teach the secondary school students can la. i tell u, mmu students very teruk.." Ini membuatkan sy terfikir, di mana maruah kita sebagai Muslim??
Adakah hanyutnya kita kerana tiada yg cuba menarik kita ke tepian atau kita sendiri yg memutuskan tali bantuan org yg menarik kita daripada terus hanyut? Itu yg perlu menjadi renungan. Pada sy, kita silap. Konon Tanah Melayu hak milik kita, nenek moyang kita beria perjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara. Konon kita golongan majoriti yg berhak penuh ke atas Malaysia. Tapi smpai masa, kita sendiri lupa. Hanyut dengan mainan imaginasi dan ilusi sendiri. Jangan terhantuk baru nak mengadah..
Oh ya. Sy ingin sampaikan rasa kagum dan tabik sy kepada Institusi Usrah kerana selama ini mereka amat kuat memperjuangkan dakwah mereka. Benar, cacat cela ada dimana2. x semua sempurna. Cuma ingin sy katakan, memang bukan mudah memperjuangkan dakwah agama ke atas golongan muda yang masing2 mengejar nikmat dunia dengan penuh alpa. jadi, bagi sy, Tabik sy bagi kepada IU. =)
Wassalam~


Salam perjuangan, Salam hormat;
~ Najlaa

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam saudari..:D

sekadar ingin berkongsi...

sesungguhnya memimpin bukan lah satu tanggungjawab yang mudah...kita boleh melihat perbezaan antara seorang ketua dan pemimpin...

dimana seorang ketua itu mempunyai orang bawahan nya...

tetapi pemimpin itu mempunyai pengikutnya...mempunyai orang yang dipimpinnya...

just sekadar meluahkan saudari cuba untuk memimpin mereka2...tahniah...mmg bukan mudah...teruslah memimpin

sentiasa kita beringat..:D

'sampaikan lah daripada ku walaupun satu ayat' sbda rasulullah..:D

bikrunnajah berkata...

insyaAllah, masih ramai lg yg mahukn ISLAM...terus m'cube, mgkn Allah masih ingin menguji sbb Dia rindukn doa dan rintihan akak...kalaupun x dpt nk tarik student MMU, try tarik org luar...tp mustahil xde student MMU yg nak...mesti ade yg nak cume kita masih perlu belajar method paling berkesan nk tarik mereka ini...