Bismillah. Alhamdulillah.
Semalam saya semak email syarikat dntc.trainer@gmail.com dan saya menerima email daripada seorang lagi bakal pejuang arena undang-undang. Kebetulan kebelakangan ini saya tidak terlalu sibuk di pejabat (seperti sebelum-sebelum ini), jadi saya ambil masa untuk bantu menjawab soalan sekadar termampu.
Soalan asal berbunyi seperti berikut (saya cover nama jadi mari gelarkan adik ini Mr. Xman):
Soalan captured dari email dntc.trainer@gmail.com |
-----------------------------------------------------------
Balasan saya kepada email Mr Xman adalah seperti berikut:
Salam Mr Xman.
First of all, terima kasih sebab baca blog. Moga bermanfaat hendaknya. Saya summarize-kan, soalan Mr Xman adalah seperti berikut:
- Dengan pointer Mr Xman 2.94 (CGPA) dan MUET Band 4, dapat tak Mr Xman mohon degree law MMU?
- Dengan pointer Mr Xman 2.94 (CGPA) dan MUET Band 4, dapat tak Mr Xman mohon scholarship?
- Kalau dapat macam mana caranye?
Jawapan saya:
Soalan 1:
Mr Xman boleh rujuk kepada website MMU, untuk Entry Requirements for Bachelor of Law (Hons) di https://www.mmu.edu.my/index.php?req=136.
Based on the website, kalau yang dah buat Foundation of Law/Matriculation programme dari institusi yang diiktiraf, you have to:
Pass the Foundation of Law (which your result shown that you passed!), pass dalam SPM dengan 5 Kredit termasuklah Bahasa Melayu kredit dan minimum B+ untuk English. (awak boleh check result SPM awak).
Soalan 2:
Untuk scholarship, Mr Xman perlu sedia maklum yang yuran pengajian di MMU memang mahal. Sekarang ni, berdasarkan website MMU, yuran pengajiran untuk Degree Law sekitar RM62,040 - RM67,680 (Malaysian Students).
Antara pilihan scholarship yang sering disebut di MMU adalah:
- Yayasan Telekom Malaysia (YTM),
- Yayasan Universiti Multimedia (YUM),
- JPA,
- MARA (pinjaman boleh ubah), atau
- PTPTN (pinjaman).
Kebanyakan scholarship demands result SPM (untuk permohonan Foundation) atau result STPM/Foundation (untuk permohonan Degree) yang outstanding. Mungkin untuk permulaan Mr Xman akan menghadapi kepayahan sedikit.
Saya suggest Mr Xman untuk try check dengan MARA untuk peluang Mr Xman mendapatkan pinjaman boleh ubah. Kalau result bagus, boleh jadi tak payah bayar langsung atau hanya bayar semula sekitar 25% sahaja daripada keseluruhan jumlah pinjaman. MARA juga tak membebankan.
Untuk YUM dan YTM, biasanya berdasarkan keputusan SPM/STPM/Foundation yang outstanding. Saya kurang pasti sama ada mereka menawarkan biasiswa pada tahun kedua pengajian. Tapi untuk YTM, mereka dah tak tawarkan biasiswa untuk course Law.
Worst case, ambillah pinjaman PTPTN. Tapi memang membebankan sikit lah nak bayar pinjaman tu di kemudian hari. Namun pada saya, selagi mana Mr Xman ada semangat untuk mencapai cita-cita, tak salah bersusah-susah. Sebab pengalaman inilah yang akan mendidik Mr Xman untuk sering jadi manusia yang humble dan sedar diri dan sentiasa berpijak di bumi despite how high you have reached the sky pun.
Soal kewangan tak wajar dijadikan penyebab untuk menggagalkan matlamat seseorang mencapai cita-citanya.
Soalan 3:
Macam mana cara:
- Untuk apply Degree Law di MMU: boleh bukak website https://www.mmu.edu.my/index.php?req=136
- Untuk apply/semak peluang scholarship MARA - http://www.mara.gov.my/bah.-penganjuran-pelajaran (permohonan masih tutup waktu ini)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaf sebab mungkin tak banyak yang dapat saya bantu. Jangan khuatir tentang masa dan usia, kerana saya bermula dengan Foundation pada usia 20. 21 baru start Degree tapi berjaya habis belajar pada penghujung usia 24. 25 tahun dah start Chambering, 25 tahun sambung master sambil kerja. Alhamdulillah stabil je.
Kalau hendak berjaya, apa jua alasan takkan menggagalkan kita. Tapi kalau semangat untuk berjaya tak berapa nak ada, satu alasan pun cukup untuk membatalkan misi kejayaan kita.
Solat hajat dan mohon Allah mudahkan jalan. Perbaiki niat untuk sambung belajar dan menggapai cita-cita keranaNya, moga dipermudahkan urusan Mr Xman .
Saya mohon izin untuk kongsikan soalan Mr Xman dan jawapan saya di blog saya untuk manfaat orang lain juga.
Selamat Maju Jaya, Mr Xman . Wassalam.
-------------------------------------------------------
Sebagai bonus untuk Mr Xman, saya juga telah meminta pendapat sahabat-sahabat Alumni MMU dan pelajar undang-undang MMU di Instagram DNTC di @dntc_trainer. Dan berikut adalah hasil response yang saya terima, moga membantu untuk boost semangat Mr Xman memperjuangkan cita-cita.
Sambungan kepada komen di atas. |
Sekian, dan moga bermanfaat.
Jika ada yang masih musykil, boleh email di dntc.trainer@gmail.com.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan