Rabu, 4 April 2012

Nikmat Ber-Chambering

Ber-chambering bukan lah sesuatu yang mengasyikkan, menyeronokkan atau membahagiakan secara praktikalnya. Namun, bukanlah jua sesuatu yang membawa mimpi buruk seperti berada di dalam neraka dunia.

Walau apapun, semuanya bergantung kepada cara kita berfikir dan menerima sesuatu.

Saya sendiri secara personal menghadapi kesukaran yang amat untuk 2 bulan pertama. Pelbagai faktor memainkan peranan dan menjadi asbab betapa saya tidak bahagia dan tidak suka untuk berada di dalam posisi ini. Tambahan pula apabila kerap membeza-bezakan betapa seronoknya kehidupan bersama sahabat-sahabat ketika di Universiti dan betapa membencikannya berada di dalam kehidupan pekerjaan ini yang dikelilingi oleh manusia-manusia yang egois. Ya, egois.

2 bulan pertama saya benar-benar terseksa jiwa. Hari-hari akan saya resah menunggu waktu pulang. Seperti tidak sabar untuk melangkahkan kaki keluar daripada pintu pejabat. Setiap kali kerja-kerja berlonggok dan menuntut diri ini untuk stay back, saya rasa 'Ya Allah, tak sukanya!'. Sehinggakan terlintas difikiran, 'lantaklah. aku nak balik, aku nak balik la. aku peduli apa!'. Tak campur lagi bila tekanan perasaan mengganggu, mengalirlah air mata ketika solat. Lemahnya terasa.

Ya. Itulah 2 bulan pertama saya. Berperang dengan emosi sendiri adalah satu perkara yang sangat mencabar. Cabaran terbesar saya adalah apabila saya sangat terganggu dengan attitude pengamal undang-undang yang pada penilaian saya kebanyakannya perasan bagus, bekerja bagai nak gila ibarat dunia tiada pengakhirannya, dan hidup adalah untuk kerja dan kerja dan kerja. Itulah penilaian saya pada awalnya, kerana itulah yang saya lihat dan tafsir. Bayangkan, betapa bencinya saya tersekat di dalam golongan yang terlalu keduniaan.

Setiap hari Abah dan Umie akan bertanya selepas melihat wajah tidak ceria saya setiap kali pulang dari kerja; "Macam mana kerja hari ini?" atau "Kerja okay?". Saya tanpa riak biasanya akan menjawab "Biasa je. Nothing interesting".

Sehinggalah sampai satu tahap, saya hampir berputus asa. Dalam otak saya, saya berkira-kira beberapa tindakan untuk saya ambil. Pertama, untuk memohon pertukaran 'department' kerana saya rasa environment di Litigation Department sangat tidak sihat untuk proses pembelajaran saya. Kedua, untuk terus tetap di dalam Litigation Department dan terus bersabar seperti orang bodoh. Ketiga, untuk berhenti dan mencari firma guaman lain yang lebih sesuai untuk saya. 

Ya, sampai begitu sekali.
Dalam setiap solat, saya selalu mendoakan, "Ya Allah, jadikanlah 9 bulan chambering aku ini sesuatu yang dipermudahkan. Jauhkanlah aku dari kezaliman manusia dan menzalimi orang lain". 

The Turning Point

Sehinggalah satu hari Master saya memanggil saya untuk membantunya di dalam mesyuarat bersama klien. Kemudian daripada itu disuruhnya saya menunggu sebentar. Dan selepas itu terjadilah sesi meluahkan segala yang terbuku di hati. 

Bunyi macam, "kau biar betul??" kan? Memang betul. Saya luahkan, saya jelaskan tapi dalam cara yang baik, yang bukan mengkritik tetapi lebih kepada mencari pendapat dan pembaharuan jika boleh. 

Saya katakan padanya, saya benar-benar mahu belajar. Dan banyak lagi yang saya katakan. Sejujurnya saya katakan, "I don't feel motivated to come to work because of the working environment that I have in our office"

Dia menerimanya secara positif. In fact, dengan beraninya saya bertanya, "If let say, at one point of time I really feel that I can't go with Litigation, would you allow me to change department, say to Conveyancing?". Dia menjawab; "To be fair to yourself and our team, give yourself some time and if let say you really cannot take it, come back to me and we can discuss about that. But yourself sometime first.."

Baiklah. 

Ada sebab kenapa akhirnya saya berterus terang dan tidak mengambil mana-mana option yang bermain di fikiran saya sebelumnya. Saya berterus terang kerana saya tidak mahu terus tertekan berada dalam dunia yang pada penilaian saya amat buruk tetapi pada penilaian orang lain, okay saja. Jadi di situ saya faham bahawa yang bermasalahnya adalah saya. 

Kedua kerana saya tidak mahu terus merasa seperti tiada kemajuan malah mundur kebelakang. Saya teringat perbualan saya dengan sahabat-sahabat terdekat ketika saya meluahkan perasaan. Saya katakan, "Fateen rasa chambering ni bukan membuatkan fateen makin maju ke depan. Tapi fateen rasa kebelakang. I feel like a fool". Dan saya mahu mencabar diri saya bahawa, saya tidak terkebelakang! Saya ke maju ke depan.

Dan akhirnya saya perlahan-lahan bangkit dan percaya bahawa segala apa yang terjadi bergantung kepada bagaimana kita berfikir, bagaimana kita set pemikiran kita terhadap sesuatu.

Untuk berjaya, perlu ada gambaran yang jelas dalam fikiran. Bagaimana? Gambarkan dan bayangkan diri kita sebagai orang yang sukses seperti apa yang kita impikan. Maksudnya, jika inginkan kejayaan sebagai seorang doktor, awal-awal lagi kita sudah ada gambaran bagaimana rupa kita, gaya kita, persekitaran dan suasana yang ada sebagai seorang doktor berjaya. Dan sehari demi sehari kita akan bertindak selari dengan impian yg telah kita gambarkan.

Hari ini (dan saya harap untuk hari-hari seterusnya juga) saya akan terus positif dan bangkit dalam mencipta kejayaan dan mengenali potensi diri. Kerana saya yakin setiap cabaran yang ditempuh adalah nikmat terbesar Allah swt. Setiap hari saya belajar sesuatu yang baru. Kalau bukan soal kerja pun, soal manusia dan kehidupan. Pastinya saya perlu bersyukur dengan Nikmat Ber-Chambering ini! Alhamdulillah.

Senyuman ikhlas menikmati peluang kurniaan Dia.

Semoga kita semua beroleh sukses dalam hidup dan akhirat. Amin

2 ulasan:

=) berkata...

salam my dear bestie,

be strong k..hadapi segala dgn tenang..insyaallah kamu akan beroleh sesuatu di akhirnya nnt..buruk atau baik..terima seadanya..semua yg diperolehi adalah ILMU dunia yg sgt berharga utk diri kamu di kemudian hari..insyaallah..amin..

Gadis Najlaa berkata...

Salam bestie,

insyaAllah orang menerima semuanya seadanya dengan hati terbuka. yang penting kutip ilmu. ;) terima kasih atas doa dan sokongan ye.