Selasa, 31 Mac 2009

BENIH & Kad Kredit

Bismillahirrahmanirrahim

Benih


Hari ini, sy berkesempatan untuk singgah pada satu muka surat buku motivasi berbahasa inggeris. dan apabila membaca, sy mengeluarkan bunyi seumpama ini.. 'hm.. btul jugak!' idea yg disampaikan adalah 'the law of the seed'. tetapi memandangkan sy pencinta bahasa melayu, maka sy selesa mengetengahkan dan berkongsi pendapat melalui bahasa melayu sebagai medium perantaraan.

Kita kadang2 ataupun selalu merasakan bahawa, 'ah, xnak lah aku belajar. bukannye aku score pun. wat penat je..' ataupun 'hari ni aku invest duit, esok aku mesti kaya kan!'.. apabila hari ini kita lakukan sesuatu, esok kita mengharapkan keajaiban berlaku. usaha ada, harapan ada. tetapi apa yang keciciran agaknya? ianya adalah sebuah nilai KESABARAN.

Formula kehidupan sebenar yang kita semua tahu tetapi kerap melupakannya atau sengaja buat2 lupa adalah sama seperti kita menanam benih. contohnya,.


menanam benih kekacang (usaha / effort) + menyiram dan menunggu ia membesar (kesabaran / patience) = mengutip hasilnya (harvest).

bila sy fikirkan semula, amat tepat sebenarnye ideology diberikan Andrew Matthews ini. cuba kita letakkan dalam situasi yang lain menggunakan formula yg serupa. sebagai contoh, perjalanan hidup seorang pelajar. mahu atau tidak, kita terpaksa lakukannya. belajar bersungguh2 sebagai usaha kita + bersabar dalam menunggu rezeki yang bakal diturunkan Allah = kejayaan menjadi milik kita. biasa nya persoalan masa dan kesabaran menyebabkan kita kalah dipertengahan jalan perjuangan. kita kerap biarkan emosi dan jiwa kalah memonopoli seluruh diri kita sehingga kegagalan menjadi milik mutlak kita. sedangkan yang kita impikan dan harapkan adalah sebuah kejayaan yang amat berharga. benar atau tidak? tepuk dada tanya selera.


Kad Kredit

teman2, pernah tak kita terfikir bahawa dalam menunggu kejayaan, kita selalu berkira2 dari segi masa, wang ringgit dan segala usaha yg kita keluarkan. usaha sejemput tetapi riuh satu dunia. usaha hari ini, esok dah x sabar menunggu hasil. berkiranya kita kan? tetapi kan lebih cantik dan indah kehidupan dan susun atur langkah kita jika kita biarkan konsep kad kredit menjadi ideology sampingan hidup kita. selalu, kita membeli itu ini, memborong sakan x pernah rasa penat, sehingga penuh troli, x cukup 1 troli tambah lagi 2,3 dan seterusnya. kemudian puas mengheret troli ke sana ke mari, terus ke kaunter pembayaran, dan swipe kad kredit. dalam situasi ini, bijak pula kita katakan, xpe.. amek seme dlu, beli dulu.. guna kredit kad.. nanti bayar la kad kredit tu. apelah sangat nak bekira.. kan?

jadi, kan lebih cantik kalo konsep yang sama kita selitkan dalam kehidupan kita dalam mengusahakan sesuatu. kita usahakan dahulu, buat itu ini, penat sikit apa salahnya, jangan difikir sangat letih ke, peluh yang terbuang ke, masa ke.. akhir nanti baru kita nantikan hasilnya melalui kejayaan. tetapi itu sekadar konsep yg cantik dan indah dilihat secara teori. practically, none of us do practice such concept, right?

apa pun teman2, selesa saya rasakan jika kalian dapat kongsikan juga pendapat kalian bersama. seronok rasanya mengetengahkan isu motivasi ini. kerana ianya amat mengujakan buat saya. dalam 100 perkataan yg dilontarkan, memang belum tentu 100-100 itu diterima pakai org lain. tapi paling tidak pun, 1-2 perkataan pasti melekat di hati dan fikiran orang yg membaca ataupun mendengarnya.

tepuk dada tanya selera. Wassalam

Tiada ulasan: