Selasa, 17 Mac 2009

Mencintai Diri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim
Ingin sy ketengahkan bicara motivasi sy buat perasmian blog baru ini dengan merungkaikan persoalan tentang bagaimana untuk kita mencintai diri sendiri. Alhamdulillah, elok saya membelek2 susunan buku2 motivasi sy, Allah kurniakan sy idea untuk dikongsikan bersama kalian semua yg sudi berhenti dari segala pekerjaan buat seketika demi menitip sebentar bicara motivasi di sini.

Sejak kebelakangan ini, sy sering diajukan tentang beberapa persoalan dan permasalahan rakan2. mengharap kata2 perangsang daripada sy. mungkin kerana mereka melihat di sebalik kenakalan sy, ada bijaknya dalam berkata2. Alhamdulillah, jiwa sy melekat dalam dunia motivasi seperti ini. dan rakan2, kalian adalah kekuatan sy dan guru2 sy dalam segala kegiatan sy seharian.

selalu ada yg mengatakan kpd sy, "aku x pandai. aku bodoh. memang patut pun aku jadi mcm ni" atau "ntah lah,. aku nyesal gile. rasa malu gile. aku x yakin langsung" atau "sape la aku ni..bukan sapa2 pun..x hebat mane".. sekali terdengar terasa seperti, "ah biasa lah tu..manusia.." tetapi, bilamana sy mula desak fikiran sy utk berpusing, sy mulai peroleh semangat utk sy suntik pada mereka.

teman2, semua org merasai kejatuhan, kegagalan, kekecewaan, kesilapan langkah dan kecelakaan serta penyesalan dalam hidup. namun, semua itu x bererti bahawa kita perlu terus menyalahkan diri sendiri ataupun jika tidak, sisa malu terhadap diri sendiri itu pasti ada. bukan kadang2 atau jarang2 tetapi selalu. itu pada hakikatnya hanya terus melemahkan diri sendiri. jadi, apa yg perlu kita lakukan sebaiknya?

semua org suka dan gembira bilamana diri yg tidak seberapa itu dipuja, dikagumi, dihormati. tetapi, bagaimana utk kita mengharapkan semua itu jika, KITA SENDIRI TIDAK MENGHARGAI DIRI SENDIRI? selalu sy bisikkan pada hati dan semangat jiwa sy bahawa, "kau hebat. kau kena yakin dengan kekuatan yg kau ada.." oleh itu sahabat, apa yg paling penting dalam meneruskan kehidupan terutamanya sesudah sahaja mengalami kejatuhan, adalah dengan mencintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai dan mengagumi org lain. utk apa kita asyik bercakap, "aku nak jadi mcm dia..dia hebat. aku tidak!" tetapi pada dasarnya yg di dalam ini, di hati ini yg paling penting sekali memerlukan kekuatan dan suntikan semangat dari anda sendiri.

"jika anda mahu dihargai oleh org lain, hargai diri anda sendiri dahulu. jika anda mahu dihormati, belajarlah menghormati diri anda dahulu.."
kerana apa? kerana jika bukan kita yg memulakan langkah utk mencintai diri sendiri, jadi pada siapa harus kita letakkan pengharapan untuk memulakan langkah mencintai dan menghormati diri ini?

Tiada ulasan: