Nak baca kena senyum. ;)
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)Petang tadi, sesampai saja saya di LRT Setiawangsa, saya menuruni tangga dengan laju. Kononnya Abah telah sampai, padahal tidak.
Laju menuruni tangga, tiba-tiba langkah bergerak perlahan tatkala melihat seorang pakcik meminta sedekah, betul-betul di tengah-tengah bahagian depan tangga. Lokasi strategik.
Sayu hati melihat. Kaki berbalut, sambil duduk di atas kerusi lipat yang saya fikir dibawanya sendiri dan sambil memegang tongkat yang di sangkut papan tanda perihal dirinya, dia tenang mulut terkumat-kamit. Berzikir, saya yakin.
Ramai yang menuruni tangga berjalan terus, sikit pun tidak ditinggalkan buat sedekah untuk pakcik ini.
Ramai juga yang menuruni tangga dengan laju, tetapi perlahan mendekati pakcik ini dan bersedekah.
Ramai juga yang memandang sayu.
Ramai juga yang memandang tak sudi.
Biasalah. Manusia.
Pakcik ini agak familiar pada pandangan saya. Saya pernah terlihatnya mencari rezeki begini di Stesen Masjid Jamek. Banyak hari juga selepas itu saya mencari tetapi tidak jumpa.
Hari ini Tuhan temukan saya dan dia, di Stesen Setiawangsa.
Resolusi rendah kerana gambar menggunakan HP tak canggih. |
'Sumbangan ehsan untuk saya Veteran Angkatan Tentera kerana sakit kanser tulang. Tolonglah tuan, bantulah saya. Akaun RHB Bank 11418300142568.'
Namanya; Zainudin bin Pareeth Kunju.
Sementara menunggu Abah sampai, saya berdiri lebih kurang 2 meter dari pakcik ini. Saya berkira-kira, macam nak tegur, nak borak, nak tanya tapi takut pakcik ni tak layan.
Akhirnya, saya mendekati juga. Pakcik ini tenang menjawab soalan-soalan saya. Dia ceritakan sakitnya sejak 2 tahun lalu. Usianya baru 45 tahun tetapi dia mengakui dia kelihatan seperti 60 tahun kesan kimoterapi yang kerap dilaluinya. Anak sulungnya baru menjengah Tingkatan 5. Aduh, luruh jantung saya.
Saya: Pakcik tinggal di mana?
Pakcik: Depan HKL, dik. Dulu duduk menyewa di Asrama Felda tu tapi sekarang diorang dah guna asrama tu jadi tak boleh sewa situ lagi. Tak apalah, kita pun tak ada duit nak bayar..
Saya: Oh ye ke.. Pakcik duduk dengan siapa sekarang?
Pakcik: Orang rumah pakcik, dan anak pakcik 4 orang..
Saya: Oh, alhamdulillah. Jadi pakcik datang sini naik apa?
Pakcik: Naik LRT. Turun di Masjid Jamek, lepas tu naik bas nombor 30, berhenti depan HKL. Senang je, dik.
Saya: Sekarang pakcik dah habis kimo atau masih ada lagi?
Pakcik: Masih lagi.
Saya: Hospital mana, pakcik?
Pakcik: HKL. Senang. Murah, dik. RM400 setiap kali kimo.
Saya: Oh, alhamdulillah. Ada lah rezeki pakcik tu.. Nanti pakcik buka puasa kat mana, macam mana?
Pakcik: Nanti pakcik beli air mineral. Balik rumah baru makan. Tak boleh makan sembarangan, dik sakit macam ni.
And the borak-borak session goes on sampai Abah datang dan saya mengundur diri. Sedih saya. Saya tak rasa pakcik ini menipu sebab bersama-samanya dia kepilkan surat pengesahan doktor, nombor kad pengenalan, nama penuh siap IC pun dia pampangkan sekali bersama surat-surat berkenaan yang mana dia pegang sentiasa.
Jadi, bulan puasa yang penuh barakah ni, jomlah bersedekah. Moga besar ganjaran kita oleh Allah swt. Hari ini hari kita tolong orang, esok lusa, orang tolong kita. Allah maha adil. Jangan kedekut sangat, duit kita tak bawa masuk kubur. Kalau amal jariah, jadi hitungan sampai akhirat. So, bagaimana?
Silalah berkongsi rezeki.
Zainudin bin Pareeth Kunju.
Akaun RHB Bank 11418300142568
Walaupun sekadar RM5, itu pun dah banyak membantu. At least barakah duit kita, kan?
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan