Memaparkan catatan dengan label Law. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Law. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

When A Law Graduate Speaks (Q&A) Ep. 4

Bismillah. Alhamdulillah.


Semalam saya semak email syarikat dntc.trainer@gmail.com dan saya menerima email daripada seorang adik lepasan SPM yang turut berminat untuk menjadi pejuang arena undang-undang. Kebetulan email masuk ketika saya sedang berehat-rehat berbaring-baring di rumah (waktu malam semalam). Saya membaca email ini sekilas sebelum tidur dan siang ini saya ambil kesempatan (sementara waktu senggang di pejabat) untuk menjawab soalan adik ini sekadar termampu.

Soalan asal berbunyi seperti screenshot berikut :

Soalan.
-----------------------------------------------------------

Nama adik ini ialah Iman XYZ (bukan nama sebenar). Mari kita rujuk adik ini sebagai Iman sahaja. Jadi, balasan saya kepada email Iman adalah seperti berikut:

Waalaikumsalam wbt, Iman.

Thank you for your email. :) Will try my very best to assist you on the confusion that you are currently facing.

My answers to your questions are as follow:

Soalan 1 - Do u prefer to take law dlm negara or abroad:

If I was given a chance to go abroad, I will definitely go. Sebab belajar luar negara ni membantu seseorang itu melihat dunia dari kacamata berbeza. Minda lebih terbuka andai kita keluar dari kepompong dunia yang dah biasa dan dah muak kita tengok. 

I would like to share something via http://alfa-najlaa-mnor.blogspot.com/2014/09/25-menilai-sudut-bumi-yang-beda.html. Hopefully it helps you for a better understanding on living abroad.

Tapi untuk bidang undang-undang secara khusus, jawapan saya dalam soalan kedua di bawah.

Soalan 2 - What is the pro and cons kalau bljr law luar negara:

Untuk sambung belajar dalam negara atau abroad, semuanya ada pros and cons. If you are talking about the Law syllabus per say, it is more advisable for you to study locally. Why?

First, secara amnya, undang-undang negara kita tak sama dengan undang-undang negara yang akan awak pergi. Mungkin ada persamaan seperti kalau Malaysian law dengan British law, lebih kurang sama dalam beberapa area (sebab kita inherit dari British law) but still, banyak perbezaan. Dari sudut legal procedure juga banyak perbezaan. Jadi kalau awak grad law oversea, balik Malaysia, awak perlu study juga undang-undang Malaysia. 

Second, kalau awak grad law oversea, ada beberapa additional requirements yang awak perlu penuhi untuk melayakkan awak chambering dan seterusnya jadi peguam di Malaysia. Ini juga bergantung juga kepada pentauliahan sesebuah universiti luar negara itu. Secara ringkas, kalau awak study and graduate abroad, awak hanya boleh buat chambering setelah awak menduduki peperiksaan CLP - Certificate of Legal Practice. Alternatively, you may be exempted from CLP if you grad abroad only if you go through Bar Programme. Manakala kalau awak grad local, you do not have to sit for the CLP exam atau Bar Programme. Kalau grad Malaysia, awak grad je awak boleh terus start chambering. Tapi make sure semak akreditasi sesebuah universiti itu juga ye. 

Dalam erti kata lain, kalau grad oversea awak tak boleh buat chambering melainkan awak sit for CLP exam dulu ataupun awak attended Bar programme dan pass CBE - Common Bar Exam sebelum awak balik Malaysia. How difficult is these 2 CLP and CBE, you may google it. Secara amnya, yang saya dengar, CLP sangat susah. CBE pula tak semua orang bernasib baik untuk mendapat tempat melaluinya. Tapi, be positive. Kalau Allah swt izinkan untuk berjaya, susah macam mana pun kita pasti mampu hadapinya. :)

Dan kalau kita lihat dari sudut lain, belajar di luar negara ini nampaknya lebih mematangkan. Mematangkan cara kita berfikir dan hidup. You have to be so independent, struggle to survive dan balik dengan ilmu kehidupan yang penuh di dada (harapnya lah). Belajar di negara orang juga mungkin sounds grand tapi kalau jati diri tak kuat, akan jadi cabaran besar juga. Moga moga kalau ke luar negara, kita tak hanyut. Dan andai diberi peluang ke luar negara, pulanglah dengan kadar keimanan yang lebih tinggi dari waktu pergi. Sebab bumi Allah ini luas, ilmu ada di mana-mana. Cari cari mesti jumpa.

Cuma itulah, kalau buat law di oversea, memang leceh sikit untuk kemudiannya jadi peguam di Malaysia. Unless kalau awak tak berhajat nak jadi peguam, awak tak perlu melalui CLP dan chambering itu semua. Awak boleh terus bekerja sebagai penasihat undang-undang di mana-mana syarikat.

Soalan 3 - Is master really needed?

Untuk pengamal undang-undang khususnya peguam, Master bukan satu keperluan. Ianya hanya bonus kalau awak miliki. Juga sebagai self achievement seseorang. Sebab dalam kalangan peguam yang berlatih, kepakaran mereka bergantung kepada pengalaman mereka dalam mengendalikan kes, bukan kepada paper qualification like degree, masters, phd etc. Tetapi, if you plan to jump into education field, paper qualification is a need. Sebagai contoh sekarang ni, kalau awak nak jadi pensyarah undang-undang peringkat Ijazah, minimum awak perlu ada Master.


Soalan 4 - I think to apply pnb for scholarship? Is it okay?

Any scholarship is good. Kalau boleh, apply saja sebanyak mana scholarship yang mungkin. Kemudian tengok dapat tawaran yang mana. Tak semua kita apply kita akan dapat. Andaikata dapat tawaran dua atau lebih, kemudian pilih salah satu dari semuanya. 

Scholarship sangat membantu kita menampung kos belajar dan sara diri sepanjang pengajian. Namun, perlu ingat yang kebanyakan scholarship ada 'bond' ataupun 'ikatan perjanjian'. Sebagai contoh saya mendapat tajaan dari Yayasan XYZ mereka menaja saya selama 4 tahun pengajian. Dalam perjanjian, saya perlu bekerja bersama XYZ atau mana-mana anak syarikat selama 8 tahun. Jadi, saya perlu memenuhi tuntutan perjanjian yang telah saya persetujui semasa mendapatkan scholarship. Andai saya gagal, saya dikira 'breach of contract' dan pihak penaja boleh menuntut kembali sejumlah wang tajaan yang mereka pernah beri dulu.

Itu contoh sahaja. 

Iman boleh rujuk contoh contoh scholarship yang lain. Ada juga yang tak ada syarat untuk kembali berkhidmat dengan penaja setelah tamat pengajian. Semuanya bergantung kepada pihak penaja. Make sure you read and understand well the terms and conditions.

Akhir kata dari saya, sebagai orang Islam kita ni ada kelebihan 'gerak hati'. Biasanya Allah akan beri kita gerak hati untuk proceed dengan Plan A atau Plan B. Jadi, tepuk dada, tanya iman. Jangan lupa juga untuk usahakan Solat Hajat agar Allah mudahkan jalan Iman mencapai cita-cita, Solat Istikharah agar Allah beri Iman cahaya untuk memilih yang terbaik. Dan mintalah ibu bapa untuk doakan Iman. Selain itu, Iman usahakan juga Istisyarah iaitu bertanya kepada orang lain yang lebih pakar dalam hal ini agar Iman boleh timbang-tara pandangan-pandangan mereka. 

Niat untuk sambung belajar dan pursue dalam bidang perundangan juga perlu disemak. Semuanya wajib diniatkan kerana Allah swt. Andai Allah izinkan kejayaan buat Iman kelak, berbaktilah untuk agama dan ummah dengan ilmu yang Iman ada.

Btw, UIA is a great choice if you plan to pursue locally!
Selamat berjuang, bakal peguam!

Wassalam

p.s: Mohon izin untuk dikongsikan soalan dan jawapan di atas di blog saya. :)

-------------------------------------------------------


Sekian, dan moga bermanfaat.

Jika ada yang masih musykil, boleh email di dntc.trainer@gmail.com.
Wassalam

Links to:

Khamis, 4 Disember 2014

When A Law Graduate Speaks (Q&A) Ep. 3

Bismillah. Alhamdulillah.

Semalam saya semak email syarikat dntc.trainer@gmail.com dan saya menerima email daripada seorang lagi bakal pejuang arena undang-undang. Kebetulan kebelakangan ini saya tidak terlalu sibuk di pejabat (seperti sebelum-sebelum ini), jadi saya ambil masa untuk bantu menjawab soalan sekadar termampu.


Soalan asal berbunyi seperti berikut (saya cover nama jadi mari gelarkan adik ini Mr. Xman):

Soalan captured dari email dntc.trainer@gmail.com
-----------------------------------------------------------

Balasan saya kepada email Mr Xman adalah seperti berikut:

Salam Mr Xman.

First of all, terima kasih sebab baca blog. Moga bermanfaat hendaknya. Saya summarize-kan, soalan Mr Xman adalah seperti berikut:
  1. Dengan pointer Mr Xman 2.94 (CGPA) dan MUET Band 4, dapat tak Mr Xman mohon degree law MMU?
  2. Dengan pointer Mr Xman 2.94 (CGPA) dan MUET Band 4, dapat tak Mr Xman mohon scholarship? 
  3. Kalau dapat macam mana caranye?

Jawapan saya:

Soalan 1:

Mr Xman boleh rujuk kepada website MMU, untuk Entry Requirements for Bachelor of Law (Hons) di https://www.mmu.edu.my/index.php?req=136.

Based on the website, kalau yang dah buat Foundation of Law/Matriculation programme dari institusi yang diiktiraf, you have to:
Pass the Foundation of Law (which your result shown that you passed!), pass dalam SPM dengan 5 Kredit termasuklah Bahasa Melayu kredit dan minimum B+ untuk English. (awak boleh check result SPM awak).


Soalan 2:

Untuk scholarship, Mr Xman perlu sedia maklum yang yuran pengajian di MMU memang mahal. Sekarang ni, berdasarkan website MMU, yuran pengajiran untuk Degree Law sekitar RM62,040 - RM67,680 (Malaysian Students).

Antara pilihan scholarship yang sering disebut di MMU adalah:
- Yayasan Telekom Malaysia (YTM),
- Yayasan Universiti Multimedia (YUM),
- JPA,
- MARA (pinjaman boleh ubah), atau
- PTPTN (pinjaman).

Kebanyakan scholarship demands result SPM (untuk permohonan Foundation) atau result STPM/Foundation (untuk permohonan Degree) yang outstanding. Mungkin untuk permulaan Mr Xman akan menghadapi kepayahan sedikit.

Saya suggest Mr Xman untuk try check dengan MARA untuk peluang Mr Xman mendapatkan pinjaman boleh ubah. Kalau result bagus, boleh jadi tak payah bayar langsung atau hanya bayar semula sekitar 25% sahaja daripada keseluruhan jumlah pinjaman. MARA juga tak membebankan.

Untuk YUM dan YTM, biasanya berdasarkan keputusan SPM/STPM/Foundation yang outstanding. Saya kurang pasti sama ada mereka menawarkan biasiswa pada tahun kedua pengajian. Tapi untuk YTM, mereka dah tak tawarkan biasiswa untuk course Law. 

Worst case, ambillah pinjaman PTPTN. Tapi memang membebankan sikit lah nak bayar pinjaman tu di kemudian hari. Namun pada saya, selagi mana Mr Xman ada semangat untuk mencapai cita-cita, tak salah bersusah-susah. Sebab pengalaman inilah yang akan mendidik Mr Xman untuk sering jadi manusia yang humble dan sedar diri dan sentiasa berpijak di bumi despite how high you have reached the sky pun.

Soal kewangan tak wajar dijadikan penyebab untuk menggagalkan matlamat seseorang mencapai cita-citanya. 


Soalan 3:

Macam mana cara:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf sebab mungkin tak banyak yang dapat saya bantu. Jangan khuatir tentang masa dan usia, kerana saya bermula dengan Foundation pada usia 20. 21 baru start Degree tapi berjaya habis belajar pada penghujung usia 24. 25 tahun dah start Chambering, 25 tahun sambung master sambil kerja. Alhamdulillah stabil je.

Kalau hendak berjaya, apa jua alasan takkan menggagalkan kita. Tapi kalau semangat untuk berjaya tak berapa nak ada, satu alasan pun cukup untuk membatalkan misi kejayaan kita.

Solat hajat dan mohon Allah mudahkan jalan. Perbaiki niat untuk sambung belajar dan menggapai cita-cita keranaNya, moga dipermudahkan urusan Mr Xman .

Saya mohon izin untuk kongsikan soalan Mr Xman dan jawapan saya di blog saya untuk manfaat orang lain juga.

Selamat Maju Jaya, Mr Xman . Wassalam.

-------------------------------------------------------

Sebagai bonus untuk Mr Xman, saya juga telah meminta pendapat sahabat-sahabat Alumni MMU dan pelajar undang-undang MMU di Instagram DNTC di @dntc_trainer. Dan berikut adalah hasil response yang saya terima, moga membantu untuk boost semangat Mr Xman memperjuangkan cita-cita.

Satu | Peguam berjaya di KL.
Graduan Law MMU.
Keputusan degree mungkin bukan 1st class, tapi peluang pekerjaan beliau sekarang, cukup first class.
Sampaikan boss sendiri offer untuk tanggung cost sambung belajar.
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, fikirlah sendiri.hehe

Dua | Juga peguam berjaya di KL.
Kini memulakan pekerjaan di firma yang baru setelah mendapat 'offer' yang lebih baik.
Zaman belajar beliau, bukanlah sebagai pelajar yang outstanding tetapi beliau cukup outstanding di arena pekerjaan. Memiliki pengalaman handle case-case berprofil tinggi.
Juga memegang Diploma Syariah Legal Practice.
A civil and syariah legal practitioner, she is.
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, tengoklah dia ni.hehe
Sambungan kepada komen di atas. 

Tiga | Seorang pelajar tahun dua (kot) ijazah undang-undang di MMU.
Pemegang biasiswa MARA dan merupakan pelajar aktif berprogram.
Bekas pelajar MRSM dan bakal menggegar dunia.
Rasanya 'music' seperti dalam komen di atas adalah typo.
Maybe she intended to write 'masih'. hehe.

Sekian, dan moga bermanfaat.

Jika ada yang masih musykil, boleh email di dntc.trainer@gmail.com.
Wassalam

Jumaat, 29 Ogos 2014

When A Law Graduate Speaks (Q&A) Ep. 2

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ni saya tergerak hati untuk membuka email syarikat dntc.trainer@gmail.com. Saya menerima email daripada seorang lagi bakal pejuang arena undang-undang. Pertama sekali untuk adik Amirul, mohon maaf dari saya atas keterlewatan membalas email dan menjawab persoalan anda. Kelewatan memberi respons ini adalah atas kelemahan saya sendiri. Kesibukan bekerja di pejabat membuatkan saya terlupa untuk menyemak email rasmi DNTC.

Email berbunyi begini:
"Salam.
Kak, sy trjumpa blog akak yg inspirasigadisnajlaa tu stelah google2. Dan kisah kak waktu nk ubah pilihan nak buat law tu sama mcm sy skang. Sy umur 19 dan ex asasi hayat unimas. So bru2 ni kputusan sy dpt zoology kat unimas. Disebabkan parent sy xbg dan paksa sy try foundi sains lg utk medic, sy trpaksa lawan utk katakan tidak. Sy dh penat mencuba dan medic bukanlah minat sy. Sy ni dulu kat sekolah mrsm jgk bekas pendebat, so mmg minat utk law tu wujud sendiri sejak skolah menengah lg. jd, setelah semua bersetuju dgn pilihan sy utk smbung law, Sy lakukan bbrapa research law school ipts dan nmpknya hanya mmu shj yg sesuai. Tp hanya satu intake iaitu jun 2015 tahun dpn. Maknanya sy umur 20 tahun jgak la. Hmm. Sy nak tanya akak, spjg tempoh sy nak tggu hingga jun tahun dpn tu kak, apa yg sesuai sy lakukan? Kerja ke? Pergi belajar bahasa ke (english or chinese)? Dan apa preparation yg sesuai sy nak buat akak? Yelah akak sy takut jugak ni, zero psl law dari bdk sains tiba2 nk start law lain. Kalau boleh, akak suggest la apa yg patut. Sy takut jgak waktu foundi nnt sbb mmg family sy cabar, ni pilihan sy. Buat pertama kali sy bangkang dorang. Thanks ye akak. Blog akak beri motivasi sgt2! Alhamdulillah moga Allah beri rezeki tak terhingga kat akak dan keluarga."
------------------------------------------------------------------------

Saya percaya adik Amirul menghantar email ke dntc.trainer@gmail.com selepas membaca entry yang saya tulis sebelum ini. Saya selesa menerima email melalui email DNTC kerana email personal saya terlalu semak dengan macam-macam perkara. Hehe. Email DNTC saya akan buka apabila ada urusan.

Okay so straight to the point. Sebelum saya menjawab soalan-soalan adik Amirul, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kerana anda mengenali potensi diri sendiri dan sudah mendewasakan diri dengan membuat keputusan tentang bidang yang anda ingin terokai walaupun keluarga mendorong anda menceburi bidang lain. Syabas. Kita geng! (Sep sikit!) hehe.

Baik, berikut adalah jawapan saya kepada soalan-soalan adik Amirul. Semoga ianya bermanfaat untuk orang lain juga. Enjoy the answers!

i) Sepanjang tempoh ruang masa yang anda ada (dari sekarang hingga Jun 2015), apa yang sesuai untuk anda lakukan?

Adik Amirul, sejujurnya saya bukanlah orang yang mahir untuk mencadangkan perkara yang sesuai untuk anda lakukan. Namun, mungkin saya boleh kongsikan dengan pengalaman saya melebihi 7-8 tahun yang lalu.

1.// Menghadiri Kursus Bahasa Inggeris (atau Bahasa Melayu)

Setelah saya membuat keputusan untuk berhenti belajar dari bidang sains di Matrikulasi, saya membuka ruang kepada diri untuk memperbaiki skil Bahasa Inggeris saya. Saya telah mendaftar ke British Council, dan sempat mengambil dua level kelas Bahasa Inggeris. Saya kurang ingat berapa lama tempoh kursus Bahasa Inggeris yang saya ambil tapi saya fikir ianya tidak kurang daripada 3 bulan. 

Kenapa saya ke British Council

Jujurnya kerana saya hanya ingin memenuhi masa senggang yang saya ada. Saya tidak mahu kelihatan terlalu ‘loser’ dengan hanya duduk goyang kaki di rumah sementara menunggu rezeki menyambung pelajaran. Saya juga mendapat dorongan daripada adik-beradik saya untuk meneruskan niat menjalani kursus Bahasa Inggeris tersebut. Alang-alang mengisi masa, biar berbaloi. Tambahan lagi British Council menyediakan sijil setelah tamat kursus.

Adik Amirul, bidang undang-undang menuntut kebijaksanaan anda dalam penggunaan bahasa. Andai anda merasakan Bahasa Melayu anda perlukan penambah-baikan, mungkin anda boleh hadiri kursus Bahasa Melayu. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Tak kisahlah di mana pun pilihan anda untuk menghadiri kursus bahasa tersebut.

Penting untuk anda bina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam dua bahasa ini. Anda menyatakan anda merupakan bekas pendebat ketika zaman persekolahan, ini satu bonus untuk anda. Mungkin tidak banyak yang perlu diperbaiki. Cuma perlu menggilapkan lagi skill yang anda ada. Kemahiran penulisan juga sangat penting. Akan datang, apabila telah bergelar pelajar undang-undang, barulah anda tahu bagaimana ‘lenguhnya’ jari menulis berkajang-kajang jawapan peperiksaan! Jadi, bersedialah! Hehe

Bahasa Cina atau lain-lain adalah pilihan dan kelebihan bonus. It is not so much as a requirement to excel in law field. Kalau ada bahasa tambahan, itu satu bonus. Mungkin bonus jangka masa panjang apabila menempuhi alam pekerjaan kelak. Wallahualam. Saya hanya mampu berloghat Terengganu selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris! hehe

2.// Bekerja Sambilan

Memandangkan saya terlalu segan kerana berhenti belajar dalam keadaan belum tentu berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang yang saya inginkan, saya juga telah mengambil keputusan untuk bekerja. 
Tajuknya: Mencari Duit Poket.
Alkisahnya: Segan Punya Pasal. 

Saya pasti sedikit sebanyak anda sedang melaluinya sekarang. Anda perlu kuat semangat dalam memperjuangkan cita-cita ini. Cabarannya pasti mendatangi anda. Jika tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali, mungkin sebulan sekali.

Adalah tidak mudah mendengar perkhabaran sahabat-sahabat seperjuangan dahulu di MRSM mula ‘fly’ ke sana sini menyambung pelajaran dalam bidang yang ‘wow’ dan ‘fuyyoo’ di mata kita dan ramai orang. Bertabahlah walaupun anda bakal merasakan ‘betapa kecilnya diriku ini’. Mungkin juga perasaan sebegitu membawa anda menyanyi-nyanyi lagu ‘Aku semut kecil, engkau semut merah’. Hehe. Kuncinya: Tabah dan kuat semangat!

So coming back to the point, sambil mengisi masa tu, kalau ada kesempatan, jenguk-jenguklah peluang untuk bekerja sambilan. Bekerja di mana?

Cadangan saya, anda boleh mencuba bekerja sebagai ‘kuli’ di fast-food restaurant atau yang seangkatan dengannya. Contohnya, KFC, Pizza Hut (elakkan McDonalds kerana pejuangan boikot perlu diteruskan). Atau jika mahu ‘kelass’ sikit mungkin boleh cuba kedai-kedai kopi seperti Coffee Bean, Sans Francisco, Dome, Secret Recipe dan elakkan Starbucks kerana usaha boikot jangan sesekali dihentikan.

Saya mempunyai pengalaman bekerja selama bertahun-tahun di Coffee Bean bermula dari sebelum menyambung pelajaran di MMU sehinggalah ketika saya memasuki tahun kedua Ijazah. (Saya berhenti kerana tanggungjawab sebagai pemimpin persatuan mula menghantui saya ketika itu.) I was working on part-time basis back then. I found it interesting and the experience is something that I could never buy with money. 

Melalui pengalaman bekerja ini, saya belajar membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih baik, dengan senyuman, PR gets improved, English gets better selain belajar resepi membancuh Cappucino, dan mem-blend Ice Blended. The experience was wonderful! Dan sehingga hari ini saya masih merindui pengalaman bekerja!

Bekerja part-time sebegini pastinya tidaklah memewahkan poket anda. Tetapi tidak mengapa. Anda akan terasa mewah dengan pengalaman hidup yang mahal, yang tidak dapat anda trade-in dengan nota nota wang kertas. Ini jaminan saya!

Selama beberapa lama saya bekerja sebagai kuli di Coffee Bean banyak-banyak tahun dahulu, saya berjaya mengumpul wang pendaftaran kemasukan saya ke MMU. Seingat saya, yuran pendaftaran waktu itu sekitar RM1700. Alhamdulillah. 

Tunjukkan kesungguhan kita dalam memperjuangkan cita-cita kita. Pastinya ibu bapa tidaklah sekejam mana untuk membiarkan kita ‘survive’ sendiri dalam bidang yang kita paling. Parents being parents, they would never want to see their kids suffering from shortage of money etc. Tapi, kalau mereka melihat kesungguhan kita, mereka pasti tersenyum dan ini membantu mereka dalam membina keyakinan dalam pilihan dan keputusan kita. 

Jadi, cubalah!

Tidaklah saya paksa anda untuk mengumpul duit untuk membayar yuran. Jika anda tidak mahu/mampu pun tidak mengapa. Anda boleh cuba bekerja, ambil pengalaman dikulikan, ditindas, dipuji, diherdik, dimarah, disayangi. Saya sarankan anda mengambil pengalaman mengenali kehidupan dan manusia melalui pengalaman bekerja seumpama ini. Keyword: Jika mental tak kuat, selepas sebulan dua, anda akan ‘tender resignation’ atau worst case scenario, anda tiba-tiba hilangkan diri tanpa sebarang notis. Serik mungkin? Hehe

3.// Lain-lain persediaan (preparation) yang sesuai.

Pertama: Banyakkan membaca

Saya sarankan anda biasakan diri membaca buku motivasi. Sebagai seorang quitter yang kemudiannya memilih untuk bertukar bidang, kekuatan utama yang perlu dibina adalah motivasi diri. Mental dan jiwa kena kuat, dik. Kalau tak, selepas beberapa waktu melayan hentam-hentam dan kritik-kritik manusia, adik boleh terjatuh kembali. Jadi, elakkan perkara itu berlaku dengan membentengkan diri dengan bacaan-bacaan motivasi.

Sekitar waktu saya struggle membina keyakinan diri bahawa ‘saya juga layak untuk berjaya seperti orang lain’, saya dipinjamkan sebuah buku tulisan Anthony Robbins bertajuk ‘Awaken the Giant Within’. Buku ini benar-benar melahirkan jiwa besar saya untuk terus berjuang mencapai cita-cita. Dan mulai saat itu saya berselera membaca buku-buku motivasi dan inspirasi.

Kredit Google: Cuba baca sini.

Kedua: Banyakkan Update Isu Semasa

Zaman kini amatlah mudah untuk kita educate diri kita dengan perkembangan isu semasa dengan adanya media massa. Internet sangat membantu kan? Malah Facebook sendiri boleh menjadi informer terawal untuk kita membaca macam-macam berita.

Perlahan-lahanlah digest tentang isu negara, isu politik, isu dunia, isu kemanusiaan dan sebagainya. Tidaklah sehingga anda perlu menjadi sangat ‘power’ dalam hal hal semasa. Cukup sekadar you know what is happening in this country, in this world.

Mengapa? Kerana kelak apabila anda mula mempelajari undang-undang, anda akan sedar bahawa to update with the current issues is so important and helpful for you to understand the law and its application. 

Kalau sebelum ini anda tidak minat untuk mengambil tahu berita semasa, mulai sekarang sekali sekala selaklah surat khabar untuk mengintai satu dua berita hangat. Mengetahui itu perlu. Tidak perlu membuat judgment. Okeh?

Ketiga: Rapatkan diri dengan Allah swt

Mudah, banyakkan masa untuk berkomunikasi dengan Allah swt. Ambil peluang masa senggang yang ada untuk meluahkan segala rasa kepada Allah swt. Mintalah apa saja yang anda ingin minta. Dia Maha Mendengar. Paling penting mintalah agar jalan yang dipilih ini membawa kebaikan untuk dunia dan akhirat anda.

Bidang perundangan adalah bidang yang ‘panas’ untuk sesetengah orang. Jadi, anda perlu sentiasa bersedia dan teguh dalam menjaga hubungan dengan Allah swt. Jika lemah, kita mudah hanyut dan tenggelam dalam ‘glamour’ nya dunia perundangan.

Kalau dah pakai baju hitam-putih bukan main smart, tarik beg (trolley) yang sarat dengan dokumen dan fail kes, mahu orang tak cair? Hehe

Pintalah agar Allah swt sentiasa teguhkan iman, semangat dan jiwa anda dalam perjuangan ini. Moga bermanfaat dunia dan akhirat.

Other than the above, I guess I have nothing more to say. Life is short, enjoy it to the fullest. And while enjoying your life, make sure Allah swt is always in your heart. For every breath that you are taking, semuanya berlaku dengan izin dan ihsan Allah swt.


Doa saya, semoga anda menjadi manusia yang bermanfaat untuk ummah seluruhnya. 
Mohon maaf atas kekurangan saya dalam menjawab persoalan-persoalan anda. 

Wassalam



Isnin, 11 Ogos 2014

When A Law Graduate Speaks (Q&A)

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ini kebetulan saya mengintai blog ini yang sudah terlalu lama saya biarkan sepi. Currently I am maintaining 3 blogs, like literally memang 3 blog. Cuma yang rajin saya focus ruang baru saya di www.bicaranajlaa.com dan satu lagi personal blog. Tapi memandangkan hari ni saya terbaca komen seorang pembaca di entry lama saya tahun 2011 yang lalu di sini, saya fikir saya perlu menjawab soalan-soalan melalui satu entri khas. Lalu ditulislah entri ini dalam masa yang sangat singkat. 

Komen dari Adik Anonymous berbunyi begini:
"Salam, mohon pandangan dari empunya blog yang arif..:)tp sblom tu nk bg tau keraguan sy terhakis lps bace artikel ni, seriously!... tp sy ada soalan..
jujur sy sebenarnya dalam dilema. sy skrang last sem untuk fod. in business management. then akan sambung ke degree in business jgk la kan. tp org2 tua sy termasuk p.cik2(dorang ni blaja mmg tip top habis lah, jd xbleh nk tolak saranan ikhlas dorang ni mentah2) x galakkan untuk sy continue course business ni... (sbbnye.. i think u know y:) plus dorang pun tau sy asalnye nak jdi peguam.. tp masalahnye bi sy waktu spm tu dpt c+ je.. subject lain A.(sy bdk art je), so now saya sdang mencari ipts yg sesuai untuk jurusan undang-undang (ipta mmg x layak) and akak kan bkas pelajar mmu so sy igt nk continue study kat mmu jgkla.. so bleh x akak citer ckit (panjang lebar lgi sy suke ;) akak mula2 amik ape eg. foundation in law ke.. pastu.. degree ke.. next... master ke.. macm tu la lebih kurang.. and last skali tp pling penting.. nk tau gak kos untuk blaja kat mmu melaka (kan?) mcm mana.. including sara hidup, t.tinggal, buku2.. yela sy ni bukan dari keluarga yang senang so, xnak la susahkan family..
sori panjng lebar tp hrp sgat akak sudi blas.. t.q" 

Pertama sekali, terima kasih Adik Anonymous atas kesudian membaca blog ini. Dan terima kasih kerana bertanya. Saya tak arif, tapi banyak soalan dalam komen anda yang perlu saya jawab. Apparently, saya telah meninggalkan MMU selama 3 tahun dan mungkin saya tak ingat saya journey saya beberapa tahun lepas tetapi saya akan cuba untuk menjawab soalan-soalan Adik Anonymous. 

Kedua, lets enjoy my answers to your queries, ya? Moga ianya bermanfaat juga untuk kawan-kawan lain yang berminat dalam bidang undang-undang. 

i) IPT mana yang menawarkan jurusan undang-undang? 

Di Malaysia, kebanyakan IPTA menawarkan jurusan undang-undang. Antara yang ternama adalah UM (Universiti pertama di Malaysia yang menawarkan jurusan undang-undang), UKM, UiTM, UIA, USIM, UUM, UNISZA dan anda boleh semak sendiri. Saya tidak terlalu khatam tentang hal ini tapi secara amnya, itulah IPTA yang menawarkan jurusan perundangan. 

Adatlah hidup zaman sekarang terlalu tinggi persaingan. IPTA, being the higher education institutions yang mendapat subsidi kerajaan, pastinya berbondong-bondong yang berebut. Dan kalau tak berpeluang atau tidak terpilih, janganlah kecik hati. Berusahalah untuk mendapat tempat di IPTS, jika berkemampuan. 

IPTS yang menawarkan jurusan perundangan ada banyak juga which you can check it yourselves. Tetapi kebanyakannya menggunakan silibus UK atau Australia yang mana senang cerita such institution tidak tersenarai dalam definisi ‘Qualified Person’ seperti yang termaktub di dalam Legal Profession Act. Tetapi Universiti Multimedia (MMU) adalah IPTS yang mendapat pengiktirafan daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB) sekaligus meletakkan graduan undang-undang MMU mempunyai kelayakan sebaris dengan graduan UM, UiTM, UIAM dan UKM. Ini adalah status terkini. Jangan tanya tentang status sebelum ini. Panjang saya perlu jelaskan nanti. So dari segi kelayakan graduan undang-undang dari MMU, mohon jelas dan padamkan kemusykilan. 

Sumber: Google

ii) Apakah ‘requirements’ untuk memohon tempat sebagai pelajar jurusan undang-undang di MMU? 

Jujurnya yang ni saya kurang pasti. Mungkin requirements dah bertukar, considering that MMU now has its own Faculty of Law. Previously when I was still a student in MMU, we were ‘parked’ under the Faculty of Business and Law. Back then, there was no Faculty of Law yet. So sekarang, dengan adanya Fakulti tersendiri, nama semakin diyakini, produk semakin dipercayai, mungkin requirements agak tinggi. Wallahualam. Saya sediakan link Faculty of Law di sini untuk anda semak sendiri. 

Entry requirements untuk Foundation in Law di sini dan entry requirements untuk Bachelor of Law (Hons) di sini.

Menurut pemerhatian saya, perlu ada minimum B+/B3 untuk Bahasa Inggeris manakala minimum C untuk Bahasa Melayu. 

Memandangkan Adik Anonymous dah go though Foundation in Business Management, mungkin Adik Anonymous boleh rujuk secara terus dengan pihak MMU. Manalah tahu boleh enroll terus untuk buat Bachelor of Law (Hons) using Foundation in Business Management as your entry requirements. Wallahualam. Boleh cuba try test. 

iii) Perjalanan saya sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari MMU Melaka. 

Setelah 3 tahun meninggalkan MMU, agak mencabar juga untuk saya re-call segala pengalaman dan perjalanan saya semasa bergelar pelajar di sana. InsyaAllah saya kongsikan secara ‘general’. Harap-harap membantu, ya? 

Saya bermula sebagai pelajar Foundation in Law, sekitar tahun 2007. Waktu itu usia saya telahpun menjangkau 20 tahun. Kelewatan saya dalam memulakan pengajian di MMU adalah kerana saya telah ke Kolej Matrikulasi Kedah terlebih dahulu pada usia 18 tahun, menyambung pengajian dalam Sains Hayat. Kerana saya datang dari sekolah MRSM, saya didorong oleh keluarga untuk menyambung pengajian dalam bidang sains. Namun, half way in there, I made decision to quit and left the college after one semester. Kemudian being a quitter, obviously I felt like a loser. Thus, I took my time to work part time, kumpul duit seciput dua ciput then only sambung belajar di MMU. Well, it explains my enrollment into MMU at the age of 20 kan? Good. Hehe. 

Sepanjang setahun pengajian Foundation in Law saya, saya menggunakan duit simpanan, duit ehsan ibu bapa dan adik beradik dan pinjaman PTPTN. Tapi PTPTN masa Foundation tu tak banyak mana pun. Kalau tak silap RM5000. 

Kemudian melangkah ke peringkat Ijazah pada 2008, Alhamdulillah Allah mudahkan jalan saya. Kerana keputusan Foundation yang cemerlang (kononnya), saya memohon tajaan biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dan Alhamdulillah saya dapat. Actually panjanglah cerita nak dapat tajaan ni sebab saya pun takkan boleh lupa betapa gigih berusaha apply biasiswa sana sini demi nak dapatkan financial assistance untuk sambung belajar. Kalau waktu Foundation tu pemalas dan keputusan tak cemerlang, saya rasa hari ni saya hanya mampu berangan nak jadi peguam je lah. In fact nak dapat biasiswa YTM tu mencabar jugak sebab usia saya waktu itu dah melebihi requirement untuk memohon. Tetapi bila disenarai pendek untuk pergi ke Selection Camp, kita cubalah usahakan yang terbaik. Anyway, kalau Allah swt kata itu rezeki kita, maka jadi rezeki kita juga. Syukur. 

So pendek cerita, sepanjang 4 tahun pengajian Ijazah di MMU, yuran pengajian saya ditaja sepenuhnya oleh YTM. Termasuklah wang poket (elaun sara diri) juga diberi YTM. In return, perjanjian saya dengan YTM adalah untuk berkhidmat dengan Telekom Malaysia selama 8 tahun seusai pengajian. Thus it explains what I am doing here in TM. Hehe. 

Upon my graduation from MMU (back in October 2011), saya lepak di rumah goyang kaki sekejap sementara menunggu Surat Pengesahan Tamat Belajar dari MMU. Sebab kalau nak tunggu lepas Konvokesyen, alamatnya kematu.hehe. So once dapat surat terus gigih cari peluang untuk menjalani Latihan Dalam Kamar (Chambering) di KL. Saya telah jalani Chambering saya di Messrs. Jeff Leong Poon & Wong selama 9 bulan bermula Januari 2012 hingga Oktober 2012. I was then called to the Bar, ditauliah sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 30 November 2012. Alhamdulillah. 

Then 1 Disember 2012, saya mula berkhidmat dengan pihak penaja. Currently I am in Legal Department. Saya sempat ‘jump’ beberapa different position (with different job-scope) before ended up in Legal Department. Alhamdulillah, it is a good life journey. In fact I am looking forward for another 'jump'.

Oh ya. Berkenaan pengajian Master saya, saya mula enroll di Universiti Malaya sebagai pelajar Sarjana Undang-undang pada September 2012. Waktu itu saya masih ber-chambering but I was about to complete my chambering lah. Masa tu gatal-gatal je apply Master sebab boring. Haha. Sebab gedik, mungkin? 

So it took me less than 2 years to complete my Masters. Memula nak buat 3 semester je tapi macam pancit pula, so end up jadi 4 semester. Alhamdulillah, lancar walaupun tak cemerlang.haha. Saya baru tamat Masters saya beberapa bulan lalu dan menunggu peluang untuk Konvokesyen sekitar Oktober ini. Kalau tak ada aral, saya akan posing-posing pakai jubah konvo lagi. Hehe. Doakanlah, ye? 

So roughly I think itulah perkara penting pun untuk perjalanan saya sebagai pelajar dan graduan undang-undang. Untuk cerita lebih detail mungkin next-next entry lah kot. (Kalau saya rajin) 

Dan untuk soalan kos di MMU, I think the best is to take a calculator and calculate lah.hehe. Dulu lain, sekarang lain. Yuran sekarang semakin tinggi, Adik Anonymous boleh tengok di link yang saya sediakan di atas. Yuran pengajian memang jauhlah kalau nak compare dengan yuran pengajian di IPTA. Itu memang fakta yang tak dapat dinafikan. Tapi kalau throughout your journey as a student, you get good results, you can always try to apply for scholarship. Banyak scholarship yang ditawarkan contohnya MARA, JPA dan institusi lain. Don’t worry so much about that. Paling tak pun, PTPTN kan ada? Hehe 

Berkenaan kos tempat tinggal, saya fikir tak ada banyak beza dengan kos duduk rumah sewa kalau belajar di tempat lain pun. Kalau pandai berjimat, rendahlah kos-nya. Kalau jenis nak melahu, nak makan mewah-mewah, nak seronok-seronok 24 jam, memang duit tak pernah cukup. It depends on individuals, actually. 

I think that’s all for now. Kalau ada soalan-soalan lain boleh lah ditanya kemudian dan saya akan cuba respons. Usually saya akan reply lambat sebab blog ni saya jarang bukak dan jarang semak, tapi kalau saya dah bukak dan perasan dengan komen, saya akan response. 

If there’s any urgency to the matter, to get advice etc etc, please drop me an email at dntc.trainer@gmail.com

Free consultation, kononnya! Hehe. 

Semoga Allah swt redha. Wassalam

Isnin, 8 April 2013

Surviving Law School.

Suatu pagi di hari minggu, Ummi mengajak bersarapan pagi di luar. Di kedai mamak kegemarannya, secara spesifik. Menjadi anak yang 'tunggal' waktu ini, saya bersetuju. Melayan selera Abah Ummi pada usia emas mereka begini adalah antara momen-momen indah untuk saya terokai dan hayati.

Di dalam kereta, Abah dan Ummi berborak tentang anak-anak rakan/saudara mereka yang berjaya menjadi doktor. Tidak lupa juga kegembiraan sendiri yang dikecapi, Abah berkata; "Abah syukur, seronok ada anak doktor, lawyer...".

Dengan pantas saya menepis, "Abah bukan nak anak jadi lawyer pun..". Sengaja saya bikin panas. Hehe. "Abah kan nak anak semua jadi doktor je..", saya menambah. Mengimbau pengalaman lalu, Abah benar-benar mahu saya menjadi seorang doktor. Namun dengan penuh selamba dan degil, saya membelok ke dunia berbeza. :)

"Eh apa pulak. Abah bangga apa ada anak lawyer jugak. Bukan senang nak jadi lawyer..", Abah konon menyedapkan hati si anak. Hehe. Ummi di belakang menambah-nambah, sengaja bikin panas. Seronok!

*****

Ramai orang bercita-cita hendak jadi peguam, tetapi tidak jelas dengan apa ruang lingkup kerjaya seorang peguam sebenarnya. Banyak universiti yang menawarkan jurusan undang-undang baik awam mahupun swasta. Malah ada juga kursus undang-undang ditawarkan tanpa mendapat pengiktirafan sepenuhnya. Setakat saya menulis entri ini, Unisza dan USIM masih berjuang mendapatkan pengiktirafan bagi membolehkan graduan-graduannya menjalani latihan dalam kamar seterusnya bergelar peguam.

So point pertama, jika mahu belajar undang-undang dan berniat untuk menjadi peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya yang diiktiraf, mohon kaji dulu taraf pengiktirafan kursus yang ditawarkan di universiti tersebut.

Ramai juga pelajar undang-undang ataupun graduan undang-undang yang membuat kesimpulan bahawa 'man, it's not easy to survive law school!'. Hehe. Benarkah?

Saya percaya, tak ada benda yang mudah dalam hidup ini. Semua jurusan pun mencabar dan dilihat payah. Mahukan kejayaan? Berusahalah! Mana ada kejayaan datang bergolek, ye tak? :)

Namun saya juga perlu bersetuju bahawa to survive law school is not something easy, but it's not impossible at all. Sebabnya, selepas tamat belajar, cabaran dunia chambering/latihan dalam kamar, lagilah 'neraka' untuk kebanyakan orang.

Seperti pelajar perubatan yang terseksa jiwa dan raga ketika zaman belajar, pastinya semua itu bukan sia-sia malah ia disusun sebegitu bagi membentuk persediaan mental dan fizikal tatkala mereka menjenguk alam 'housemanship' atau doktor pelatih. Dunia houseman lebih 'neraka' dari apa yang mereka sangka.

Maka tidak peliklah apabila ramai graduan undang-undang yang ketika belajarnya tidak sabar untuk habis belajar dan meninggalkan dunia penuh tekanan itu, memilih untuk kembali belajar ketika ber-chambering. Kerana kebencian yang terzahir ketika ber-chambering lebih besar berbanding seksa zaman belajar. Hehe. So hint-nya apa? It's not easy to survive law school. And it's crazier to survive chambering!

Tetapi alhamdulillah, segala kepayahan pasti ada kemudahan selepasnya. Itu janji Allah. Maka, berusaha sajalah. Allah pasti bantu.

Ramai juga kenalan saya yang pada asalnya mengambil jurusan undang-undang tetapi selepas beberapa semester, mereka bertukar bidang. Mengapa? Barangkali imuniti mereka tidak dapat melawan seksa dunia perundangan. Hehe.

Tetapi ada juga yang gagal beberapa kali tetapi tidak pernah berputus asa, apatah lagi bertukar bidang. Mereka tetap berusaha dan berusaha, hasilnya, mereka kini sangat hampir dengan pentauliahan bergelar Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. As I said, it is not easy but nothing is impossible!

Sejak beberapa bulan yang lalu, saya banyak menerima berita gembira dari rakan-rakan. Rata-rata sedang bergembira kerana selesai menjalani latihan dalam kamar, tinggal lagi untuk mendapat pentauliahan sahaja. Masing-masing sibuk mencari rezeki kerja yang lebih baik. Rata-rata sibuk menunggu panggilan temuduga. Tidak lupa juga yang telah pun menerima tawaran kerja yang lumayan, atau agak lumayan. Hehe.

Saya? Saya menumpang gembira. Seronok melihat seorang demi seorang mencapai cita-cita setelah mengharungi segala susah payah dari mula hingga akhir. Paling tidak percaya sekali, setelah tamat chambering, masing-masing cuba mengintai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Sarjana. Sedangkan dahulu benar-benar terseksa bergelar pelajar undergraduate dan berdoa agar masa cepat berlalu. Tiba-tiba kini mahu kembali bergelar pelajar? Aneh! Itulah cinta yang buta namanya.hehe.

Melalui kepayahan di dalam bidang ini sungguh mengasyikkan dan mengujakan. Memang benar, kepayahan yang dilalui menanam rasa benci yang saaangat dalam. Tetapi once we are out of the danger zone, kita rasa sangat happy dan excited lalu teringin untuk terus menaikkan taraf pengetahuan. This is amazingly true. Selain Sarjana, Diploma in Syariah Legal Practice pun menjadi 'target' mereka. Asal boleh nak tambah ilmu undang-undang, selagi itu nak try. Hehe.

Minggu lalu ketika keluar membeli kasut kerja dengan dua orang rakan seperjuangan di MMU, salah seorang daripada mereka menerima panggilan telefon. Mendengar perbualan yang profesional dan serius, saya dan seorang lagi rakan mengagak, pasti panggilan terima kerja! Kami yang memasang telinga ini yang excited. Tatkala si penerima panggilan selesai bercakap dan mematikan talian, saya dan seorang lagi rakan senyum-senyum memancing. Minta belanja. Hehe. Gembiranya bukan kepalang sahabat yang beroleh kerja sehingga menghadiahkan kami seorang satu ciuman di pipi. Kelakar. Bila tengah teruja, semua tindakan di luar kawalan. Nasib baik perempuan sama perempuan!

Rakan saya yang seorang lagi pula ketika itu menunggu hari dipanggil temuduga. Kali ini dengan syarikat permotoran yang bernama besar di pelusuk dunia. Pergh. Dahsyat. Saya tabik spring. Hari ini, adalah hari beliau ditemuduga. Pagi tadi saya telah menurunkan sedikit sebanyak ilmu.kehkeh. Memandangkan saya adalah antara yang terawal ber-chambering, ditauliah sebagai Peguambela & Peguamcara, juga bekerja, mereka selalu membuatkan saya merasa tua dengan gemar merujuk kepada saya. Namun jauh di sudut hati saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Mereka sangat hebat dari segi semangat perjuangan mereka sehingga ke tahap ini.

Oh sebelum terlupa, jika ada yang berhasrat untuk menyambung belajar dalam bidang perundangan di MMU, jangan khuatir dari segi kualiti dan pengiktirafannya. MMU diiktiraf dan para graduannya juga layak untuk bergelar Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Jangan khuatir tentang yang itu. Tambahan pula, MMU kini mempunyai Fakulti Undang-undang tersendiri, berbanding sebelum ini saya sendiri bergraduasi di bawah label Fakulti Perniagaan dan Undang-undang. They have grown so fast. Saya tumpang gembira.

Hari ini saya bertugas di sebuah syarikat telekomunikasi sebagai eksekutif biasa. "Tak jadi lawyer pon! Poyo! Cerita lebat!". Hehe. Yes, you are absolutely right.

Saya percaya dan yakin sepenuh hati bahawa Allah menyusun jalan hidup kita dengan keunikan dan hikmah tersendiri. Yakinlah dengan aturan Dia. Saya masih dan sangat sayangkan dunia perundangan saya. Alhamdulillah Allah beri saya peluang, walaupun bergelar eksekutif, bukan Peguam, saya masih menjalankan kerja-kerja berkaitan undang-undang. :)

InsyaAllah jika Allah beri izin dan buka jalan, saya akan kembali merencana jalan hidup seorang peguam muslimah yang syariah compliance bila tiba masanya. Peribahasa melayu 'kacang lupakan kulit' sangat bisa untuk saya terima dan menampalnya pada dahi saya. Oleh kerana itu, saya di syarikat ini, menjalani 'bond' pihak syarikat yang telah menyumbang wang menanggung kos pengajian ijazah undang-undang saya dan juga membekalkan wang sara diri sepanjang 4 tahun sebelum ini. Hehe.

Well, I enjoyed my undergraduate life so much.
And I am currently enjoying my working life cum postgraduate life at this moment.

Surviving law school is not easy but it is never impossible.
You should try, if you have a dream to be a legal practitioner one fine day.

It's awesome, and amazing, I tell you!

Rakan-rakan.
Dahulunya sekuliah.
Kini, se-pengamal-undang-undang.

Isnin, 10 Disember 2012

Law students: Kita perlu bergegas.

Apa khabar agaknya jiwa-jiwa kita pada waktu ini? Adakah kering kontang atau sedang basah dengan rasa-rasa kecintaan terhadap Allah swt, Muhammad saw dan Islam seluruhnya? Tepuk dada, tanya iman.

Maaf atas kesepian saya terhadap blog ini yang lama. Bukan berniat berhenti dalam penulisan cuma sibuk menguruskan kehidupan. Mencari rentak yang tidak kengkang, bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, perjuangan harus terus.

Alhamdulillah, cabaran demi cabaran telah dilalui. Mahu atau tidak, kita perlu hadapi. Setiap kali cabaran yang datang, pilihan ada pada kita sama ada untuk berundur atau perlu jalan terus. Dan apabila memilih untuk berjalan terus, kita ada pilihan untuk berjalan lemah longlai atau secara bergegas. Jika anda tanya saya, saya fikir kita perlu bergegas.

Melihat seorang demi seorang selebriti atau 'public figure' berhijrah, apakah yang kita rasa? Cukupkah kita sekadar memuji dari kejauhan dan membiarkan kita selesa di takuk lama? Tiadakah usaha dari pihak kita untuk memperbaiki ilmu dan akhlak? Oh sayangnya. Kita melakukan pembaziran masa yang membuak-buak. Senang kita membuang masa tanpa tersedar betapa kita perlu bergegas.

Akhir-akhir ini saya diajukan beberapa soalan dari adik-adik dari bidang undang-undang. Antara soalannya seperti bagaimana untuk belajar dengan baik dalam bidang undang-undang, bagaimana untuk mendapatkan tempat menyambung Masters, dan tidak lupa juga komen-komen simple sekadar menyampaikan harapan agar laluan mereka untuk cemerlang, ber-chambering dan seterusnya ditauliah sebagai Peguam tercapai.

Respons awalan dari saya, insyaAllah akan tiba masanya semua cita-cita kalian menjadi kenyataan. Yakinlah kepada Allah swt kerana Dia yang merencanakan semuanya. Dan Dialah yang mendengar segala permintaan dan permohonan sekaligus meluluskan segalanya. Besides, usahalah sekuat-kuatnya. Kerana Allah swt sangat suka pada hambaNya yang kuat berusaha dan tidak kenal erti putus asa.

Kalau kita kerap gagal lalu mencari sebab dengan mengatakan 'buat law ni susah lah! tak macam course lain..', ketahuilah bahawa kitalah orang yang patut rasa malu. Dengan memberi alasan begitu, kita menjelaskan kepada umum betapa kita tidak bijak. Mengapa? Kalaulah undang-undang ini benar-benar susah dan tidak se-kacang kursus-kursus lain, bagaimana setiap tahun ribuan peguam ditauliah? Bagaimana setiap tahun bilangan firma guaman kian bertambah? Adakah ini indikasi yang membenarkan alasan kita? Tidak, adik-adik, sahabat-sahabat. Maka, apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu bergegas mencari rentak terbaik dalam mencari jaya.

Perlulah kita tanya pada diri kita sebelum alasan demi alasan kita taburkan. 'Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh??'. Orang lain tu ada super-natural power kah? Orang lain tu ada 2-3 otak terlebih daripada kita kah? Orang lain tu ada tanam mesin photostate dalam kepala otak dia kah? Semua jawapannya tidak.

Tetapi mungkin orang lain itu rajinnya lebih dari kita? Atau usahanya berlipat kali ganda? Atau orang lain itu tidak suka membuang masa dan bersenang lenang seperti kita? Barangkali jawapannya Ya. Dan jelaslah, kita perlu bergegas mengejar mereka.

Di hujung hari nanti, kita yang merasa semuanya sendiri. Sama ada kita mahu tersenyum melompat gembira kerana berjaya bergraduasi bersama kawan-kawan sekuliah, atau kita monyok menunggu bilalah agaknya masa kita akan tiba sambil-sambil menonton kegembiraan kawan-kawan lain. Kita pilih.

Kita pilih sama ada kita mahu gembira ditauliah sebagai peguam bersama rakan-rakan seperjuangan lain atau kita selesa keciciran di belakang. Dan seterusnya kita pilih adakah kita mahu menjadi yang terakhir sekali menggagau keseorangan mendalami seksanya ber-chambering tatkala rakan-rakan lain sudah selesa duduk di kerusi peguam di mana-mana firma guaman dalam negara. Kita mahu yang mana?

Pendek cerita, semuanya memang kedengaran sukar. Namun, tiada satu pun yang kedengaran mustahil.

Mungkin semuanya kedengaran seperti masalah, namun hakikatnya masalah tiada melainkan kita pilih untuk cipta. Yang ada pastinya cabaran. Namun, cabaran itu yang mendewasakan dan membantu kita untuk melepasi peringkat demi peringkat kejayaan.

Adik-adik yang sedang berjuang dalam bidang undang-undang, there are thousands of law students out there who always strive hard to be the best, and ask yourself do you choose to be among the best or you are comfortable to be just an average person?

And there are thousands of lawyers out there, ask yourself, where and how do you want to position yourself within the community?

Bergerak pantas, bergegas, pasti ada tempat istimewa untuk kalian! Selamat maju jaya. Wassalam






Rabu, 29 Ogos 2012

Legal Aid - It's a wrap.

Alhamdulillah, entry baru muncul setelah blog ini hampir bersawang. Kesibukan dan kecemburuan masa menjadi punca blog ini tidak saya manfaatkan sebaiknya. Semoga keampunan Allah menyebelahi saya.

Legal Aid Programme saya semakin menghampiri penghujung. Hari ini siang tadi hari terakhir saya dapat menembusi tembok besar penjara secara sah dan halal. Minggu depan minggu terakhir tugasan legal aid yang mana tiada lagi sesi ke penjara, cuma tinggal untuk follow up.

Saya tidak bercadang untuk menulis panjang namun saya copy-paste kan di sini status FB saya yang saya tulis sepulangnya saya dari penjara hari ini. Semoga ia memanfaatkan kita semua dan semoga di akhirat nanti apabila di soal kepada saya, zaman muda saya dihabiskan bagaimana, sekurang-kurangnya saya dapat menjawab, berblogging perkara yang bermanfaat. InsyaAllah. Amin. 

Status untuk Kes Rogol 1:

"Had a so tiring day in Kajang Prison. 
Heard a scary confession from a young offender age 20 today; 
"Saya memang geram dengan perempuan, saya benci tengok perempuan. Setiap kali saya menyamun, kalau ada perempuan, mesti saya rogol!" 
Ibu-ibu, bapa-bapa, didik anak-anakmu dengan rujukan Quran dan Sunnah. Jangan perjudikan nasib anak-anak dengan keseronokan kalian mengejar 'indahnya' dunia. Akibatnya, anak-anak tersalah pilih jalan, tersalah nilai pedoman, ter-rogol ter-samun anak orang dan tersumbat di kotak-kotak sel penjara. Kalau lah semua ibu bapa berkejar-kejaran mengejar bilangan anak-anak soleh dan solehah untuk mereka didik di dunia ini demi saham akhirat mereka, kan indahnya dunia."
Status untuk Kes Rogol 2:


"I had a juvenile client this morning. He is 17. He committed rape. Everytime I asked him about his family background, he seems reluctant to attend to my questions. His father is very angry. His father refused to bail him out. Poor boy. 
He confessed that he had intercourse with his girlfriend of same age few times before. The worst thing is that he is charged for committing rape against a chinese
 lady whom he randomly caught after seeing her cycling in the middle of a night. Could you believe a 17 year old boy is that horny?
 
He asked me about the possibility for him to get into the juvenile centre and he told me, if possible he wants to request for STB - Sekolah Tunas Bakti.
 
I wish I could tell him that the juvenile centre could promise him nothing good for his improvement or his future but I just couldn't. 
I am sorry but the system really need to change. Sending the juveniles into the centres is just as same as producing more talented criminals when they are free. Why? They get into the centre with 1 knowledge, they 'graduate' with thousands of knowledge of committing crime.
 
Perhaps the government can establish a more islamic/religious based juvenile centre like Raudhatus Sakinah rather than wasting money, energy etc for the unhealthy juvenile centres. 
 
If only our family member is the one who is charged for such crimes, what will we do? Have you ever think about it?"



Saya tahu status-status di atas sudah cukup panjang untuk dihadam, difaham dan dicerna. Semoga kalian membuka ruang di hati dan minda untuk 'alert' dengan kesakitan yang menimpa masyarakat kita hari ini.

Namun harus diingatkan, tujuan perkongsian bukan untuk menakutkan tetapi saya percaya adalah tanggungjawab saya untuk menjentik minda sahabat-sahabat sekalian untuk mula cakna dengan kehidupan sekeliling kita. Sungguhpun kita rasa kita sudah bijak, perlulah kita sedar bahawa besar kemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mungkin tidak begitu bijak jika kita gagal mengambil langkah bijak.

Dan, saya pohon jangan dicaci maki mereka yang telah ter-salah memilih jalan dan mengambil langkah. Kita perlu berhati-hati namun tak perlu sampai menghukum semua pesalah dengan caci maki hentaman kita. Semua orang berhak diberi peluang untuk perbaiki diri.

Wassalam

Rabu, 20 Jun 2012

Di sebalik penjara.


Kitab untuk 14 hari Legal Aid Duty

Alhamdulillah, minggu pertama Legal Aid Duty saya telah selamat dijalani dengan sungguh ohsem sekali. Sukar untuk diceritakan dengan kata-kata tapi akan diusahakan juga. Dengan tujuan; untuk memeriahkan blog sendiri dan untuk berkongsi pedoman bersama.

Saya tak mampu nak ceritakan secara details sebab otak saya sendiri memang tak tahan karat, terlalu cepat berkarat. Tapi personally, ini pengalaman baru untuk saya dan juga rakan-rakan lain. Alhamdulillah saya rasa saya tidak salah dalam memilih tugasan ini dalam banyak-banyak pilihan lain yang ada. This is what I want to hear and see. 

Tugasan kami tak lah sesukar mana. Sekadar menemuduga pesalah/tertuduh, tanya sama ada mahukan khidmat bantuan guaman, tanya sama ada mahu mengaku bersalah atau minta dibicarakan, etc etc. Mendapatkan maklumat bukan perkara sukar. Yang sukarnya ialah berperang dengan emosi sendiri dalam berhadapan dengan mereka. Kepala botak, muka bengis atau hati kering, tangan bergari, berpakaian seragam banduan, etc etc. Cabaran, bukan?

Selama ini hanya lihat dalam TV, kali ini berhadapan secara sendiri. Sungguh ini satu nikmat kehidupan buat saya.

Penjara Sg. Buloh  - Selasa, 19 Jun 2012.


Pertama kali melangkah kaki memasuki penjara, rasa macam, 'eh, betul ke ni?'. Tapi belum suspen lagi masa tu, kira cool lagi lah. Mujur saya ada Shahira, (rakan sekelas selama 5 tahun di MMU) sebagai teman untuk berborak sakan. Masuk je pintu besi, perkara pertama sekali yang berbeza ialah, bau. Ya, bau nya berbeza. Bau hapak, masam. Walaupun itu bukan kawasan banduan tinggal. Itu hanya kawasan bilik-bilik pegawai. Tapi memandangkan itu adalah laluan keluar masuk, maka mungkin bau itu tak dapat lari. 
Shahira peace sebelum masuk pintu besi pertama.
Kemudian, barang-barang perlu disimpan dalam locker. As usual, no handphone, no benda-benda tajam dan seangkatan dengannya. Selepas dilakukan body checking ke atas kami, so kami melalui satu lagi pintu besi. Melalui pintu besi kedua baru terasa dup dap dup dap. Shahira pun bersuara, 'Mek, aku nervous dohh!'. Ya, saya pun mengangguk dan bersetuju lalu berkata, 'cuak weh..'.

Tapi, menjadi seorang yang profesional, kita perlulah berlagak profesional. Apabila lalu di hadapan ruang menunggu untuk banduan, melihat rata-rata rambut sama botak, uniform sama, malah selipar pun sama, dan pada masa itu muka rasa kebas. Nak senyum ke nak buat muka apa ni?hehe.

So basically di Penjara Sg. Buloh kami interview tertuduh-tertuduh di ruang kantin yang mana tidak seperti di dalam drama TV. Setiap seorang daripada kami diberi seorang klien pada satu masa. Means, it's one to one communication. Tiada cermin, tiada gagang telefon seperti di dalam drama. Hanya ada kerusi yang kami duduki, meja kantin dan diri-diri kami. Banduan tangan di gari, kami tangan memegang pen. Dan kawalan ketat daripada warden penjara, seperti di dalam drama TV. 

Kerjasama mereka baik. Jangan tanya mereka berdosa atau tidak, pada saya itu bukan tugas kita untuk menjatuh hukum. Cukuplah kita belajar daripada kisah kehidupan mereka. 

Klien yg sempat saya interview di Sg Buloh ada 2 orang. 1; kesalahan samun. Seorang bapa, mempunyai 3 orang anak yang mana semuanya bersekolah. Sebelum ini mempunyai sejarah memasuki Simpang Renggam atas kesalahan sama. Jadi, apa komen anda? 

2; seorang bapa berusia tua setahun daripada saya. Tetapi telah bercerai. Mempunyai ibu yang menghidapi penyakit jantung yang mana sepanjang tertuduh ditahan, ibu yang sakit ini menjaga anaknya. Kesalahan; bersubahat dalam memiliki barang curi. Ditangkap setelah baru 3 hari bebas dari Penjara Kajang. Apa komen anda?

Saya taknak cerita pasal klien saya tapi saya nak cerita tentang environment di dalam sana yang pada saya lebih menginsafkan. Ketika masuk ke dalam pintu yang mendekatkan kami dengan para banduan, saya sebagai seorang observer yang rakus memandang ke kiri dan kanan. Maka saya melihat banduan yang cuba menakal dengan mem-'fewwit-fewwit' kami di tengking oleh warden penjara di sebelah kanan laluan kami dan saya melihat banduan-banduan tua yang saya fikir lebih kurang usia Abah saya sedang menghadiri Kuliah Agama di satu ruang yang berbeza. Maka saya tersentuh. Aduhai, apalah nasib pakcik-pakcik ini menghabiskan usia di tempat sebegini. Apa agaknya salah mereka dulu, ya?

Selepas selesai tugasan kami, kami diberi makan tengahari di ruang kantin yang sama. Yang serve makanan kami adalah juga banduan, pada hemah saya yang diberi kepercayaan untuk menguruskan dapur. Nampak nur di wajah mereka, senyuman manis, dahi bertanda. Benar, tanda di dahi bukan bukti kuatnya iman seseorang. Tapi setidak-tidaknya, sejuk mata memandang mereka. Mungkin tempat mereka dilihat hina oleh kita, namun di sisi Allah, kita tak tahu, kan? Kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. 

Penjara Kajang - Rabu, 20 Jun 2012.

Untuk sepanjang Legal Aid, schedule untuk kami ke Penjara Kajang hanya 2 kali setiap seorang. Pergerakan mengikut jadual yang disusun. Kalau di Penjara Sg. Buloh, kami 25 orang akan bergerak dan menjalankan tugas sekali. Tapi untuk Penjara Kajang, susunannya hanya 6-7 orang setiap kumpulan. Berbeza kali ini kerana di Penjara Kajang, pesalah-pesalah adalah Young Offenders dan juga Wanita. Bukan seperti di Penjara Sg. Buloh, untuk kes-kes yang kami uruskan.
Pintu besi. Silalah masuk kalau sudi.
Pagi tadi, semasa kami menunggu di luar pintu besi, kami ber-enam seperti berlegar-legar diruangan petak kuning (seperti di dalam gambar di atas). Kemudian keluar seorang pegawai penjara berkata, 'minta tepi sikit dik. Bas nak parking sini, nak bawa banduan gantung'. Saya seperti, 'what?? gantung?? maksudnya apa?'

Lalu bas tersebut parking dan pintu besi dibuka dan keluarlah beberapa orang banduan, tangan bergari bersama pegawai penjara menaiki bas. Muka memang ranggi habis. Bengislah senang cerita. Tapi saya berdiri sebelah pokok buat gaya relax macam tak ada apa-apa. Padahal dalam kepala ni fikir macam-macam. Saya bukan fikir, 'eh diorang boleh serang aku ni!'. Bukan! Bukan! Saya fikir, 'apa yang mereka buat sampai dapat hukuman gantung? bunuh? bunuh siapa?. Habis family mereka bagaimana?'.

Ok, bila masuk pintu besi, again the same smell is there. Walaupun penjara lain-lain, bau tetap sama. Saya labelkan ia sebagai 'the smell of prison'. And then the same procedure we gone through except for today tiada body checking untuk kami yang perempuan kerana tiada pegawai wanita yang bertugas tadi kelihatan. hehe. 

This time, environment tempat kami temuduga berbeza. Sedikit seperti dalam drama TV. Ada cubical, ada cermin yang memisahkan kami dan tertuduh tapi tiada gagang telepon seperti dalam drama.hehe. Cuma, tangan mereka tak bergari. Rambut mereka tetap sama botak, baju mereka, selipar mereka seragam. Itu berdasarkan pemerhatian saya. Sefahaman saya, mereka pesalah Juvana/Young Offenders yang mungkin kurang kecenderungan untuk lari dan mencederakan. Tambah lagi ada yang belum ke mahkamah untuk bicara. Baru sampai tahap sebutan. Fresh.

Sebab jiwa saya lebih tersentuh dan teruja bila berkisarkan tentang juvana, remaja, anak-anak, maka kali ini saya kongsikan kisah klien-klien saya.

Klien 1.

Saya: Assalamualaikum. Sihat?
Dia: Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. *Sambil senyum manis*
Saya: Umur berapa ya?
Dia: 20 tahun, kak. 

Dan komunikasi dua hala diteruskan untuk 30minit. Antara part yang menyentuh hati saya:

Saya: Tahap pendidikan, dik? (Sebab saya kena isi maklumat dalam borang)
Dia: Saya sekarang tengah study TESL kak di U**. 
Saya: *Aduhai, kenapalah kau kat sini (dalam hati)*
Dia: Kak,.. kalau saya kat sini, kena buang U** ke? (Mata dia mula berkaca). Kak, kalau boleh saya taknaklah kena buang. Saya tak salah, kak. Saya tak tahu apa-apa pun pasal dadah tu. 
Saya: Sekarang ni Uni adik tengah cuti ke? Pihak U dah tahu ke?
Dia: Tak tahu lagi kot. Mak saya kata, dia cuba bincang dengan IO, kalau boleh minta kerjasama jangan maklum pada pihak U**. 
Saya: Ok, bagus. Kawan ada yang tahu?
Dia: Tak. Saya taknak bagitahu.

~Bla. bla. bla. Malas nak cerita panjang lebar~

Saya pendekkan kisahnya, saya taknak komen dia bersalah ataupun tidak. Cuma nak kata, nasib tak menyebelahi dia. Yang sedihnya, ayah dia baru meninggal bulan 5 hari tu, masa tu dia dah ambil cuti lama. Kemudian kakinya retak, cuti lama lagi. Kemudian di kembali ke U**, baru masuk balik kelas 2 hari. Kemudian kawan call ajak lepak, hang out, dia pergi. Sempat lepak di hotel yang abang kepada kawannya check-in. Just before check-out, bilik hotel kena serbu, polis geledah hotel, jumpa ganja bawah tilam. Maka, tersangkutlah dia sekali. 

Mari kita fikir sama, apa agaknya perasaan ibunya apabila dihubungi memaklumkan anaknya kini ditahan kerana ditangkap bersama dengan dadah? Mampukah ibunya merawat luka dihati sendiri, dahlah baru kehilangan suami, tambah pula dengan kesilapan anak? Mana ada ibu yang senang hati melihat anak dibalik jeriji besi walau jahat sekali pun anak itu. Kan? 

Mari fikir juga, andai kata dia dibuang Universiti, adakah dia kuat berhadapan dengan situasi? Kalau kita di tempat dia, bagaimana? Dalam hal ini, siapa yang nak dipersalahkan? Salah ibu mengandung? Salah ayah yang buat ibu mengandung? Atau salah diri sendiri? Atau salah rakan yang mengajak keluar? Atau takdir yang dipersalahkan? 

Klien 2.

Saya: Umur berapa dik?
Dia: 20 tahun.
Saya: Kesalahan apa?
Dia: 395, kak.
Saya: *belek Penal Code. amaturlah katakan*
Saya: Samun?
Dia: Ha'ah.

Bla.bla.bla.

Saya: Mak kerja apa?
Dia: Mak saya ajar budak mengaji.
Saya: Telan air liur. 

Bla.bla.bla.

Saya: So nanti nak mengaku salah ke nak minta bicara?
Dia: Saya tak tahulah kak. Mana yang lebih baik?
Saya: Kalau mengaku salah, kita boleh mitigate minta hukuman diringankan. Kalau nak minta bicara pun boleh sebab adik kata, yang buat tu kawan adik, adik bawak motor je, dan polis tak buat kawad cam tu semua, barang kes pun tak de dengan adik.. Tapi kita tak boleh jamin berapa lama kes boleh settle. Satu lagi kalau adik tak mengaku bersalah, minta bicara dan kemudian mahkamah putuskan adik bersalah, hukuman tu payah nak ringan, dik. 
Dia: Mak saya, abang saya semua kata jangan mengaku bersalah. Sebab saya tak buat. Saya bawa motor je. Tapi saya tak tahulah kak. Mana yang lebih cepat, itulah saya nak. Kepala dah sakit duduk lama-lama dalam ni, kak. 
*masa kau nak bawa motor tu kepala kau sakit tak dik?* hehe

Part yang syahdu.

Saya: Adik ada apa-apa lagi ke nak cakap, nak minta dimaklumkan apa-apa kepada keluarga?
Dia: Saya minta tolong akak call Mak saya, boleh tak? Minta bagitahu dia, saya minta dia datang melawat, saya nak tahu perkembangan keluarga. Saya tak tahu apa-apa sekarang ni, kak.
Saya: *Telan air liur lagi. Syahdu. Sayang rupanya dia kat family, kan?*
Saya: Ok, akak take note kat sini. Nanti kita cuba hubungi keluarga adik. Sabar sikit ya duduk sini. 
Dia:  Ok, terima kasih kak.

Klien 3.

Saya: Umur dik?
Dia: 18 tahun.
Saya: Kesalahan apa dik?
Dia: Pecah rumah.

*Sebenarnya bukan pecah rumah sangat pun. Curi tong gas kosong sebanyak 6 buah di rumah sewa sendiri. 1 tong gas dijual dengan harga RM35. RM35x6 = RM210.

bla.bla.bla.

Key factor pada hemah saya:

Satu.
Saya: Tahap pendidikan dik?
Dia: Tingkatan 2.
Dalam hati saya berkata, 'zaman sekarang pun ada orang tak kisah tak sekolahkan anak sampai habis ke? duduk KL pulak tu, wehh!'.

Dua.
Saya: Keadaan keluarga adik macam mana? ok? (Ruangan dalam borang, miskin, sederhana, ibu bapa bercerai)
Dia: Mak ayah bercerai, tapi tak tahu ayah hilang lari ke mana. Saya ada bapa tiri.  

*Sebab itu dalam Islam, bapa penting sebagai ketua keluarga, sebagai Imam. Bila bapa tiada, beginilah kesannya.*

Saya: Ini kesalahan pertama atau ada kes sebelum ni?
Dia: Sebelum ni pernah didakwa kesalahan pasal guna senjata masa saya Form 2 tapi saya lepas, mahkamah kata saya tak salah.

Ok, mari fikir. Salah ke tak tu belakang cite, tapi apa kau buat dik sampai kau boleh main dengan senjata segala bagai? Kalau akak diknon, akak main lawan pemadam je kat sekolah. Main rebut tiang masa rehat, main kredit kad (raba bontot kawan), main pijak-pijak kasut kawan. Paling kuat pun akak bercinta monyet lah. Itulah. Kau main senjata? Alahai.

Lepas tu, berbaloi tak kau rembat barang nilai RM210 yang sehari kau boleh habiskan (nak bagitahu betapa sikitnya nilai), kemudian kau sangkut dalam ni tak tahu berapa lama. Mahkamah bagi ikat jamin pun family tak mampu bayar, minta kurang lagi. Habis camno?

Pengalaman lain.

Selepas keluar bertemu young offenders, kami menunggu di luar penjara wanita pula untuk menemuduga banduan wanita. Menunggu bukan main lama, lepas tu tak jadi, lepas tu balik.

Sebelum tu, saya nak cerita apa yang saya nampak. Kebetulan semasa menunggu di bawah panas terik tu, bas penjara pun tiba. Banduan wanita ramai turun dari bas (baru balik daripada Hospital) dengan tangan bergari bersama warden penjara wanita. Perkara pertama saya terpandang; "oh my God. there's a lady with a baby!". Itu perkara pertama saya terpandang dan terus saya sampaikan kepada kawan-kawan lain. Anak comel pula tu. Hancur luluh hati saya. 

Masa masing-masing turun dari bas, ambik kau. Saya nampak tidak kurang daripada 3 orang wanita yang menggendong bayi. Seorang dua daripadanya seperti masih dalam pantang atau mungkin baru habis pantang. 

Kita sama-sama fikirlah, agak-agaknya bila anak-anak itu membesar nanti, marah tak dia bila mendapat tahu bahawa tahun-tahun awal kelahiran dan kehidupannya, dia membesar di dalam penjara, di sebalik jeriji dan tembok tinggi 4 meter?

Saya tertanya-tanya, apalah salah ibu-ibu ini ya? Apakah nasib anak-anak itu nanti?

Penutup.

Lalu kita perlu tanya diri kita, apa fungsi kita untuk masyarakat dan dunia? Kita lawyer, kita doktor, kita engineer, kita money-maker tapi apa sumbangan kita?

Kalau tak ada, elok kita tekup muka, dan letak kepala dalam jamban dan pam.

Sebab kita dan najis tiada beza. Memalukan saja. 

Wallahualam.
Wassalam