Ahad, 26 Mei 2013

45 hari lagi.

Kini kita sedang berada di dalam bulan Rejab. Pertengahan Rejab. Sesudah Rejab akan hadir Syaaban. Sesudah Syaaban, bolehlah kita mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Memandangkan kini bermastautin di KL setelah hampir 2 tahun meninggalkan Melaka, kepala otak ini mulalah ligat berfikir apakah projek kebajikan yang boleh diusahakan sempena Ramadhan nanti?

Alhamdulillah. Ada adik-beradik Alumni UPG Melaka yang semuanya semangat benar setiap kali berbicara tentang aktiviti kebajikan. Ini Dakwah Cara Kita. Sayang sampai syurgalah hendaknya. hehe.

Majoriti daripada kami telah bekerja dan kebanyakannya di Kuala Lumpur. Cara kami melihat kehidupan tidak lagi seperti dulu yang hanya tahu gelak ketawa, gurau senda semata.hehe. Sekarang bila berborak mesti isu kerja, isu kehidupan, isu kahwin, isu masa depan. Tidak lupa juga masing-masing sibuk menyatakan kerinduan untuk turun padang berprogram bersama. Rindu berkebajikan. Sebab kami seperti hari ini adalah hasil tarbiyyah insan-insan yang kami temui melalui program kebajikan. Subhanallah. Betapa Allah mentarbiyyah kami dengan pelbagai jalan.

So basically di group Whatsapp kami, kami sedang sok sek sok sek menyebut-nyebut nak organize program kebajikan. Saya melihat peluang Ramadhan yang akan datang nanti akan menjadi platform kami melepas rindu dan memuaskan keinginan hati untuk kembali bertemu anak-anak yatim khususnya. Alahai. Rindu. Rindu nak menangis dek penangan mereka. 

How I wish I can have another session of 'Payasum' moment. Masa tu sekitar 2009/2010. Kami buat program di PAYASUM, Sg Udang, Melaka. Kami bahagikan team kepada pelbagai tanggungjawab. Ada yang jadi Fasilitator untuk handle LDK dengan adik-adik supaya mereka tak boring. Ada yang bertukar untuk cat dinding buat mural. Basically untuk lukiskan hadis-hadis di dinding bangunan. Kemudian ada team yang membantu persediaan memasak. Kami berbuka bersama-sama. Ada juga momen-momen wakil team kami membuat persembahan penyampaian Puisi diiringi petikan gitar. Ketika ini saya berlari keluar, sebab kena cover mata basah. Tak tahan.huhu. 

Okay. Banyak kenangan dengan anak-anak yatim. Di pelbagai pusat/rumah anak yatim. 

Malah ketika di Lhokseumawe Aceh juga air mata terpaksa dikorbankan juga.hehe. Tak tahan, tak tahan. 

Kesimpulannya, rindulah untuk kembali berprogram bersama anak-anak yatim. Saya banyak belajar daripada mereka. Saya percaya, sahabat-sahabat lain juga. Sehinggakan kadang-kadang saya bercita-cita untuk membuka rumah kebajikan. Sedangkan diri sendiri tak terjaga. Sungguh kau bercita-cita tinggi.haha.

So saya nak tanya, siapa nak join saya buat program kebajikan, bersama anak-anak yatim Ramadhan nanti?
Cuba ke depan. Ya, ke mari, ke mari. Mari sini. hehe.

Sementara ilmu mengurus program masih bersisa dalam otak ni, bolehlah saya prepare kertas kerja, jika ada yang mahu berkolaborasi. Nanti dah tua, dah lupa cemana nak run programme, payah pula.hehe. Maklumlah, otak jua seperti besi. Kadangkala berkarat jua. 

Setakat ni saya baru intro-intro idea/plan dengan kengkawan Alumni UPG di Whatsapp group kami. Saya juga baru berintro-intro dengan wakil team Harian Islam yang kebetulan ada hajat yang sama cuma kekurangan tenaga berpengalaman mengatur program. Jadi, kalau kemudian nanti selepas berbincang lanjut dan masing-masing bersetuju, kami akan jalan ke depan. Kalau tak berjodoh, saya akan proceed dengan team Alumni UPG. Team Alumni UPG pun dah boleh gerak sebenarnya cuma sajalah ubah angin kalau boleh collaborate dengan pihak luar kan lebih manis. Mengerat ukhuwah kononnya.hehe.

Maka dengan itu, kami mencari mana-mana:

  • pembuat kek/kek cawan(cup cakes) atau cookies;
  • pengusaha kedai makan / restoran / tukang masak yang niat ikhlas menyumbang;
  • sesiapa yang baik hati yang suka menyumbang wang untuk tujuan kebajikan;
untuk sama-sama berganding bahu.hehe. Saya dan team tiada modal. Tapi modal kami adalah tenaga kami dan kemahiran kami untuk mengatur program dan menceriakan hidup insan-insan yang serba kekurangan. Cewah. 

So, siapa berminat? Lekas, hanya 45 hari lagi sebelum Ramadhan.hehe

Program kebajikan. Tiada keuntungan material. Tapi kalau sama-sama ikhlas, insyaAllah ganjarannya pahala. 

Oklah. Buat flashback sikit momen-momen indah waktu lalu.
Projek conteng dinding.
Kawan-kawan posing seround.

Projek buat kerja dapur.
Posing sambil lap pinggan mangkuk.
Projek mural.
Aktiviti LDK.
Assalamualaikum.

Pesanan penaja: Kalau belum habis ganti puasa sila ganti lekas ye. 

Tiada ulasan: