Isnin, 30 Mac 2009

Besarnya Kuasa MINDA

Bismillahirrahmaanirrahim.

Salam bicara buat semua. moga2 dianugerahkan diri ini inspirasi dan motivasi juga buat kalian yang menjadi tamu saya di sini. syukur kerana Allah kurniakan saya ilham motivasi lagi untuk sy kongsikan buat kalian semua. yang baik itu datangnya dari Allah di Atas sana dan yang kurang juga datangnya dari Allah tetapi atas kelemahan diri saya sendiri. wallahualam.
Kisah 1

ingin sy kongsikan kepada semua betapa besarnya kuasa MINDA kita. ketika sy bersama teman2 mendaki Gunung Dato' semalam, 29 Mac 2009, sy dijentik oleh kata2 Adli, 'akak pernah dengar x everything is controlled by mind..' anyway, sy sendiri lupa ayat adli yg sebenar tapi lebih kurang mcm tu la maksud yg nak disampaikannya. sepotong ayat itu dia tujukan buat Kak Rita, Kaunselor MMU Melaka. =) kerana apa? begini kisahnya..

sepanjang perjalanan kami para pendaki amatur mendaki ke puncak, kira2 lebih kurang 21 orang yg kami temui selisih di pertengahan jalan. kami mendaki mereka menuruni bukit. dan setiap 21 org itu juga diajukan soalan yg sama oleh kak rita, 'jauh lagi x? lama lagi x?'.. kebanyakan daripada mereka memberi jawapan mudah, 'xjauh dah.. 10 min..' walhal, sebenarnya untuk pendaki amatur seperti kami, it takes another 2 hours to reach the puncak. terus bibir sy mengeluarkan bicara, 'itu jawapan motivasi namanya kak..' tetapi ada juga yg memberi jawapan jujur, 'dalam sejam setengah lagi sampailah..'

kesilapan kak rita jelas di situ kerana apabila mendengar jawapan jujur seprti itu, semangatnya akan luntur dalam sekelip mata. dan bukan mudah utk kami meyakinkan dia bahawa, dia mampu sampai ke puncak. walaupun kami semua tidak tahu bagaimana rupa puncak gunung dato itu sendiri. beberapa kali kak rita mengulang kata, 'akak nak turun lah. akak dah x larat..' ketika itu saya kira kami baru sahaja mendaki lebih kurg suku perjalanan. perlahan2, kami terus mendaki sehinggalah kami tiba di puncak. dan dalam rasa gayat, kak rita mendaki juga ke puncak.

dalam pendakian, banyak motivasi yang boleh diperolehi. kita boleh lihat sejauh mana kita mampu menidakkan kata gagal oleh minda teman kita. kita juga sebenarnya boleh lumpuh semangat jika kita terpengaruh dengan kelemahan teman kita. segalanya bermula di minda. besarnya kuasa minda, hanya Allah yang tahu. kerana itu manusia dicipta terlalu berbeda dengan binatang kerana mereka punyai otak tetapi bukan minda yang mampu mengawal kehidupan mereka. jadi, sebagai manusia yg punyai minda dan akal yang terbaik, we cannot just go with the flow. sometimes we have to think the very best and let the mind control the whole body to the very excellent movement.


bila mana sy melihat semangat kak rita lemah semasa mendaki, sy teringat.. ketika saya aktif di trek balapan 5-6 tahun dahulu. ketika di sekolah menengah khususnya menengah atas, sy aktif merentas desa dan long distance balapan. sy pernah mewakili mrsm sy ke KEJORA (Kejohanan Olahraga MRSM SeMalaysia) dalam acara 1500meter. jika dilihat, apelah sgt 1500 tu nak dibandingkan dengan merentas desa peringkat daerah yg sy tandingi yg memakan perjuangan kaki 5-6km. tetapi, jujur sy katakan. long distance di balapan memerlukan motivasi yg amat2 tinggi. kerana apa? kerana anda perlu berlari beberapa pusingan di tapak balapan yg sama sehinggakan anda sendiri mati akal dengan persoalan, 'dah berapa kali aku pusing ye? x habis2 lagi ke?'.. dan ketika itu, motivasi sy rendah dan sy berjaya berlakon pengsan demi tidak mahu menghabiskan larian. ini rahsia. tapi perkara benar. =)


kemudian sy bandingkan motivasi yg kita perlukan ketika mendaki. sy fikir, mendaki itu memang mencabar mental dan fizikal tetapi sekurang2nya anda tahu bahawa anda bergerak ke atas dan ke atas berbanding dengan larian di balapan dengan pusingan yg entah ke berapa kali tetapi sekeliling anda adalah perkara yg sama, manusia yang sama dan sorakan yang sama. apa pun kawan2, itu adalah kuasa minda. jika 5-6 tahun dahulu motivasi sy tinggi untuk menamatkan larian, sudah tentu sy tidak akan pura2 pengsan. dan jika semalam motivasi sy mendaki selemah 5-6tahun dahulu, sudah pasti tidak dapat sy hirup udara segar di puncak gunung dato dan sudah tentu tidak dapat saya tadahkan tangan ucap syukur dan panjatkan doa buat diri sendiri dan insan2 kesayangan sy. semuanya kuasa minda. besarnya kuasa minda sehinggakan diri ini yang tidak pernah punyai pengalaman apa2 mampu berdiri tegak di puncak. dan lemahnya kuasa minda bilamana diri kecil yg mudah dibawa berlari ke sana ke mari berkilometer, gagal bertaruh dibalapan yang hanya sekangkang kera.


Kisah 2


besar juga kuasa MINDA di sini yang ingin sy kongsikan dengan kisah 2 orang adikberadik perempuan. beza mereka cuma setahun. yang sulung dilahirkan pada tahun 1978 dan yang seorang lagi pada tahun 1979. sejak kecil, si ayah sibuk menerapkan element kedoktoran dalam minda mereka. 'kak yong bila besar jadi apa? doktor...' begitulah si ayah melatih minda anaknya yang sulung. dia bertanya, dia juga yang menjawab. sehinggalah si ayah hanya perlu bertanya, 'kak yong bila besar jadi apa?' dan si anak menjawab secara spontan, 'doktor..'. jalan yang sama si ayah gunakan untuk melatih anak yang kedua. tiada beda. semuanya sama. cuma untuk si adik, soalannya ada sedikit penambahan. berbunyi seperti ini, 'anne bila besar nak ikut macam siapa?.. kak yong..' sekali lagi si ayah menyoal dan dia juga menjawab. hinggalah ianya berbunyi begini, 'anne bila besar nak ikut mcam siapa?' jawapan spontan dari si kecil, 'kak yong, abah...'

hari demi hari kedua2 membesar dalam jarak yg dekat dan rapat. siapa pernah tahu, segalanya kuasa minda. si kakak berjuang setapak demi setapak menguasai segala kemahiran pembelajaran demi misi menjadi seorang doktor. sedangkan sejak kecil, she has no idea what doctor is all about! but still, she's fighting to be called as a doctor. dan si adik, tanpa gagal mengikut jejak langkah si kakak. sebab apa? sebab sejak kecil mindanya berkata, 'aku mahu jadi seperti kak yong!' si kakak, semasa melangkah masuk ke tingkatan 1, ke sekolah agama berasrama penuh di rawang. tahun berikutnya, si adik membuntuti ke sekolah yang sama. kemudian, si adik mengubah langkah ke sekolah berasrama yang lain. tetapi, konsepnya masih sama. masuk si kakak ke tingkatan 4, melangkah pula ke dunia MRSM Taiping. setahun selepas itu, Allah mengurniakan si adik peluang yg sama. ke MRSM Taiping juga. kemudian, si kakak melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. selamat tinggal Malaysia. lambaian tangan masih terlihat ketika dia meninggalkan Malaysia untuk bumi Ireland. dan si adik bagaimana agaknya? kerana tahun berikutnya, Malaysia mengalami kegawatan ekonomi. si adik hanya duduk. dalam hati masih mahu mengikuti jejak si kakak. alhamdulillah, UKM menawarkan peluang utk si adik berjuang dalam bidang perubatan.


hari ini teman2, si kakak telah berkerjaya sebagai seorang doktor dan masih di Ireland menyambung pelajaran utk Specialist dlm bidang Psychitary dan si adik, juga begitu berkerjaya sebagai seorang doktor dan menyambung Masternya di Usim dalam Fisiology. pernah kah kita terlihat ataupun terfikir besarnya kuasa minda yang si ayah terapkan sejak kecil lagi berhasil sehingga kini. benar, semuanya adalah kekuasaan Allah. Syukur ya Allah kerana Kau ciptakan jalan yg cukup indah untuk kedua2 beradik ini. dan hari ini, si ayah hanya perlu goyang kaki dan berbesar hati. kerana masin mulutnya, si kakak dan si adik menjadi manusia yg dia hajati dan impikan. kuasa Allah itu sungguh menakjubkan. kuasa minda juga memainkan peranan. jika si kakak putus asa di tengah jalan, ada juga kemungkinan si adik gagal dipertengahan jalan, bukan?? kerana mindanya telah digariskan panduan bahawa, 'aku mahu jadi macam kak yong..'


dan besarnya kuasa Minda, kalian. jika dengan membacakan perkongsian di sini, kalian memulakan langkah baru. yang lurus yg baik2 sahaja. meneruskan perjuangan tanpa kenal erti lelah. dan besar kuasa itu, teman. jika dengan langkah yang penuh motivasi itu, kalian bergelar Yang Berhormat atau Doktor atau Yang Arif, atau IR atau apa sahaja satu hari nanti. Itu semua rezeki daripada Allah. Namun jangan kalian lupa, besarnya kuasa minda yang mengawal waras perjalanan kehidupan kalian.


Wallahuam.
salam hormat;
Gadis Najlaa



si kakak

si adik

si ayah dan penulis

6 ulasan:

_ berkata...

Benar sekali dengan apa tertulis,
akal adalah anugerah Tuhan yg bermakna,
di satukan dgn segumpal daging bernama hati,
maka sempurna lah ia dan tercipta la manusia,
yg membezakan kita dgn ciptaan2 Ilahi yg lain.

kekuatan manusia pada kekuatan mindanya dan kecekalan hatinya.

Tanpa Nama berkata...

terima kaseh..
ini membuatkan aku berfikir semula...

=)

Najlaa berkata...

teman2, terima kasih yang x terhingga..

shabira berkata...

hmm...

Najlaa berkata...

nape awak hmm je nursha?

Tanpa Nama berkata...

Hi Fateen,

Kisah 1 - Kebanyakkan org cepat patah semangat.

Bottomline : Set ur own vision - achieve thru ur mission.


Kisah 2 - Suka & bangga dgn akhir kesudahan bila 2 org adik beradik berjaya dgn cemerlang.

My comment : Tak semua org akan lalui kisah2 yg indah belaka.

Tapi bila diantara kita gagal dlm pelajaran, kita tidak boleh putus asa. Kdg2 kegagalan bley membuatkan seseorg kuat n berjaya.

Like me...i plopped in my education. Then I came back to my own country n started to work at the age of 17 (whereby all my other frens are still studying).
Those were the days!

Once bitten twice shy. Klu sekali kita gagal, sy percaya kita tak akan gagal buat selama lamanyer.

I set target in my life. Since I dun have paper qualification, tis is wat I've been practicing : Commitment, dedicated, honest, humble, willing to learn. Alhamdulillah it paid off.

I managed to hold a managerial post. I have a very strong self confidence in me.

To those ppl out there who have failed before...never give up.

The best is yet to be....:)


Cheers!
Anonymous-UAE