Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ni saya tergerak hati untuk membuka email syarikat dntc.trainer@gmail.com. Saya menerima email daripada seorang lagi bakal pejuang arena undang-undang. Pertama sekali untuk adik Amirul, mohon maaf dari saya atas keterlewatan membalas email dan menjawab persoalan anda. Kelewatan memberi respons ini adalah atas kelemahan saya sendiri. Kesibukan bekerja di pejabat membuatkan saya terlupa untuk menyemak email rasmi DNTC.
Email berbunyi begini:
"Salam.
Kak, sy trjumpa blog akak yg inspirasigadisnajlaa tu stelah google2. Dan kisah kak waktu nk ubah pilihan nak buat law tu sama mcm sy skang. Sy umur 19 dan ex asasi hayat unimas. So bru2 ni kputusan sy dpt zoology kat unimas. Disebabkan parent sy xbg dan paksa sy try foundi sains lg utk medic, sy trpaksa lawan utk katakan tidak. Sy dh penat mencuba dan medic bukanlah minat sy. Sy ni dulu kat sekolah mrsm jgk bekas pendebat, so mmg minat utk law tu wujud sendiri sejak skolah menengah lg. jd, setelah semua bersetuju dgn pilihan sy utk smbung law, Sy lakukan bbrapa research law school ipts dan nmpknya hanya mmu shj yg sesuai. Tp hanya satu intake iaitu jun 2015 tahun dpn. Maknanya sy umur 20 tahun jgak la. Hmm. Sy nak tanya akak, spjg tempoh sy nak tggu hingga jun tahun dpn tu kak, apa yg sesuai sy lakukan? Kerja ke? Pergi belajar bahasa ke (english or chinese)? Dan apa preparation yg sesuai sy nak buat akak? Yelah akak sy takut jugak ni, zero psl law dari bdk sains tiba2 nk start law lain. Kalau boleh, akak suggest la apa yg patut. Sy takut jgak waktu foundi nnt sbb mmg family sy cabar, ni pilihan sy. Buat pertama kali sy bangkang dorang. Thanks ye akak. Blog akak beri motivasi sgt2! Alhamdulillah moga Allah beri rezeki tak terhingga kat akak dan keluarga."
------------------------------------------------------------------------
Saya percaya adik Amirul menghantar email ke dntc.trainer@gmail.com selepas membaca entry yang saya tulis sebelum ini. Saya selesa menerima email melalui email DNTC kerana email personal saya terlalu semak dengan macam-macam perkara. Hehe. Email DNTC saya akan buka apabila ada urusan.
Okay so straight to the point. Sebelum saya menjawab soalan-soalan adik Amirul, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kerana anda mengenali potensi diri sendiri dan sudah mendewasakan diri dengan membuat keputusan tentang bidang yang anda ingin terokai walaupun keluarga mendorong anda menceburi bidang lain. Syabas. Kita geng! (Sep sikit!) hehe.
Baik, berikut adalah jawapan saya kepada soalan-soalan adik Amirul. Semoga ianya bermanfaat untuk orang lain juga. Enjoy the answers!
i) Sepanjang tempoh ruang masa yang anda ada (dari sekarang hingga Jun 2015), apa yang sesuai untuk anda lakukan?
Adik Amirul, sejujurnya saya bukanlah orang yang mahir untuk mencadangkan perkara yang sesuai untuk anda lakukan. Namun, mungkin saya boleh kongsikan dengan pengalaman saya melebihi 7-8 tahun yang lalu.
1.// Menghadiri Kursus Bahasa Inggeris (atau Bahasa Melayu)
Setelah saya membuat keputusan untuk berhenti belajar dari bidang sains di Matrikulasi, saya membuka ruang kepada diri untuk memperbaiki skil Bahasa Inggeris saya. Saya telah mendaftar ke British Council, dan sempat mengambil dua level kelas Bahasa Inggeris. Saya kurang ingat berapa lama tempoh kursus Bahasa Inggeris yang saya ambil tapi saya fikir ianya tidak kurang daripada 3 bulan.
Kenapa saya ke British Council?
Jujurnya kerana saya hanya ingin memenuhi masa senggang yang saya ada. Saya tidak mahu kelihatan terlalu ‘loser’ dengan hanya duduk goyang kaki di rumah sementara menunggu rezeki menyambung pelajaran. Saya juga mendapat dorongan daripada adik-beradik saya untuk meneruskan niat menjalani kursus Bahasa Inggeris tersebut. Alang-alang mengisi masa, biar berbaloi. Tambahan lagi British Council menyediakan sijil setelah tamat kursus.
Adik Amirul, bidang undang-undang menuntut kebijaksanaan anda dalam penggunaan bahasa. Andai anda merasakan Bahasa Melayu anda perlukan penambah-baikan, mungkin anda boleh hadiri kursus Bahasa Melayu. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Tak kisahlah di mana pun pilihan anda untuk menghadiri kursus bahasa tersebut.
Penting untuk anda bina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam dua bahasa ini. Anda menyatakan anda merupakan bekas pendebat ketika zaman persekolahan, ini satu bonus untuk anda. Mungkin tidak banyak yang perlu diperbaiki. Cuma perlu menggilapkan lagi skill yang anda ada. Kemahiran penulisan juga sangat penting. Akan datang, apabila telah bergelar pelajar undang-undang, barulah anda tahu bagaimana ‘lenguhnya’ jari menulis berkajang-kajang jawapan peperiksaan! Jadi, bersedialah! Hehe
Bahasa Cina atau lain-lain adalah pilihan dan kelebihan bonus. It is not so much as a requirement to excel in law field. Kalau ada bahasa tambahan, itu satu bonus. Mungkin bonus jangka masa panjang apabila menempuhi alam pekerjaan kelak. Wallahualam. Saya hanya mampu berloghat Terengganu selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris! hehe
2.// Bekerja Sambilan
Memandangkan saya terlalu segan kerana berhenti belajar dalam keadaan belum tentu berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang yang saya inginkan, saya juga telah mengambil keputusan untuk bekerja.
Tajuknya: Mencari Duit Poket.
Alkisahnya: Segan Punya Pasal.
Saya pasti sedikit sebanyak anda sedang melaluinya sekarang. Anda perlu kuat semangat dalam memperjuangkan cita-cita ini. Cabarannya pasti mendatangi anda. Jika tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali, mungkin sebulan sekali.
Adalah tidak mudah mendengar perkhabaran sahabat-sahabat seperjuangan dahulu di MRSM mula ‘fly’ ke sana sini menyambung pelajaran dalam bidang yang ‘wow’ dan ‘fuyyoo’ di mata kita dan ramai orang. Bertabahlah walaupun anda bakal merasakan ‘betapa kecilnya diriku ini’. Mungkin juga perasaan sebegitu membawa anda menyanyi-nyanyi lagu ‘Aku semut kecil, engkau semut merah’. Hehe. Kuncinya: Tabah dan kuat semangat!
So coming back to the point, sambil mengisi masa tu, kalau ada kesempatan, jenguk-jenguklah peluang untuk bekerja sambilan. Bekerja di mana?
Cadangan saya, anda boleh mencuba bekerja sebagai ‘kuli’ di fast-food restaurant atau yang seangkatan dengannya. Contohnya, KFC, Pizza Hut (elakkan McDonalds kerana pejuangan boikot perlu diteruskan). Atau jika mahu ‘kelass’ sikit mungkin boleh cuba kedai-kedai kopi seperti Coffee Bean, Sans Francisco, Dome, Secret Recipe dan elakkan Starbucks kerana usaha boikot jangan sesekali dihentikan.
Saya mempunyai pengalaman bekerja selama bertahun-tahun di Coffee Bean bermula dari sebelum menyambung pelajaran di MMU sehinggalah ketika saya memasuki tahun kedua Ijazah. (Saya berhenti kerana tanggungjawab sebagai pemimpin persatuan mula menghantui saya ketika itu.) I was working on part-time basis back then. I found it interesting and the experience is something that I could never buy with money.
Melalui pengalaman bekerja ini, saya belajar membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih baik, dengan senyuman, PR gets improved, English gets better selain belajar resepi membancuh Cappucino, dan mem-blend Ice Blended. The experience was wonderful! Dan sehingga hari ini saya masih merindui pengalaman bekerja!
Bekerja part-time sebegini pastinya tidaklah memewahkan poket anda. Tetapi tidak mengapa. Anda akan terasa mewah dengan pengalaman hidup yang mahal, yang tidak dapat anda trade-in dengan nota nota wang kertas. Ini jaminan saya!
Selama beberapa lama saya bekerja sebagai kuli di Coffee Bean banyak-banyak tahun dahulu, saya berjaya mengumpul wang pendaftaran kemasukan saya ke MMU. Seingat saya, yuran pendaftaran waktu itu sekitar RM1700. Alhamdulillah.
Tunjukkan kesungguhan kita dalam memperjuangkan cita-cita kita. Pastinya ibu bapa tidaklah sekejam mana untuk membiarkan kita ‘survive’ sendiri dalam bidang yang kita paling. Parents being parents, they would never want to see their kids suffering from shortage of money etc. Tapi, kalau mereka melihat kesungguhan kita, mereka pasti tersenyum dan ini membantu mereka dalam membina keyakinan dalam pilihan dan keputusan kita.
Jadi, cubalah!
Tidaklah saya paksa anda untuk mengumpul duit untuk membayar yuran. Jika anda tidak mahu/mampu pun tidak mengapa. Anda boleh cuba bekerja, ambil pengalaman dikulikan, ditindas, dipuji, diherdik, dimarah, disayangi. Saya sarankan anda mengambil pengalaman mengenali kehidupan dan manusia melalui pengalaman bekerja seumpama ini. Keyword: Jika mental tak kuat, selepas sebulan dua, anda akan ‘tender resignation’ atau worst case scenario, anda tiba-tiba hilangkan diri tanpa sebarang notis. Serik mungkin? Hehe
3.// Lain-lain persediaan (preparation) yang sesuai.
Pertama: Banyakkan membaca
Saya sarankan anda biasakan diri membaca buku motivasi. Sebagai seorang quitter yang kemudiannya memilih untuk bertukar bidang, kekuatan utama yang perlu dibina adalah motivasi diri. Mental dan jiwa kena kuat, dik. Kalau tak, selepas beberapa waktu melayan hentam-hentam dan kritik-kritik manusia, adik boleh terjatuh kembali. Jadi, elakkan perkara itu berlaku dengan membentengkan diri dengan bacaan-bacaan motivasi.
Sekitar waktu saya struggle membina keyakinan diri bahawa ‘saya juga layak untuk berjaya seperti orang lain’, saya dipinjamkan sebuah buku tulisan Anthony Robbins bertajuk ‘Awaken the Giant Within’. Buku ini benar-benar melahirkan jiwa besar saya untuk terus berjuang mencapai cita-cita. Dan mulai saat itu saya berselera membaca buku-buku motivasi dan inspirasi.
Kredit Google: Cuba baca sini. |
Kedua: Banyakkan Update Isu Semasa
Zaman kini amatlah mudah untuk kita educate diri kita dengan perkembangan isu semasa dengan adanya media massa. Internet sangat membantu kan? Malah Facebook sendiri boleh menjadi informer terawal untuk kita membaca macam-macam berita.
Perlahan-lahanlah digest tentang isu negara, isu politik, isu dunia, isu kemanusiaan dan sebagainya. Tidaklah sehingga anda perlu menjadi sangat ‘power’ dalam hal hal semasa. Cukup sekadar you know what is happening in this country, in this world.
Mengapa? Kerana kelak apabila anda mula mempelajari undang-undang, anda akan sedar bahawa to update with the current issues is so important and helpful for you to understand the law and its application.
Kalau sebelum ini anda tidak minat untuk mengambil tahu berita semasa, mulai sekarang sekali sekala selaklah surat khabar untuk mengintai satu dua berita hangat. Mengetahui itu perlu. Tidak perlu membuat judgment. Okeh?
Ketiga: Rapatkan diri dengan Allah swt
Mudah, banyakkan masa untuk berkomunikasi dengan Allah swt. Ambil peluang masa senggang yang ada untuk meluahkan segala rasa kepada Allah swt. Mintalah apa saja yang anda ingin minta. Dia Maha Mendengar. Paling penting mintalah agar jalan yang dipilih ini membawa kebaikan untuk dunia dan akhirat anda.
Bidang perundangan adalah bidang yang ‘panas’ untuk sesetengah orang. Jadi, anda perlu sentiasa bersedia dan teguh dalam menjaga hubungan dengan Allah swt. Jika lemah, kita mudah hanyut dan tenggelam dalam ‘glamour’ nya dunia perundangan.
Kalau dah pakai baju hitam-putih bukan main smart, tarik beg (trolley) yang sarat dengan dokumen dan fail kes, mahu orang tak cair? Hehe
Pintalah agar Allah swt sentiasa teguhkan iman, semangat dan jiwa anda dalam perjuangan ini. Moga bermanfaat dunia dan akhirat.
Other than the above, I guess I have nothing more to say. Life is short, enjoy it to the fullest. And while enjoying your life, make sure Allah swt is always in your heart. For every breath that you are taking, semuanya berlaku dengan izin dan ihsan Allah swt.
Doa saya, semoga anda menjadi manusia yang bermanfaat untuk ummah seluruhnya.
Mohon maaf atas kekurangan saya dalam menjawab persoalan-persoalan anda.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan