Sabtu, 4 September 2010

Al-kisahnya Generasi Muda.




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam perpaduan.

Ketika sy asyik melayari Facebook siang tadi, sy tertarik untuk klik pada pautan yang sedang kencang dijadikan bahan perbincangan teman-teman seperjuangan GMUN. Mereka pada sifatnya memang bersemangat benar berbanding dengan sy. =) 

Sy mahu kongsikan perkara ini dengan sahabat pembaca. Moga-moga kalian boleh kongsikan pendapat, atau mana2 yang tertidur, boleh terjaga setelah memahami isu yang dibincangkan ini. Fokus sy pada peranan dan fungsi generasi muda. Siapa lagi? Kita lah! 

Sy layari blog Bicara Nobisha dan sy dapati ada penulisan yang jujur di situ. Penulis pada hemah saya agak concern dengan nilai penghargaan atau nilai 'bukak mata' pihak kerajaan terhadap belia Malaysia hari ni. Tajuk entry yang membuatkan sy terjatuh minat dalam blog tersebut ialah; BETULKAH KITA HARGAI GENERASI MUDA?. Tajuknya saja sudah cukup buat minat saya bercambah2 untuk menghabiskan pembacaan sy. Antara petikannya adalah;

"Dalam bahasa yang lebih mudah, GMUN ialah projek pelbagai agensi antarabangsa. Sepatutnya, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang menjadi kerajaan menggunakan GMUN sebagai satu platform untuk menampilkan imej mesra belia; memposisikan diri sebagai rapat dan memahami aspirasi Generasi Y dan kepimpinan mahasiswa dan belia.

GMUN juga boleh diposisikan sebagai pengiktirafan UN dan Commonwealth kepada gagasan 1Malaysia sejajar dengan tema persidangan ini. Potensi GMUN dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan untuk membina imej yang positif untuk kerajaan dan Barisan Nasional adalah cukup besar."

Selesai membuat pembacaan, lantas sy terfikir untuk meninggalkan jejak sy di blog tersebut. Sekadar berkongsi pendapat dan buah fikir. Mana yg selari ideology nya sedikit sebanyak boleh menyejukkan hati, mana yang tidak boleh dijadikan bahan untuk kita terus menilai baik buruk sesuatu perkara. Hidup sudah pasti punyai banyak option. Sebab itu kita perlu consider segala option, sebelum kita membuat sesuatu keputusan. Komentar yang sy tinggalkan di blog tersebut adalah seperti di bawah. Sebijik sebiji sy copy paste untuk dijadikan bahan perkongsian di ruangan blog ini.

Najlaa Nor says:
Salam Saudara penulis.
Sekadar ingin berkongsi pendapat tentang isu GMUN, Belia dan Pendekatan Kerajaan. Sy salah seorang wakil delegasi Malaysia yang terlibat dengan Persidangan GMUN di PWTC baru2 ini. Alhamdulillah, sebagai anak muda Malaysia, saya sendiri kagum dan terpesona dengan kredibiliti dan personaliti sahabat2 seperjuangan lain yang terlibat dengan GMUN ini.
Fakta saudara benar2 belaka. Kami melalui saringan dan kursus di IDFR serta INPUMA. Itu mungkin memberi makna, ia bukan satu perkara main2.
Sejujurnya, sy melihat kerajaan telah memberi usaha sebaiknya. Sy fikir, ketidakhadiran PM atau TPM tidak sewajarnya menjadi isu besar. Kami hanya segelintir 60-70 belia Malaysia daripada berjuta2 belia MAlaysia. Kami diberi penghargaan secara peribadi oleh Dato Seri Shabery Cheek apabila beliau sudi bersama kami untuk majlis makan malam sebelum GMUN berlangsung ketika kami menjalani kursus persediaan. Bukan Dato’ Seri sahaja malah Setiausaha Politiknya, serta ramai pegawai2 KBS turun padang. Oleh itu boleh saya katakan KBS dan Menterinya telah memberikan komitmen sewajarnya.
Cuma, perhatian perlu dilebihkan pada part ‘media’. Berita GMUN bukan diletakkan dimuka surat hadapan. Tetapi, kes buang bayi, remaja merempit dan sebagainya yang dijadikan perhatian. Itu tidak wajar pada pendapat sy.
Sy konsider menteri2 juga kadang2 sibuk dengan tugasan port folio masing2 dan mereka juga meng’update’ diri mereka melalui media. Sekiranya GMUN diletakkan di muka surat hadapan, ada possibility menteri atau org atasan mana2 parti juga akan ter’sedar’ dengan kewujudan GMUN. Tapi malangnya, itu tidak terjadi.
Peranan membangunkan belia, bukan semata2 tugas kerajaan. Tapi semua pihak perlu mainkan peranan.
Apa2pun, sy bangga menjadi belia Malaysia, bersama2 60 teman delegasi Malaysia ke GMUN yg lain. Kami sendiri merasai enaknya perasaan bilamana MAlaysia dijadikan contoh untuk diikuti pada mata dunia.
Wassalam.
NOBISHA : Saya setuju dengan semua pendapat Cik Najla Nor, kecuali yang mengatakan bahawa kehadiran PM dan TPM bukan isu besar. GMUN ialah program United Nations dan sepatutnya diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh pemimpin negara. Saya boleh sebutkan beberapa lagi program besar belia yang mana pemimpin negara tidak memberikan perhatian berat. Hanya apabila anak-anak muda ini memberontak, barulah terkial-kial nak dekati mereka. Adakah kita ingin kembali ke era 70an di mana pemimpin pergerakan belia terpaksa menepuk meja (atau melakukan apa yang Namawee lakukan) untuk mendapat perhatian pemimpin negara?
Bila sy baca pula reply daripada penulis, sy jadi terdiam. Menggaru kepala yang tidak berkutu, otak jam sebentar. Apa-apa pun, pada pandangan sy, sebagai belia yang punyai kualiti hidup, baik dari segi peribadi diri yang cantik dan pendidikan yg tinggi, kita tidak perlu bertindak gelojoh, semata-mata untuk menarik perhatian pemimpin negara. Kerana sy yakin, dengan berpegang kepada nilai jati diri dan kualiti diri yang tinggi akan membuatkan masyarakat dan kerajaan buka mata dan nampak bahawa hari ini, negara Malaysia yang berusia 53 tahun ini punyai jutaan belia, generasi muda yang hebat! Yang tidak gelojoh demi mendapat perhatian. Yang tidak pendek akalnya dalam tindakan. Tetapi teguh dalam pendirian, menggunakan kaedah 'smart in action' bukan 'gelojoh in action'. 
Sama seperti isu Indonesia vs Malaysia. Bakar2 bendera dan sebagainya. Pada sy, kita nampak hebat, nampak bijak, nampak berkualiti, nampak berilmu bila kita tenang dalam reaksi. Andai kita membalas tindakan sama dengan membakar bendera Indonesia, etc etc, tidak ke mana juga. Malah kita meletakkan pemikiran kita serendah golongan BENDERA yg hebat dikecam. Kita kecam mereka bodohbengong, dan sebagainya. Tapi kita lakukan perkara sama. Jadi, ibarat pulangkan paku buah keras bukan? Alhamdulillah, masyarakat Malaysia tenang. Kita tak percaya dengan kegolojohan dalam bertindak. Kita tidak gila glamour seperti Bendera. Kita tenang-tenang saja. Sampai 1 masa, mereka penat, mereka malu sendiri.
Begitu juga dengan isu generasi muda. Sampai masa kerajaan buntu, garu kepala bagaimana untuk atasi isu belia, siapa yang mereka akan cari? Belia juga! Sabarlah dalam perjuangan. Kelak akan ada hasil lumayan selagi perjuangan itu ikhlas. Kita boleh ke depan untuk menyedarkan kerajaan. Tapi kita tidak perlu bertindak seperti orang tidak punyai tahap pendidikan yg baik. Kita ada cara diplomasi yang boleh digunakan. Itu lebih baik kan? Barulah kerajaan yakin dan berkata, 'betullah! belia Malaysia hebat-hebat semuanya!'

2 ulasan:

Yadayada berkata...

nicely done, really love this article of yours :)

Yadayada berkata...

*double thumbs up*