Sabtu, 30 Oktober 2010

Kita kini memperjuangkan kualiti bangsa dan agama, bukan untuk bermegah dengan pencapaian yang ada

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini kita memimpin, tapi hebat sangatkah pimpinan kita? Hari semalam kita dipimpin, tapi cukupkah ilmu yang dicuri dari sang pemimpin. Andai hari ini kita ditauliah untuk mentadbir, adakah besar darjat sebagai pentadbir. 

Seorang adik pernah berkata, 'kak, kita yang junior ni banyak benda tak tahu. kalo senior nak kitorg develop, senior kenelah guide kitorg.' Siapa tak setuju, angkat tangan! Saya setuju. Setuju benar. Buat apa sangatlah senior nak kedekut ilmu, bukan nya boleh kaya dengan menyimpan ilmu sorang-sorang. Lebih baik ilmu dikongsikan supaya kita lebih faham, yg diajar lebih bijak menilai dan pahala pun berganda-ganda dapat. Cuba bayangkan kalau hari ini saya ajar si polan tentang mcm mana nak buat program dengan menggunakan ilmu seciput yang saya ada, kemudian hari esok si polan kongsikan kepada junior nya, kemudian juniornya mengajar pula kepada junior kepada junior, dan sampailah habis keturunan junior di MMU. Tak ke banyak pahala saya dapat? 

Tapi sy persoalkan semula lah pada si adik itu. Memang betul senior perlu guide junior, tapi berapa ramai junior atau pemimpin baru yang sudi untuk di'guide'? Berapa ramai yang membuat dasar pintu terbuka luas menerima kritikan? Berapa ramai yang kisah bila ditegur demi kebaikan? Dan berapa ramai pula yang berbangga duduk di kerusi kepimpinan dengan sombong dan angkuh, yang berkata, 'ini kerusi saya. abang kakak jangan sebok2 boleh?' Orang expired sila main jauh-jauh. Boleh eh? hehe

Kenapa kita berfikir seumpama itu? Bukan seorang dua malah ramai yang mengalami masalah ini. Kemudian bila mula menjunam ke bawah, ada pula kata-kata berbunyi, 'tulah. dulu senior ajar tak habis.' Tersedak pula senior yang dah senang jiwa hidup berkeluarga, bina bahagia rumah tangga. Ada ke patut salahkan orang lama kalau orang baru yang takut-takut berdepan dengan kritikan. 

Kalau passion nya di jalan yang sama, kalau niat nya berpaksikan tujuan sama, insyaAllah tiada yang mengkritik untuk menjatuhkan. Kritikan bila dizahirkan, mungkin berbunyi kasar. Kerana apa? Kerana bila bicara lembut, selangkah usaha pun tidak berganjak untuk membaik pulih keadaan. 

Logik akal dan prinsip pentadbiran kata, kalau kau dah tak ada kuasa, kau x boleh masuk campur. Memang betul. Tapi ada cara nya untuk yang tiada kuasa untuk masuk campur dan berkongsi ilmu pengalaman. Mudah. Bukalah pintu memberi lalu kepada yang sudah tiada kuasa untuk berkongsi rasa. Jangan buka pintu bila saatnya sudah tiada guna sudahlah. Selagi ada masa, gunakan sepenuhnya. Insyaallah perjuangan bersama membuahkan hasil sempurna. Takut-takut bongkak menjadi raja, sesal pendapatan tiada guna. 

Ini cerita secara general. Moga ada yang terbuka mata. Kita kini memperjuangkan kualiti bangsa dan agama, bukan untuk bermegah dengan pencapaian yang ada. Nikmat ini hanya sementara, jangan lupa esok lusa kalau tidak dikongsi ilmu akan jadi sia-sia.

Tiada ulasan: