Isnin, 3 Ogos 2009

Faktor Pembawakan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Perjuangan, Salam Motivasi, Salam Inspirasi.




Rasanya seperti lama sudah sy tidak berbicara tentang sesuatu yg berfaedah seperti apa yg biasa sy coretkan di dada blog ini. Bosan? itu bukan persoalannya pada sy. Cuma kekangan masa dan kadang2 idea2 sy seprti bermain tarik tali. Sy fikirkan bila berpuisi sja perlukan mood dan feeling yg lebih. rupanya, perkara yg sama juga perlu ada utk tujuan penulisan ilmiah seperti ini. =)
Sy sekadar ingin berkongsi pendapat sendiri. Daripada apa yg sy alami dan nilai dari mata kasar sy selama kehidupan sy. Hari ini tentang apa? Tentang faktor-faktor yg mempengaruhi pembawakan diri seseorang. Senang cerita, apa faktor yg menjadikan kita, adalah seperti KITA hari ini. Masih blur? Bangun, berdiri depan cermin, dan lihat imej yg terpancar jelas di cermin tersebut. kemudian, timbulkan pertanyaan.. agak2nya, apa yg menjadikan diri kita hari ini, seprti ini ya?

Alkisahnya Si Bujang Yatim

Tadi, sy berborak2 dgn Umie dan saudara mara. bicara tentang anak sepupu sy. Si bujang baru berusia 15tahun. tapi syg kehilangan bonda tercinta sebagai tempat menagih perhatian seawal usia 6 tahun. pendek cerita, si ayah berkahwin lain. jadi, perhatian utk memajukan keluarga baru amat dititik beratkan. cuma mungkin sedikit terlupa tentang hati dan perasaan si anak bujang hasil perkahwinan terdahulu. Si bujang ini membesar dgn jiwa yg suka memberontak. buat hal di sekolah, melawan ayah, membuli, melepak, ponteng sekolah, merokok, etc. smpai la 1 saat ibu saudara sebelah arwah ibu membuat keputusan utk membelanya dengan membawanya ke Terengganu (tanah kelahiran arwah ibu). Pada awalnya sedikit terkawal. cuma lama kelamaan mungkin si bujang makin selesa utk bertindak kurang ajar, smpai saat ni dia masih buta menilai kebaikan yg cuba org berikan. yg terlihat, "Moksu nok kongkong,..". Kasihan memang kasihan. Akhir skali, ibu saudaranya hampir putus asa dan membuat keputusan utk mengizinkan kembali si bujang tinggal bersama ayah dan keluarga brunya di KL tamat PMR nya nti.

Jadi, Umie berpendapat, sebagai ahli keluarga, x sepatutnya kita putus asa, etc. katanya, BUDAK TU X RETI PK LAGI. tpi pendapat sy berbeza. bukan dia x pandai pk lagi. jika kita lihat dri sudut Islam pun, istilah Mumaiyiz itu memberi makna = Tahu membezakan yg jahil dan yg batil. Usia mencecah 15 tahun. xkan x reti beza?? Tpi apa yg menyebabkan dia gagal melihat sesuatu itu dri sudut positif? kerana pengalaman hitam dia sendiri yg meninggalkan dia utk terus hidup dalam sifat pemberontakan dek kerana (1)pengaruh bagaimana cara dia dibesarkan. dengan ketiadaan bonda, ayah kembali dgn kehidupan seperti mat bujang romeo, bertindak seperti x punya tanggungjawab terhadap anak, etc. dan yg paling penting, si bujang mngkin x sedar yg dia dengan penuh rela hati mengizinkan fikirannya dijajah dengan mentaliti seumpama itu. dalam erti kata lain, kita sebenarnya yg mendidik otak kita utk berfikir secara positif atau sebaliknya.
Dari kisah sama, kita boleh korek faktor kedua. Faktor (2)USIA. almaklumlah, lelaki.. Lambat matang. Itu memang fakta, bukan auta =). Seawal usia 15 tahun apa sgt yg difikirkannya? mungkin ingin rasa nikmat merokok, berawek sini sana, press motor preng preng x kira subuh ke maghrib, teringin merasa pengalaman membuli, etc. Amat payah utk kita mngenali seseorang seawal usia 15tahun yg sudah boleh melebarkan pemikirannya sehingga ke perancangan akan datang, contohnya nak melanjutkan pelajaran di mana, nak buat major in ape, nak kawin umur berapa, etc.. so pls dont blame ur sis o bro yg masih bersekolah tu jika mereka selenga memanjang. they need sometime to understand d whole scenario of life.





~Katak pun bijak pk positif.hehe

Dan dalam banyak2 penyebab,, sy amat gemarkan yg ini-> (3)Pengalaman Jatuh Bangun Kita. xpasti mengapa sy gemarkan yg ini,. tapi sy pasti ini memberi impak besar dalam kehidupan setiap insan. cuma samaada kita sedar atau tidak shaja dengan peranan faktor ini dlm tiap tingkah laku kita. contohnya, dulu kita fkir kita sgt hebat. tup tup bila gagal sekali, tersungkur terus, muka tersembam tanah tersumbat tahi lembu di setiap rongga muka, masa itu baru sedar. betapa malunya menjadi manusia bongkak. atau bila kita jatuh itu mungkin kita fkir, "ah! xblaja pun bukan ade org kesah! aku dah malas!" tapi hidayah Allah tu datang tanpa mengira masa, tempat dan apa jua. Bila mana kita diturunkan sesuatu itu, antara sedar atau tidak ianya sgt2 membantu kita. mungkin bila terjatuh, disuntik semangat motivasi yg membangunkan kita semula dan menjadikan kita insan yg sgt positif.


Kesimpulannya, manusia di datangkan melalui perjalanan yg sama. Sistem kehidupan yg sama. Terhasil daripada percantuman sperma dan ovum, menjadi zigot, embrio, fetus, bayi etc. Tapi jgn salah sangka. Kita selalu condemn org lain dengan menimbulkan persoalan mengapa dia x pk sematang kita, selogik kita,? "kalau aku, aku akan decide mcm ni, tapi die tu bodoh sgt decide mcm tu plak!" atau "aku x fhm betul la ade jugak org mcm tu??" atau "Sumpah aku xle terima cara dia pk dan bertindak!" dan etc. Tapi kita sendiri x sedar yg kita terlalu letak high expectation pada org lain. kalo ye pun kita bagus, kita x le harap seme org berfikir seperti kita. atau lebih mudah, anggap jela kita sendiri pun bukan bagus mana pun! =) Mana ada manusia sempurna.
tapi apa2 pun, jika kita punyai peluang utk perbaharui cara kita. apa pun faktor yg pengaruhi kita, yg paling penting kita punyai waras fikiran utk sentiasa melakukan yg terbaik berlandaskan idea pemikiran yg cemerlang. Wallahualam.




Salam motivasi;
Najlaa

2 ulasan:

ai berkata...

salam..
wah..sgt mnrik..=)

Najlaa berkata...

=) Maseh2..