Isnin, 28 Mac 2011

Renungan: Al Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dunia hari ini, kalau kita sebut saja Al Fatihah kebanyakan orang akan tanya, 'Eh, siapa yang meninggal?" Persoalannya, adakah Al-Fatihah hanya diturunkan untuk disedekahkan kepada si mati? Semestinya TIDAK! Dalam Solat, adalah wajib dibaca Al-Fatihah dalam setiap rakaat. Andai tak baca Al Fatihah, bermakna tidak sah Solat kita. Kerana apa? Kerana membaca Al Fatihah adalah rukun Solat. =)

Jadi, sepatutnya sehari kita mesti membaca Al Fatihah minimum 17 kali sehari. 2+4+4+3+4= 17 rakaat. Alhamdulillah untuk yang tidak meninggalkan Solat. Untuk yang meninggalkan Solat, memang malang hari kita. Malang kerana apa? Kerana rugi meninggalkan keberkatan disebalik surah Al Fatihah dan rugi meninggalkan fadhilat Solat. Sebab itu Solat itu WAJIB. 

Bukti betapa IGNORANCE nya anak muda hari ini. Konon pejuang bangsa dan agama. Chet!

Tapi, yang dok baca Al Fatihah hari-hari tu, faham ke tidak maksudnya? Kajian mengatakan ramai antara pelajar sekolah hingga pelajar universiti yang tidak memahami maksud di sebalik bacaan Al Fatihah. Ibu segala Surah. Kalau surah-surah lain, bacaan Bismillahirrahmaanirrahim itu bukan merupakan sebahagian daripada surah. Tapi berlainan dengan Al Fatihah, bacaan Bismillahirrahmaanirrahim merupakan ayat pertama untuk surah tersebut. Mungkin ada yang tidak sedar, bukan?

Hari ini, mari kita sama-sama mengingatkan diri kita tentang maksud disebalik surah Al Fatihah. Jangan jadi too ignorance. Tiada alasan untuk kita tidak mengetahuinya. Dunia makin canggih. Nak baca Quran melalui internet pun boleh. Banyak sangat website yang menawarkan khidmat bacaan ayat suci Al Quran. Ayuh kawan-kawan. Jangan asyik berFB. Mari manfaatkan penggunaan internet ke jalan Allah. Baru banyak pahala yang tersumbang untuk mereka yang mencipta internet. =)

Surah Al-Fatihah

  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai di Hari pembalasan.
  5. Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. 


English translation. Apa lagi yang tak cukup?
Wallahualam.

4 ulasan:

Dilla berkata...

Alhamdulillah, perkongsian yg sgt menarik teen :)

Gadis Najlaa berkata...

menarik tu x la, tapi perlu juga berkongsi benda2 begini kan.

gadis besi berkata...

Assalammualaikum sis.....
Alhamdulillah.... Segala perkongsian sis dalam setiap penulisan ini banyak memberi motivasi dan mengguatkan kembali semangat saya.... Setiap artikel sis dalam blog ni mengajar saya satu makna Yang penting dalam hidup.... Saya banyak belajar Dan mengajar diri saya benda baru setiap Kali saya membaca penulisan Sis..... Terima kasih kerana penulisan sis menjadikan saya 'hidup' semula selepas melalui satu demi satu kegagalan.... Moga Allah permudahkan sgala urusan sis.....

Gadis Najlaa berkata...

Waalaikumsalam Gadis Besi.

Alhamdulillah kalau penulisan yang tak sberapa ini memberi kebaikan kepada awak dan orang lain. Jika sebaliknya, mohon maaf atas kekurangan saya.

Semoga terus tabah dan gigih berjuang untuk kejayaan dunia dan akhirat. Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Yakini akan hikmahNya.

:)