Memaparkan catatan dengan label Islamic Sense. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic Sense. Papar semua catatan

Rabu, 18 Julai 2012

Kerja, kerja, kerja! Bila masa untuk agama?


Saya teringat, seorang sahabat pernah meminta saya untuk menulis di blog ini tentang bagaimana untuk membahagikan masa dgn seimbang apabila telah mula sibuk dengan dunia kerja. Makna kata, kerja sibuk balik lambat, mana nak kejar waktu bersama keluarga, dan paling merunsingkan juga hal hubungan kita dgn Allah swt. Mana nak kejar solat sunat dan mengaji al Quran secara konsisten kan kalau solat fardhu pun cilok-cilok serupa koboi!.

Pastinya saya mengambil masa yang agak lama utk menulis perihal ini. Kerana memang saya bukan orang yg layak, bukan alim ulama, bukan pelajar lulusan Al-Azhar, bukan juga calon Ustazah Pilihan. Jauh sekali.

Jadi, saya memilih untuk berkongsi pendapat secara general. Agar tiada kesilapan dalam soal agama dari pihak saya.

Perlu diingatkan, seseorang itu apabila berbicara, pastinya dia hanya mampu berbicara dari lingkungan ilmu yang dia miliki. Kalau salah, sila betulkan.

Saya baru memasuki alam pekerjaan setengah tahun lalu. Pastinya bukanlah pekerjaan yg berposisi besar, cukuplah sekadar kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Hehe. Tetapi jelaslah bahawa bekerja ini bukanlah perkara mudah terutamanya dalam pembahagian masa.


Cemerlang Di Mana Saja

Saya pernah mendengar motivasi melalui radio IKIM yang mana, dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu berjaya/cemerlang, dia pasti cemerlang di mana saja. Di rumah, dia cemerlang sebagai anak, ibu, suami, isteri atau bapa; di tempat kerja dia cemerlang sebagai pekerja yg berdisiplin, berdedikasi dan amanah, dan di dalam masyarakat dia juga seorang yang prihatin dan mengambil berat tentang persekitarannya dan paling penting jika kita cemerlang di hadapan manusia, pastinya kita perlu lebih cemerlang di hadapan Allah swt.

Jadi kalau kita bagus bekerja, masuk ofis jam 8 pagi, keluar ofis jam 12 malam, kerja dipastikan beres, klien semua berpuas hati, bisnes melimpah ruah datang membanjiri, adakah kita sudah cukup cemerlang?


Hubungan dengan keluarga

Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan keluarga? Pagi-pagi ibu siapkan makanan, selepas makan pergi kerja, tengah malam balik rumah buka lampu dapur, buka saji, makan. Lepas kenyang bercampur letih, kita ambil keputusan untuk tidur dan rutin sama berulang untuk esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, dan seterusnya.

Ayuh tanya diri kita; agak-agaknya ibu bapa kita itu patung atau manusia berperasaan? Agak-agaknya mereka rindu atau tidak dengan saat-saat indah kita berborak, bergurau senda sambil menonton tv dan minum teh bersama dan paling dirindui; berjemaah bersama?

Kalau di dalam rumah yg kita diami itu ada adik-beradik lain, ok lah juga. Sekiranya tidak? Memang berdosa benar kita membiarkan ibu bapa kita rindu dengan masa kita untuk dihabiskan bersama mereka. Kita tanya diri kita, adakah kita berlaku adil?

Kredit

Hablumminallah

On top of all, perkara yang paling penting ialah hubungan kita dengan Allah swt. Apa guna kita nampak hebat di mana manusia andai di mata Allah kita hampeh-hampeh saja, kan?

Kita belajar tentang Alif Ba Ta, kita belajar Iqra' dan seterusnya Muqaddam dan setelah itu kita berkejar-kejaran untuk memulakan mengaji Al Quran. Tamat 30 Juzu' kita menunggu-nunggu ayah dan ibu kita mengadakan majlis khatam al Quran di atas kejayaan kita. Masa itu kita bangga, kita gembira tak terkira. Ayah ibu juga bangga. Kata mereka di dalam hati; "Alhamdulillah. Syukur Ya Allah kerana anakku kini telah tamat mengkhatam al Quran Mu, ya Allah".

Namun.

Semakin kita besar, kita semakin melupakan kegembiraan dan keterujaan yg pernah kita cipta dan lalui kecil-kecil dahulu.

Kita sibuk belajar di Uni, kita terlalu sibuk berprogram sehingga kita tak ada masa untuk menyulam cinta dengan Tuhan yang mencipta kita dan yang paling berhak menerima cinta kita.

Kita sibuk mengejar tuntutan kerjaya, sehingga kita lupa pentingnya untuk mengamalkan al Quran setiap hari sedangkan kita tahu akan hakikat bahawa kitab suci itulah peneman sejati.

Kita sibuk memenuhi redha manusia, kita khusyu' mengharap kita dilihat sempurna di mata semua sedangkan kita memandang sepi redha Allah walhal itulah yang paling utama, yang menjadi bekalan ke Syurga.

Lalu kita biarkan kita hanyut dek seronoknya menjadi manusia berjaya di mata manusia, tangga demi tangga jaya kita daki tetapi akhirnya hati kita tetap sepi.

Kita buntu kenapa hati kita resah dan gelisah. Kita keliru kenapa kita punyai semuanya tapi kita tak pernah rasa cukup. Kita berlumba sesama kita sehingga kita tak nampak di mana garisan penamatnya. Rupa-rupanya kita tak sedar bahawa kita tertipu dengan mainan dunia.

Dunia memang indah. Seperti bunga yang mekar kembangnya, harum baunya, dipuja semua. Lebih-lebih lagi bila kita punya rupa, kita ada gaya, kita miliki kerjaya, kita hebat di mata manusia, orang kata kita punya segalanya lantas kita lekatkan dunia di hati dan di jiwa kita. Sedangkan agama mengajar kita cukuplah sekadar hal dunia di letak di tangan. Bukan di hati.

Namun kita juga perlu sedar bahawa bunga yang mekar kembangnya, harum baunya itu, bersifat sementara. Kita tertipu dengan cantik dan indahnya yang bersifat sementara. Esok lusa ia layu, kita pandang tak sudi, bau lagilah tak ingin.


Cuba perlahan-lahan, dakap jadikan teman.

Jadi apa kata kita sedarkan diri sendiri sebelum terlambat. Memang seronok berjaya dan capai semuanya, tapi lebih seronok jika kita berjalan seiring dengan kejayaan kita di mata Dia.

Kita masih boleh ubah sebelum terlambat. Kita boleh cuba limitkan waktu kerja di pejabat, limitkan masa berprogram, dan limitkan masa untuk hiburan. Sebab seharusnya kita yang menguruskan keadaan, bukan keadaan yang menguruskan kita.

Perlahan-lahan kita cuba dan yakinlah bahawa tiada apa yang mustahil. Memang letih balik dari kerja, sehari suntuk menghadap komputer dan segala jenis dokumen yang memeningkan kepala, tambah pula kita punyai bos yang banyak karenahnya. Tetapi kalau kita tidak mencuba untuk membuat perubahan untuk bertatih-tatih jadikan al Quran sebagai teman, sampai bila-bila pun kita tak akan berjaya.

Cukupkah kalau kita sekadar menumpang rasa kagum melihat indahnya akhlak orang, melihat hebatnya semangat orang dalam mendekati Allah swt?. Kita tengok orang yang amalannya terjaga, kita kata ‘sejuk mata memandang, kan? Untungnya siapa dapat jadi suami dia..’. Bila pula kita nak menjadi seperti dia yang kita puja?

Jadi secara kesimpulannya, mari kita usahakan perlahan-lahan. Tambah-tambah lagi Ramadhan sudah terlalu dekat. 2 hari sahaja lagi. Ambil kesempatan ini untuk menjadi hamba cinta kepada Allah swt.

Kita cuba buat perkara simple dahulu seperti:
  • Bangun pagi, Solat Subuh seperti biasa.
  • Selepas siap ke tempat kerja, curi masa 5 minit untuk Solat Sunat Dhuha
  • Dalam perjalanan pergi kerja, curi masa baca al-Maathurat. Kalau memandu kereta, mungkin boleh ambil inisiatif membeli CD zikir-zikir al-Maathurat dan boleh baca seiringan. Kalau naik LRT, sambil berdiri peluk tiang boleh baca. Jangan risau kalau orang kata kita gila, mulut terkumat-kamit. Yang penting Allah sayang kita. 
  •  
  • Sampai ofis, bekerja seperti biasa. Kerja itu amanah. Solat Zohor dan Asar juga seperti biasa. 
  • Kalau ada masa selepas Solat Asar, baca al-Maathurat sekali lagi untuk doa petang. Sekiranya tidak, boleh curi kesempatan semasa perjalanan pulang dari kerja. Sama seperti konsep di sebelah pagi. 
  • Balik rumah, santai bersama keluarga. Berborak, berkongsi cerita, apa saja, terpulang. Masa dengan keluarga diisi di sini. 
  • Sebelum solat Maghrib, bersihkan diri kasi segar. Kemudian solat Maghrib
  • Selepas solat Maghrib, jangan terus tengok TV walaupun macam-macam rancangan menarik menguji diri. Cuba buka al-Quran, mengaji satu muka buat permulaan. Biar sikit-sikit janji konsisten. Selepas mengaji, tunggu sebentar azan Isya’. Kemudian terus solat Isya’
  • Selepas selesai, boleh lah enjoy bersama keluarga. Tengok TV ke, makan Twisties ke, pergi lepak minum ke, apa-apa saja. Asalkan yang atas-atas tu selesai sudah. 

Eh, macam poyo gila menulis bajet alim lettew!

Memang tak alim pun. Ilmu pun seciput cuma. Menulis di atas untuk mencabar diri sendiri. Kalau ada formula lebih baik, boleh lah kongsikan dan selamat mencuba untuk kita semua!

Wallahualam.

Wassalam

Jumaat, 18 Mei 2012

Jom Pergi: Being Me - Women only Conference.


Tahu tak, dalam hidup kita ni kalaupun kita tak mampu untuk 'memberi' atau menjadi tangan yang membuat kebajikan, sekurang-kurangnya jadilah orang yang menyediakan ruang untuk kebaikan itu berlaku. Susah ke agak-agak? Saya rasa tak susah. 

Hati perlu sentiasa bersih. Kotor sikit je bersihkan, kotor sikit je bersihkan. 

Tapi bagaimana? Selain daripada membaca bahan ilmiah, mengaji al-Quran, kita juga digalakkan menghadiri majlis-majlis ilmu. 40 hari kalau kita tak menghadiri majlis ilmu, hati boleh gelap. Kan?

Jadi, apa yang cuba saya sampaikan melalui entry ini ialah, buat gadis-gadis, wanita-wanita, muslimah yang disayangi atas nama Allah swt semuanya, marilah kita sama-sama menghadiri Being Me - Women Only Conference. 


Details seperti yang tertera di dalam gambar promosi di atas. Tapi, mari saya ulang di sini:

  • Tarikh: 30 June 2012; 9 pagi hingga 10 malam.
  • Tempat: Martrade Exhibition & Convention Cente (berdekatan Masjid Wilayah / Mahkamah Jalan Duta)
  • Harga tiket: RM100 (sebelum 31 Mei 2012). RM150 selepas 31 Mei.
  • Jika sahabat-sahabat berminat untuk mendapatkan tiket secara mudah, boleh hubungi sahabat saya, Cik Khairul Fisyah di: 012-2687399
Apa yang so-special about this conference?
Ya Allah, terlalu banyak kot. Saya rasa RM100 tu sgt berbaloi untuk pelaburan akhirat seperti ini. Program semuanya menarik. Antaranya:
  • Conference & Workshop yang speakers nya semua gempak-gempak, bertaraf antarabangsa yang boleh membuka ruang pemikiran kita agar tidak hanya berfikir dalam sudut aplikasi kehidupan di Malaysia semata-mata.
    • Topic & speaker:
    • The Art of Mothering - Dr. Fadila Grine
    • Parenting according to the Qur’an & Sunnah - Dr. Hajah Sofia
    • Unleash your potential - Sis. Jamilah Samian
    • “The Greatest Love of All: Do we really love Allah most?” – Sis. Yasmin Mogahed
    • How to please Allah while working – Sis. Raya Shokatfard
    • Being Beautiful is about Being Me : A creative outlook in making the most out of “ME” – Sis. Haslina Ali
  • Sisters Corner - Peluang untuk anda belajar nak melawa, make-up make-up, bergaya tetapi dengan berhijab. Menarik kan?
  • Fashion Show
  • Marriage Corner - Ini sangat menarik sebab.. sebab.. siapa yang tak suka cakap hal kahwin?hahaha.
And many more lah actually. Kalau ragu-ragu dengan maklumat yang saya berikan, silalah layari sendiri website Being Me: http://my.being-me.org/

Jumpa di sanaWardina Safiyyah ada juga sebagai Emcee. Aiman Azlan sendiri kecewa kerana tak dapat joint sebab conference ini tertutup untuk wanita sahaja. So, apa tunggu lagi? Sis Yasmin Mogahed juga ada! wee~


Jangan lupa, beli tiket. Nak mudah, hubungi sahabat saya, Cik Fisya di 012-2687399.
Jangan risau, sahabat saya ni tak berniaga atau mengaut untung langsung. Dia hanya mencari peluang membuat kebajikan dengan bergelar sukarelawan.

Nah, saya hadiahkan anda semua dengan lagu yang menyejukkan hati ini. Bangga bergelar Muslimah, kan?

Wassalam


p/s: Mari kita cari, kawan mana yang sanggup suka ria sama, yang sanggup je menemani ke majlis ilmu bersama-sama.

Isnin, 21 November 2011

Indahnya Harga Diri.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Rasulullah S.A.W : 
Maksudnya : “Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak akan melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih, (golongan itu ) ialah (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang pembohong dan peminta-peminta yang sombong.”
(Riwayat Muslim)

Amaran: Isi entri blog ini penting untuk anda yang mencintai maruah diri dan maruah keluarga.

Saya bukanlah orang yang baik tetapi hari demi hari bertekad untuk memperbaiki diri. Hari ini saya menulis soal zina. Bukan kerana terujanya saya untuk merasa nikmatnya zina tetapi kerana gusarnya jiwa memikirkan masalah zina yang menjadi budaya kita hari ini. Jangan kita jadi si bodoh yang cuba menafikan hakikat masalah ini tapi jadilah kita si bijak yang menyedari permasalahan ini dan cuba memperbaiki keadaan. 

Kalaupun ramai yang kata, 'chill lah weh. standard lah sexual intercourse zaman skg ni!'. Penegasan saya yang pertama, ini bukan perkara 'standard'. Ini bukan masalah 'biasa'. Kita perlu lihat ini sebagai masalah 'sangat luar biasa'. Khususnya untuk kita yang menjadikan agama Allah swt sebagai pegangan, Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan, Muhammad sebagai teladan. 

Maaf andai bicara ini terlalu keras. Tapi inilah mesej yang saya perlu sampaikan. Zina bukan perkara main-main. Zina bukan seperti permainan galah panjang mahupun ten-teng. Zina itu haram. Yang batil tetap batil. Canggih macam mana pun dunia kita hari ini, tidak sekalipun dapat kita halalkan penzinaan. Atas alasan, 'dunia dah maju. zaman dah berubah. manusia kena advance sikit'. Amat tidak boleh diterima akal. Tiada satu ayat pun dalam Al Quran yang menyebut, 'Zina dihalalkan bila keadaan memerlukan'. There's no such thing. 

Kita tidak boleh lagi menjadi manusia yang ignorance. Ibu bapa hari ini jangan didik diri untuk terlalu sibuk mencari duit, duduk di office tak kira waktu, serahkan hak penjagaan anak bulat-bulat kepada pihak sekolah. Hakikatnya, pendidikan anak-anak bermula di rumah. Andai rapuh institusi keluarga, rapuhlah penerapan nilai agama dan moral dalam diri anak-anak. Apa guna kalau pangkat besar, gaji banyak, tapi anak bersepah di tepian jalan? Apa guna harta berjuta-juta kalau di akhir hidup nanti nak mengharap anak bacakan Al Fatihah pun payah? Jauh sekali untuk kutip kebajikan dengan mendapatkan doa anak-anak yang Soleh apabila mati nanti. Kan?

Allahuakbar. Runsing. Persekitaran kita hari ini benar-benar menguji. Dunia hari ini menyaksikan kebanjiran anak-anak luar nikah yang dilahirkan. Kalau lahir dan hidup, kita doakan anak-anak yang menjadi mangsa kerakusan nafsu ibu bapa ini diberikan ilham dan hidayah untuk meneruskan hidup dengan berkompaskan agama Islam yang sebenarnya. Kalau lahir dan meninggal dunia, kita doakan roh mereka ditempatkan di Syurga. Ini pasti. Dan tunggulah bayi-bayi ini menjadi 'bantuan' menarik 'ibu bapa yang gelojoh' ke neraka. Nauzubillah. Hidup bukan selamanya. Dunia bersifat sementara. Ini pasti.

