Selasa, 30 Mac 2010

Siapa Gerangannya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sehingga hari ini, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan President UPG akan datang, yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan sebuah kelab yang berteraskan kaunseling dan motivasi dan mengetengahkan program-program kebajikan. Jangan soal saya, siapa gerangannya. Jangan soal siapa-siapa. Kerana masih tiada jawapan, ilham masih kabur-kabur. Tapi saya yakin, memang ada. Cuma masing-masing akan rasa surprise nya nanti. Tiap-tiap hari saya pasang harapan moga Allah turunkan ilham bagi saya melepaskan port-folio yang tidak mudah ini kepada insan bertuah itu.

Apa-apa pun persoalan yg berlegar-legar difikiran semua pihak, saya hanya ingin sampaikan amanat. Moga-moga tatkala datangnya ilham tentang perlantikan ini, beliau telah mula merencanakan yang terbaik.

Memegang title 'President' bukanlah atas dasar kemegahan nama. Langsung tidak. Jauh sekali untuk mengejar undi populariti mahupun memecah tradisi. Tiada apa tradisi yang perlu dipecahkan selain menggalas tanggungjawab dan amanah Allah ini sesempurna mungkin. Secara moralnya, kita dapat melihat dalam apa-apa bentuk organisasi atau pertubuhan sekalipun, pasti wujud suara-suara mainan 'politik'. Politik pasti wujud tapi sebagai pemimpin muda, yang baru terbit, saya hanya melihat itu sebagai satu cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab Allah. Saya percaya, apabila seseorang itu dilantik untuk menjadi pemimpin oleh masyarakat atau komuniti, itu adalah amanah Allah. Jadi sedaya upaya saya, saya belajar merasa perit dalam merencanakan segala yang perlu saya tunaikan.

Ingin saya kongsikan, sebagai seorang pemimpin kepada UPG akan datang, perlu ada pemikiran kritis dalam soal agama. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, "Fateen, sanggup ke kau dipersoal di akhirat kelak, ke mana telah kau salurkan kuasa dan tanggungjawab kau semasa memegang tampuk pemerintahan UPG?" Takut dan ketar sy memikirkan, telah saya lakukan yang terbaikkah untuk semua yang meletakkan pelaburan dalam UPG?

Contohnya, setiap ahli membayar RM5. Tapi adakah saya telah laburkan setiap sen wang itu di jalan yang berkat? Supaya tangan yang membayar pelaburan itu menerima hasil pahala yang sama? Adakah telah saya salurkan setiap sen itu di jalan kebajikan Fi Sabilillah, ataupun di jalan hiburan? Makin dalam saya fikir, makin saya rasa debar. Ya Allah, selamatkanlah aku selalu dalam menjalankan tanggungjawab ini agar aku jauh dari simpang-simpang hidup yang menyesatkan.

Saya juga berasa takut, bersalah dan kecewa sekiranya telah saya kerah tenaga ramai anak-anak muda dalam menggerakkan program-program UPG, tetapi telah saya gagal dalam menggerakkan jiwa mereka untuk mengejar kecemerlangan dalam akademik. Berdosa saya rasa, seakan-akan mementingkan diri dan UPG sedangkan kepentingan akademik mereka tidak ditekankan. Ini adalah saya. Saya tidak mahu dipersoal kemudian hari, "mengapa semasa kau memegang kuasa, kau bertindak tidak menjaga kebajikan anak-anak buah?" Tak campur lagi dengan ketidakupayaan saya menarik semula golongan yang menyimpang dari segi sosial. Masyaallah. Sesungguhnya saya tidak terdaya. Sekadar termampu, saya usaha yang terbaik.

Tapi apa-apa pun, inilah manusia. Apabila saya menekankan isu akademik, ramai yang memilih untuk berahsia. It is private and confidential katanya. Tapi apabila mempamerkan keburukan sifat kita, jelas-jelas, terang-terang, tiada pula yang private and confidential. Untuk pemimpin akan datang, baik lelaki mahupun perempuan, baik kecil molek mahupun sasa badannya, baik cantik ataupun handsome, ini adalah tanggungjawab kamu. Dan saya percaya scope tanggungjawab ini bukan sekadar untuk UPG, mahupun semua organisasi yang ada khususnya di dalam MMU ini sendiri tetapi untuk semua yang memegang definisi pemimpin. Bukan sukar, sekadar bertanya, bagaimana pelajaran? Jika cemerlang, tahniah! Jika gagal, jangan putus asa. Naikkan motivasi mereka. Tapi hakikatnya, ia tak mudah seperti yang kita selalu bayangkan.

Saya belajar sesuatu apabila saya menerajui UPG. Mengenali ramai manusia dengan pelbagai gaya pemikiran, pelbagai ragam, pelbagai gaya pengolahan perasaan. Dan yang selalu saya pegang, "The hardest in this world is NOT to achieve one huge AIM, but to DEAL with the heart of the people." Ini kerana sifat manusia berbeza. Lain orang, lain expectationnya. Doalah yang terbaik supaya dalam berjuang, tindakan kita tidak menyimpang.

Banyak yang ingin saya kongsikan, tapi saya kira cukup buat waktu ini. Ingin saya lihat pemimpin-pemimpin muda bangun mengejar yang terbaik untuk bangsa dan agama. Selalu saya katakan, "Ini Dakwah cara KITA". Kerana saya percaya, ini yang kita mampu, jadi kita teruskan. Selagi ianya tidak menyimpangkan jiwa-jiwa masyarakat yang kita dekati, itu sudah cantik pada saya. Oh ya. Dan paling penting, sesibuk mana pun anda, sebesar mana pun tanggungjawab anda, seberat mana pun beban terpikul di bahu dek tanggungjawab memimpin, harus diingat, tanggungjawab terhadap Allah swt dan kedua ibu bapa. Itu tanggungjawab hakiki. Tanggungjawab memimpin organisasi hanya bersifat sementara. ~ Memetik kata-kata Pn Fauzianita. 

Masa berlalu agak pantas. Saya mula mambayangkan, bagaimana agaknya hati saya bergetar tatkala perlu saya ucapkan "Sayonara" kepada pucuk pemerintahan UPG 09/10'. Teruslah mendoakan yang terbaik untuk kami. Selagi ada masa untuk berkhidmat. Fi sabilillah. Wallahualam.

Ikhlas;
Fateen Najlaa Idayu
President,
Universiti Peer Group 09/10',
MMU Melaka

2 ulasan:

Dearie berkata...

UPG 2009/2010 always in my heart. the feeling that never fade away.. never..

Gadis Najlaa berkata...

Pergh. ayat syahdu seyh.hehe