Sabtu, 21 Mac 2009

Semuanya di Hati

bismillahirrahmanirrahim..

asalnya, sy bercadang utk berkongsi sedikit ilmu tentang manusia. tetapi, sy terpaksa tangguhkan dahulu. kerana sy ingin beri penghormatan dan penghargaan buat Sahabat Karib sy; Nazirah bt Mohamad Sham aka Azie yg bakal menduduki final x lama lagi. teman, semoga bicara sy di sini bisa membuatkan kamu tenang, aman, damai dan semakin berahi utk menelaah ilmu pelajaran. moga2 perjuangan kamu tidak akan lumpuh barang seketika. dan utk kalian semua, ini juga diharap boleh menyuntik semangat buat kalian semua.

teman, 1 ketika dulu sy pernah melangkahkan kaki secara paksa ke alam Matrikulasi. ketika itu sy telah korbankan cita2 sy dan keinginan sy utk belajar dalam bidang Undang-undang kerana berusaha keras melengkapkan harapan abah sy. saat2 awal sy di sana, sy mulakan dgn tangisan air mata. kemudian sy cekalkan hati, sy cuba kuatkan semangat dan motivasi. abah bekalkan sy dgn Mp3 utk sy rakamkan celoteh guru waktu kuliah, sy duduk di barisan hadapan sekali, sy sungguh hangat waktu itu. tetapi, hangat sy itu hanya sementara. selepas itu sy hanyut dan hanyut dan sy terjelepuk jatuh. sehinggakan sy terpaksa mengucapkan Bye-Bye kpd kolej maktrikulasi dan rakan2 di sana. persoalan nya di sini, mengapa hangat2 sy hanya separuh jalan? kerana hati sy tidak jujur dalam mengejar perjuangan kehidupan sy.

kemudian bila mana sy menghambakan diri di MMU dan menjalani hari2 normal sebagai pelajar, tiada yg luar biasa, sy dianugerahkan kecemerlangan yg tidak pernah sy fikirkan. mengapa ini berlaku agak2nya? kerana sy fikir, ketika di MMU, sy jujur dan tidak menipu hati sy.. bersama itu, sy serahkan segalanya di tangan Allah swt.
jadi apa kaitannya dengan dugaan yg bakal kamu tempuh dalam peperiksaan yg bakal menjelma? teman, begini bicaranya. dalam apa saja yg kamu lakukan, pokok pangkalnya hati, teman. jgn berani kamu katakan kamu benci bidang yg kamu sedang terokai ini, jangan kamu sekali2 katakan bahawa bukan ini yg ingin kamu perjuangkan. kerana apa? kerana kamu hampir saja ke garisan penamat. dan bila mana bayang2 penamat itu sudah mula kelihatan, seharusnya kamu lebih bijak dalam menyuntik motivasi diri supaya lebih 'gear up'. dan sy yakin, kamu pasti boleh lakukannya.
kamu katakan pada sy, akan tiba hari2 kritikal kamu dalam musim peperiksaan. di mana, pada hari yg sama kamu terpaksa menduduki 2 kertas peperiksaan yg masing2 mencabar. begini teman,. Allah ciptakan semua suasana itu dengan kelebihan yg tersendiri. dan dengar sini. jika sy katakan kamu hebat, agak2nya kamu percaya atau tidak? hebat kamu terletak di hati kamu. bulatkan tekad. letupkan bom semangat kamu dan insyaallah, semua pasti menjadi milik kamu.
pernah kah kamu bayangkan, seorang ibu yang mengandungkan sepasang kembar. dan pada suatu hari yg mendebarkan, si ibu terpaksa melahirkan bayi2 tersebut secara normal. dan, semua org tahu bahawa perkara kedua yg paling menduga manusia selepas mati adalah situasi ibu yg melahirkan zuriatnya. di saat proses kelahiran bayi itu, semua kemungkinan terletak di hujung tanduk. si ibu pastinya hanya mampu berdoa, berserah dan bertwakal kpada Yang di atas sana supaya segalanya berakhir dengan senyuman. dan akhirnya, selamat si ibu melahirkan kembarnya. bayangkan, kelahiran kembar yg hanya berbeza beberapa minit itu telah meletakkan si ibu merasa betapa dia terharu dengan naluri keibuan setelah melihat wajah kembar itu.

dan kamu teman? kamu melahirkan kembar jugakah? tidak bukan. benar, cabaran kamu hebat. di situ kamu perlu menduduki kedua2 kertas peperiksaan. tetapi teman, jika si ibu mampu bulatkan tekad utk melahirkan kedua2 bayi kembarnya dengan selamat dan sempurna, jadi kamu tidak punya alasan utk mengalah dan lemah dalam perjuangan kamu yg tidak sekeras si ibu tdi. analogy nya di situ, dan kamu, hitunglah dengan teori matematik yg kamu pelajari tentang banyak mana usaha yg ingin kamu letakkan agar kamu mampu tersenyum bila tiba hari perjuangan kamu nnti. dan sy amat pasti, jika di hati kamu jujur dan ikhlas memperjuangkan dunia belajar kamu kini, hasilnya nanti kamu lihat saja. sy berani katakan, kecemerlangan itu PASTI milik kamu! =)

teman, sy mungkin masih jagung dalam dunia pembelajaran ini. kamu lebih hebat. lebih genius. tetapi sedikit sebanyak yg mana mampu, boleh la sy kongsikan. ingin sy sampaikan kepada kamu, sepotong bicara yg sy peroleh daripada teman seperjuangan sy di MMU.. katanya, 'manusia menilai sesuatu kejayaan daripada hasilnya tetapi Allah menilai sesuatu kejayaan melalui USAHA nya'. Oleh itu, ingin sy katakan di sini.. bahawa, kita memang boleh tampak hebat di mata manusia dengan segala yg kita kecapi. tidak kiralah wang ringgit, harta kekayaan, keputusan pepriksaan dan sebagainya. tetapi semua itu tidak cukup utk membuktikan bahawa berjayanya kita di mata Sang Pencipta. jadi, utk itu apa yg perlu kamu lakukan hanya BERUSAHA dan terus BERUSAHA. kemudian, kamu BERDOA, BERTAWAKAL dan BERSERAH lah padaNya kerana sesungguhnya hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik utk kita sebagai hambaNya..
utk itu, teman.. jangan jadikan cabaran itu sebagai satu alasan utk kamu mengalah. kerana apa, kerana sy tahu, dan sy yakin bahawa kamu GAH di mata Pencipta jika kamu terus gagah berUSAHA tanpa jemu walau apa jua cabaran dan rintangan yg mendatang. semuanya terletak di situ, teman. di dada kamu. situ. di hati itu. bulatkan tekad, cantikkan semangat, ikhlaskan perjuangan. KECEMERLANGAN akan menjadi U berkat redha dan rahmat ALLAH swt.
Wallahualam. Wassalam

salam syg;
yourbelovedbestie; ATEN

2 ulasan:

shabira berkata...

to azi, all the best and may ALLAH bless u

Najlaa berkata...

halo.. nursha.. dis is my blog.. how can there is ucapan for azie.. that wish shud goes 2 me..huhu