Khamis, 20 Ogos 2009

Hati yang Gembira =)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Ketika sy menaip entry ini, sy tersenyum. Senyuman ini sangat manis sy kira. =) hehe. Syukur. Gembiranya hati sy bukan kepalang. Terasa seperti penantian dan cabaran beberapa minggu dan bulan sebelum ini mula menghasilkan riak2 gembira buat sy dan teman2 seperjuangan harapnya.

Hari ini, sy sedikit keletihan. Pagi hari sy bersiap sedia utk Midterm Computer Law II (wlupun study manje2 je..) Selesai exam sy terus bergegas ke EP utk lengkapkan Masterplan University Peer Group utk disubmit kpd En.Shukor. Aduyai. Manusia memang dilahirkan utk menyusahkan diri sendiri. termasuklah sy sendiri. Hari ni deadline utk submit Masterplan Club, hari ni jugak baru sy siapkan. sakit jugak tengkuk. hehe. Kepada yg sy susahkan di saat2 akhir, ampun maaf dipinta.
Ok. Tadi sy dah selamat pun submit masterplan UPG. dengan lafaz Bismillah sy serahkan nya kpd En Nizam, AD baru di stad. ok. xnak cite pasl die. sy nak cerita pasal UPG lah. sbb senyuman sy kerana UPG.hehe.

So, selesai submit masterplan, sy jumpa en Shukor kejap. dengan membawa beberapa hajat. dan ni sy nak umumkan kepada semua warga UPG, teman2 seperjuangan, Ex Officio UPG @ Mantan President, ahli2 UPG, dan semua yang memberi sokongan, tunjuk ajar, semangat dan doa selama ni..


EDUCARE FAIR kini kembali dalam genggaman UPG!!. =). Tepuklah tangan dan senyumlah teman2. Ini adalah sebuah permulaan untuk kita. Yg perlu kita sedar, bukan mudah utk kita jayakannya. Tapi, jika ada usaha, semangat dan niat yg betul, insyaallah kita boleh buat yg terbaik. Utk teman2, doakanlah ye. Sy nak ucap terima kasih juga kepada Cik Nur Ramizah sbb bersemangat utk bergabung tenaga dan idea dengan UPG utk jayakan Educare Fair nanti. Insyaallah, kita akan lihat gabungan UPG dan Unit Kaunseling utk event ini. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. Amin~

Next, sy juga sempat bertanyakan pada en Shukor perihal event Appreciation to National Day yg kami hajatkan utk jalankan nya pada 30 August nanti. sebuah aprisiasi daripada kami, wrga UPG kpd pejuang2 kemerdekaan. =) insyaallah, bulan puasa tidak mematahkan semangat kami utk berjuang. hehe. Terima kasih kpd saudara Ex-Officio utk idea ni. Sy cuba mnta izin Stad utk serahkan mana2 dinding di MMU utk kami lahirkan aprisiasi kemerdekaan kami dalam bentuk MURAL. tapi, sygnya x berjaya. tapi x mengapa. Setelah sy kenyit2 mata, ada jalan utk kami dapat peruntukan mana2 yg patut seperti Bendera ke, lilin ke, etc. Isnin ni sy akan mengenyit2 mata lagi sambil bentangkan kertas kerja utk event ini. Insyaallah. Semoga dipermudahkan jalan perjuangan kami. Amin~ Tersenyum lagi sy.. =)

Next, ada lagi. ingat lagi x entry sebelum ni berkenaan program manfaat bulan ramadhan? program ini kelolaan consultant dari luar. Sy dah bincang dengan hicom UPG, dan sy personally memang nak jalankn program ini. Insyaallah sy akan usahakan dri segi mendapatkan peserta. Bukan senang kita nak dapat hidayah melalui program macam ni kan. Malah, di tanggung separuh oleh pihak University. Sebagai pemimpin, sy kira ini adalah salah satu cara utk sy bawa teman2 duduk bertafakur sejenak, mendekatkan kembali hati kita dengan Tuhan yang Satu, Allah swt. Untuk keterangan lanjut tentang program ini, sy akan maklumkan dalam masa terdekat. tapi tulah yg sy nak cite. perjuangan ini membuatkan hati sy tersenyum. bukan sekadar di bibir, tetapi senyuman itu mekar di hati. Semoga Allah memberkati perjuangan kita bersama. Amin~

Salam syg, salam motivasi;
Gadis_najlaa

3 ulasan:

ejum berkata...

najlaa, tahniah.....
satu permulaan yg cukup baik..
teruskan usaha..

My Name Is Z berkata...

aten..if ada paper..nak join..!!
bg taw yer..!!
:)

Najlaa berkata...

cik ejum, tq so much utk support yg diberikan selama ni. Moga Tuhan berkati hidup kamu. Amin.

Akim,
Boleh2.. mesti join ye..