Memaparkan catatan dengan label Inspirasi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspirasi diri. Papar semua catatan

Rabu, 17 April 2013

Isnin, 21 Januari 2013

Tips Meningkatkan Motivasi Diri!

Motivasi adalah ibarat makanan asas untuk setiap individu. Anda, saya, kawan-kawan anda dan saya, pakcik, makcik, atuk, nenek dan semua orang. Tahap motivasi yang dimiliki seseorang membezakan dia dan orang lain. Ianya boleh dilihat melalui tindakan kita setiap masa. 

Orang yang bermotivasi, akan bangkit dari tidur dengan perasaan segar dan sentiasa bersedia untuk ke pejabat atau ke kelas atau ke mana sahaja urusannya. Orang yang tiada atau kurang motivasi, akan bangkit dari tidur dengan perasaan lemau, malas dan layu. Terasa berat sekali untuk bangkit dan bersiap sedia untuk ke kelas atau ke pejabat. Itulah impak nilai motivasi pada diri seseorang individu. Tetapi, kita selalu memandang remeh keperluan motivasi kepada kita. 

Tidak semua orang melihat motivasi diri sebagai sesuatu yang sangat penting untuk kehidupannya. Ramai antara kita yang syok sendiri atau perasan kononnya ‘aku sudah cukup hebat!’ atau ‘aku tahu apa yang aku mahu!’ dan sebagainya. Hasilnya, dia sekadar statik di posisinya, tanpa kemajuan, tanpa perubahan. Ayuh audit diri kita, adakah kita juga begitu? 

Ramai orang tertanya-tanya, bagaimana untuk memiliki motivasi diri yang tinggi? Orang buat tak baik pada kita, kita relax dan cool sahaja. Orang marah kita, kita tenang sahaja. Orang maki kita, kita sabar dan kunci mulut sahaja. Orang kutuk kita, kita senyum sahaja. Lebih baik jika apabila diperlakukan sebegitu rupa, kita ucapkan Alhamdulillah

Ya, bukan mudah. Kalau logik fikiran orang kebanyakan akan beranggap, ‘Bodoh. Orang maki kau diam je. Memang bodoh!’

Adakah benar kita bodoh? 

Menurut saya, tidak. Kita, apabila yakin dan percaya atas apa yang kita lalui setiap waktu sebagai aturan Allah swt, kita akan lebih berlapang dada atas setiap apa yang kita lalui. Kita akan lebih bermotivasi lantas menjadi seorang yang lebih tenang dan damai hatinya. 

Memanglah bukan mudah. Kenapa? Kerana kita tidak memujuk hati dan fikiran kita dengan motivasi diri yang tinggi. Kita terlalu memanjakan hati dan fikiran kita dengan input-input negatif. Contohnya, ‘Aku tak rasa aku boleh buat benda ni. Susah betul ni!’. Walhal kita tak cuba lagi, kita dah mengalah. Lihatlah betapa kita tinggalkan motivasi jauh di belakang. 

Contoh lain betapa negatifnya pemikiran kita adalah seperti: ‘Dia ni pandang aku satu macam mesti sebab dia dengki dengan aku sebab markah aku tinggi. Aku tak boleh buat baik dengan orang macam ni!’. Itu tanggapan negatif semata-mata. Dalam diam syaitan bertepuk tangan, hoorey hoorey kerana berjaya mempengaruhi fikiran kita. Yang kalah adalah kita. Ya, kita. 

Sekadar mahu kongsikan apakah perkara yang wajar kita lakukan untuk meningkatkan motivasi diri. Semoga bermanfaat untuk saya dan rakan-rakan semua! 

  1. Bisikkan kepada diri sendiri setiap hari bahawa, ‘aku seorang yang positif dan bermotivasi tinggi’. Jadikan diri kita sebagai inspirasi setiap orang sebaiknya.
  2. Banyakkan membaca bahan motivasi contohnya buku-buku motivasi, cerpen motivasi, mendengar perkongsian motivasi di radio contohnya ataupun menonton perkongsian motivasi di TV atau internet.
  3. Banyakkan menulis perkara-perkara positif walaupun kita tahu pada waktu itu kita masih ada rasa sedih, kecewa, dan sebagainya. Jika mempunyai akaun Twitter atau FB, kurangkan keluhan tapi perbanyakkan kata-kata positif. Lama kelamaan ia akan sebati dengan diri kita.
  4. Berkawanlah dengan orang-orang yang positif dan bermotivasi tinggi. Kurangkan berkawan dengan orang yang suka mengeluh, complaint, selalu bersedih, kurang bersyukur, dan berfikiran negatif. Kerana kawan-kawan begini akan mempengaruhi kita. Jadi, pilih kawan yang betul! 
  5. Perbanyakkan amal ibadat kepada Allah swt. Jaga solat fardhu, amalkan solat sunat, perbanyakkan mengingati Allah dan membaca Al Quran. InsyaAllah amal ibadat begini akan selalu membuatkan jiwa kita tenang dan sekaligus menjadikan kita orang yang positif dan bermotivasi. 
  6. Tanamkan azam untuk menjadi manusia yang bermanfaat dan mampu memanfaatkan orang lain. Sekiranya ini azam kita, semestinya kita lebih bersemangat untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.
  7. Banyakkan berserah diri kepada Allah swt. Kerana rasa sedih, kecewa, sakit, gembira, suka, bahagia, semuanya Dia yang campakkan ke dada kita. 
Semoga bermanfaat untuk anda dan saya. Selamat beramal. Assalamualaikum! 

Isnin, 24 September 2012

Jadilah si hensem yang bijaksana!

Sempena musim peperiksaan akhir di MMU, saya mencari semangat untuk menulis di blog ini. Lama tidak berkongsi inspirasi, bukan kerana sombong meninggi diri. Cuma kesibukan dalam kehidupan hari ini yang sedikit menyekat peluang untuk berkongsi dan sekatan paling utama, tidak lain tidak bukan adalah MASA

Alhamdulillah, pejam celik sudah hampir setahun saya menutup tirai sesi pembelajaran di MMU, dalam jurusan Undang-undang secara khusus. Banyak yang dipelajari, banyak yang dibenci, banyak juga yang dirindui. Setiap kali musim peperiksaan, tiba-tiba menjadi rajin serta-merta sehingga sanggup ‘stay up’, sanggup lewat makan, sanggup deactivate Facebook dan sebagainya. Kenapa? Kerana situasi memaksa. 

Kita memang dididik dan dicerahkan dengan ideology untuk study di saat akhir. Alasannya kerana tak sempat nak study dari awal atau kalau study di akhir-akhir baru ada mood dan dapat ‘feel’. Benarkah? 

Sehingga hari ini saya sendiri masih belum berjaya merubah habit study di saat-saat akhir ini. Alhamdulillah, setakat pengalaman 5 tahun belajar di MMU sebelum ini, study di saat akhir sedikit-sebanyak boleh juga membantu untuk menjawab peperiksaan dengan baik. Cuma jika study lebih awal, pastinya beroleh keputusan yang lebih baik, bukan? 

Pada hemah saya, tidak menjadi masalah untuk study sedari awal kelas bermula ataupun di saat akhir sekiranya kita benar-benar mengenal potensi diri serta tahu kesibukan kita sendiri. Makna kata, jika kita tahu bahawa kita mengalami masalah untuk memahami sesuatu dengan cepat dan untuk memahami sesuatu kita perlu untuk mengulangi pembacaan beberapa kali, maka eloklah kita mengulangkaji dari awal. Setidak-tidaknya sediakan nota ringkas atau ‘mind map’ untuk kemudahan sesi pemahaman kita. Tetapi jika kita sanggup ‘kamikaze’, study di saat akhir dan yakin diri sendiri mudah untuk ‘tangkap’ atau memahami sesuatu dengan agak pantas, dipersilakan untuk study di saat akhir. 