Saya faham kehidupan kita hari ini sungguh mencabar. Di sekolah, isu couple menjadi budaya. Saya tidak nafikan. Saya mengalami pengalaman sama. Ini adalah kerana zaman remaja adalah zaman 'gila'. Semua benda hendak dicuba. Ibu bapa juga barangkali keliru, approach bagaimana yang sesuai untuk anak-anak zaman kini. Mendidik dan membesarkan anak-anak ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak boleh putus, tepung tidak boleh berselerak. Seperti main layang-layang pun iya juga. Perlu ikut arah angin, lepas tali tarik tali, tapi tidak boleh putus. Memang mencabar. Kalau tiada skill, barangkali punah segalanya. Tidak dapat kita nafikan. 

Sebab itu ibu bapa hari ini perlu 'alert' dengan budaya yang sedang berkembang di sekolah. Jangan dok tertipu, ingatkan anak pergi sekolah belajar sungguh-sungguh, rajin, taat je gayanya. Rupa-rupanya macam-macam projek lain di belakang dilakukan. Allahuakbar. Minta jauh.

Kalau di Universiti lagi sadis, lagi mencabar. Yang telah dan sedang melaluinya pasti jelas dengan cabaran ini. Orang lain berdating, kita pun berdating. Orang lain tidur sekatil, kita pun rasa tak ada salahnya. Semuanya sebab orang lain macam tak kisah, kenapa aku perlu kisah? Lagi sadis bila ada yang menepis nasihat dengan berkata, 'mak bapak aku pun tak kecoh. kau kecoh lebih apahal?'

Saya tertanya-tanya juga sejauh mana kekalnya kenikmatan melakukan hubungan seks yang bertuhankan nafsu semata ni?
Setinggi mana penilaian seseorang penzina terhadap maruah dirinya sendiri?
Sejauh mana pemikiran mereka terhadap masa depan? Tidak terfikirkah bahawa apa yang dilakukan hari ini, kemungkinan besar diulangi anak-anak sendiri akan datang? 

Atau mungkin semuanya tahu dan sedar cuma, 'aku tak kisah..' adalah konsep hidup yang dipegang?

Usaha baik NGO yg wajar disokong.

Allah swt berpesan di dalam Al Quran:
"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (Surah Al-Isra': Ayat 32)

Allah pesan, jangan MENDEKATI zina. Kenapa mendekati? Sebab kalau dah berzina, tak guna cakap apa lagi kan? Prevention is better than cure, right? Jangan cari pasal. Hidup kita ni kalau diizinkan Allah, panjang lagi. Jangan sia-siakan dengan kegolojohan mengejar kepuasan nafsu yang bersifat sementara. Banyak lagi kemanisan hidup yang boleh diteroka. 

Sebab itulah Allah swt mengingatkan kita baik lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan kita. Yang tak elok, yang tak baik, tak payah buang masa nak tengok. Kan?

Firman Allah swt:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nur : 30)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka... (Surah an-Nur : 31)
Orang ramai mungkin kata, 'cakap senang lah weh.. buat memang susah..'. Yes. Memang pun. Tiada penafian di sini. Kerana dunia makin maju, dugaan makin besar. Kita lebih mengenali diri kita sendiri. Especially untuk yang dah dewasa yang bila nak buat keputusan tu sebenarnya mampu untuk fikir sendiri. Kalau sedar yang kita ni jenis yang mudah kalah dek nafsu, kita berpuasalah. Kan itu saranannya dalam Islam. Atau kalau rasa kronik sangat, kahwinlah. Kahwin muda is better than berzina. Sebab kahwin ini halal malah Sunnah Nabi Allah. Manakalah berzina itu haram hukumnya. 

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." 
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).
Apa-apa pun saya tak kupas banyak tentang 'bagaimana trend masalah sosial hari ini' kerana saya nak sahabat-sahabat semua tengok video di bawah dengan teliti. Take note dengan setiap pengakuan gadis bernama Liya yang ditemubual. Take note juga bicara orang berpengalaman menjaga anak-anak gadis terlanjur di Raudhatus Sakinah, Ummi Rose. Kita selalunya lalai dalam mencari kejayaan sendiri sampai kita tak tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.

Fikir-fikirkan, andai anak-anak atau ahli keluarga kita yang terjebak, bagaimana perasaannya? Semuanya tidak mustahil. Pentingnya penekanan agama dalam keluarga tiada siapapun yang boleh nafikan. 

Part 1
Part 2

Buat sahabat-sahabat yang pernah melakukan kesilapan, jangan khuatir. Allah swt sentiasa menunggu kita untuk bertaubat kepadaNya. Kita semua mahukan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Dan ingatlah kebahagiaan hakiki adalah di Syurga nanti. Sementara berkelapangan ini, ayuh kita muhasabah diri. Remember, andai kita mahu anak-anak yang sempurna pembesarannya, bagus akhlaknya, kitalah yang menjadi tunjang utama. Penulisan ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga yang banyak dosa, yang pahala tak banyak mana, yang selalu leka yang selalu kalah dengan hasutan Syaitan yang celaka. 

Ayuh kita berpijak pada realiti, indahnya kalau kita ada harga diri.
Wallahualam.

Selasa, 5 April 2011

Biar anak-anak naik pekak dengan nasihat dan bebelan, jangan kita naik pekak dengan cacian dan tohmahan.

Hari ini saya terbaca satu penulisan ringkas oleh Presiden ABIM yang menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada saya, ‘adakah benar kualiti kepimpinan ibu bapa yang semakin merosot menjadi punca gejala maksiat berleluasa hari ini?’

Apakah buktinya masalah sosial ataupun gejala maksiat semakin meruncing hari ini? Tahukah anda bahawa berdasarkan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak tidak sah taraf yang didaftarkan sehingga 2010 berjumlah 234,647 orang. Dan lebih malang lagi, daripada jumlah ini, 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam. Apa sudah jadi? Salah siapa semua ini?

Saya fikir, inilah masanya untuk kita sama-sama asah minda dan fikir sedalam-dalamnya. Adakah sebagai Muslimin dan Muslimah muda hari ini, kita hanya ingin terus hanyut dibawa arus kemodenan? Kita perlu berdiri di atas dunia realiti. Kalau hari ini, gejala maksiat yang menghurung kehidupan kita khususnya Muslim sudah sampai tahap kronik seperti ini, cuba kita bayangkan bagaimana pula keadaannya dalam generasi anak-cucu kita nanti. Adakah kita mahu anak cucu kita menjadi golongan majoriti menempah tiket ke neraka? Nauzubillah.

Bila bercakap soal kepimpinan ibu bapa, sebenarnya yang paling layak untuk berbicara adalah golongan ibu bapa sendiri. Tidak adil untuk yang muda belia seperti saya mengadili kepimpinan mereka. Walaubagaimanapun, kalau kita lihat secara amnya, beberapa perkara boleh disimpulkan.

Pendidikan Agama
Tanyalah mana-mana agama sekalipun baik Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya, tidak ada satu agama pun yang mengajak penganutnya melakukan kejahatan. Semua agama mengajar kepada kebaikan. Kalau dalam Islam kita sering ditekankan dengan prinsip suci “Amar Maa’ruf Nahi Munkar”. Tapi, sekadar bicara menghiasi bibir, dalam tindakan jauh sekali. Tinggal retorik semata.

Dalam kebanyakan kelompok keluarga hari ini, agak sukar untuk kita temui ibu bapa yang masih mendidik anak-anak dengan pendekatan agama yang kuat. Memang masih ada tapi saya kira peratusannya rendah. Contohnya, hari ini berapa ramai antara kita yang mendisiplinkan keluarga dengan rutin Solat Berjemaah bersama-sama? Jangan kata Solat Berjemaah mengharapkan si bapa menjadi Imam, malah ada yang lebih malang apabila tidak pernah langsung melihat ibu atau bapa mendirikan Solat. Ini memberi kesan buruk dalam pembangunan kualiti modal insan anak-anak.

Selain daripada itu, hari ini berapa ramai anak-anak yang setiap hari akan berjalan kaki ataupun mengayuh basikal ke surau ataupun rumah ustaz/ustazah untuk mengaji Muqaddam dan seterusnya Al-Quran? Dunia jauh berbeza. Kalau dahulu, setiap hari selepas Solat Maghrib di rumah, anak-anak akan menyusun langkah menuju tempat mengaji, kalau dulu anak-anak berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran semuda mungkin, sebanyak mungkin, kalau dulu ibu bapa sangat teruja untuk merencanakan majlis khatam Quran untuk anak-anak. Tapi, hari ini di mana nilai semua itu? Yang tersisa hanyalah majlis khatam Quran di sebelah pagi sebelum pernikahan si anak dara. Allahuakbar..

Tekanan Ekonomi

Kadang-kadang kalau bercakap soal kualiti ibu bapa, ia kelihatan agak sensitif. Lagi-lagi apabila yang mengupas isu ini bukan langsung daripada golongan ibu bapa. Tapi, isu itu perlu dilihat sebagai satu usaha baik untuk mengetuk minda golongan muda hari ini, yang esok lusa bakal bergelar ibu bapa yang bakal memimpin dan mendidik anak-anak kecil pewaris bangsa dan agama, untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia dalam memikul tanggungjawab yang maha hebat sebagai ibu dan bapa.

Sedarkah kita, hari ini dalam persaingan hebat yang berlaku sekeliling kita, kita berkejar-kejaran untuk mencapai keputusan cemerlang, mendapat pekerjaan yang gemilang dan memperolehi gaji terbilang tetapi sayang sekali di sebalik kekayaan yang terkumpul, anak-anak terbiar kesepian di rumah.

Ibu bapa asyik mengejar kemewahan dan kesenangan. Benar, segala usaha untuk kesenangan seisi keluarga. Tetapi adakah niat ini boleh menghalalkan tindakan ibu bapa untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada orang gaji ataupun pengasuh taska ataupun jiran sebelah rumah? Mari duduk muhasabah diri, mari fikir sejenak. Apabila si ayah terlalu sibuk di pejabat, jam 7 pagi sudah meredah kesibukan jalan raya untuk ke tempat kerja tatkala anak-anak masih terpisat-pisat untuk bangun dan bersiap ke sekolah yang diuruskan oleh orang gaji. Apabila si ibu sibuk di pejabat bermesyuarat membentang idea itu dan ini sehingga terlupa anak-anak semakin kebuluran merindui masakan atau air tangan bonda. Yang tertinggal hanyalah orang gaji yang kadang-kadang tidak dianggap famili malah lebih hina dari kuli. Jadi, siapa yang perlu menjadi contoh terbaik untuk anak-anak zaman ini?

Kita semakin kaya dengan ilmu dunia, kita semakin kaya dengan harta, kita semakin petah berbicara, kita semakin hebat mencipta propaganda tapi kita lupa, kita punya tanggungjawab mendidik anak-anak untuk menjadi manusia dan hambaNya yang berguna. Jadi, salah siapa?

Pekakah Ibu Bapa?

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, “pelik gila anak dia mengandung mak bapak dia tak tau!” ataupun “Biar benar, takkan mengandung 7-8 bulan mak bapak dia tak perasan?”dan sebagainya. Memang wajar untuk kita tertanya-tanya ‘keajaiban’ yang berlaku dalam dunia hari ini. Adakah ini menampakkan bukti bahawa ibu bapa hari ini kurang peka?

Kalau dulu, anak-anak pakai baju singkat sikit mulalah ibu atau bapa membebel ataupun sound direct seperti, “Minah, kau ni tak de baju lain ke nak pakai? Elok sangat lah tu!” ataupun “Siti, kau pergi tukar baju sekarang. Kalau tak, jangan keluar rumah!” dan sebagainya. Hari ini macam mana?

Dunia hari ini memilih pendekatan yang berbeza, nampaknya. Kalau anak-anak pakai baju singkat, terdedah sana terbelah sini, terkoyak rabak sana, tergelebeh sini, ibu bapa mungkin kata, “Biasalah tu, budak-budak. Diorang nak juga merasa berfesyen”.  Masalahnya kita yang melihat ini semakin juling mata semakin sesak dada semakin sakit jiwa. Betul kan?

Ibu bapa hari ini perlu lebih kuat dalam mendidik anak-anak. Anak-anak hari ini perlu di-follow-up selalu. Kalau ibu bapa lalai ataupun tidak peka, alamatnya esok lusa janganlah menangis kalau menerima panggilan telefon bersama rayuan anak-anak minta dijamin kerana ditangkap basah, atau jangan pula pengsan bila menerima panggilan telefon pihak berkuasa memaklumkan anak tersayang meninggal dunia di jalan yang lurus kerana merempit atau jangan pula diserang sakit jantung akibat tidak dapat menerima hakikat anak anda akan mati ditali gantung akibat dadah. Atau jangan pula sesak nafas bila terpaksa membela cucu sendiri dalam keadaan tidak bermenantu.

Sebab itu pentingnya untuk ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan anak-anak. Jangan terlalu taksub mengejar reputasi di tempat kerja sampai anak tak reti Solat pun kita tak kisah. Jangan terlalu ‘sempoi’ sampai jiran complaint anak kita buat maksiat pun kita sekadar angguk kepala dan buat tak endah. Jangan sampai anak mengusung perut membawa satu lagi nyawa pun kita tak tahu. Jangan, jangan. Jangan tidak peka. Biar anak-anak naik pekak dengan nasihat dan bebelan, jangan kita naik pekak dengan cacian dan tohmahan.

Anak-anak Bekal ke Akhirat

Satu perkara, perlu kita sentiasa ingat. Anak-anak ini ibarat tanaman kita. Apa yang ditanam, itulah yang dipetik. Tiada tanaman, tiadalah hasil.
Semua orang tahu bahawa apabila seorang anak adam itu meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali, hanya 3 perkara yang dibawa menjadi bekal ke akhirat. Pertama, amal kebajikan. Kedua, ilmu yang bermanfaat dan Ketiga, doa anak-anak yang soleh. Jadi, kalau anak-anak tidak dididik dengan betul, maka menangis pun tak guna bila diakhirat nanti kita berjalan kosong tanpa bekalan doa anak-anak yang Soleh.

Untuk yang masih muda remaja, inilah masanya untuk kita fikir-fikir dan renung-renungkan. Kalau-kalau terasa tidak mahu menanggung derita mempunyai anak yang ‘luar biasa’ liarnya, maka hari ini sebagai anak janganlah kita bertindak luar biasa liar. Kerana apa? Kerana percayalah, Allah itu Maha Adil. Kalau dipulangkan paku buah keras, jangan menyesal pula esok hari.

Untuk yang bergelar ibu bapa, bolehlah mula merancang atau me-revise strategi terbaik dalam membentuk kualiti diri anak-anak. Ingat, duit, pangkat, kemewahan tidak menjamin peribadi mulia anak-anak.

Untuk Abah dan Umie saya, terima kasih kerana mendidik dengan resipi kasih sayang ibu bapa yang berintipatikan rotan, bebelan, pujian, kematangan dan sebagainya sehingga kami berupaya berfikir waras dalam tindakan, sehingga kami mampu mencipta benteng prinsip nilai diri dalam kehidupan, sehingga kami tidak berkeinginan untuk meliar di jalanan. Terima Kasih. 

p/s: Artikel penulisan Presiden ABIM boleh diintai tengok di sini.

Isnin, 28 Mac 2011

Renungan: Al Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dunia hari ini, kalau kita sebut saja Al Fatihah kebanyakan orang akan tanya, 'Eh, siapa yang meninggal?" Persoalannya, adakah Al-Fatihah hanya diturunkan untuk disedekahkan kepada si mati? Semestinya TIDAK! Dalam Solat, adalah wajib dibaca Al-Fatihah dalam setiap rakaat. Andai tak baca Al Fatihah, bermakna tidak sah Solat kita. Kerana apa? Kerana membaca Al Fatihah adalah rukun Solat. =)

Jadi, sepatutnya sehari kita mesti membaca Al Fatihah minimum 17 kali sehari. 2+4+4+3+4= 17 rakaat. Alhamdulillah untuk yang tidak meninggalkan Solat. Untuk yang meninggalkan Solat, memang malang hari kita. Malang kerana apa? Kerana rugi meninggalkan keberkatan disebalik surah Al Fatihah dan rugi meninggalkan fadhilat Solat. Sebab itu Solat itu WAJIB. 

Bukti betapa IGNORANCE nya anak muda hari ini. Konon pejuang bangsa dan agama. Chet!

Tapi, yang dok baca Al Fatihah hari-hari tu, faham ke tidak maksudnya? Kajian mengatakan ramai antara pelajar sekolah hingga pelajar universiti yang tidak memahami maksud di sebalik bacaan Al Fatihah. Ibu segala Surah. Kalau surah-surah lain, bacaan Bismillahirrahmaanirrahim itu bukan merupakan sebahagian daripada surah. Tapi berlainan dengan Al Fatihah, bacaan Bismillahirrahmaanirrahim merupakan ayat pertama untuk surah tersebut. Mungkin ada yang tidak sedar, bukan?

Hari ini, mari kita sama-sama mengingatkan diri kita tentang maksud disebalik surah Al Fatihah. Jangan jadi too ignorance. Tiada alasan untuk kita tidak mengetahuinya. Dunia makin canggih. Nak baca Quran melalui internet pun boleh. Banyak sangat website yang menawarkan khidmat bacaan ayat suci Al Quran. Ayuh kawan-kawan. Jangan asyik berFB. Mari manfaatkan penggunaan internet ke jalan Allah. Baru banyak pahala yang tersumbang untuk mereka yang mencipta internet. =)

Surah Al-Fatihah

  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai di Hari pembalasan.
  5. Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. 


English translation. Apa lagi yang tak cukup?
Wallahualam.

Rabu, 29 Disember 2010

I'm NOT a Terrorist! Oh I mean, Extremist!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam 1Islam.

Hari ini ucapan introduction macam lain sikit. Kenapa? Kerana saya nak sampaikan bahawa, Islam sepatutnya 1, bukan dipecah belahkan. Kenapa isu ini yang saya bawa? Kerana saya geram dengan hentaman Umie Abah saya tempoh hari dalam perdebatan di meja dapur rumah Sabtu lalu hanya kerana saya membangkitkan isu Syiah di dalam Malaysia. Ilmu saya sedikit, jadi saya hanya berbicara dalam prospek Malaysia semata-mata. Sedas demi sedas tembakan saya terima maka akhirnya Abah kata, 'I don't want to talk to u because you're an extremist!' Pheww. Berdesup panas telinga mendengarnya.

Syiah di Malaysia

Persoalan yang saya timbulkan hanyalah semudah, 'kenapa kerajaan / pihak berwajib tidak isytiharkan sahaja kepada umum bahawa Syiah itu terpesong dan haram di Malaysia?' Kata Abah; 'Kau ni teruk lah Ten. Kau kena faham kalau Malaysia announce mcm tu, hubungan kita dengan negara luar mcm mana? Contohnya Iran yang majoritinya Syiah.' Well, i understand the point tapi kemudian saya bidas dengan mengatakan, 'kenapa hendak mempolitikkan hal agama? Kerajaan takut ke? Kita harus utamakan akidah Muslim Malaysia!' Pung pang pung pang dok berdebat, sampai Umie pun tengah potong sayur duk tunjuk-tunjuk pisau kerana geram dengan kedegilan saya dalam berfikir. Salah ke saya dalam berfikir mengutamakan soal agama berbanding hal politik? Saya geram.

Saya beri contoh, beberapa minggu lepas saya terbaca di surat khabar bertajuk, "Masyarakat Islam di Malaysia tidak digalakkan berkahwin dengan golongan Syiah." Lagi saya geram. Kenapa? Tahu tak TIDAK DIGALAKKAN itu sekadar mcm makruh tapi bukannya haram?. Walhal Ulama' dan Mufti semua sefahaman mengatakan Syiah itu terpesong dan merosakkan akidah Islam. Susah sangat ke nak kata, "Masyarakat Islam di Malaysia HARAM berkahwin dengan golongan Syiah". Kan lagi clear. Pihak berwajib kena ingat, tanggungjawab yang mereka pegang sebagai pemimpin bukan sekadar tuntutan dunia. Di akhirat nanti, mereka akan disoal, 'Sepanjang kau menjadi pemimpin di Malaysia, apa usaha yang kau lakukan bagi membendung masalah Syiah yang mengganggu gugat akidah Muslim Malaysia?' Masa tu siapa nak tolong jawabkan? Nak cover lagi? It's too late! Berjaya atau tidak sesebuah usaha itu lain cerita, yang penting lunaskan tanggungjawab dulu!

Sebenarnya saya emosi sebab saya tak puas hati Umie Abah kata saya extremist hanya kerana bila saya kemukakan isu ini, saya tekankan bahawa kita perlu tolak tepi soal politik. Kita perlu tolak tepi soal kepentingan sendiri. Tak adil untuk Muslim yang masih mencari-cari sinar akidah yang terbaik, kerana bila wujud banyak fahaman yang mengelirukan, akidah mereka boleh jadi goyah. Tidak adil. Memanglah kita kata, Malaysia nak maju, 1Malaysia lah apa lah kan, kena jaga hubungan baik dengan negara lain, semua. Tapi tidak ke manalah kita kalau memikirkan untuk memajukan negara, ekonomi dan sebagainya kalau dalam masa sama pegangan akidah Muslim Malaysia kian goyah! Saya ada terdengar, tapi saya tak katakan ini benar, bahawa ada dari kalangan pemimpin kita yang memegang fahaman Syiah. Logiknya, mungkin betul. Kalau tidak ada golongan besar yang memayungi dan melindungi golongan ini, masakan ianya boleh menular dengan begitu membimbangkan? Jadi saya nak tanya. Apa usaha pihak berwajib dalam membetulkan balik akidah pemimpim-pemimpin kita ni? Wallahualam.

Umie kata, 'Kau kena appreciate usaha kerajaan tangkap sana sini group Syiah dan ajaran sesat kat Malaysia ni!'. Well, saya appreciate. Takkanlah saya nak kata tindakan itu salah, tindakan itu sangat wajar dilakukan. Cuma saya nak tanya, cukup ke dengan itu saja? Kita mungkin tangkap yang tak sempat lari, tapi kita tak tertangkap yang berjaya lari. Lari laju gila kalah Watson Nyambek. Kan kan? 
Tertangkaplah mereka yang tak sempat lari.hehe
Malam hari sama saya berdebat itu, ketika dalam perjalanan balik dari Putrajaya ke Keramat, saya terima sms dari Nyssa, katanya Abu Hassan Din buat kenyataan di Buletin Utama mengatakan 'Syiah itu Kafir dan Haram!' Saya tak sempat nak tengok berita itu tapi sekurang-kurangnya saya happy sebab ada juga pihak yang berani ke depan demi perjuangan Islam yang sebenar. Bila saya katakan pada Umie, Umie mcm tak komen banyak. Sekarang dia nak kata Abu Hassan Din pun Extremist ke?? hehe. Tak terkata bonda saya.hehe
Den dah kobar jangan ikut Syiah! Ekau dogel!

Tapi kalau teman-teman baca pula lontaran bicara dari Dr Faisal Tehrani di blognya berkenaan Syiah, kalian akan rasa mcm haishhhh. Mcm mana lah ni.. Saya taknak kupas penulisan FT sebab ilmu saya seciput. Kalau berminat, boleh lah intai-intai di sini
"Aip! Aip! Saya bukan Syiah. Saya cuma kasihan dengan nasib orang Syiah yang diKafirkan di Malaysia!" - Faisal Tehrani

Apa kata Majlis Fatwa Malaysia?

Oh ya. Sebelum terlupa. Nak bangkitkan isu besar di blog ini bukan suka suki main terjah. Sedikit sebanyak perlu juga saya buat homework sikit. Jadi, buat-buat rajinlah saya intai Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Tujuannya apa? Tujuannya adalah saya nak diri saya dan kita semua jelas tentang kedudukan Syiah di Malaysia. Majlis fatwa dah keluarkan fatwa 14 tahun yang dahulu lagi berkenaan Syiah. Tapi kenapa hingga hari ini kita masih ragu-ragu untuk menidakkan hak Syiah untuk bertapak di Malaysia? Sila baca dan fahamkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa seperti berikut:

Syiah Di Malaysia

Keputusan: 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
     
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
     
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
     
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Oleh itu, kita perlu sedar dan perlu jelas bahawa Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa dah 14 tahun yang dahulu. Hari ini kenapa kerajaan perlu takut-takut untuk bertindak dengan lebih semangat bagi membanteras Syiah? Ok finelah kalau kita taknak kata, 'Syiah itu Kafir' kerana bunyinya mcm kasar sangat kan? Tapi at least tekankanlah bahawa Malaysia hanya membenarkan penyebaran agama Islam berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah. Mana-mana rakyat Malaysia yang tak nak tu, mungkin boleh lah merancang untuk angkat kaki, berpindahlah ke Iran ke, Pakistan ke. Lagi mudah untuk mereka. Sekurang-kurangnya tidaklah berdosa pemimpin Islam Malaysia kerana kurang berjaya membanteras isu Syiah di Malaysia.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, saya ni Extremist ke? Balik nanti saya nak tunjuk pada Umie Abah tentang Keputusan Majlis Fatwa berkenaan Syiah ini. Saya nak juga tau kalau-kalau mereka nak kata, Majlis Fatwa pun Extremist! hehehe. Tolonglah telefon Umie Abah saya, bagitahu mereka yang saya tidak extremist!hehe. Tapi apa-apa pun saya berbangga dengan Umie Abah kerana menjadikan saya seorang yang berani dalam melontarkan pendapat sungguhpun dibidas bagai nak gila. Dan I love U, Umie Abah kerana anda tidak meng-iya-kan kebenaran Syiah, cuma anda menekankan bahawa saya perlu lebih realistik bahawa untuk mengubah dunia hari ini tidak semudah bicara di bibir. Walau mcm mana pun saya kata, Islam tidak wajar di politikkan, hakikatnya memang sukar itu kita lari dari situasi itu. Ah, sungguh sadis!

Perkongsian

Hadith: “Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini(umat Rasulullah SAW) akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. Adapun yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.

Hadith: “Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: “Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama’ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh”.

I am NOT an Extremist!

Wallahualam.

p/s: Bila mahu menghulur sumbangan untuk Adik Zawawi? Jom bantu yang memerlukan!

Selasa, 28 Disember 2010

Edisi Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia.

Sementara menunggu org membawa saya keluar bersiar-siar menghirup udara petang Melaka Bandaraya Bersejarah ni, saya fikir apalah salahnya kalau saya meng-update blog ini dengan sedikit pengisian yang saya peroleh daripada Ceramah Perdana bertajuk "Hijrah" oleh Datuk Dr. Abu Hassan Din Al Hafiz. Sedap kan bila nama ada Al-Hafiz? Nanti boleh lah kita ramai-ramai didik anak-anak moga ada yang bergelar Al-Hafiz, boleh bawa kita bersama ke Syurga. Amin~

Basically, bila tajuknya 'Hijrah' sahaja, issue yang diketengahkan agak broad, saya rasa tiada specific area yang telah dikupas oleh Abu Hassan Din (AHD) semalam. Tapi, setakat mana point yang saya berjaya kaut semalam, insyaallah saya kongsikan di sini.

Istimewa tak No 12 pada Rasulullah dan Islam?

Siapa antara kita yang sedar bahawa angka 12 agak significant dalam kehidupan Rasulullah saw? Rasulullah dilahirkan bila adik-adik? hehe. Pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah. Pandai! Peristiwa Hijrah pula berlaku dalam sesebuah tempoh di mana, bila Rasulullah keluar dari Mekah, baginda bersembunyi di dalam Gua Thur, plus minus perjalanannya semua, yang pastinya, 12 RabiulAwal juga merupakan tarikh di mana berjayanya Rasulullah masuk ke Kota Madinah, sekaligus melengkapkan misi Hijrah baginda. Dan ketahuilah kita bahawa Rasulullah wafat, ketika usia baginda 63 tahun (betulkan saya, andai saya silap), di mana baginda masih menyebut perkataan 'Ummati', 'Ummati', 'Ummati' disaat nyawa dihujung kerongkong. Tarikh itu juga adalah 12 RabiulAwal. Jadi, ada special ke angka 12 pada Rasulullah dan pada Islam?

Menurut AHD, Ulama' ada mengkaji tentang angka 12, dari AlQuran dan sebagainya. Tapi tidak ada sedikit pun dalam AlQuran menyebut tentang keistimewaan angka 12. Jadi, Ulama' sepakat mengatakan angka 12 adalah sekadar kebetulan yang berlaku dalam hidup Rasulullah dan ianya tiada apa-apa significant dalam Islam. Oleh itu diingatkan, Umat Islam, tolonglah jangan percaya pada angka!

Istimewanya Peristiwa Hijrah

Kita ada tak tertanya-tanya Why? Kenapa? Bakpenye? (loghat terengganu) or Bakponyo? (klate) Allah susunkan perjalanan hidup Rasulullah dan Sejarah Islam salah satunya melalui peristiwa Hijrah? AHD ada timbulkan persoalan utk kita sama-sama fikir dan jawab. Sebelum Rasulullah berhijrah, Umar Al-Khattab, sahabat Nabi terlebih dahulu berhijrah ke Madinah. Dengan restu Rasulullah, maka berhijrah Umar Al-Khattab. Kita semua sedia maklum bahawa Umar ini adalah seorang yang digeruni kerana sifatnya yang seperti 'Singa'. Orang Kafir semua takut untuk berhadapan dengan Umar. Sebab itu, sebelum Umar berhijrah, dengan selamba Umar buat pengumuman, 'Wahai orang Islam, esok aku hendak berhijrah ke Madinah. Siapa yang mahu ikut aku, boleh berkumpul dan kita berhijrah bersama-sama!'. Kemudian Umar buat announcement lagi, 'Wahai orang Kafir, esok aku dan orang-orang Islam mahu berhijrah ke Madinah. Siapa-siapa yang berani untuk menghalang perjalanan kami, tunggu kami di tengah jalan!' Selamba kan? Yang menariknya, perjalanan Umar dan orang Islam lain masa itu tidak diganggu pun, mereka sampai dengan selamat. Persoalannya, kenapa Allah tidak suruh saja Rasulullah berhijrah bersama Umar? Selamat, tiada kesusahan yang perlu ditempuhi. Tiada bahayanya. Kenapa Allah hanya perintahkan penghijrahan Rasulullah selepas itu, di mana baginda terpaksa menghadapi kepayahan dan bahaya demi menjayakan hijrah itu? Siapa boleh jawab, angkat hidung! hehe

Jadi menurut AHD, sebab-sebabnya adalah:
1. Allah sebenarnya nak tunjukkan pada kita, hamba-hambaNya yang lemah longlai mcm kita ni, agar bukalah mata dan hati, lihatlah apa yang Allah susun, Allah kurniakan kejayaannya. Cantik pula tu kan kejayaan Islam sesudah peristiwa Hijrah. Islam berkembang, Madinah jadi Negara Islam pertama, dan sebagainya. 
2. Allah nak tunjuk, dan nak kita lihat tentang watak-watak yang telah menjayakan peristiwa Hijrah. Watak-watak siapa? 

  • Anak Muda
  • Orang Tua
  • Wanita
Anak Muda (Ali bin Abi Talib)
Pengorbanan anak muda Islam bernama Ali Bin Abi Talib dalam menjayakan peristiwa Hijrah sebaiknya kita jadikan contoh. Semua sedia maklum tentang kisah Rasulullah meminta Ali menggantikannya di tempat tidur pada malam Rasulullah hendak berhijrah. Baginda sedia maklum akan perancangan orang Kafir untuk membunuh baginda, baginda sedia tahu hasrat orang Kafir untuk mencincang jasadnya lumat-lumat malam itu. Maka dinyatakan pada Ali, 'Wahai Ali. Malam ini orang Kafir hendak membunuh aku. Kau gantikanlah aku di tempat tidurku.' Apa yang Ali buat? Ali gantikan baginda di tempat tidur baginda, Ali pakai selimut baginda Rasulullah. Soal saya. Kalaulah malam itu orang Kafir jadi membunuh, siapa yang akan terbunuh? Sudah pasti Ali! Ali tahu tak tentang risiko itu? Tahu! Tapi Ali lakukan juga. Besar pengorbanan Ali. Kalau anak muda mcm kita zaman sekarang ni, agak-agaknya sanggup tak buat pengorbanan sebesar itu? Tepuk dada, tanya selera.

Orang Tua ( Abu Bakar As-Siddiq)
Pada malam penghijrahan Rasulullah itu, Rasulullah mengajak Abu Bakar untuk berhijrah bersamanya. Bila Rasulullah pergi ke rumah Abu Bakar, menyatakan hasratnya untuk berhijrah atas perintah Allah swt, Abu Bakar terus bersetuju untuk mengikut tanpa banyak soal, tanpa sebarang bantahan. Apa pengorbanan yang Abu Bakar lakukan? Abu Bakar pada masa itu tanpa ragu-ragu meninggalkan segala harta yang beliau ada, kambing, unta yang beratus-ratus ekor, tanaman, harta benda, termasuklah anak-anak beliau. Kalau orang tua, orang kaya zaman sekarang ni, agak-agak sanggup tak tinggalkan semua tu mcm tu je? Kalau zaman skg ni, dah tentulah kalau tinggal ayam itik di kampung selama 2 hari je pun, dah resah bagai nak rak kan? Apatah lagi kalau ada lembu 50 kandang, kambing 70 kandang.hehe. Kita fikir sendirilah kan. Jauh kan orang kita dan orang dulu?

Wanita (Asma' Bt Abu Bakar)
Kalau kita baca buku kisah sejarah-sejarah Islam, kita pasti terjumpa nama Asma. Asma adalah anak dara kepada Abu Bakar, sahabat Rasulullah. Tahukan apa yang Asma' lakukan? Malam penghijrahan Rasulullah dan Abu Bakar, Asma sendiri tidak tahu ke mana hala tuju mereka. Tapi atas kebijaksaan Asma', pagi-pagi gelap sebelum orang lain semua bangkit dari tidur, Asma' keluar dari rumah membawa kambing-kambingnya. Apa yang dia lakukan? Asma' berjalan mengikut jejak tapak kaki Rasulullah dan ayahandanya. Maklumlah padang pasir, mesti ada jejak tapak kaki kan? Tak percaya, pergi jalan tepi pandai, ada jejak tapak kaki tak? Kalau tak ada, makna anda bukan manusia. hehe.

Apa tujuan Asma' berjalan membawa kambing-kambingnya mengikut jejak Rasulullah dan Abu Bakar? Ada 2 tujuan. 
1. Untuk menghapus jejak Rasulullah dan Abu Bakar, supaya orang Kafir tidak dapat kesan ke mana mereka pergi.
2. Untuk Asma' tahu di mana Rasulullah dan Abu Bakar pergi. Sebab itu Asma' tahu mereka bersembunyi di Gua Thur. 

Besar pengorbanan Asma' bersusah payah mengikut jejak, menghapus jejak dan Asma' juga menyediakan makanan untuk Rasulullah dan Abu Bakar. Kalau tak, cuba kita fikir, apa makanan yang ada untuk mereka di dalam Gua Thur itu? Ok sekarang kita berdiri depan cermin, kita tengok. Kalaulah kita di tempat Asma' sekarang ni, kita akan buat tak apa yang Asma' buat? Mak suruh pergi kedai beli cili padi 50sen pun kita merungut, apetah lagi nak bersusah payah mcm mana yang Asma' buat. Subhanallah. Tinggi sungguh budi pekerti pejuang Islam zaman dahulu.

Jadi apa kesimpulan yang kita patut grab daripada peristiwa Hijrah? Nasihat AHD, kalau hari ini, dalam keluarga kita, kita ada anak muda sehebat Ali, kita dipimpin oleh orang tua sebaik Abu Bakar dan kita ada wanita umpama Asma' insyaallah senang hidup kita sebagai Muslim di Bumi Allah ini.

Oleh itu, renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: Nantikan edisi Hijrah II di mana saya akan kupas tentang Manusia Nas dan Manusia Insan. =)

Ahad, 19 September 2010

Sejauh Mana Ucap Syukur Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam Perpaduan.

Hari ini, dalam kesibukan sy menelaah sebagai persediaan final exam, termenung sy terjenak usai solat Zuhur tadi memikirkan sejauh mana diri ini bersyukur pada Allah swt, Tuhan yang mencipta sekalian alam, yang menghidupkan saya dan akan mematikan saya semula, yang meminjamkan segala nikmat yang sy miliki hari ini, semalam dan esok. 

Ada gaya skema tak?
Sebagai manusia yang lemah dan serba kekurangan, kadang kala kita alpa dalam mencari target sebenar hidup ini. Tatkala diuji dengan itu ini, terasa bagai nak gila. Mengamuk, mencarut, memaki hamun dan sebagainya. Namun bila dianugerahi dengan kejayaan, nikmat kebahagiaan, keharmonian, darjat, rezeki yang melimpah ruah, kita lupa pada Allah. Kita lupa untuk ucap syukur walaupun semudah Alhamdulillah, Ya Allah. Jauh sekali untuk menunaikan Sujud Syukur ataupun doa panjang seusai solat. Malu kan pada diri sendiri?

Ketika saya menulis, saya tidak melihat dari sudut orang lain. Saya sendiri banyak kelemahan. Terlalu banyak. Jadi sy menulis, dan penulisan ini dari hati yang mana saya melihat kelemahan diri saya sendiri. Lantas sy terfikir, selama ini ketenangan yang kita miliki datangnya dari mana lagi kalau bukan Allah swt. Kejayaan dan kesenangan hidup yang dimiliki pula dari mana? Pasti dari Allah juga. Semuanya dari Allah. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar nikmat. Tapi, kita masih lupa untuk mensyukurinya. Astaghfirullahalazim.

Saya tiba-tiba takut. Takut dengan ketidakpastian tentang sampai bila Allah pinjamkan saya nikmat nyawa dan kehidupan ini. Dengan dosa-dosa palitan hitam yang pernah dilakukan baik dalam sedar ataupun tidak, dalam sengaja ataupun tidak, mampukah saya tempah satu tempat di Syurga buat saya? Andai ya, Alhamdulillah ya Allah. Andai tidak? Betapa kecewanya diri ini, keluarga dan Rasulullah yang sehingga pada saat kewafatan beliau, beliau masih mengingatkan umatnya dengan sebutan "Ummati, Ummati, Ummati.."

Tak ada apa yang perlu kita riakkan, kerana kita sentiasa rendah di sisi Allah swt..
Saya teringat, beberapa hari lalu sy berbicara dengan seorang sahabat menerusi SMS. Dia menceritakan tentang kesedihan hatinya dengan masalah yang ditanggung. Seronok apabila berbicara dengan org yang tahu nilai sebuah pegangan iman. Sungguhpun diuji dengan ujian yang maha berat, masih dia tahu di mana kiblat pegangannya. Semua ujian datang dari Allah. Dari sudut motivasi mungkin boleh saya goreng, tapi dari sudut agama, dia master nya. Cuma sempat saya kongsikan padanya dengan ini, "Manusia bila merasai jatuh, merasai susah, barulah dia reti untuk menghargai sesuatu. Cuba kau bayangkan, kalau orang tu nakkan sesuatu, dengan mudah dia miliki. Kekayaan, kemewahan, kejayaan semua senang dia dapat. Tapi, lupa pada Allah, buat apa? Sekurang-kurangnya walaupun kau diuji, ianya mendekatkan diri kau pada Allah.."

Seronok bila berkongsi bicara dengan orang sekeliling ini. Membuatkan saya sedar tentang di mana saya berdiri, sejauh mana sy mensyukuri nikmat Allah dan betapa hinanya sy yang bertapak di atas muki bumi Allah ini, dengan ihsan Allah. Dan saya percaya, setiap kali diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan ini, ketenangan akan menjadi milik saya kerana keredhaan pada Allah. Saya redha dengan ujian yang diturunkan Allah, kerana setiap nikmat yang sy rasai, semuanya kerana Allah swt. Baik dari segi pertemuan dengan seseorang, perpisahan kasih sayang, pergaduhan dalam persahabatan, kesesakan wang, dan sebagainya. Allah maha Adil. Setiap yang saya terima adalah balasan kerana kegagalan saya dalam mengemudi hidup ini sebagai khalifah Allah, umat Nabi Muhammad Saw.

Sebelum saya undur diri, kepada yang pernah sy sakiti, sy pohon maaf sempena bulan Syawal yang mulia ini. Semoga hidup dan mati kita bersama diselubungi redha Allah dan dipayungi rahmat Allah selalu. 

Marilah kita sama-sama ucap syukur, Syukur Ya Allah, Terima Kasih Ya Allah, Alhamdulillah..

Inilah nikmat paling indah yang pernah saya miliki, yang dipinjamkan oleh Allah swt kepada saya. Terima Kasih ya Allah. Syukur. Alhamdulillah.

Penulisan Jujur;

Isnin, 24 Mei 2010

Hebatkah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt  dan Salam 1 Malaysia.

Lama tidak sy lemparkan pandangan, atau sisipkan perkongsian kehidupan dan motivasi di blog ini. Penuh sawang nampaknya. Maaflah ye sekiranya ada yg menanti. Jika ada. Jika tak ada pun tak mengapa. Saya terlalu sibuk menjalani urusan seharian. Sedikit sebanyak hanya mampu memberi update di blog alkisahnya. Tapi tak bermakna blog ini terus saya tinggalkan. Blog ini masih memberi makna besar kepada saya.

Hari ini saya nak bercerita tentang kehebatan manusia. Hebat sangat kah kita ni? Tak hebat mana pun. Segala yang kita punya adalah milik Allah swt yang dipinjamkanNya kepada kita untuk sementara. Yang hakiki, hanyalah Dia. Alkisahnya, semalam saya mengalami satu peristiwa. Yang memanggil saya untuk menulis perihal ini. Mungkin kerana geram? Atau mungkin kerana terpanggil untuk mengusik isu berlagaknya manusia bila punya pangkat, nama, darjat. Tak mengapa. Kita bincangkan dahulu.

Semalam, saya pergi berjumpa seorang teman lama. Dia tinggal bersama makciknya kini di sebuah bandar yang di panggil persekutuan. Hebat. Makciknya hebat. Punyai pangkat di sebuah kementerian. Punyai gelaran Dato'. Kerajaan memberinya rumah untuk diduduki sementara bekerja, sebuah rumah yg saya kira, banglo agaknya. Walaupun hanya diduduki oleh beliau, anaknya, bibiknya dan teman saya ini. Tapi, teman saya ini hanya duduk sementara. Jadi, sebuah rumah mewah itu hanya diduduki oleh 3 orang penduduk tetap sahaja. Kerajaan juga menyediakan kemudahan sebuah kereta Perdana V6. Standardlah kan. Kerajaan akan bagi kereta buatan Malaysia yang paling hebat. Baguslah. Sbb dia berjasa untuk kerajaan. Sy juga difahamkan dia memegang darjat Jusa C. Hebat. Hebat.

Kebetulan, tengahari itu sy leka berborak cerita2 lama dengan teman ini dalam biliknya. Biasalah. Gossip2 awek muda. Lama tak bersua. Tiba2 terdengar bunyi Pon-Pon. Oh, makciknya sudah pulang dari kerja agaknya. Teman sy meminta sy mengalihkan kereta. Sy pun turun. Mungkin sedikit lengahlah. Sy turun untuk mengalih kereta yg saya parkir, remote kereta pula buat hal. So, disitu mungkin ada lewat 30saat. Tiba2 sy dengar enjin kereta mengaum, vroom vroom. 2 Kali. Bermakna, kepada sesiapa yg tahu membawa kereta ia bererti pedal minyak ditekan. Tak sempat sy alih kereta, kereta Perdana V6 hitam meluncur laju terus masuk ke belakang kereta yang saya parkir. Pelik sy. Tadi suruh alih. Sekarang kereta di blok pula. X mengapa. Sy tetap alih ke satu sudut tepi. Kemudian, makcik itu tadi terus keluar kereta, hentak pintu dengan hebat, laju2 masuk rumah. Tercengang saya melihat muka berkerut2nya. Dalam hati berkata, aku ni tetamu. Macam kena balik je macam ni punya gaya.

Teman saya masa itu berdiri dipintu tak terkata apa. Makciknya hanya berkata, "Umi nak cepat ni!" Sy tak pasti apa perasaan yang perlu saya ada. Nak marah, tak perlu kot. Sebab itu memang rumah dia. Walaupun atas belas ihsan kerajaan. Walaupun kerajaan mampu untuk sediakan kemewahan itu semua pun kerana duit cukai yang dibayar semua rakyat jelata. Jadi bagaimana? Yang sy fikir masa itu, Hebat sangat kah dia ni??

Sy masuk ke dalam rumah setelah selesai mengalih kereta, sy lihat kelibat makcik sudah tak ada. Teman sy duduk di dapur bersama sepupunya. Saya pun duduk sekali. Tapi, otak saya sangat jamm waktu itu. Tak terkata apa. Masih terkejut dengan aksi berlagak murahan org kerajaan yang punya nama tapi tak punya rasa hormat. Sy kemudian katakan kepada teman sy, sy mahu pulang. Dia kelihatan bersalah. Tapi sy tekankan, bukan salah dia.

Yang saya pelik perihal manusia ni, bila kita terlalu rasa hebat, kita selalu lupa untuk hormat pada manusia lain. Tak kisahlah muda atau tua, kanak2 atau budak terencat akal. Mereka tetap manusia. Sampai bila seseorang yg punyai pangkat, akan terus memegang pangkat nya? Sampai ke liang lahad kah? Tidak sama sekali! Sampai ke bacaan talkin kah gelaran Dato' akan dibawa bersama2 namanya? Tidak! Sampai kuburkah dia yang punyai harta akan terus membawa hartanya bersama? Mesti tidak! Jadi apa yang tinggal? Jika dengan sifat ini, tak punyai rasa hormat, tak punyai skill hubungan baik sesama manusia, alamatnya. Haih, payah nak dibicarakan. Mungkin bila mati, orang lupa tentang kehebatannya, orang sibuk berkata tentang sifat buruknya. Hati manusia. Kita sendiri tahu jika sekali kita rasa sakit hati, sampai mati akan kita ingat. Nauzubillah. Sy tak mahu jadi seperti itu.

Berkali-kali teman sy meminta maaf atas sifat makciknya. Sy katakan, bukan salah dia. Tapi salah tuan punya badan. Masih terngiang2 deruman enjin kereta vroom vroom. Sy rasa amat tak boleh diterima akal. Sy persoalkan, kereta perdana itu manual ke? Kalau manual ada logiknya mungkin untuk balance kan clutch dan minyak, enjin mengaum lebih. Tapi, kalau automatik, tak ada relevannya di situ. Tapi  tak mengapa. Anggap je itu kesilapan sang kaki yang lenguh menekan brek. Huh. Tak lama lepas kami bersiap untuk keluar, teman saya bertanya kepada bibik. Dato' buat apa? Bibik jawab, Dato' tidur. Sy menggeleng lagi. Tadi kata nak cepat, tapi boleh tidur pulak. Haih. Manusia..

Geram hati sy. Sy bebelkan sepanjang saya memandu. Tapi masih cuba mengeluarkan bicara manis menghiris kalbu lah.hehe. Sebab, golongan berlagak hebat seperti inilah yang membawa imej buruk kepada badan Eksekutif kerajaan. Orang lihat seorang bersifat seperti ini, orang terus membuat kesimpulan, semua ahli kerajaan berlagak. Walhal tidak! Itu masalah nya. Tapi jangan salahkan masyarakat semata-mata. Kerajaan perlu ambil berat tentang imej yang dibawa oleh eksekutifnya, kerana imej itu yang melambangkan mereka. Taubat rasa saya untuk ke rumah itu lagi. Lain kali jumpa di tempat lain jelah teman ye! Entah lah. Saya memang sensitif sangat dengan perkara seperti ini. Mulalah saya nak kata, kamu ni belajar tinggi, kerja bagus, otak pandai. Tapi still sesama manusia kamu, kamu di tahap palik buruk. Kamu perlu pergi sesi kaunseling, belajar tentang motivasi hidup. Manusia kurang motivasi, dia kurang toleransi. Dia kurang prihatin. 

Kalau saya ni manusia yang tak pernah keluar dari kepompong hidup keluarga saya semata, tak mengapa. Memang keluarga saya orang biasa. Tidak berpangkat tinggi. Tapi tahu erti Hormat. Hakikatnya, saya pernah saja berhubung baik dengan golongan Datuk, yang berpangkat. Ahli dewan undangan negeri, pihak jabatan ketua menteri, tapi tak dalah berlagak sampai tahap ini. Saya minum semeja dengan orang-orang hebat mcm ini. Tak ada pun perangai berlagak mcm Dato' tadi. Haih. Tak boleh terima dek akal sungguh!

Tapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah kadang2 kita sebagai manusia lemah ni kita lupa. Lupa pada hakikat kehidupan yang sementara. Lupa pada pinjaman nikmat yang sementara. Yang bukan milik hakiki kita. Kita lupa diri. Kita lupa segalanya adalah tawaran yang boleh menterbalikkan iman, yang memanaskan hati kita. Tatkala itu sang Syaitan suka lompat2, gelak guling2 menghanyutkan hati manusia dalam dunianya sendiri. Hidup bukan hubungan antara kita dan diri kita semata. Hidup adalah hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan Alam dan hubungan kita sesama manusia. Kalau satu pun kita tinggal, tidak lengkaplah sesebuah perjalanan yang dipanggil Way Of Life. Iaitu, Islam. Jadi, walau di mana kita berada, elok kita persoalkan semula kepada diri sendiri, 'Hebatkah kita ni??'

Wallahualam