Bismillahirrahmanirrahim.
Blog diupdate atas 2 sebab:
1. Sebab tgh dalam mood nak berkongsi
2. Sebab tengah boring(gatal balik Melaka awal)
Saya baru usai berbincang dengan Kak Nashita, Pegawai Jabatan Ketua Menteri Melaka. Berkenaan dengan usaha untuk membantu seorang adik. Macam mana nak mula cerita pun tak reti.
Saya fikir ini semua tanggungjawab dan amanah yang Allah turunkan untuk kami. Malah saya yakin. Susah ke, senang ke, kena berani. Allahuakbar.
Hari tu masa UPG buat program Iftar di sebuah pusat kebajikan yang rata-rata penghuninya warga tua yang ada masalah mental, ada seorang remaja berusia 18 tahun tersesat di situ. Tersesat bermaksud; dalam semua orang tua, dia seorang je yang muda remaja, pula tu dia tak ada masalah mental. Allahuakbar. Ujian buat dia.
Ni semua kerja Allah kan. Hari tu tak plan pun nak pergi join program tu tapi kebetulan minggu tu free dan tak balik KL so singgahlah tunjuk muka bagi support kan adik-adik dalam berkebajikan. Alhamdulillah. Berjaya program tu pada penilaian seorang amatur macam saya.
Hasrat nak singgah je hari tu bertukar menjadi satu penglibatan yg lama juga semuanya sebab Jannah pass satu 'kes' pada saya. Kes adik ni lah. Ya Allah. Kesian. Umur baru 18 tahun, emak meninggal dunia sebab cancer, ada adik lagi 2 orang yang bersekolah dan belum bersekolah, ayah terperangkap dengan kesilapan diri sendiri.
Makciknya decide untuk menghantarnya di pusat kebajikan tersebut manakala dua adiknya di pusat kebajikan lain. Dia tak boleh dimasukkan ke rumah anak yatim kerana had umurnya. Maka tersesatlah dirinya di situ. Persoalan saya, kenapa ke pusat kebajikan orang tua yang sakit mental?
Tak sampai hati saya. Memikirkan yang masa depan dia perlu dibela, tambah lagi dalam tempat tu tak ada benda bermanfaat pun yang dibuat. Paling bermanfaat pun dia membantu pekerja beri pakcik makcik yang tua-tua tu makan, makan ubat. Allahurabbi. Bangun tidur dikelilingi pesakit mental. Kalau saya, saya pun boleh jadi mental.
Harus diingat. Manusia dipengaruhi dengan persekitaran.
Barangkali waris keluarganya ada alasan tersendiri menempatkannya di situ. Mungkinlah. Positiflah dalam berfikir.
Saya teringat saya cakap dengan Jannah,
'Jannah, you have to make an effort to help her to get out of here. This is not a suitable place for her'. Well, it's a fact. Kalau compare dengan sekolah tunas bakti, i think its better. At least belajar juga kemahiran, berkawan juga. Ini bangun tidur tengok orang berjalan ukur tapak, menjerit-jerit, dan sebagainya. Satu tumbesaran yang amat tidak sihat.
'Dalam ni adik ada baca buku ke, mengaji ke tak?', tanya saya.
'Buku tu takde tapi kadang-kadang dapat lah baca Mastika ke, Media Hiburan ke, macam tu lah..' 'Adik ada bawak Al Quran tak?', soal saya lagi.
'Tak bawak....', jawabnya.
'Kat sini solat mcm mana? Berjemaah ke sendiri-sendiri?', tanya saya lagi.
'Solat sendiri je. Kat surau..', perlahan dia menjawab.
Ok. Got da picture. Ni semua salah Jannah sebab merefer kes ni pada saya membuatkan jiwa saya gundah gulana. Cis. Hehe. Syukur, syukur.
Saya dan Jannah berjanji untuk membantunya setakat termampu. Siapalah kami nak ubah pendirian keluarganya kalau memang mereka decide untuk tinggalkannya di situ walaupun dalam tempoh beberapa bulan. Seminggu pun saya dah boleh trauma rasanya.
Jujur betul adik ni bila menjawab. Kasihan.
'Adik ada nangis tak duduk sini?', soal saya ketika berbuka puasa.
'Ada, kadang-kadang saya fikir Ya Allah, apalah nasib aku kena masuk sini.. Tak sanggup kak..', perlahan dia menjawab.
Luluh juga hati saya. Kalaulah saya di tempat dia. Tak boleh saya bayangkan.
'Tak apa dik. Ada hikmahnya. Sabar sikit. Kita sama-sama usahakan k. Kalau adik ada anak nanti, adik nak tak anak adik duduk sini, rasa mcm yang adik rasa?', saya tanya perlahan. Cuba menyelitkan hikmah yang tersembunyi kalau-kalau dia tak pernah terfikir.
'Tak nak kak.. Tak nak..', yakin dia menjawab.
'Itulah hikmahnya. Supaya bila adik ada anak, adik tak buat anak adik macam ni..', saya menyambung.
'Ok kak..terima kasih..'Sebenarnya memang tak banyak yang mampu saya tolong. Saya memikirkan kesibukan saya dengan assignments semester akhir ni yang terlalu menguji, dengan Peuehaba Aceh lagi, UPG sendiri saya tak terbantu. Bersalah juga rasa. :(
Entah macam mana siang tadi saya sms adik ini. Bertanya beraya di mana, dengan siapa dan sebagainya. Sebab saya dan Jannah ada merancang untuk bertemu Makciknya. Mungkin boleh bertukar pendapat. Concern kami adalah dari segi persekitaran si adik ini yang tidak sesuai untuk tumbesaran mental dan emosinya.
Saya TERbalik Melaka awal. Memang tiada motif. Tapi inilah hikmahnya. Saya tergerak hati utk merefer kes adik ini kepada Kak Nash. Dulunya Pegawai Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa, JKMM. Banyak bekerjasama dengan UPG membantu program-program kebajikan untuk warga Melaka. Walaupun sekarang dia dah bertukar jabatan, tapi saya fikir mungkin ada jalan dia boleh tolong. Sms punya sms, last-last, kami jumpa berbincang.
Saya dapatkan complete details pasal adik ni tadi. Kami berdua bincang apa yang boleh tolong. Banyak je jalan sebenarnya, tapi apa-apa pun terletak pada keputusan waris keluarganya juga.
Esok kalau Allah izin kami akan bertemu waris si adik ni tadi. Kak Nash cool habis. Experience dia dalam hal ni bertong-tong.hehe. Saya je poyo gelabah. Takut esok datang-datang kena halau.
'Kau balik! Jangan masuk campur!'. Hehe. Terbayangkan situasi begini.
Tapi tak apa. Yakinlah dengan Allah. Dia yang memegang hati-hati kita. Mohon Allah tetapkan hati kami untuk tabah dalam mencari jalan, mengusahakan apa yang terbaik untuk adik ini. Mohon dengan sangat Allah bukakan hati keluarga adik ini untuk beri dia peluang membesar dalam persekitaran yang lebih sihat, yang lebih mendatangkan manfaat. Allahuakbar.
Allah uji manusia dengan pelbagai cara. Lain orang, lain ujiannya. Yang penting kita kena redha, kita kena kuat hati. Cekal. Bila Allah uji, bermakna Allah sayang.
Beruntunglah kita yang diuji berada dalam lingkungan redup kasih sayang Allah swt.Kalau ada sahabat-sahabat yang terbaca entri ini, saya mohon tolong doakan urusan kami dipermudahkan. Kami hanya mampu tolong setakat termampu. Selebihnya kami serah pada Allah. In fact Allah yang gerakkan hati-hati kami untuk berusaha. Segalanya kerana Allah.
Sahabat-sahabat, kita bersyukur dibesarkan dengan persekitaran yang baik, yang cukup sifat, yang cerah masa depan. Kita takkan tahu erti bersyukur selagi mana kita tak melihat merana dan siksanya orang lain meneruskan kehidupan.
Alhamdulillah atas kurniaan nikmatMu ya Allah. Tolong doakan. Saya mohon.
Wassalam
- Posted using BlogPress from my iPad