Sabtu, 30 Oktober 2010

'Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat'. - A. Samad Said

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini bersyukur lagi pada Ilahi, harap2nya kesyukuran ini tidak akan pernah berhenti. Balik dari bertemu teman lama, minda terus dibuka luas dalam perkongsian idea, seronok benar rasanya.

Lalu terbaca sebuah entry di http://hatidalambotolkaca.blogspot.com/2010/10/kata-nenda-kalau-jatuh-jangan-jatuh.html, buah tangan dan isi hati jujur dari teman sekelas, Nora Bahari namanya. Membaca tulisan itu, maka terdetiklah hati saya untuk berkongsi rasa, mencoret kisah suka duka, yang tak seberapa tapi bermakna pada saya.

1 perkara yg amat saya yakini adalah, Allah ciptakan jalan hidup kita berbeda. Lain orang lain cabaran yang dia rasa. Yang pasti, di hujung sebuah perjalanan yang panjang, pasti ada gembira. Ketika itu, terpulang pada kita sejauh mana kita mahu panjatkan syukur pada Allah swt.

Orang kata, 'sekali gagal bukan selamanya gagal'. Benar kan? 
Tapi kadang-kadang saya berpendapat, 'tak semestinya kita perlu melihat sesuatu itu sebagai sebuah kegagalan. cukuplah untuk kita memandang sesuatu itu sebagai sesuatu yang telah diusahakan tapi belum cukup sempurna'. 
Jadi, kita positif sikit dalam berhadapan dengan sesuatu itu, walaupun dalam hati rasa 'tak best' tapi dalam diri masih kuat nilai motivasi untuk kita perbaiki diri.

Hari ini kita mungkin rasa mcm, 'alamak hinanya aku tak score mcm sahabat-sahabat sekelas yang lain' atau 'malunya aku dengan diorang, diorang pandai aku tak..' tapi sebenarnya dalam diam kita lebih istimewa kerana kita merasa pengertian sebenar tentang apa itu dunia. Jatuh bangun itu adalah perasa dan pemberi nikmat dalam kehidupan agar kita lebih menghargai akan sesuatu yang diberi. Kita mungkin dikatakan beruntung andai selalu berada di atas dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, dengan wang ringgit berkepuk-kepuk yang tak putus-putus tapi perlu diingat bahawa kitalah golongan yang paling rugi andai dalam keberuntungan di atas, kita lupa untuk menerbitkan ucapan syukur pada Allah walaupun hanya semudah 'Alhamdulillah'. 

Saya pernah mencapai keputusan paling 'membanggakan' ketika di Matrikulasi dengan GPA 1.86 ataupun 1.68, saya kurang pasti. Saya pernah menjadi seorang gadis kecil yang workaholic sehingga jari jemari menjadi kasar dan tidak sempurna akibat selalu mengemop lantai walaupun kerja saya hanya di dalam kepungan sebuah kedai kopi dengan pendapatan RM4.50/jam. Saya pernah berhabisan ratusan ringgit, fotostat segala sijil dan buat application ke semua IPTA bagi mendapatkan tempat dalam kursus undang-undang apabila saya membuat keputusan untuk berhenti belajar dari Matrikulasi. Saya pernah merasa gagal apabila semua aplikasi saya gagal walaupun telah berhabisan ratusan ringgit, dengan berpuluh-puluh envelop telah saya hantar. Saya pernah meminjam wang seorang teman demi mencukupkan wang pendaftaran ke MMU sementara menunggu gaji terakhir saya masuk. Jadi adakah saya terus-terus gagal? Jawapannya pasti Tidak.

Tetapi yang paling sadis adalah dahulu, ketika melalui semua itu, saya TIDAK pernah terfikir bahawa semua yang di sebut di atas adalah 'starting point' kepada sebuah kehidupan yang amat bermakna. Maka hari ini, saya yakin bahawa saya TIDAK akan pernah melupakan setiap satu titik kesedihan dan kesusahan yang pernah saya lalui yang telah menjadikan saya seorang yang bermotivasi seperti hari ini.

Dahulu, dibibir saya ucap 'aku redha', tapi di hati saya masih keliru, 'bagaimana yang sebenar-benarnya Redha'. Kita mungkin kata kita redha, tapi hati masih belum berhenti rasa gundah gulana, jiwa masih sedih bermuram durja, fikiran masih pening-pening lalat mencari punca dengan persoalan 'kenapa' dan hari-hari kita tidak menjadi produktif seperti mana yang pernah letak usaha. Jadi apa itu redha sebenarnya?

Saya tidak mampu memberi makna dari segi istilah dan bahasa tentang apa itu Redha. Tapi, kita akan sama-sama rasa sebenar-benar redha apabila kita percaya bahawasanya tanggungjawab kita sebagai HambaNya adalah untuk meletakkan segigih-gigih usaha di jalanNya, dan segala keputusan dipengakhiran sebuah usaha adalah pilihanNya. Saat kita jelas dengan aturan kehidupan yang diciptakanNya, maka kita akan tenang, redha seredha-redhanya, masih kita bisa ukir senyum dan tawa sungguh keputusan tidak berpihak kepada kita.

Hukum alam ini 'simple'. Seharusnya kita berfikir begini, 'aku sudah usaha, usaha aku di jalan Allah. Telah aku tadahkan tangan dan berdoa kepadaNya, berilah yang terbaik buatku. andai aku gagal dalam sebuah ujian kehidupan, tidak ada apa yang perlu aku tangiskan kerana berjaya atau gagal, cemerlang atau tidak adalah penilaian manusia. Di sisi Allah, pada saat pertama aku meletakkan usaha sehingga saat akhir aku mengangkat tangan surrender, telah aku kutip sebanyak-banyak pahala seperti mana yang dia janjikan pada setiap seorang umatNya.'

Jadi, andai kita disoal untuk memilih mana satu daripada situasi di bawah:
1) Study 1 jam, dapat keputusan A+ atau;
2) Study 10 jam, dapat keputusan F*
berbanggalah kita untuk memilih 2) kerana banyak pahala kita dapat kumpul dalam 10 jam itu. =)
Walaupun manusia selalu mahukan yang indah-indah, yang gempak-gempak sahaja tapi harus kita ingatkan diri kita, "Manusia memang sifatnya menilai sesuatu melalui HASIL, tapi Allah menilai hambaNya melalui titik USAHA yang diletakkan.."

Maka benarlah kata-kata;
 'Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat'. - A. Samad Said

Tapi, jangan lupa untuk meletakkan usaha walaupun hati berkata, 'aku akan redha dengan keputusanNya'. Tanpa usaha, hidup kita tiada makna.

Wallahualam.

2 ulasan:

Husna berkata...

Bagus Fatin. Ak sgt suka :)

Gadis Najlaa berkata...

Terima kasih. :) Sama2 berkongsi ye.