Contoh Mind Map. [Kredit gambar]

Ketika belajar di MMU dulu, saya mempunyai seorang housemate merangkap classmate yang sangat tekun dan sistematik di dalam belajar. Setiap subjek dan setiap chapter, dia pasti akan menyediakan nota ringkas berbentuk Mind Map seawal yang mungkin. Jika topik tersebut dipelajari dalam hari ini, selewat-lewatnya sekitar hujung minggu Mind Map untuk topik tersebut pasti sudah tersedia. Saya selalu juga mengusiknya, ‘You ni skema lah! Rajin gila!’. Dia selalu menjawab, ‘You tak pelah you boleh catch up kalau study last minute. I tak boleh. I kena baca banyak kali Mek untuk faham’

Saya masih ingat ketika saya Foundation sehingga Tahun Satu di peringkat Ijazah, saya sangat rajin menyedia Mind Map. Ketika itu sahabat saya ini selalu bertanya bagaimana untuk menyediakan Mind Map. Saya berkongsi dengannya dan nyata dia mengaplikasikannya sehingga semester akhir tahun akhir di MMU. In fact, di saat saya sudah mula perlahan-lahan tidak konsisten dalam penyediaan nota ringkas, dia tetap istiqamah di dalam sistemnya. Hasilnya, walaupun dia merasakan dia tidak lekas ‘tangkap’, dia mendapat keputusan yang jauh lebih baik. 

Kenapa? Kerana inilah janji Allah swt bahawa Dia akan memberi kita setimpal dengan usaha kita. Kini sahabat saya tersebut sedang melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang Sarjana. Hebat bukan? 

Mengenali potensi diri memang penting namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita memberi ‘diskaun’ dalam usaha kita untuk menjayakan sesuatu. 

Selain daripada itu, kita perlu meletakkan diri kita di dalam persekitaran yang sihat. Bererti, sekiranya mahu cemerlang dalam peperiksaan, perlu membuat persediaan bersama-sama dengan orang yang berusaha untuk cemerlang. Mahu atau tidak kita perlu percaya dengan aura atau cas-cas positif yang dapat kita terima daripada orang-orang sekeliling yang positif. Melihat teman sebelajar study dengan penuh bersungguh-sungguh, kita akan terpanggil untuk bersungguh-sungguh juga. Namun jika kita membiarkan diri kita dibuai dengan suasana malas dan lesu daripada orang sekeliling, sama seperti kita mempersiapkan diri kita untuk mendapat keputusan yang lesu juga. 

Fungsi sahabat sangat besar. Bukan semata untuk bercerita masalah ataupun menjadi teman berborak bila gembira. Bukan juga cukup sekadar menjadi teman pergi makan dan lepak minum. Tetapi fungsinya lebih daripada itu. Kita perlu mencari sahabat/teman yang boleh mengejutkan kita dari lena yang panjang. Musim peperiksaan menjelang, kita masih bermalas-malasan, teman-teman sudah mula mengangkat senjata untuk berperang namun dilihatnya kita masih lena, mereka sekadar berlalu pergi meninggalkan kita dengan mimpi kita di siang hari. Kata mereka di dalam hati, ‘Ah! Lantaklah. Janji aku study!’. Persoalannya, adakah mereka sahabat yang benar-benar sahabat? 

Jawapan saya, mereka bukan! Mereka hanya kawan. 
Jadi, sahabat itu bagaimana? 

Sahabat itu ialah apabila mereka melihat kita masih lena dalam mimpi siang hari kita di saat musim ‘kecemasan’ telah tiba, mereka akan menjadi orang paling gigih mengejutkan kita dari lena. Mereka akan menjadi orang yang sudi memujuk kita untuk sama-sama bersiap sedia untuk mengangkat senjata. Mereka akan tidak sedap duduk untuk study dan cemerlang sendirian tanpa melihat kita berjuang bersama. Lebih indah lagi bila mereka berkongsi segala ilmu yang mereka punya di saat kita sangat-sangat memerlukan pencerahan daripada mereka. 

Dalam erti kata lain, kalau teman kita itu kedekut ilmu, saya berani katakan, dia bukanlah sahabat yang benar-benar sahabat. Kalau dia cemburu melihat kita berjaya, dia bukan sahabat. 
Tetapi, kalau dia bangga dan gembira dengan keputusan baik kita, dia seorang sahabat. 

Jadi, sudah jumpa atau masih tercari-cari? 

Sekiranya mahu berjumpa dengan sahabat yang benar-benar sahabat, maka kita perlu menjadi sahabat yang dicari-cari itu terdahulu. 

Atau bagaimana? 
Tepuk dada tanya selera. 

Teringin diri ini berkongsi tips untuk belajar dan cemerlang, namun menyimpan hasrat memandangkan diri ini bukan pelajar cemerlang.hehe 

Selamat maju jaya untuk kita semua. Semoga redha Allah swt sentiasa mengiringi tiap langkah kehidupan kita. Wallahualam. Wassalam

p/s: Kini adinda saya meneruskan perjuangan belajar di MMU. Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu wahai Ahmad Azharul Nizam. Jadilah si hensem yang bijaksana! ;)

Jumaat, 18 Mei 2012

Jom Pergi: Being Me - Women only Conference.


Tahu tak, dalam hidup kita ni kalaupun kita tak mampu untuk 'memberi' atau menjadi tangan yang membuat kebajikan, sekurang-kurangnya jadilah orang yang menyediakan ruang untuk kebaikan itu berlaku. Susah ke agak-agak? Saya rasa tak susah. 

Hati perlu sentiasa bersih. Kotor sikit je bersihkan, kotor sikit je bersihkan. 

Tapi bagaimana? Selain daripada membaca bahan ilmiah, mengaji al-Quran, kita juga digalakkan menghadiri majlis-majlis ilmu. 40 hari kalau kita tak menghadiri majlis ilmu, hati boleh gelap. Kan?

Jadi, apa yang cuba saya sampaikan melalui entry ini ialah, buat gadis-gadis, wanita-wanita, muslimah yang disayangi atas nama Allah swt semuanya, marilah kita sama-sama menghadiri Being Me - Women Only Conference. 


Details seperti yang tertera di dalam gambar promosi di atas. Tapi, mari saya ulang di sini:

  • Tarikh: 30 June 2012; 9 pagi hingga 10 malam.
  • Tempat: Martrade Exhibition & Convention Cente (berdekatan Masjid Wilayah / Mahkamah Jalan Duta)
  • Harga tiket: RM100 (sebelum 31 Mei 2012). RM150 selepas 31 Mei.
  • Jika sahabat-sahabat berminat untuk mendapatkan tiket secara mudah, boleh hubungi sahabat saya, Cik Khairul Fisyah di: 012-2687399
Apa yang so-special about this conference?
Ya Allah, terlalu banyak kot. Saya rasa RM100 tu sgt berbaloi untuk pelaburan akhirat seperti ini. Program semuanya menarik. Antaranya:
  • Conference & Workshop yang speakers nya semua gempak-gempak, bertaraf antarabangsa yang boleh membuka ruang pemikiran kita agar tidak hanya berfikir dalam sudut aplikasi kehidupan di Malaysia semata-mata.
    • Topic & speaker:
    • The Art of Mothering - Dr. Fadila Grine
    • Parenting according to the Qur’an & Sunnah - Dr. Hajah Sofia
    • Unleash your potential - Sis. Jamilah Samian
    • “The Greatest Love of All: Do we really love Allah most?” – Sis. Yasmin Mogahed
    • How to please Allah while working – Sis. Raya Shokatfard
    • Being Beautiful is about Being Me : A creative outlook in making the most out of “ME” – Sis. Haslina Ali
  • Sisters Corner - Peluang untuk anda belajar nak melawa, make-up make-up, bergaya tetapi dengan berhijab. Menarik kan?
  • Fashion Show
  • Marriage Corner - Ini sangat menarik sebab.. sebab.. siapa yang tak suka cakap hal kahwin?hahaha.
And many more lah actually. Kalau ragu-ragu dengan maklumat yang saya berikan, silalah layari sendiri website Being Me: http://my.being-me.org/

Jumpa di sanaWardina Safiyyah ada juga sebagai Emcee. Aiman Azlan sendiri kecewa kerana tak dapat joint sebab conference ini tertutup untuk wanita sahaja. So, apa tunggu lagi? Sis Yasmin Mogahed juga ada! wee~


Jangan lupa, beli tiket. Nak mudah, hubungi sahabat saya, Cik Fisya di 012-2687399.
Jangan risau, sahabat saya ni tak berniaga atau mengaut untung langsung. Dia hanya mencari peluang membuat kebajikan dengan bergelar sukarelawan.

Nah, saya hadiahkan anda semua dengan lagu yang menyejukkan hati ini. Bangga bergelar Muslimah, kan?

Wassalam


p/s: Mari kita cari, kawan mana yang sanggup suka ria sama, yang sanggup je menemani ke majlis ilmu bersama-sama.

Rabu, 28 September 2011

Satu Inspirasi


Bismillahirrahmanirrahim.

Budak kecil di atas, selalunya dikatakan mempunyai iras wajah saya. Hakikatnya dia bukan anak saya, tetapi anak buah saya. 

Nampak budak kecil di atas seperti kecil. Memang kecil di mata. Tapi di hati saya, besar penangannya.

Bila mana saya sunyi, saya bosan, saya rindu, dia menjadi salah satu inspirasi saya untuk terus bangun dan hidup dengan ceria.

'Kakak nak tak duduk dengan Ucu, jadi anak Ucu?'

'Nak. Nak.'

'Kakak tak kisah? Nanti tak boleh jumpa Mama, Papa, Irdeen, Marrissa.. Kakak tak rindu diorang nanti?'

'Tak kisah. Kakak nak duduk dengan Mama Aten. Kakak takkan rindu punya.'

**Ucu adalah bahasa diri saya. Mama Aten adalah panggilan anak-anak buah pada saya**

Waktu saya nak balik ke Melaka, budak kecil ini menghantar saya ke pintu rumah, kemudiannya menghantar saya ke pagar pula. Ketika di pintu rumah:

'Mama Aten dah nak balik ke?'

'Haah. Ucu kena balik Melaka. Kena belajar..'

'Kakak nak ikutlah!'

'Mana boleh. Ucu kan belajar..'

'Kan semalam Mama Aten kata Kakak boleh duduk dengan Mama Aten..'

'Erk..'

Bila di pintu pagar, dia hadiahkan flying kiss bukan main banyak. Haih. Sweet.

Kesimpulannya, jangan bergurau senda dengan anak-anak buah dengan perkara-perkara nonsense. Inilah contoh apabila anak buah menjadi inspirasi kepada makcik dan makcik menjadi inspirasi kepada anak buah. 

Kami berdua memang ngam mungkin kerana masa dulu selepas waktu pantang kakak saya, saya yang baby-sit budak kecil ini. ;) Tapi anak-anak buah lain pun saya ngam juga. Maklumlah, saya lah geng bas sekolah mereka. Yang penting, anak-anak buah saya, adalah inspirasi saya.

Haih Najlaa. Jangan sampai bawa lari anak orang sudah.. Oh ya. Budak kecil di atas namanya Ayu Irdeena Batrisya. Selalu perasan cun macam Siti Nurhaliza. ehehe

Subhanallah. Besarnya nilai satu inspirasi.