Isnin, 8 Februari 2010

Jiwa Kita

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa pernah bicara yg dia nampak sama jiwa? Jika ada, percayalah. Dia hanya menipu dan berdusta. Kelentong. Auta. Semualah utk dia. Tapi, kalau dia kata, dia punyai jiwa mestipun dia x mampu buktikan kehadirannya, haa.. yg ini sy setuju. Sy UP markah dia! memang dia bijak. Dia punya jiwa, anda punya jiwa, sy punya jiwa, Kita punya jiwa.

Bedanya cuma, seutuh mana jiwa anda, jiwa dia, jiwa sy? pastinya x sama. Kita memegang jiwa kita, sepatutnya seerat kita menggenggam iman di dada. Kadang2 kita lupa, kita kata kita hanya perlu jaga hubungan kita dan Allah. Habis, bagaimana hubungan kita sesama manusia? Hai kawan2, jangan jadi pelupa. Jangan jadi pendusta. Yang berdusta kepada diri sendiri.

Kita tau kita ada jiwa yg harus kita pegang utuh. Supaya org x kata, 'kau ni lalang lah!' Supaya org x jaja bahawa 'dia tu hampeh. pengecut. hipokrit!' Pada sy, jika kita pegang erat sama jiwa kita, seperti mana kita jaga cantik iman kita, insyaallah kita tidak akan dilemparkan dengan kata-kata penilaian seperti itu.

Tapi itu pada pendapat sy. kerana apa sy utarakan topik ini? kerana sy mulai bosan dan benci. Pada manusia yg katanya punyai jiwa, tapi hakikatnya rapuh. Ke kiri mengikut rendah si polan, ke kanan mengikut gaya si minah dan di tengah mengikut kata si boyan. Sampai bila kita nak begitu? Kerana jiwa kita rapuh, kita buat 1 bangsa kita terhina. hanya kerana diri kita seorang. berbaloikah??
Wallahualam

4 ulasan:

nora berkata...

ini bagus fateen.
tepuk dada tanya diri.

insan biasa.. berkata...

jiwa...kikhlasan perlu seiring dengan nya..brula jiwa tpelihara..;)

Kelopak Bunga berkata...

kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari kelalaian dan kealpaan diri dalam hidup..
itulah gunanya keluarga dan sahabat sebagai tali yang agar dpt ditarik tika diri tersasar jauh..
jangan sekali tolehkan pandangan pada jiwa yang malap,dan jangan sekali benci akan jiwa yang rapuh,kerana dgn kuasa Yang Maha Esa,mereka bila bila sahaja jiwa mereka dpt kembali utuh..

moga diri sentiasa diberkati dgn bimbingan Yang Maha Penyayang

Sekian.

azieshambestimu berkata...

SEUTUH JIWAMU NAJLAA...