Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini saya terpanggil untuk menulis di sini kerana termotivasi dek soalan demi soalan yang diajukan oleh seorang adik di MMU. Adik di MMU ramai, memang tak termampu nak bantu semua. Tapi setakat mana terdaya, dengan ilmu yang seciput, insyaAllah akan diusahakan untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman.
Akak memang minat Law ke??
Ini soalan cepu cemas atau cepumas agak-agaknya ya? Well, saya masih ingat ketika di MRSM Pasir Salak dulu, cikgu-cikgu sangat concern dengan masa depan anak-anak murid mereka, khususnya dari segi kursus apa yang akan mereka ambil sesudah tamat belajar dari sekolah. Maka diadakan 'mock interview' untuk interview scholarship lah konon-kononya. So what we need to do is to decide on what course that we want pursue after SPM. Not only that, the course that we choose must be relevant with our study performance. Jadi, haruslah kawan-kawan lain ramai memilih untuk menjadi doktor, jurutera, doktor gigi, etc. Saya? Saya pilih Law, sebab saya tahu subjek sains saya sangat 'cemerlang'.
Selepas quit dari Matrikulasi pula, saya bulatkan hati untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Bukan kerana kecewa dengan bidang sains. Sikit pun tak kecewa sebab memang tak minat pun. ;p Cuma kecewa sbb buat Abah kecewa je.hehe. However, I am not sure until now whether or not I like law but saya pasti ini bidang yang paling sesuai untuk saya kerana saya:
- banyak cakap
- suka menulis panjang lebar
- suka argue
- rasa tak ada keperluan untuk saya jadi doktor seperti mana yg Abah minta.hehe. Derhaka ok!
So kalau hari ini ada yang bertanya, 'awak buat law sebab awak minat eh dulu?' Jawapan saya, 'tak pastilah..'. Kalau ditanya, 'sekarang kau minat law tak?', saya akan jawab 'minat.' (kau pun aku minat jugak.ehehe)
Jangan Jadi Ignorance
Saya fikir untuk point yang ini, sesuai untuk semua bidang pun. Cuma memandangkan saya pelajar undang-undang jadi saya rasa mungkin penulisan ini lebih terkesan di hati pelajar undang-undang. Realitinya hari ini ramai manusia mempunyai cita-cita tinggi malangnya mempunyai motivasi diri yang rendah dalam menggerakkan usaha. This is one of the biggest problem yang menghantui kita. KITA. Kita semua.
Saya tidak bersetuju pada mak-mak dan ayah-ayah yang berpesan kepada anak-anak mereka yang menuntut di Universiti mahupun sekolah dengan pesanan begini: "Mak ayah hantar kau pergi sekolah, untuk belajar. Belajar sungguh-sungguh. Mak nak kau dapat 20A/4.00 je, kau tak payah aktif sangat". At the end of the day, adakah keputusan peperiksaan itu menjamin 100% kejayaan masa depan kita? TIDAK.
Menjadi pelajar undang-undang bukan satu tiket istimewa untuk kita berasa selesa berada dalam dunia sendiri, tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti tidak kiralah anjuran siapa sekalipun, hanya kerana merasakan 'aku busy. tak ada masa nak join program tu. banyak gila buku aku kena baca, banyak gila kes aku kena hafal..'. Jangan jadi pembongak.hehe
In life, we have to learn on how to be creative especially in steering our future. Memanglah jadi pelajar undang-undang perlu banyak membaca untuk memahami 'principle' nya, memanglah kena tahu kes untuk 'support' sesuatu 'principle' itu. Itu benar. Tapi tidaklah ia membawa maksud bahawa apabila menjadi pelajar undang-undang ini, aku tak perlu tahu tentang perkara lain kerana yang aku tahu, aku hanya perlu membaca, membaca, menghafal dan menghafal. Kalau begini caranya, eloklah duduk dalam gua, jadi Lawyer untuk haiwan liar dalam gua. Lagi thrill kan?
So my first point is that, don't be ignorant even you are a law student. Jangan bagi alasan busy sebab study walhal busy banyak buat air liur basi.
Be Active
Oleh sebab itu, saya menyanjungi semangat kebanyakan adik-adik, sahabat-sahabat yang gemar bergiat aktif dalam kelab/persatuan. Be it within MMU community ataupun luar. Kerana impaknya sangat besar pada diri seseorang insan, yang penting buatlah perkara yang memberi manfaat. Insyaallah, one day you will see the greatest hikmah of Allah behind each and every good things that you have done. Insyaallah. Yakin.
Saya sendiri tidak terfikir yang saya akan menjadi seaktif hari ini. Aktif yang sampai tahap dalam semester terakhir pun masih memegang tanggungjawab dalam program. Ini bukan isu gila kuasa. Ini hanya kerana rasa tidak puas menyelami dunia sebenar di luar sana.
Turun naik emosi, tekanan dan cabaran itu perkara biasa dan percayalah pada saya bahawa ilmu dan pengalaman yang diperoleh ketika berhubungan dengan komuniti luar lebih besar impaknya daripada ilmu yang dikutip disebalik tembok lecture hall. Lecturer tidak ada masa untuk ajar kita tentang:
- Bagaimana untuk berkomunikasi dengan klien yang tua kerepot?
- Bagaimana untuk berkomunikasi dengan peguam pihak lawan yang bajet bagus?
- Bagaimana untuk berkerjasama dengan klien dari kalangan Datuk-datuk, Tan Sri-tan sri yang banyak protokolnya?
- Bagaimana untuk berkomunikasi dengan klien atau saksi atau mana-mana pihak yang sangat concern dari sudut Syariah apabila undang-undang Malaysia tidak selaras dengan undang-undang Syariah?
- Dan banyak lagi..
Kalau yang membaca entry ini terasa tidak logik dengan kenyataan saya di atas, terpulang. Ini sekadar pendapat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Lecturer hanya akan ajar principle sesuatu undang-undang, dan menyampaikan kes-kes apa yang menjadi precedent untuk principle tersebut dan kes-kes apa yang 'follow' precedent tersebut dan juga autoriti seperti Akta-akta yang berkaitan dengan undang-undang tersebut. Untuk lulus peperiksaan, kita hanya perlu faham dan hafal apa yang perlu. Tapi untuk berjaya sebagai seorang peguam, kita perlu bijak, faham dan mahir tentang 'how to deal with different types of people on earth?'
Pandanglah dari sudut positif, menjadi pelajar undang-undang yang aktif dengan persatuan dan program tidak sekali-sekali bertujuan untuk membebankan. Tetapi untuk mendidik diri agar lebih 'alert' dengan dunia sebenar, untuk lebih realistik dalam berhubungan dengan manusia-manusia dalam dunia sebenar, lagi-lagi dunia yang penuh dengan cabaran hari ini. Jadi, be active. Does not matter nak aktif dalam bidang apa sekalipun. Agama, motivasi, aktiviti lasak, apa saja. Kerana satu yang pasti, Allah memang letakkan manusia yang pelbagai ragam dalam satu-satu bidang dengan tujuan kita mengenali antara satu sama lain.
Be extraordinary
Dalam melakukan sesuatu, sangat cantik lah kalau kita dapat memberikan yang terbaik. Cabar diri sendiri untuk sentiasa lakukan yang terbaik. Tanam prinsip dalam diri seperti 'kalau buat kerja cincai-cincai separuh jalan ni SANGAT BUKAN AKU, ok!' dan apa-apa saja yang seangkatan dengannya.
Kenapa? Perlu ke? Memang perlu, kerana dengan value diri yang mahal begini yang akan membuatkan kita menjadi manusia yang extraordinary. Yang luar biasa. Yang lebih daripada biasa.
Kalau orang kata, 'kau biar betul, esok kau exam, hari ni kau pergi buat program dengan anak yatim lagi??!!', kita jawablah begini 'apa yang tak betul nya? boleh minta anak-anak yatim doakan aku dipermudahkan jawab exam esok'. Be extraordinary lah, kalau orang asyik stress study untuk exam, kita special lah sikit bergembira melakukan sesuatu yang dekat di hati kita. Itu satu contoh.
Kalau orang kata, 'setahu aku budak law ni skema. nerd. asik belajar je. jarang yang boleh handle event dengan mantap'. Kita kata lah, 'oh yeke. tu budak law yang biasa, aku luar biasa sikit'. Ini bukan jawapan berlagak, atau bajet bagus. Ini untuk meyakinkan diri bahawa aku mampu menjadi luar biasa dan mengubah tanggapan diri sendiri dan orang lain terhadap kita.
Saya tak boleh lari dari memberi contoh yang berkaitan dengan pengalaman sendiri. Peringatan: This is for the sake of sharing. Satu masa dulu saya terfikir, 'apa ke bengong aku ni, nak buat law tapi sibuk kerja buat kopi kat Coffee Bean.'. Tapi alhamdulillah hari ini saya gembira dan bersyukur bila mana saya menyedari bahawa 'specialnya aku menjadi budak law yang bakal grad yang tahu dan hebat dalam membancuh kopi dan melayan customer'. Saya juga pernah terfikir, 'macam tak mampu je aku nak kejar buat event dengan study lagi..' tapi hari ini saya rasa semua itu boleh di'adjust'. Small matter. Dulu saya pernah rasa macam 'minggu depan exam, minggu ni dah tak boleh buat benda lain selain study' tapi sekarang saya rasa tidak mustahil untuk malam Isnin saya di KL untuk interview di Astro Awani dan pagi Selasa saya exam di Kampus.
Orang lain tak buat, kita buat lah. Bukan susah pon. The most important thing is that we believe in ourselves that God grant us with many capabilities to do many things, to serve our best for the betterment of ourselves and the people around us. Come on, orang lain boleh je dating dengan bf/gf sampai pukul 2-3 pagi dan jam 8 pagi dia exam, kenapa kita tak boleh berjuang untuk kebaikan dalam masa yang sebegitu? Eh, wake up. Boringlah jadi ordinary people. Lets choose to be an extraordinary people!
Tembak Langit, Kalau Jatuh Ada Awan
Ok, yang ini pesan Abah kepada saya sejak saya muda-mudi lagi. Sebab tu Abah sangat concern pasal study performance saya. Abah kata, 'dalam hidup ni kau kena tembak langit supaya kalau kau jatuh pun kau ada awan untuk menampung. kau tak jatuh bedebuk atas tanah....'
Maksudnya apa? Maksudnya dalam apa saja yang kita lakukan, lakukan yang terbaik. Target the highest, if you failed to achieve the best, you will get the second best. Tapi kalau belum apa-apa dah target 'pass pun cukup lah..', alamatnya kalau tak dapat pass, terus Fail. Betul tak?
To be designated in one of the best firms in Malaysia ni, one of the most important things is the 'result'. It is undeniable. Jadi, kalau dari sekarang ada cita-cita untuk menimba pengalaman dari firm-firm yang hebat, yang mantap, study pun kena mantap. Bukan setakat untuk minta kerja je, untuk minta buat Legal Attachment pun mereka sangat demanding on result kita. Ini realiti. So, fikirlah.
Kalau dapat attach atau kerja dengan the best firm, insyaAllah ilmu dan pengalaman yang diperolehi nanti pun best dan mantap juga. Kalau kita jenis tak kisah nak attach dengan mana-mana firm je, tu terpulang lah. Nanti pengalaman yang ada pun setakat kisah dan tak kisah je untuk melekat dengan jiwa kita. Setuju tak? =)
Pandang jauh ke depan
Kesimpulannya, dalam apa saja yang kita lakukan be creative in thinking, be active in gaining experiences, be extraordinary and pandanglah jauh ke depan dalam apa jua perkara yang sedang kita lakukan hari ini. Allah menilai kita dengan USAHA, tetapi manusia menilai kita dengan HASIL. Jadi fikirlah, mahu kejar redha Allah atau redha manusia semata?
Hari ini saya menulis sekadar untuk berkongsi pengalaman dan membuka minda kalau-kalau ada antara kita yang tertutup dari segi pemikiran. Tidak mustahil untuk seorang pelajar undang-undang perempuan memegang tanggungjawab sebagai Presiden kelab/persatuan, memegang kuasa sebagai pengarah, penolong pengarah mahupun komiti program, terpilih mewakili Uni ataupun negara ke program antarabangsa, menggenggam anugerah Golden Achievement dan dalam masa yang sama berpeluang 'attach' dengan the biggest law firm in Malaysia. What is so impossible about that? Semuanya kuasa Allah, kan?
Tak campur lagi dengan menjadi makcik yang paling berjaya untuk anak-anak buah.hehe.
Doakan yang terbaik untuk kita semua. Jalan dakwah kita diaturkan berbeza-beza. Barangkali tiada mampu saya untuk berdakwah dari bicara Islamic, paling tidak pun saya masih bersyukur atas nikmat Allah ini kerana yang dikatakan 'hebat' ini, yang extraordinary seperti yang dinyatakan di atas adalah seorang Muslimah.
This is when a law student speaks, memang panjang lebar. hehe. Syukur, Alhamdulillah. Wallahualam.
13 ulasan:
*Wah..Crredit to fateen najla...post yg sgt menarik..ok!..=)..
(suka statement awak nie fatin)
~ Jalan dakwah kita diaturkan berbeza-beza.
~Teruskan usaha anda!..
~From Sis Mujahadah Wani..=)..
uhui segannya kak wani yg baca. Haha.
Thanks for reading kan. Berkongsi setakat mana yg mampu je.
Keep going together. Insyaallah.. Berjaya semuanya.
This so cool..
pasni boleh jd penulis buku motivasi. Baru tmbh extraordinary.
Cooll fateen! ^^
thanks hazri for reading. Kenapa yg membaca ni bukan budak law.huhu.
Mmg ada bercita2 nak menulis buku motivasi tapi belum cukup ilmu lgi. Thanks again.
from: -blogwalking-
motivasi yg bgus.. sy dterima ke mmu utk wat law n sy pon dri mrsm ps..
kiranye sy nie junior akk yg dulu la nie, time foundation susah x nk score 3.00 ke ats?? sbb mara bg syarat pointer time foundation msti 3.00 keatas, then baru mara akan sambung taja untuk degree..
dear Unknown,
I'm glad to hear that you're from Mrsm PS and buat law kat MMU jugak. So, will u take it or not? ;p
3.00 for foundation in my opinion is so much achievable. Bergantung kpd effort. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. ;) Good luck!
hai akak..
wow! serius beri inspirasi. Eh, saya pun ex student mrsm! mrsm KKB dulu. Saya junior akak kt MMU. Alhamdulilah, scholar Mara!Thanks akak, inspiring story to share! Saya ade dgr nama akak dr klgn senior law dan mereka kata akak hebat!..heee...=)
Hi dik. Salam.
Ramai budak law di sponsor mara skg eh? Bagus!
Awak batch mana ni?
Btw, probably u have heard about different fateen, not me. :)
All d best in your future!
Dear super senior :)
Saya student engineering ni ipta
Masalah jiwa raga sekarang ,
Minat untuk jadi engineer tuh hanya 20% .
Result baru baru nih pon boleh kurang hampeh .
Dan setelah discuss dengan parents , dieorang dengam beria beria ye nak hanta ke mmu ( law)
Anddd im super excited .
Tapi akan ku pergi ke mmu sebagai daily school student and of course without any scholarship .
What do you think senior ?
Many thanks ♥
Dear Anonymous. Assalamualaikum.
Maaf lewat response. Terlepas pandang komen.
Nasihat general dari saya: tepuk dada tanya selera. Percaya kepada minat sendiri dan usahakan sebaiknya. InsyaAllah kejayaan menanti.
Jangan buang masa push diri untuk perkara yang kita tahu kita tak minat atau tak mampu. Kenali potensi diri dan work on it.
All d best!
Salam, mohon pandangan dari empunya blog yang arif..:)tp sblom tu nk bg tau keraguan sy terhakis lps bace artikel ni, seriously!... tp sy ada soalan..
jujur sy sebenarnya dalam dilema. sy skrang last sem untuk fod. in business management. then akan sambung ke degree in business jgk la kan. tp org2 tua sy termasuk p.cik2(dorang ni blaja mmg tip top habis lah, jd xbleh nk tolak saranan ikhlas dorang ni mentah2) x galakkan untuk sy continue course business ni... (sbbnye.. i think u know y:) plus dorang pun tau sy asalnye nak jdi peguam.. tp masalahnye bi sy waktu spm tu dpt c+ je.. subject lain A.(sy bdk art je), so now saya sdang mencari ipts yg sesuai untuk jurusan undang-undang (ipta mmg x layak) and akak kan bkas pelajar mmu so sy igt nk continue study kat mmu jgkla.. so bleh x akak citer ckit (panjang lebar lgi sy suke ;) akak mula2 amik ape eg. foundation in law ke.. pastu.. degree ke.. next... master ke.. macm tu la lebih kurang.. and last skali tp pling penting.. nk tau gak kos untuk blaja kat mmu melaka (kan?) mcm mana.. including sara hidup, t.tinggal, buku2.. yela sy ni bukan dari keluarga yang senang so, xnak la susahkan family..
sori panjng lebar tp hrp sgat akak sudi blas.. t.q
Salam Anonymous,
saya dah jawab soalan-soalan anda di entry terbaru blog ini. Boleh baca di sana ya.
Thanks for dropping by here.
bgus sharing dik..btui..motivasi nk bljr ni sgt penting..jgnmmudah mengalah yer cabaran bljr ni mana mana course sama je sush..janji kite usaha kuat2 dn be smart..
pd adik2 yg ambik law .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...law ni dlm industry oil gas pun nak pakai..sbb nak wat kontrak semua kan.....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi .rayuan dh dibuka ut bole aply...anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler
Catat Ulasan