Memaparkan catatan dengan label Experience. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Experience. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Perkongsian: Sebuah Naskhah dari Najlaa

Salam.

Saya ingin kongsikan satu penulisan saya bertajuk ‘Sebuah Naskhah dari Najlaa’ |Sharing is Caring| Tiada kejayaan yang menuntut modal yang murah! (12 Tip untuk mahasiswa aktif mengurus program & persatuan dengan cara ‘cool’. Siapa nak tahu?).

Tajuk bukan main panjang, harap bermanfaat. Ringkasan: Naskhah ini dihasilkan dengan misi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, menyampaikan ilmu yang diharapkan bermanfaat dan membuka mata para mahasiswa yang ingin berprogram / berpersatuan secara aktif.

Ia ditulis dalam bentuk kombinasi travelog perjalanan saya sebagai penulis, juga diselitkan 12 tips untuk diguna-pakai oleh para pembaca.

Apa yang penting, naskhah ini percuma untuk di-download kerana ianya memang diniatkan untuk kebajikan. Semoga bermanfaat.

Boleh view/muat turun di: http://twl.sh/YqsRcW

Sekiranya kalian inginkan version PDF yang lebih jelas, mohon email saya di: najlaanor@yahoo.com

Wassalam.


Rabu, 29 Ogos 2012

Legal Aid - It's a wrap.

Alhamdulillah, entry baru muncul setelah blog ini hampir bersawang. Kesibukan dan kecemburuan masa menjadi punca blog ini tidak saya manfaatkan sebaiknya. Semoga keampunan Allah menyebelahi saya.

Legal Aid Programme saya semakin menghampiri penghujung. Hari ini siang tadi hari terakhir saya dapat menembusi tembok besar penjara secara sah dan halal. Minggu depan minggu terakhir tugasan legal aid yang mana tiada lagi sesi ke penjara, cuma tinggal untuk follow up.

Saya tidak bercadang untuk menulis panjang namun saya copy-paste kan di sini status FB saya yang saya tulis sepulangnya saya dari penjara hari ini. Semoga ia memanfaatkan kita semua dan semoga di akhirat nanti apabila di soal kepada saya, zaman muda saya dihabiskan bagaimana, sekurang-kurangnya saya dapat menjawab, berblogging perkara yang bermanfaat. InsyaAllah. Amin. 

Status untuk Kes Rogol 1:

"Had a so tiring day in Kajang Prison. 
Heard a scary confession from a young offender age 20 today; 
"Saya memang geram dengan perempuan, saya benci tengok perempuan. Setiap kali saya menyamun, kalau ada perempuan, mesti saya rogol!" 
Ibu-ibu, bapa-bapa, didik anak-anakmu dengan rujukan Quran dan Sunnah. Jangan perjudikan nasib anak-anak dengan keseronokan kalian mengejar 'indahnya' dunia. Akibatnya, anak-anak tersalah pilih jalan, tersalah nilai pedoman, ter-rogol ter-samun anak orang dan tersumbat di kotak-kotak sel penjara. Kalau lah semua ibu bapa berkejar-kejaran mengejar bilangan anak-anak soleh dan solehah untuk mereka didik di dunia ini demi saham akhirat mereka, kan indahnya dunia."
Status untuk Kes Rogol 2:


"I had a juvenile client this morning. He is 17. He committed rape. Everytime I asked him about his family background, he seems reluctant to attend to my questions. His father is very angry. His father refused to bail him out. Poor boy. 
He confessed that he had intercourse with his girlfriend of same age few times before. The worst thing is that he is charged for committing rape against a chinese
 lady whom he randomly caught after seeing her cycling in the middle of a night. Could you believe a 17 year old boy is that horny?
 
He asked me about the possibility for him to get into the juvenile centre and he told me, if possible he wants to request for STB - Sekolah Tunas Bakti.
 
I wish I could tell him that the juvenile centre could promise him nothing good for his improvement or his future but I just couldn't. 
I am sorry but the system really need to change. Sending the juveniles into the centres is just as same as producing more talented criminals when they are free. Why? They get into the centre with 1 knowledge, they 'graduate' with thousands of knowledge of committing crime.
 
Perhaps the government can establish a more islamic/religious based juvenile centre like Raudhatus Sakinah rather than wasting money, energy etc for the unhealthy juvenile centres. 
 
If only our family member is the one who is charged for such crimes, what will we do? Have you ever think about it?"



Saya tahu status-status di atas sudah cukup panjang untuk dihadam, difaham dan dicerna. Semoga kalian membuka ruang di hati dan minda untuk 'alert' dengan kesakitan yang menimpa masyarakat kita hari ini.

Namun harus diingatkan, tujuan perkongsian bukan untuk menakutkan tetapi saya percaya adalah tanggungjawab saya untuk menjentik minda sahabat-sahabat sekalian untuk mula cakna dengan kehidupan sekeliling kita. Sungguhpun kita rasa kita sudah bijak, perlulah kita sedar bahawa besar kemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mungkin tidak begitu bijak jika kita gagal mengambil langkah bijak.

Dan, saya pohon jangan dicaci maki mereka yang telah ter-salah memilih jalan dan mengambil langkah. Kita perlu berhati-hati namun tak perlu sampai menghukum semua pesalah dengan caci maki hentaman kita. Semua orang berhak diberi peluang untuk perbaiki diri.

Wassalam

Jumaat, 29 Jun 2012

Legal Aid - Kongsi Pengalaman

Saya selalu meyakinkan diri bahawa saya tidak perlu untuk berada dalam golongan 'practitioner' di dalam bidang undang-undang ini. Barangkali kerana saya muak dengan isu saman menyaman kerana, wang, harta dan nama. Khususnya dalam hal Sivil. Bosannya, hanya Allah swt saja yang tahu.

Perasaan dan pandangan ini selalu saya kongsikan dengan seorang teman seperjuangan di dalam bidang sama. Hebat, dia juga merasakan perkara dan perasaan sama. Namun, semenjak dua menjak kami memulakan tugasan 'Legal Aid' atau 'Bantuan Guaman' kami, kami mula perlahan-lahan membuka mata. Malah dia sendiri berkata kepada saya; "sekarang saya tahu kenapa kita di sini, dalam bidang ini, hari ini. Kerana legal field ini memerlukan kita, Fateen.."

Berapa ramai antara kita yang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh, bekerja yang bagus-bagus, dapatkan gaji yang lumayan dan mewah, mendirikan tangga yang grand-grand dan the list goes on. Sehingga kita terlupa, di ruang mana dapat kita selitkan sedikit sumbangan kepada masyarakat, kan? Ramai antara kita berfikiran, andai aku dapat sediakan segalanya untuk anak-anak dan isteri aku (keluarga seluruhnya), pasti mereka akan senang dan bahagia, dan aku juga senang jiwa. 

Tetapi ada tak kita fikir bahawa kesenangan dan kemewahan yang kita beri belum tentu menjamin kebahagiaan kita dan mereka sebenarnya. Kita mungkin mampu menyediakan segala-galanya tetapi kita terlupa bahawa dunia di luar sana terlalu menduga dan menggoda sehinggakan anak-anak kita nanti, andai tidak kuat jiwanya boleh tersungkur ke dalam lembah hina. Jangan sehingga waktu itu tiba, kita mula menggaru kepala dan bertanya kepada diri sendiri; "masa aku senang, kaya, apa aku buat untuk bantu masyarakat?"

Legal Aid - Kongsi Pengalaman

Berkongi sedikit pengalaman dalam menjalani Bantuan Guaman, Selasa lalu saya tidak ke Penjara tetapi menjalankan follow-up untuk kes-kes yang diambil minggu sebelum itu. Tidak banyak yang dilakukan, setakat menghubungi keluarga tertuduh sekiranya diminta melakukannya. 

Saya sempat menyediakan senarai nama pesalah yang memerlukan khidmat bantuan guaman yang kemudiannya perlu dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ini saya perlu jelaskan bahawa, dalam 35 senarai nama, saya boleh kata bahawa 32 daripadanya adalah Melayu dan selebihnya India. Setakat ini saya masih belum menjumpai pesalah warga Cina. Malah jika dilihat ketika di penjara sekalipun, saya yakin statistik menunjukkan kaum Melayu memonopoli kehidupan 'serba indah' di penjara dan diikuti kaum India dan kaum Cina. 

Ini menjadikan saya dan sahabat tertanya-tanya, 'di mana silapnya?'.

Sahabat saya yang menjalani program 'Dock Brief' di Mahkamah sempat berkongsi pengalamannya dengan saya. Yang paling menambat hati dan jiwa adalah perihal pesalah muda atau bawah umur. Kebanyakan kes rogol yang dilaporkan yang mana tertuduh adalah golongan muda-mudi, muda remaja, sebenarnya bukanlah rogol tanpa rela. Saya tekankan, kebanyakan. Bukan semua. 

Eh, kalau rela, macam mana boleh jadi rogol?
Ya, ini perlunya pengetahuan am. Sekiranya si perempuan berusia 16 tahun dan ke bawah, sama ada dia rela atau terpaksa, hubungan seks yang berjalan ini dinamakan rogol. Statutory rape. 

Kebanyakan remaja kita si jejaka yang dituduh melakukan rogol menjadi mangsa pasangan suka-sama-suka sendiri. Setelah sudah sama-sama syok, terkantoi pula kerana ibu bapa dapat tahu, maka untuk menutup aib, ibu bapa membuat laporan polis menyatakan anaknya dirogol dan nah, bila anaknya sah-sah di bawah umur, 'all the best' lah untuk teman si anak yang sama-sama seronok berkongsi katil. 

Adil? No comment.

Saya tak masuk dalam-dalam pun.

Sahabat saya sempat berkongsi juga satu adegan lawak yang terjadi di Mahkamah. Seorang remaja lelaki 17 tahun di tuduh merogol kekasihnya yang berusia 16 tahun. Sikit lebih kurang seperti situasi yang saya jelaskan di atas. Remaja lelaki ini telah membuatkan gadis 16 tahun ini mengandung anak luar nikah. Yang menyedihkan, remaja lelaki ini pernah membuatkan seorang gadis lain mengandung anak luar nikah sebelum kes ini. Bila nak insaf, agaknya? 

Yang membuatkan saya tergelak kecil apabila sahabat saya berkata, remaja lelaki ini sempat berusaha menjelaskan kepada Court's Interpreter bahawa; "Kak, masa saya main dengan dia hari tu, saya tak masuk dalam-dalam pun.".

Garu kepala kita dibuatnya, kan? Apa yang cuba disampaikan? Stress saya dibuatnya.

Seronok pula berkongsi cerita. Mari saya kongsikan satu cerita lagi. 


Saya dengar Abu dan Ina tengah 'main'.

Satu hari ketika saya membelek-belek Kertas Temuduga pesalah di penjara, saya sempat membaca beberapa fakta kes yang saya fikirkan menarik dan baik untuk mengetuk minda tentang bahayanya penyakit sosial kita waktu ini. 

Seorang pesalah muda memberi keterangan kepada salah seorang rakan sekerja saya. Sikit lebih kurang begini:
"Malam tu saya tengah lepak kat rumah Abu. Lepas tu Abu balik naik motor bawak Ina sekali. Tak lama lepas tu kitorang [saya, Abu dan Ina] masuk bilik tidur Abu. Lepas lebih kurang 10 minit dalam bilik tidur, Abu tutup lampu. Bilik gelap. Tak lama lepas tu handphone saya berbunyi, handphone saya bercahaya. Masa tu saya nampak Abu dengan Ina dah bogel. Lepas tu saya dengar Abu dengan Ina tengah 'main'. Lepas main tu Abu bangun, saya sound Ina saya cakap, "Aku takkan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi antara kau dengan Abu!". Tak lama lepas tu kitorang hantar Ina balik rumah dia." [semua watak bukan nama sebenar]

Well, bila baca fakta kes memang rasa macam nonsense gila, tapi perkara sebegini berlaku. Remaja yang dituduh tersebut ditangkap sekali kerana dipercayai melakukan perkara sama ketika dia melaporkan kejadian tersebut di balai polis. Akibat diragui ke-innocent-an nya, maka pihak polis menahannya sekali.
Contoh 1: Sumber google
Contoh 2: Sumber google
Contoh 3: Sumber google

Saya menulis entry ini bukan untuk bersifat lucah. Jauh sekali untuk menyebarkan keindahan seks, tidak. Itu bukan tujuannya. Saya berkongsi cerita dan pengalaman agar sama-sama kita mendapat pedoman dan sedar bahawa masyarakat memerlukan kita yang sedar untuk melakukan sesuatu. Kalau tidak mampu dengan tangan, mungkin dengan wang ringgit, kalau tidak mampu juga, mungkin dengan doa.

Kita perlu lakukan sesuatu hari ini supaya kelak anak-anak kita tidak terkandas di dalam fenomena 'seram' yang sama seperti anak-anak muda yang tersangkut di dalam penjara hari ini. 

Dunia ini cukup adil. Kalau kita berusaha, kita diberi habuannya. Kalau kita lupa, kita pasti 'diingatkan' Dia. Saya tak mahu kita sudah terhantuk baru terngadah.

We got to do something, aren't we? 

Wassalam

Rabu, 20 Jun 2012

Di sebalik penjara.


Kitab untuk 14 hari Legal Aid Duty

Alhamdulillah, minggu pertama Legal Aid Duty saya telah selamat dijalani dengan sungguh ohsem sekali. Sukar untuk diceritakan dengan kata-kata tapi akan diusahakan juga. Dengan tujuan; untuk memeriahkan blog sendiri dan untuk berkongsi pedoman bersama.

Saya tak mampu nak ceritakan secara details sebab otak saya sendiri memang tak tahan karat, terlalu cepat berkarat. Tapi personally, ini pengalaman baru untuk saya dan juga rakan-rakan lain. Alhamdulillah saya rasa saya tidak salah dalam memilih tugasan ini dalam banyak-banyak pilihan lain yang ada. This is what I want to hear and see. 

Tugasan kami tak lah sesukar mana. Sekadar menemuduga pesalah/tertuduh, tanya sama ada mahukan khidmat bantuan guaman, tanya sama ada mahu mengaku bersalah atau minta dibicarakan, etc etc. Mendapatkan maklumat bukan perkara sukar. Yang sukarnya ialah berperang dengan emosi sendiri dalam berhadapan dengan mereka. Kepala botak, muka bengis atau hati kering, tangan bergari, berpakaian seragam banduan, etc etc. Cabaran, bukan?

Selama ini hanya lihat dalam TV, kali ini berhadapan secara sendiri. Sungguh ini satu nikmat kehidupan buat saya.

Penjara Sg. Buloh  - Selasa, 19 Jun 2012.


Pertama kali melangkah kaki memasuki penjara, rasa macam, 'eh, betul ke ni?'. Tapi belum suspen lagi masa tu, kira cool lagi lah. Mujur saya ada Shahira, (rakan sekelas selama 5 tahun di MMU) sebagai teman untuk berborak sakan. Masuk je pintu besi, perkara pertama sekali yang berbeza ialah, bau. Ya, bau nya berbeza. Bau hapak, masam. Walaupun itu bukan kawasan banduan tinggal. Itu hanya kawasan bilik-bilik pegawai. Tapi memandangkan itu adalah laluan keluar masuk, maka mungkin bau itu tak dapat lari. 
Shahira peace sebelum masuk pintu besi pertama.
Kemudian, barang-barang perlu disimpan dalam locker. As usual, no handphone, no benda-benda tajam dan seangkatan dengannya. Selepas dilakukan body checking ke atas kami, so kami melalui satu lagi pintu besi. Melalui pintu besi kedua baru terasa dup dap dup dap. Shahira pun bersuara, 'Mek, aku nervous dohh!'. Ya, saya pun mengangguk dan bersetuju lalu berkata, 'cuak weh..'.

Tapi, menjadi seorang yang profesional, kita perlulah berlagak profesional. Apabila lalu di hadapan ruang menunggu untuk banduan, melihat rata-rata rambut sama botak, uniform sama, malah selipar pun sama, dan pada masa itu muka rasa kebas. Nak senyum ke nak buat muka apa ni?hehe.

So basically di Penjara Sg. Buloh kami interview tertuduh-tertuduh di ruang kantin yang mana tidak seperti di dalam drama TV. Setiap seorang daripada kami diberi seorang klien pada satu masa. Means, it's one to one communication. Tiada cermin, tiada gagang telefon seperti di dalam drama. Hanya ada kerusi yang kami duduki, meja kantin dan diri-diri kami. Banduan tangan di gari, kami tangan memegang pen. Dan kawalan ketat daripada warden penjara, seperti di dalam drama TV. 

Kerjasama mereka baik. Jangan tanya mereka berdosa atau tidak, pada saya itu bukan tugas kita untuk menjatuh hukum. Cukuplah kita belajar daripada kisah kehidupan mereka. 

Klien yg sempat saya interview di Sg Buloh ada 2 orang. 1; kesalahan samun. Seorang bapa, mempunyai 3 orang anak yang mana semuanya bersekolah. Sebelum ini mempunyai sejarah memasuki Simpang Renggam atas kesalahan sama. Jadi, apa komen anda? 

2; seorang bapa berusia tua setahun daripada saya. Tetapi telah bercerai. Mempunyai ibu yang menghidapi penyakit jantung yang mana sepanjang tertuduh ditahan, ibu yang sakit ini menjaga anaknya. Kesalahan; bersubahat dalam memiliki barang curi. Ditangkap setelah baru 3 hari bebas dari Penjara Kajang. Apa komen anda?

Saya taknak cerita pasal klien saya tapi saya nak cerita tentang environment di dalam sana yang pada saya lebih menginsafkan. Ketika masuk ke dalam pintu yang mendekatkan kami dengan para banduan, saya sebagai seorang observer yang rakus memandang ke kiri dan kanan. Maka saya melihat banduan yang cuba menakal dengan mem-'fewwit-fewwit' kami di tengking oleh warden penjara di sebelah kanan laluan kami dan saya melihat banduan-banduan tua yang saya fikir lebih kurang usia Abah saya sedang menghadiri Kuliah Agama di satu ruang yang berbeza. Maka saya tersentuh. Aduhai, apalah nasib pakcik-pakcik ini menghabiskan usia di tempat sebegini. Apa agaknya salah mereka dulu, ya?

Selepas selesai tugasan kami, kami diberi makan tengahari di ruang kantin yang sama. Yang serve makanan kami adalah juga banduan, pada hemah saya yang diberi kepercayaan untuk menguruskan dapur. Nampak nur di wajah mereka, senyuman manis, dahi bertanda. Benar, tanda di dahi bukan bukti kuatnya iman seseorang. Tapi setidak-tidaknya, sejuk mata memandang mereka. Mungkin tempat mereka dilihat hina oleh kita, namun di sisi Allah, kita tak tahu, kan? Kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. 

Penjara Kajang - Rabu, 20 Jun 2012.

Untuk sepanjang Legal Aid, schedule untuk kami ke Penjara Kajang hanya 2 kali setiap seorang. Pergerakan mengikut jadual yang disusun. Kalau di Penjara Sg. Buloh, kami 25 orang akan bergerak dan menjalankan tugas sekali. Tapi untuk Penjara Kajang, susunannya hanya 6-7 orang setiap kumpulan. Berbeza kali ini kerana di Penjara Kajang, pesalah-pesalah adalah Young Offenders dan juga Wanita. Bukan seperti di Penjara Sg. Buloh, untuk kes-kes yang kami uruskan.
Pintu besi. Silalah masuk kalau sudi.
Pagi tadi, semasa kami menunggu di luar pintu besi, kami ber-enam seperti berlegar-legar diruangan petak kuning (seperti di dalam gambar di atas). Kemudian keluar seorang pegawai penjara berkata, 'minta tepi sikit dik. Bas nak parking sini, nak bawa banduan gantung'. Saya seperti, 'what?? gantung?? maksudnya apa?'

Lalu bas tersebut parking dan pintu besi dibuka dan keluarlah beberapa orang banduan, tangan bergari bersama pegawai penjara menaiki bas. Muka memang ranggi habis. Bengislah senang cerita. Tapi saya berdiri sebelah pokok buat gaya relax macam tak ada apa-apa. Padahal dalam kepala ni fikir macam-macam. Saya bukan fikir, 'eh diorang boleh serang aku ni!'. Bukan! Bukan! Saya fikir, 'apa yang mereka buat sampai dapat hukuman gantung? bunuh? bunuh siapa?. Habis family mereka bagaimana?'.

Ok, bila masuk pintu besi, again the same smell is there. Walaupun penjara lain-lain, bau tetap sama. Saya labelkan ia sebagai 'the smell of prison'. And then the same procedure we gone through except for today tiada body checking untuk kami yang perempuan kerana tiada pegawai wanita yang bertugas tadi kelihatan. hehe. 

This time, environment tempat kami temuduga berbeza. Sedikit seperti dalam drama TV. Ada cubical, ada cermin yang memisahkan kami dan tertuduh tapi tiada gagang telepon seperti dalam drama.hehe. Cuma, tangan mereka tak bergari. Rambut mereka tetap sama botak, baju mereka, selipar mereka seragam. Itu berdasarkan pemerhatian saya. Sefahaman saya, mereka pesalah Juvana/Young Offenders yang mungkin kurang kecenderungan untuk lari dan mencederakan. Tambah lagi ada yang belum ke mahkamah untuk bicara. Baru sampai tahap sebutan. Fresh.

Sebab jiwa saya lebih tersentuh dan teruja bila berkisarkan tentang juvana, remaja, anak-anak, maka kali ini saya kongsikan kisah klien-klien saya.

Klien 1.

Saya: Assalamualaikum. Sihat?
Dia: Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. *Sambil senyum manis*
Saya: Umur berapa ya?
Dia: 20 tahun, kak. 

Dan komunikasi dua hala diteruskan untuk 30minit. Antara part yang menyentuh hati saya:

Saya: Tahap pendidikan, dik? (Sebab saya kena isi maklumat dalam borang)
Dia: Saya sekarang tengah study TESL kak di U**. 
Saya: *Aduhai, kenapalah kau kat sini (dalam hati)*
Dia: Kak,.. kalau saya kat sini, kena buang U** ke? (Mata dia mula berkaca). Kak, kalau boleh saya taknaklah kena buang. Saya tak salah, kak. Saya tak tahu apa-apa pun pasal dadah tu. 
Saya: Sekarang ni Uni adik tengah cuti ke? Pihak U dah tahu ke?
Dia: Tak tahu lagi kot. Mak saya kata, dia cuba bincang dengan IO, kalau boleh minta kerjasama jangan maklum pada pihak U**. 
Saya: Ok, bagus. Kawan ada yang tahu?
Dia: Tak. Saya taknak bagitahu.

~Bla. bla. bla. Malas nak cerita panjang lebar~

Saya pendekkan kisahnya, saya taknak komen dia bersalah ataupun tidak. Cuma nak kata, nasib tak menyebelahi dia. Yang sedihnya, ayah dia baru meninggal bulan 5 hari tu, masa tu dia dah ambil cuti lama. Kemudian kakinya retak, cuti lama lagi. Kemudian di kembali ke U**, baru masuk balik kelas 2 hari. Kemudian kawan call ajak lepak, hang out, dia pergi. Sempat lepak di hotel yang abang kepada kawannya check-in. Just before check-out, bilik hotel kena serbu, polis geledah hotel, jumpa ganja bawah tilam. Maka, tersangkutlah dia sekali. 

Mari kita fikir sama, apa agaknya perasaan ibunya apabila dihubungi memaklumkan anaknya kini ditahan kerana ditangkap bersama dengan dadah? Mampukah ibunya merawat luka dihati sendiri, dahlah baru kehilangan suami, tambah pula dengan kesilapan anak? Mana ada ibu yang senang hati melihat anak dibalik jeriji besi walau jahat sekali pun anak itu. Kan? 

Mari fikir juga, andai kata dia dibuang Universiti, adakah dia kuat berhadapan dengan situasi? Kalau kita di tempat dia, bagaimana? Dalam hal ini, siapa yang nak dipersalahkan? Salah ibu mengandung? Salah ayah yang buat ibu mengandung? Atau salah diri sendiri? Atau salah rakan yang mengajak keluar? Atau takdir yang dipersalahkan? 

Klien 2.

Saya: Umur berapa dik?
Dia: 20 tahun.
Saya: Kesalahan apa?
Dia: 395, kak.
Saya: *belek Penal Code. amaturlah katakan*
Saya: Samun?
Dia: Ha'ah.

Bla.bla.bla.

Saya: Mak kerja apa?
Dia: Mak saya ajar budak mengaji.
Saya: Telan air liur. 

Bla.bla.bla.

Saya: So nanti nak mengaku salah ke nak minta bicara?
Dia: Saya tak tahulah kak. Mana yang lebih baik?
Saya: Kalau mengaku salah, kita boleh mitigate minta hukuman diringankan. Kalau nak minta bicara pun boleh sebab adik kata, yang buat tu kawan adik, adik bawak motor je, dan polis tak buat kawad cam tu semua, barang kes pun tak de dengan adik.. Tapi kita tak boleh jamin berapa lama kes boleh settle. Satu lagi kalau adik tak mengaku bersalah, minta bicara dan kemudian mahkamah putuskan adik bersalah, hukuman tu payah nak ringan, dik. 
Dia: Mak saya, abang saya semua kata jangan mengaku bersalah. Sebab saya tak buat. Saya bawa motor je. Tapi saya tak tahulah kak. Mana yang lebih cepat, itulah saya nak. Kepala dah sakit duduk lama-lama dalam ni, kak. 
*masa kau nak bawa motor tu kepala kau sakit tak dik?* hehe

Part yang syahdu.

Saya: Adik ada apa-apa lagi ke nak cakap, nak minta dimaklumkan apa-apa kepada keluarga?
Dia: Saya minta tolong akak call Mak saya, boleh tak? Minta bagitahu dia, saya minta dia datang melawat, saya nak tahu perkembangan keluarga. Saya tak tahu apa-apa sekarang ni, kak.
Saya: *Telan air liur lagi. Syahdu. Sayang rupanya dia kat family, kan?*
Saya: Ok, akak take note kat sini. Nanti kita cuba hubungi keluarga adik. Sabar sikit ya duduk sini. 
Dia:  Ok, terima kasih kak.

Klien 3.

Saya: Umur dik?
Dia: 18 tahun.
Saya: Kesalahan apa dik?
Dia: Pecah rumah.

*Sebenarnya bukan pecah rumah sangat pun. Curi tong gas kosong sebanyak 6 buah di rumah sewa sendiri. 1 tong gas dijual dengan harga RM35. RM35x6 = RM210.

bla.bla.bla.

Key factor pada hemah saya:

Satu.
Saya: Tahap pendidikan dik?
Dia: Tingkatan 2.
Dalam hati saya berkata, 'zaman sekarang pun ada orang tak kisah tak sekolahkan anak sampai habis ke? duduk KL pulak tu, wehh!'.

Dua.
Saya: Keadaan keluarga adik macam mana? ok? (Ruangan dalam borang, miskin, sederhana, ibu bapa bercerai)
Dia: Mak ayah bercerai, tapi tak tahu ayah hilang lari ke mana. Saya ada bapa tiri.  

*Sebab itu dalam Islam, bapa penting sebagai ketua keluarga, sebagai Imam. Bila bapa tiada, beginilah kesannya.*

Saya: Ini kesalahan pertama atau ada kes sebelum ni?
Dia: Sebelum ni pernah didakwa kesalahan pasal guna senjata masa saya Form 2 tapi saya lepas, mahkamah kata saya tak salah.

Ok, mari fikir. Salah ke tak tu belakang cite, tapi apa kau buat dik sampai kau boleh main dengan senjata segala bagai? Kalau akak diknon, akak main lawan pemadam je kat sekolah. Main rebut tiang masa rehat, main kredit kad (raba bontot kawan), main pijak-pijak kasut kawan. Paling kuat pun akak bercinta monyet lah. Itulah. Kau main senjata? Alahai.

Lepas tu, berbaloi tak kau rembat barang nilai RM210 yang sehari kau boleh habiskan (nak bagitahu betapa sikitnya nilai), kemudian kau sangkut dalam ni tak tahu berapa lama. Mahkamah bagi ikat jamin pun family tak mampu bayar, minta kurang lagi. Habis camno?

Pengalaman lain.

Selepas keluar bertemu young offenders, kami menunggu di luar penjara wanita pula untuk menemuduga banduan wanita. Menunggu bukan main lama, lepas tu tak jadi, lepas tu balik.

Sebelum tu, saya nak cerita apa yang saya nampak. Kebetulan semasa menunggu di bawah panas terik tu, bas penjara pun tiba. Banduan wanita ramai turun dari bas (baru balik daripada Hospital) dengan tangan bergari bersama warden penjara wanita. Perkara pertama saya terpandang; "oh my God. there's a lady with a baby!". Itu perkara pertama saya terpandang dan terus saya sampaikan kepada kawan-kawan lain. Anak comel pula tu. Hancur luluh hati saya. 

Masa masing-masing turun dari bas, ambik kau. Saya nampak tidak kurang daripada 3 orang wanita yang menggendong bayi. Seorang dua daripadanya seperti masih dalam pantang atau mungkin baru habis pantang. 

Kita sama-sama fikirlah, agak-agaknya bila anak-anak itu membesar nanti, marah tak dia bila mendapat tahu bahawa tahun-tahun awal kelahiran dan kehidupannya, dia membesar di dalam penjara, di sebalik jeriji dan tembok tinggi 4 meter?

Saya tertanya-tanya, apalah salah ibu-ibu ini ya? Apakah nasib anak-anak itu nanti?

Penutup.

Lalu kita perlu tanya diri kita, apa fungsi kita untuk masyarakat dan dunia? Kita lawyer, kita doktor, kita engineer, kita money-maker tapi apa sumbangan kita?

Kalau tak ada, elok kita tekup muka, dan letak kepala dalam jamban dan pam.

Sebab kita dan najis tiada beza. Memalukan saja. 

Wallahualam.
Wassalam

Jumaat, 30 Mac 2012

Luahkan, anda akan cipta perubahan!

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Lama saya biarkan blog ini sunyi dan sepi. Bukan kerana saya kering idea, bukan juga kerana saya mati bicara, jauh sekali ketandusan tenaga tetapi kerana kekangan masa. Sejak memasuki alam bekerja, kehidupan sedikit sebanyak berubah. Masa itu sangat-sangat berharga. Mana nak kejar waktu kerja, waktu bersama keluarga, waktu untuk diri sendiri lagi. Waktu membaca buku juga semakin berkurangan kerana kesuntukan masa. Alternatifnya, saya banyak membaca bahan bacaan online. Alhamdulillah, masih ada alternatif setakat ini.

Harapan Ayah Bonda

Saya kerap berdepan dengan rakan-rakan atau kenalan yang tersekat keinginan mereka sendiri demi memenuhi impian ayah ibu dan keluarga. Antara situasinya;
"Saya sebenarnya tak minat bidang ini, tapi terpaksa sebab ayah saya nak saya jadi seorang Doktor. Dia kata, sayalah satu-satunya harapan keluarga"; atau
"Saya tak tahulah nak plan future saya macam mana, saya tak minat pun Law ni! Ayah saya paksa. Bencinya!", dan macam-macam lagi.

Benar, memang mulia usaha untuk memenuhi impian keluarga khususnya ayah bonda yang telah banyak berkorban untuk kita. Kalau kita rasa kita mampu, tak ada salahnya. Tunaikan harapan dan impian mereka, buat mereka bangga. Kebanggaan mereka adalah hadiah terbesar buat kita.

Tetapi, bagaimana pula jika kita tidak mampu? Setelah kita mencuba dan mencuba, masih kita gagal dan gagal. Kawan-kawan lain sudah masuk tahun akhir, kita masih di tahun satu. Adakah itu satu petanda?

Minat itu kunci semangat

Saya percaya bahawa minat itu menjadi kunci kepada semangat kita dalam mengusahakan sesuatu. Contohnya, apabila saya meminati muzik, walau bagaimana sukar sekalipun, saya tetap akan gigih berusaha untuk menjadi si pandai dalam arena muzik. Jika saya meminati bidang penulisan, walau bagaimana dikutuk sekalipun saya tetap akan menulis. Jika saya meminati bidang kejuruteraan, payah bagaimana sekalipun saya sukar untuk mengaku kalah. Semangat akan terus berkobar-kobar. Mengapa? Kerana di situ minat saya!

Ada orang dipaksa belajar undang-undang tanpa minat yang lahir dari hati. Belajar punya belajar punya belajar, gagal sekali. Tak mengapa, difikirnya mahu berusaha sekali lagi. Belajar dan belajar dan belajar, kemudian gagal sekali lagi. Kali ini semangat terus hilang menyepi. Tiada pendorong untuk terus berusaha. Kenapa? Kerana tiada minat.

Saya bagi contoh, jika anda mengajak seorang kawan yang bukan penggemar play station untuk bermain play station bersama anda, barangkali dia akan menerima pelawaan anda. Kemudian selepas kalah sekali atau dua kali, apabila anda ajaknya untuk terus mencuba, dia hanya akan sengih-sengih dan berkata, "Tak pelah. Kau mainlah. Aku malas! Tak best!"

Tetapi, situasi akan berbeza jika kawan yang anda ajak untuk bermain play station bersama anda itu adalah seorang penggemar/peminat permainan video play station. Walaupun dia kalah sekali, dua kali, tiga kali, dia akan terus mencuba dan mencuba. Habis-habis pun dia akan kata, "Ish! Tak puas hati betul aku. Tak de, tak de. Aku repeat game ni!", dengan penuh keterujaan untuk mencuba lagi dan lagi.

Nampak tak bezanya antara usaha orang yang ada minat dan tiada minat? Jelas, bukan?

Luahkan, anda akan cipta perubahan!

Saya percaya bahawa kita perlu jujur pada diri sendiri. Luahkan jika tidak suka, jangan biarkan diri terus terseksa. Untuk apa dipaksa kalau memang itu bukan bidang kita, kan?

Tapi kita selalu tersekat dalam suasana 'Ditelan mati emak, diluah mati bapa'. Sampai bila perasaan ini akan menghantui diri kita sedangkan kita mahu mencipta jaya untuk hidup kita sendiri? Kita mahu merasai kepuasan melakukan sesuatu dalam bidang yang kita suka, bukan? Ya, jangan nafikan. Itu fitrah kita. 

Luahkan. Berterus-teranglah sekiranya kita yakin, sedar dan tahu bahawa apa yang diharapkan, tidak akan mampu kita usahakan. Jangan nanti kita jadi seperti 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'. Masa terbuang, habuk pun tadak. Rugi.

Semenjak kecil, Abah saya sentiasa mahukan saya menjadi seorang Doktor. Abah saya percaya bahawa profesyen sebagai seorang Doktor adalah profesyen tertinggi di dalam semua bidang. Saya dihantar ke sekolah berasrama, disarankan memasuki aliran sains malah ke Maktab Rendah Sains MARA yang memang bidang khususnya adalah sains. Langkah-langkah yang saya lalui adalah langkah-langkah yang pernah dilalui oleh 2 orang kakak saya yang juga doktor. Abah saya benar-benar berharap agar saya mampu menjadi si doktor ketiga dalam keluarga kecil kami. (Tamak benar, bukan?hehe)

Mulanya saya fikir, 'Inilah masanya untuk aku buat Abah bangga, tunaikan harapan dan impian dia'. Walhal saya tidak meminatinya. Saya masih ingat selepas keputusan SPM keluar, saya memohon UPU dan kursus-kursus pilihan saya semuanya adalah Undang-undang! 

Dalam masa sama, Program Matrikulasi Kementerian juga saya mohon, sebagai percubaan memenuhi impian Abah. UPU yang saya apply adalah sebagai memenuhi harapan dan impian sendiri. 

Apabila tiba masa untuk tawaran sambung belajar, keputusan permohonan Matrikulasi keluar terlebih dahulu berbanding permohonan UPU. Dan ketika itu, sesiapa yang mendaftar untuk Matrikulasi, secara automatik permohonan UPUnya akan dibatalkan. 

Seksanya batin ketika itu. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk ke Matrikulasi. Maka duduklah saya di dalam kuliah sains bio dengan cita-cita mampu menggapai impian Abah untuk saya menjadi seorang doktor. Abah sentiasa yakin, kalau kakak-kakak saya boleh buat, kenapa tidak saya?

Adakah saya sukses? Semestinya tidak!

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Akhirnya tiba musim peperiksaan semester pertama. Ah! Saya tidak yakin saya akan berjaya walaupun harapan saya menggunung tinggi!

Telahan saya tepat. Keputusan peperiksaan semester 1 saya, seingat saya lebih kurang 1.86 (CGPA) atau mungkin lebih rendah daripada itu. Status keputusan saya ketika itu adalah Lulus Bersyarat. Bagaimana mahu menggapai impian dan harapan Abah?

Dare to take the risk??

Yakin bahawa dengan keputusan sedemikian, memang takkan mampu saya usahakan untuk bidang perubatan, malah untuk bidang-bidang lain pun belum tentu lagi walaupun saya berusaha sebaiknya untuk semester 2 (iaitu semester akhir matrikulasi) saya, maka saya berazam untuk meletakkan noktah kepada percubaan membahagiakan Abah ini dan berpijak di bumi nyata. Saya mahu menjadi saya kerana saya. 

Satu hari saya telefon Abah. Saya katakan, "Abah, saya mahu quit Matriks". Mendengarnya, suara Abah terus keras. Saya cuba jelaskan, bahawa keputusan saya sekian sekian dan tiada harapan untuk saya lagi. Saya juga tak mahu kemudiannya hanya dapat buat kursus yang direject oleh orang lain semata-mata untuk mendapat tempat menyambung Ijazah. Saya tidak mahu! 

Tahu apa Abah saya kata? Dia kata, "Selagi kau tak kena buang, kau belajar dekat situ!"

Benar, memang keras hati seorang ayah. 

Tahu apa saya balas? "Saya tak kira, saya kata nak quit, saya tetap akan quit! Saya manusia bermaruah, saya rela undur diri sebelum kena buang!"

Perbualan menjadi sedikit tegang atas dua faktor. Pertama kedegilan anak. Kedua ego seorang ayah

Tetapi, inilah harga yang perlu saya bayar. Saya tahu saya boleh buat sesuatu yang lebih baik jika saya diberi peluang untuk berjuang di dalam bidang yang menjadi minat saya. 

Oh ya. Hasil daripada perbualan tegang tersebut, saya kalah sebenarnya. Matrikulasi saya jauh di utara. Andai saya mahu angkat kaki dan lari pun saya tak mampu lakukannya sendiri. Barang-barang saya, buku-buku saya, diri saya lagi. Tak termampu.

Namun, satu hari saya pulang ke Kuala Lumpur kerana perkahwinan Abang saya. Nah! Inilah peluangnya. Sekali lagi saya argue dan berbalas tembakan. Lebih teruk lagi kali ini bukan hanya dengan Abah, tapi dengan kakak-kakak juga. 

Saya tetap berdegil untuk tidak meneruskan pengajian di Matrikulasi. Saya katakan kepada mereka, "I am not going back there!". Percaya atau tidak, saya benar-benar tidak pulang ke Matrikulasi saya selepas majlis perkahwinan abang saya! I dare to take the risk!

Kritikan demi kritikan, hentaman demi hentaman saya terima. Sehinggalah kakak sulung saya mencabar dengan berkata, "Hey, once you are a quiter, you are a loser forever!". Saya sentiasa ingat yang ini. Saya telan kritikan itu.

Sampailah saat semuanya orang habis daya untuk memaksa, lalu suatu hari Abah bertanya; "Ok. Kalau kamu mahu quit, apa perancangan kamu??". Nah! Inilah masanya. Saya bentangkan satu demi satu perancangan yang bermain di fikiran. Sehinggalah saya berjaya meyakinkan semua orang.

Setelah semua orang bersetuju dengan keputusan saya, akhirnya Abah saya jugalah yang memandu saya ke Utara tanah air untuk menyelesaikan urusan berhenti belajar secara rasmi dan mengangkut segala barang saya.hehe

Banyak risiko yang perlu diambil. Mulanya saya fikir akan ada rezeki saya untuk bersaing dalam permohonan UPU kali kedua untuk tahun berikutnya. Rupanya tidak semudah yang disangka. Permohonan demi permohonan ditolak, rayuan demi rayuan tidak dipandang. Saya belajar tentang hidup, saya belajar bahawa untuk berjaya, bukan semudah yang saya sangka!

Perancangan Allah swt yang terbaik!

Sehinggalah saya bertekad untuk mendaftar di MMU. "Law dekat MMU? Recognized ke?". Benar, memang itulah respons-respons yang kerap saya terima. Semuanya menjatuhkan semangat. Tapi, minat punya pasal saya abaikan semua pendapat tidak berasas itu. Saya percaya, Allah akan berikan yang terbaik buat saya.

Untuk memulakan perjalanan di MMU juga bukan satu perkara yang mudah. Sebelum mendaftar, saya tahu saya perlu mencari duit barang seringgit dua buat persediaan. Saya sudah cukup tertampar dengan kondisi diri yang saya sendiri lihat sebagai beban kepada keluarga. Lantas saya gigih mencari kerja. Akhirnya, duit yang terkumpul itulah saya gunakan untuk mendaftar di MMU. 

Bukan mudah memulakan Asasi Undang-undang pada usia 20 tahun, dalam kapasiti otak yang KOSONG pengetahuan tentang Undang-undang. Minat tapi Zero knowledge. But hey, itulah cabarannya!

Dan memang benar, perancangan Allah swt itulah yang terbaik. Saya tidak pernah merancang untuk mempunyai kehidupan yang super awesome di MMU. Walhal, MMU adalah pilihan TERAKHIR saya untuk bidang ini. Tetapi, Allah mempermudahkan segalanya. Dia beri saya segalanya, walaupun tidak pernah saya terlintas di fikiran untuk meminta. Saya hanya minta dipermudahkan urusan belajar saya, Dia beri saya kemudahan lebih daripada pelajaran saya. Dia beri saya kasih sayang di MMU, Dia beri saya kehidupan sebenar, Dia beri saya tarbiyyah terbesar, Dia beri saya hidayah, Dia beri saya keluarga!

Belum berjaya, tetapi akan tetap terus.

Sekarang, saya masih belum berjaya. Tetapi saya akan terus berusaha. Bergelar Graduan Undang-undang mungkin kurang membanggakan, tidak seperti bergelar Graduan Perubatan yang menyandang gelaran Dr. di pangkal nama. Namun, saya percaya untuk membahagiakan ibu bapa bukan semata-mata tulisan di atas sekeping Ijazah, tetapi ia lebih daripada itu. Peluang membahagiakan mereka tetap dan terus ada selagi mereka dan kita bernafas di dunia. Malah, andai tiba masa mereka menutup mata, kita masih mampu membahagiakan mereka di sana dengan ingatan dan doa tulus ikhlas bergelar si Soleh dan Solehah.
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."
(H/R Bukhari, Tarmizi, Hambali, Ahmad dan an-Nasaii)

Segala yang baik adalah nikmat kurniaan Allah. Tiada satupun milik mutlak saya. Segalanya adalah pinjaman. Dan terima kasih ya Allah di atas kurniaan-kurniaan ini. 

Alhamdulillah.

Jadi, jika anda mahu mengubah hidup, luahkan! Dan, dare to take the risks!
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

(Al-Ra'd : 11)

Khamis, 22 Disember 2011

'law is not about memorizing. it is about understanding by heart. and expressing it by ideas and arguments'


Jarang sekali saya menjadikan ruang ini sebagai satu ruang berfaedah untuk pelajar undang-undang (seperti saya beberapa bulan dahulu). Kali ini terasa ingin memanfaatkan diri sendiri dan kawan-kawan serta adik-adik yang masih berjuang di dalam arena pendidikan undang-undang. Walaubagaimanapun, sebelum nak menulis panjang, saya teringin juga untuk state kan 'disclaimer' di sini. Apa yang dituliskan selepas ini hanyalah satu pendapat (yang mungkin kurang bernilai) daripada seorang bekas pelajar undang-undang yang masih belum mempunyai pengalaman bekerja. Oleh itu, andai ada yang hendak menganggap penulisan ini adalah sejenis 'rubbish', terpulang. Tidak mengapa. Tiada siapa akan berkecil hati.

Google Image
Pertama sekali, buat kawan-kawan yang mungkin berasa sepi meneruskan pembelajaran di MMU setelah beberapa teman sekelas lain tamat belajar, apa yang saya nak katakan adalah, jangan hirau sangat pada bila tamatnya waktu belajar. Yang penting kualiti pendidikan yang kalian dapat. Serius. Ini bukan ayat penyedap hati, tapi ini adalah satu aprisiasi. Kalian lebih menghargai ilmu setelah kelas mula rasa tidak best kerana ketiadaan kawan-kawan yang dahulunya memeriahkan suasana, bukan? That's the hikmah. Believe me.

Kedua, yang habis awal satu sem ni pun tiada apa yang nak dibanggakan sangat. Hujung tahun, banyak juga firm yang berperasaan seperti, 'buang tebiat ke diorang ni nak start chambering pada hujung tahun?'. Ini benar. Sungguhpun masih adalah firm yang menginginkan kehadiran kami pada hujung tahun. Tapi kebiasaannya, awal tahun is the best time for us to start chambering.

Ketiga, ini point utama. Mungkin panjang berjela-jela. Kalau kalian rajin baca, bacalah. Kalau tak, tak mengapa. Tapi kalau baca, insyaAllah ada manfaatnya.hehe. Sedikit perkongsian, kalian (khususnya classmates saya) pasti tahu bagaimana aktifnya saya di kampus. Kalian (khususnya yang pernah mengulangkaji bersama saya) pasti tahu bagaimana cara saya menyelamatkan diri setiap kali peperiksaan, bukan? Saya suka meyakinkan diri dengan pegangan, 'law is not about memorizing. it is about understanding by heart. and expressing it by ideas and arguments'. Chewah. Ayat poyo sedikit. Tapi apa yang penting sebenarnya, lepas faham tu sepatutnya ingat atau kita familiarlah with the law principle kan? Kalau tak, hampagas juga kita ni. Termasuklah saya. 

Tak kisahlah berapa aktif saya dahulu dan berapa banyak saya auta dalam menjawab peperiksaan selama hampir 5 tahun di MMU, mendapatkan tempat untuk Chambering adalah satu cabaran besar buat saya. Tak kisahlah kalau orang nak kata, 'gila hampeh budak ni, fail cari kerja!' pun tak apelah. Saya terima. Niat saya untuk berkongsi cerita. 

Dalam masa sebulan lebih, saya telah pergi ke 5 buah firm untuk ditemuduga. Hoi. Kenapa 5? Banyak gila! Memanglah banyak gila sebab begitu kencang sekali di-reject. Anyway, I'm enjoying my experience. Belajar daripada pengalaman. Firm ke-4 menerima saya dan menawarkan saya posisi sebagai Pupil sehari selepas ditemuduga. Awesome juga kan?kehkeh. Dan firm ke-5 saya pergi kerana saya seronok menimba pengalaman ditemuduga. Saya mahu tahu bagaimana environment firm tersebut. 

Secara totalnya saya telah menimba pengalaman temuduga di 1 firm besar, 2 firm medium dan 2 firm kecil. Dan percayalah, kelima-limanya sungguh berbeza. 

Firm besar, expectation dari segi result agak tinggi. Atau senang cerita, memang tinggi. Saya dikatakan tidak balance kerana hanya sekadar mendapat 3.31 CGPA berbanding dengan pencapaian ko-kurikulum saya yang terlalu outstanding (kononnya), menurut mereka. Jadi, pasrah. Awas, firm besar barangkali akan bertanyakan tentang Law Principle. Dan, haruslah kalian study sungguh-sungguh, revise apa yang patut. Jangan jadi 'si selenga' macam saya yang gagal menjawab dengan tepat. 

Firm medium, pada saya just nice untuk 'kita'. Kita means kita semua. Yang study biasa-biasa saja, tak mampu kejar 1st class.hehe. Biasanya mereka ada sistem yang agak teratur walaupun tidak segah dan semewah firm besar. Setakat pengalaman dan pemerhatian saya, mereka tidak bertanyakan tentang Law Principle but they really expect us to know our interest. Maksudnya, adakah kita berminat untuk fokus kepada Litigation, Conveyancing, Corporate, etc etc. Sekiranya tidak pun, kita masih boleh beri jawapan selamat yang 'I have interest in all area of practices but if I really have to choose one, maybe I will go for Coveyancing..'. Contohnya begitulah. Medium firm juga kadang-kadang mengharapkan kita mempunyai good result or at least average. Selebihnya, kita jual diri masa interviewlah.

Firm kecil pula, pada saya unexpected. Ada small firm yang kurang sistematik. Berterabur. Ada sekali tu saya pergi interview, aduhai. Masuk-masuk firm je dah nampak fail sebeban di sana di sini, tak campur lagi dengan staff-staff yang gayanya macam kaki gosip. Eh berdosa cakap macam tu. hehe. Tapi, nampak gaya macam tulah. Tapi ada satu lagi firm yang saya pergi, sangat profesional, sangat gempak. Sungguhpun it's a small firm tapi they also take high profile cases contohnya macam kes Raja Petra (defamation) dan Syabas against MB Selangor. 

Pendek cerita, my suggestion is that sebelum nak apply chambering (if kalian tak nak buat dekat tempat attachment atau tak dapat tawaran dari sana), bolehlah cuba-cuba untuk google dan search sebaiknya. Sebagai contoh, what I did was I browsed through the Legal 500 website. Di situ ada senarai firm-firm yang dikira outstanding dalam bidang-bidang tertentu. Dan saya apply segalanya pun berdasarkan firm-firm yang tercatat di situ juga. Lepas google dan intai-intai di situ, bolehlah intai-intai senarai lawyernya di Malaysian Bar website. At least, you have an idea about the firm. Kalau firm tu ada website, it's a bonus for you!

Perkara keempat yang nak dikongsikan adalah tentang persediaan kita sebagai job-seeker dalam position Pupil.hehe. Kadang-kadang nampak macam senang, kalau kita pandai gebang. Apa-apapun, bergantung kepada rezeki. Rezeki kita Allah swt yang pegang. Kalau Dia nak beri, Dia beri. Kalau Dia nak hold dulu, Dia hold. Usaha tu yang penting on our part. Sistem setiap firm dalam mendidik Pupils in Chamber berbeza. 

Ada yang mengamalkan poll system. Bermakna Pupils diletakkan di dalam satu bilik khas, mana-mana lawyer yang memerlukan bantuan Pupils, mereka akan cari Pupils di situ. Boleh jadi hari ini Corporate Lawyer minta tolong A buat due-diligence, esok Litigation Lawyer minta A pergi court untuk Mention dan lusa Conveyancing Lawyer minta tolong A untuk jumpa client untuk Signing. 

Ada juga yang mengamalkan rotation system. Contohnya 3 bulan pertama di Litigation Department, 3 bulan kedua di Conveyancing dan baki 3 bulan lagi di Corporate Department. 

Ada juga yang tidak mengamalkan poll ataupun rotation system. Sejak awal lagi mereka mahu Pupils mereka fokus dari awal area of practice yang mereka mahu ceburi. Untuk firm yang begini, kalau masa interview kita bagitahu 'I am not sure what I want to practice in future, I think I wanna try all first during my pupillage', barangkali kita mungkin bukan pilihan mereka. Well, they have their own argument or reason for that. Sebabnya ada sesetengah firm yang memang buat Litigation semata-mata atau Conveyancing semata-mata, jadi kalau kita buat Chambering di sana tanpa kita terlebih dahulu make up our mind what we want to do in future, rugilah. Contohnya, saya nak buat Litigation. Sekali buat Chambering kat Conveyancing firm, tak ke merana?

