Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. & Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, hari ini selepas saya post entry Edisi Hijrah dan saya link kan ia di FB, saya menerima satu tawaran hebat. Berbunyi begini, 'nak buat amal jariah x?' Mungkin andai hati saya buta, saya akan lihat ia sebagai satu bebanan. Tapi Alhamdulillah, syukur, Allah buka hati saya untuk turut membantu, menghulur tangan dengan harapan dapat meringankan beban pihak yang memerlukan.
Saya pendekkan cerita, hamba Allah yang approach saya untuk buat amal jariah ini adalah saudara saya sendiri. