Bismillahirrahmanirrahim.
Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : “Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak akan melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih, (golongan itu ) ialah (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang pembohong dan peminta-peminta yang sombong.”
(Riwayat Muslim)
Amaran: Isi entri blog ini penting untuk anda yang mencintai maruah diri dan maruah keluarga.
Saya bukanlah orang yang baik tetapi hari demi hari bertekad untuk memperbaiki diri. Hari ini saya menulis soal zina. Bukan kerana terujanya saya untuk merasa nikmatnya zina tetapi kerana gusarnya jiwa memikirkan masalah zina yang menjadi budaya kita hari ini. Jangan kita jadi si bodoh yang cuba menafikan hakikat masalah ini tapi jadilah kita si bijak yang menyedari permasalahan ini dan cuba memperbaiki keadaan.
Kalaupun ramai yang kata, 'chill lah weh. standard lah sexual intercourse zaman skg ni!'. Penegasan saya yang pertama, ini bukan perkara 'standard'. Ini bukan masalah 'biasa'. Kita perlu lihat ini sebagai masalah 'sangat luar biasa'. Khususnya untuk kita yang menjadikan agama Allah swt sebagai pegangan, Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan, Muhammad sebagai teladan.
Maaf andai bicara ini terlalu keras. Tapi inilah mesej yang saya perlu sampaikan. Zina bukan perkara main-main. Zina bukan seperti permainan galah panjang mahupun ten-teng. Zina itu haram. Yang batil tetap batil. Canggih macam mana pun dunia kita hari ini, tidak sekalipun dapat kita halalkan penzinaan. Atas alasan, 'dunia dah maju. zaman dah berubah. manusia kena advance sikit'. Amat tidak boleh diterima akal. Tiada satu ayat pun dalam Al Quran yang menyebut, 'Zina dihalalkan bila keadaan memerlukan'. There's no such thing.
Kita tidak boleh lagi menjadi manusia yang ignorance. Ibu bapa hari ini jangan didik diri untuk terlalu sibuk mencari duit, duduk di office tak kira waktu, serahkan hak penjagaan anak bulat-bulat kepada pihak sekolah. Hakikatnya, pendidikan anak-anak bermula di rumah. Andai rapuh institusi keluarga, rapuhlah penerapan nilai agama dan moral dalam diri anak-anak. Apa guna kalau pangkat besar, gaji banyak, tapi anak bersepah di tepian jalan? Apa guna harta berjuta-juta kalau di akhir hidup nanti nak mengharap anak bacakan Al Fatihah pun payah? Jauh sekali untuk kutip kebajikan dengan mendapatkan doa anak-anak yang Soleh apabila mati nanti. Kan?
Allahuakbar. Runsing. Persekitaran kita hari ini benar-benar menguji. Dunia hari ini menyaksikan kebanjiran anak-anak luar nikah yang dilahirkan. Kalau lahir dan hidup, kita doakan anak-anak yang menjadi mangsa kerakusan nafsu ibu bapa ini diberikan ilham dan hidayah untuk meneruskan hidup dengan berkompaskan agama Islam yang sebenarnya. Kalau lahir dan meninggal dunia, kita doakan roh mereka ditempatkan di Syurga. Ini pasti. Dan tunggulah bayi-bayi ini menjadi 'bantuan' menarik 'ibu bapa yang gelojoh' ke neraka. Nauzubillah. Hidup bukan selamanya. Dunia bersifat sementara. Ini pasti.
Saya faham kehidupan kita hari ini sungguh mencabar. Di sekolah, isu couple menjadi budaya. Saya tidak nafikan. Saya mengalami pengalaman sama. Ini adalah kerana zaman remaja adalah zaman 'gila'. Semua benda hendak dicuba. Ibu bapa juga barangkali keliru, approach bagaimana yang sesuai untuk anak-anak zaman kini. Mendidik dan membesarkan anak-anak ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak boleh putus, tepung tidak boleh berselerak. Seperti main layang-layang pun iya juga. Perlu ikut arah angin, lepas tali tarik tali, tapi tidak boleh putus. Memang mencabar. Kalau tiada skill, barangkali punah segalanya. Tidak dapat kita nafikan.
Sebab itu ibu bapa hari ini perlu 'alert' dengan budaya yang sedang berkembang di sekolah. Jangan dok tertipu, ingatkan anak pergi sekolah belajar sungguh-sungguh, rajin, taat je gayanya. Rupa-rupanya macam-macam projek lain di belakang dilakukan. Allahuakbar. Minta jauh.
Kalau di Universiti lagi sadis, lagi mencabar. Yang telah dan sedang melaluinya pasti jelas dengan cabaran ini. Orang lain berdating, kita pun berdating. Orang lain tidur sekatil, kita pun rasa tak ada salahnya. Semuanya sebab orang lain macam tak kisah, kenapa aku perlu kisah? Lagi sadis bila ada yang menepis nasihat dengan berkata, 'mak bapak aku pun tak kecoh. kau kecoh lebih apahal?'
Saya tertanya-tanya juga sejauh mana kekalnya kenikmatan melakukan hubungan seks yang bertuhankan nafsu semata ni?
Setinggi mana penilaian seseorang penzina terhadap maruah dirinya sendiri?
Sejauh mana pemikiran mereka terhadap masa depan? Tidak terfikirkah bahawa apa yang dilakukan hari ini, kemungkinan besar diulangi anak-anak sendiri akan datang?
Atau mungkin semuanya tahu dan sedar cuma, 'aku tak kisah..' adalah konsep hidup yang dipegang?
Usaha baik NGO yg wajar disokong. |
Allah swt berpesan di dalam Al Quran:
"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (Surah Al-Isra': Ayat 32)
Allah pesan, jangan MENDEKATI zina. Kenapa mendekati? Sebab kalau dah berzina, tak guna cakap apa lagi kan? Prevention is better than cure, right? Jangan cari pasal. Hidup kita ni kalau diizinkan Allah, panjang lagi. Jangan sia-siakan dengan kegolojohan mengejar kepuasan nafsu yang bersifat sementara. Banyak lagi kemanisan hidup yang boleh diteroka.
Sebab itulah Allah swt mengingatkan kita baik lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan kita. Yang tak elok, yang tak baik, tak payah buang masa nak tengok. Kan?
Firman Allah swt:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nur : 30)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka... (Surah an-Nur : 31)
Orang ramai mungkin kata, 'cakap senang lah weh.. buat memang susah..'. Yes. Memang pun. Tiada penafian di sini. Kerana dunia makin maju, dugaan makin besar. Kita lebih mengenali diri kita sendiri. Especially untuk yang dah dewasa yang bila nak buat keputusan tu sebenarnya mampu untuk fikir sendiri. Kalau sedar yang kita ni jenis yang mudah kalah dek nafsu, kita berpuasalah. Kan itu saranannya dalam Islam. Atau kalau rasa kronik sangat, kahwinlah. Kahwin muda is better than berzina. Sebab kahwin ini halal malah Sunnah Nabi Allah. Manakalah berzina itu haram hukumnya.
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)."(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).
Apa-apa pun saya tak kupas banyak tentang 'bagaimana trend masalah sosial hari ini' kerana saya nak sahabat-sahabat semua tengok video di bawah dengan teliti. Take note dengan setiap pengakuan gadis bernama Liya yang ditemubual. Take note juga bicara orang berpengalaman menjaga anak-anak gadis terlanjur di Raudhatus Sakinah, Ummi Rose. Kita selalunya lalai dalam mencari kejayaan sendiri sampai kita tak tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.
Fikir-fikirkan, andai anak-anak atau ahli keluarga kita yang terjebak, bagaimana perasaannya? Semuanya tidak mustahil. Pentingnya penekanan agama dalam keluarga tiada siapapun yang boleh nafikan.
Part 1
Part 2
Buat sahabat-sahabat yang pernah melakukan kesilapan, jangan khuatir. Allah swt sentiasa menunggu kita untuk bertaubat kepadaNya. Kita semua mahukan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Dan ingatlah kebahagiaan hakiki adalah di Syurga nanti. Sementara berkelapangan ini, ayuh kita muhasabah diri. Remember, andai kita mahu anak-anak yang sempurna pembesarannya, bagus akhlaknya, kitalah yang menjadi tunjang utama. Penulisan ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga yang banyak dosa, yang pahala tak banyak mana, yang selalu leka yang selalu kalah dengan hasutan Syaitan yang celaka.
Ayuh kita berpijak pada realiti, indahnya kalau kita ada harga diri.
Wallahualam.
p/s: Untuk rujukan pembacaan boleh klik sini: http://www.islam.gov.my/sites/default/files/28.implikasi_zina_terhadap_perkahwinan.pdf