So basically, lebih baik sejak dari sekarang kita tahu interest kita di mana. Sesetengah orang yang sangat teliti dan suka bermain dengan dokumen, barangkali Conveyancing adalah pilihan terbaik. Untuk orang aktif dan suka ke Mahkamah dan suka duduk ofis sampai tengahmalam buta, mungkin Litigation adalah yang terbaik. Manakala untuk orang yang suka untuk berjumpa dengan pengarah-pengarah syarikat, advise syarikat tentang merger & acquisition dan segala mak bapak, Corporate adalah yang terbaik. 
Google Image
Setelah melalui 5 interview, saya sedar bahawa ketika di Law School, sedikit sebanyak minda kita telah dipesongkan.hehe. Kita asyik diajar dan ditekankan bahawa 'nanti bila you jadi Lawyer, you kena punctual, jumpa judge, pakai black and white' blablabla. Walhal apa yang dibayangkan oleh lecturer kebanyakannya tentang kehidupan seorang Litigator. Corporate and Conveyancing lawyer tak perlu ke Court, pun! Tak perlu menghadap Judge pun! Ye tak? Kita seakan-akan dididik seperti, 'litigator is the real lawyer'. Walhal tak pun. Bergantung kepada minat dan kekuatan seseorang individu itu juga. *sekarang saya kurang rasa bersalah kerana bebal buat Conveyancing, sebab memang saya taknak buat pun.hehe*

Apa-apa pun, ini semua hanyalah pendapat dan pengalaman 'si selenga' yang hina. Pergi interview 5 kali memang awesome. Awesome sampai rasa macam kena mandi bunga. hehe. Sebab belajarlah daripada pengalaman. Interview pertama dan kedua, NO PREPARATION at all. Interview ketiga, with preparation but when I entered the firm, I felt so morally down.hehe. Interview keempat, well prepared. Tambah lagi bila interviewers berkata, 'We feel like MMU Graduates are much much much better than the graduates from other Universities. Maybe because the medium of language that is used in your university is English'. So, berbanggalah menjadi pelajar MMU yang speaking maut gila. *Tapi bila bergosip, cakap bahasa melayu kampung juga.hehe. Dan interview kelima, baru pergi semalam. Marvelous gila firm dia, walaupun small firm tapi awesomelah. 

Alhamdulillah, setelah berperang mencari kerja, Allah swt telah membuka jalan rezeki saya. 9 bulan Pupillage saya akan bermula pada 9 Januari 2012. Ketika ditemuduga, saya menyatakan bahawa 'I have interest in all area of practices but if I have to choose 1, or please let me choose 2.hehe. I will choose Litigation and Corporate'. Ayat politik, gebang baik punya. Penemuduga waktu itu pun seorang Head of Litigation dan seorang lagi Corporate Partner.

Akhirnya, ketika mereka memberikan 'offer', mereka bertanya, 'so have you make up your mind? do you want to do Corporate or Litigation?'. Rasa macam tamak nak buat dua dua tapi firm ini tidak menggalakkan rotation system. Akhirnya saya membulatkan suara dengan memilih Litigation. 'So, your 9 months of Pupillage will be under Litigation Department, ya!'. Baiklah. Menurut perintah.

Dude, kenapa kau pilih Litigation? Sebab saya nak pergi Court selalu! Nak usha lawyer-lawyer muda yang ohsem.kehkeh. No, knowing me I believe Litigation will be the best choice for me. 
Google Image

Akhir sekali, untuk sahabat-sahabat atau adik-adik yang masih berjuang di Law School, you got nothing to worry. Buat yang terbaik, naikkan kualiti diri setinggi yang boleh, insyaAllah rezeki kita ada di mana-mana. After all, kita nak buat chambering je pun. Kalau ada rezeki di retain, itu soal lain. *tak tahulah kalau 1 hari nanti saya cabut dari TM.hehe

Saya tunggu kalian semua habis. We will rock the world, together yeah! Rindu benar pada kalian. 

Maaf andai ada yang tersilap bicara. Ingat, jangan ambil bulat-bulat apa yang saya tuliskan. Saya kurang pengalaman. Mahu lebih pengalaman, sila cari sendiri.hehe. Wassalam

Jumaat, 11 November 2011

Perkongsian untuk yang memerlukan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak meninggalkan MMU, Alhamdulillah diri ini tidak sunyi. Masih mendengar khabar berita dari teman-teman, dan adik-adik di sana.

Malah kebelakangan ini kerap juga saya dihubungi, ditanya tentang itu dan ini. 'Kak, nak mintak pendapat..', 'Kak, nak tanya sikit..'. Itu yang hal program. Hal rumah pun ada, 'Kak, sudikah akak mendengar luahan hati saya?'.. hehe. Macam-macam. But I'm happy with it. Alhamdulillah.

Oleh kerana itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan pendapat, nak menyebar-luaskan nasihat khas buat adik-adik yang adrenalin perjuangannya begitu melimpah ruah sekali. Saya faham perasaan anda, sungguh bersemangat untuk buat macam-macam. Buat itu, buat ini, join itu, join ini. Kan? Bawa-bawa lah mengucap dulu.hehe

Kalau apa yang bakal saya tuliskan ini membantu, ambillah buat bekal perjuangan. Kalau-kalau ianya tidak membantu, buang saja jauh-jauh. Lain orang, ideology berbeda, methodology nya juga barangkali tak serupa. Cukuplah ambil apa yang dirasakan sesuai dengan jiwa sahaja.

Saya diajukan dengan soalan yang memohon pendapat saya, adakah si gadis A perlu menerima tawaran jawatan X untuk program Y. 'Kak, saya ni foundation lagi..'. Ada juga yang bertanya, 'Kak, risaulah. Saya tak tahulah saya perlu resign program F ini untuk join program G, sebab program G ramai geng'. Ada juga yang dilema, 'Kak, saya sekarang pegang jawatan H, untuk program A, jawatan I untuk program B dan patut ke saya join program C juga?'.

Subhanallah. Saya sangat teruja mendengar setiap satu luahan. Seriously saya tak bohong. Sungguh berkobar-kobar sekali. I take it as satu kebangkitan Muslim hebat di MMU. InsyaAllah.


1. Setahun jagung & Fokus

Walau bagaimana pun, saya perlu berterus terang kepada adik-adik semua. Saya sememangnya menyokong semangat perjuangan adik-adik. Namun, tolonglah lempang pipi sendiri beberapa kali, renjis sikit dengan air mawar. hehe. Tolong habiskan satu persatu, kayuh perlahan-lahan, insyaAllah sampai destinasi. 

Saya bagi analogi seperti kita mengayuh basikal. Dok kayuh laju sangat, gelojoh sangat sampai rantai basikal terputus, langsung kita yang susah perlu heret basikal balik. Jenuh menapak. Tapi kalau kita kayuh basikal dengan baik, tenang, berhati-hati, walaupun tak laju tapi insyaAllah basikal itu pasti boleh ditunggangi sampai destinasi. Kan?

Di MMU, ada satu budaya yang tercipta. Di mana, apabila kebanyakan daripada kita terlalu gigih terlebih aktif di awal usia pengajian, (seperti di waktu foundation dan tahun pertama diploma/ijazah) akibatnya study entah ke mana, ke laut pun iya, ke langit pun iya. Lepas tu kena marah dengan mak, ayah, scholar bising sebab pointer tak reach expectation, lepas tu undur diri dari dunia program. Inilah budaya basikal pancit yang terjadi di dalam MMU. Saya ingin tekankan, adik-adik jangan lumurkan diri adik-adik dengan budaya ini.

Kita perlukan satu pasukan yang berjuang secara konsisten. Kita tak perlu berlumba-lumba, terlalu mengejar segalanya, tapi esok hari semua pancit, semua tarik diri. Kemudian kita menghadapi masalah. Masalah apa? Bila kita perlukan orang, kita tak dapat. Sebab semua dah pancit!

So I would like to suggest, ambil satu persatu. Lepas habis program A, selesaikan semua tanggungjawab, baru ambil program B. Lepas program B, baru ambil program C. This is very important especially kepada adik-adik yang masih segar di MMU. Saya tak mahu anda kecewa dengan keputusan peperiksaan anda di awal usia anda di MMU!

Fokuslah dengan tiap tiap sesuatu yang nak dilakukan. Kalau ada fokus, hasilnya juga insyaAllah baik. Kalau segala benda nak dikejar, tak sempat nak fokus, cemana hasilnya? Wallahualam.

Pesanan untuk pemimpin-pemimpin organisasi/program, tolong control pengambilan tenaga kerja. Kalau tahu si polan A dah ada komitmen lain, sila panjangkan leher cari orang lain. Jangan gatal melamar si polan A. Peace.

2. Komitmen yang menuntut.

Adik-adik, suka untuk saya ingatkan bahawa menyertai pasukan yang menggerakkan program/aktiviti ini bukan hanya untuk suka-suka. Bukan sekadar untuk bagitahu semua orang yang, 'Hey! I'm learning something new outside of the 4 walls of lecture hall!'. Tapi ianya lebih daripada itu.

Ianya soal tanggungjawab dan komitmen. Saya berpegang pada, 'tanggungjawab kita adalah maruah kita, maka jagalah sebaiknya'. Dan saya takkan berhenti ulang tayang prinsip yang ini.

Saya cukup tak suka bekerja dengan orang yang bunyi je lebih, tapi bila kerja hampeh. Cerita gebang, nama macam meletop lah tapi kerja tak seberapa. Alasan, busy!
Well, dah tahu busy, kenapa tamak ambil tanggungjawab lagi dan lagi? #Saja bikin panas.hehe

Kita perlu adil dalam memenuhi tanggungjawab kita, dalam menzahirkan komitmen kita terhadap sesuatu kerja, ataupun jawatan/post. Tak adillah kalau orang lain pergi meeting, kita terpaksa tinggalkan meeting atas sebab kita ada meeting program lain. It is not good. You're being unfair to yourself and the others.

Sebelum ambil 2-3 tanggungjawab dalam satu masa, tanya diri sendiri:
"Kalau meeting program A clash dengan meeting program B, aku nak dahulukan yang mana?"
"Kalau meeting program C clash dengan meeting Assignment, aku nak pergi mana dulu?"
"Kalau mak panggil balik masa aku ada meeting/induction/postmoterm program D, macam mana?"

Banyakkan fikir, tingkatkan zikir. Lepaskan satu persatu. Komitmen menuntut. Ingat, tanggungjawab adalah maruah. Kalau adik-adik ni jenis berkualiti, run 1 event saja pun dah cukup untuk orang nampak kualiti dalam diri adik-adik. Tapi kalau adik-adik jenis hampeh, run lah 10,20 event sekalipun, orang tak appreciate mana pun. Percayalah. 

3. Sayangi diri sendiri

Adik-adik, dalam hidup ini, kita perlu cari redha Allah, bukan redha manusia. You can please people by accepting their offer for a post, but please remind yourself that, apa-apa pun, belajar untuk sayangi diri sendiri dahulu.

Kadang-kadang, orang offer kita jawatan, memang sebab orang nampak kemampuan kita. Itu kebiasaannya.

Tapi, ada juga situasi di mana orang offer kita jawatan, sebab dia dah tak ada orang lain dah nak cari. Maka, dia offerlah kita untuk penuhkan kerusi. Lepas tu kerja kita tak tahu hujung pangkal, lepas tu melalak lah kita tidur lambat, tak cukup rehat, kena sawan sendirian. 

Sayangilah diri sendiri dahulu, ya. 

4. Paling penting: Study ok tak?

Mungkin ada di kalangan adik-adik yang merasakan seperti, 'Kak, saya 4.00. So tak de hal lah kalau aktif gila ba alif ba ya pun sebab saya memang genius!'.
Ok. Finelah. Alhamdulillah. 

Tapi saya berani patahkan gigi (hehe) lah kalau ada yang macam ni. Sangat susah untuk ditemui. Saya sendiri pun gagal. Sadis.

Harus diingat bahawa tujuan asal datang ke MMU adalah untuk belajar. Percayalah, kepuasan itu tak menjadi milik kita pun kalau nama kita gemilang di persada MMU (kononnya) atas sebab program itu ini, award sana sini, tapi study tak tara mana pon. Trust me! I'm not lying!

Join program sana sini untuk apa? Oh. Untuk meningkatkan kualiti dalam diri, mengeluarkan bakat pemimpin yang ada dalam diri. Betul, betul. Saya setuju! Tapi, nak jadi pemimpin apanya kalau tak boleh tunjukkan tauladan yang baik kepada orang lain? Study ke laut, dok under probation, bila nak habis?

Maaflah kalau bunyi sangat sarcastic di sini tapi saya perlu tegaskan di sini bahawa tujuan utama ke MMU memang untuk belajar. Kalau study tak cemerlang, janganlah rasa gemilang sangat. It shows that we failed to  determine which one should come first before another. 

Kita berprogram, untuk tambah kualiti diri. Untuk cari redha Allah. Ingat, redha Allah datang dengan redha ibu bapa. Kalau result hampeh, mak ayah sedih, dia tak redha, dia menentang, apa maknanya? 

Tapi, kalau study adik-adik semua ok, alhamdulillah. Saya menyeru semua untuk cabar diri sendiri, make sure study 3.00 and above, dalam masa sama tingkatkan kualiti diri dengan mencari pengalaman through programmes, dan insyaAllah adik-adik akan rasa sejauh mana bermaknanya tahun-tahun yang adik lalui di MMU.

Kisah Saya.

Mungkin cara saya menulis, seperti 'bajet bagus'. Saya pohon maaf. Hakikatnya, saya tidak.

Saya graduate bukan sebagai graduan kelas pertama. Ini sedikit sebanyak buat saya kecewa. Jauh pointer saya untuk mengejar 3.67 seperti yang dituntut MMU untuk bergelar graduan kelas pertama. Saya layak bergelar graduan kelas memandu sahaja. Peace.

Oleh sebab itu, saya memasang cita cita yang cukup besar. Saya pesan kepada adik-adik Peuehaba Aceh, agar mereka dapat tebus kekalahan saya. Grad lah dengan kelas pertama. Kenapa mereka? Kerana mereka masih muda di MMU. Masih boleh mengejar kecemerlangan, selagi mana ada kesedaran dalam diri masing-masing. Sekarang, saya cabar anda semua pula! 

Namun, saya tetap bersyukur dengan anugerah yang telah Allah swt beri kepada saya. Siapalah saya untuk komplen itu dan ini, sedangkan usaha saya tak tara mana. Ya. Saya akui. Sebab itu, saya pesan seperti yang di atas untuk adik-adik semua. Sebab, saya melakukan kesilapan. Dalam hidup ini, kita boleh belajar daripada kesilapan orang lain, tak perlulah kita nak merasa kesilapan sama. Kan?

Saya tamat belajar di MMU dengan CPGA 3.31 sahaja. Sepanjang hampir 5 tahun di MMU, 14 semester saya lalui, 13 semester belajar, 1 semester Legal Attachment, 7 kali saya mendapat dekan. 3 kali semasa Foundation, 4 kali semasa Degree. 2 kali result saya di bawah 3.00. Selebihnya cukup sekadar selamat atas 3.00. 

Ini pertama kali saya reveal keputusan saya secara umum. Sebab saya mahu adik-adik dan sahabat-sahabat belajar daripada kesilapan saya. Saya tidak cemerlang. Jauh sekali untuk menjadi yang gemilang dan terbilang.

And trust me, it was never an easy thing for me. Mencabar diri sendiri adalah dugaan paling besar. Cuma satu perkara yang menarik untuk saya kongsi. Keputusan bawah par 3.00 yang saya perolehi selama 2 kali itu adalah ketika saya terlalu 'free'. Sesudah saya melepaskan kerusi Presiden UPG. Sewaktu saya melalui zaman mewah, menghadiri program-program kerajaan yang makan sedap-sedap, asyik-asyik duduk hotel.hehe

And one thing untuk pengetahuan semua, saya langsung tidak aktif ketika zaman Foundation. Zaman foundation saya, saya abdikan untuk belajar dan bekerja di Coffee Bean setiap hujung minggu.hehe. Dan momentum cemerlang itu saya bawa sehingga tahun pertama degree. 1st semester degree saya, saya memperoleh 3.90. Ngehngeh. 
Sweet kan Kak Yong saya? wee~
Namun, ku sangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari. Perlahan-lahan result jatuh dan ada naik kemudian jatuh, supaya graf kehidupan macam dramatic sikit kan?hehe. 

Bebudak Aceh tahulah cemana ajaib dan dramatic nya graf 'dunia study' saya. Dan saya berani katakan bahawa, yang menyelamatkan CPGA saya hingga saat akhir untuk masih berada di tahap 3.31 adalah kerana saya skor di awal-awal degree. Kalau tak, memang saya kecundang dengan nazak sekali.

Saya tak bohong. Saya tidak mereka-reka cerita. Saya nak katakan yang, nak sukses dengan sempurna, tak pernah ada jalan mudah. Saya mengalami cabaran yang berat, pun tidak cemerlang akhirnya. Jadi, janganlah memasang angan-angan untuk merasai segalanya dengan cara mudah lepas tu berharap kegemilangan datang turun dari langit.

Nasihat akhir saya, letakkan target untuk grad kelas pertama. Tolonglah tebus kekalahan saya. Dalam masa sama, jadilah manusia yang hebat  yang memberikan komitmen terbaik dalam setiap program yang diceburi. Adillah kepada diri sendiri dan orang sekeliling. 

Jangan gelojoh. Nanti tercekik.
Kalau anda masih dilema, istikharah lah! Allah ada bersamamu.

Wassalam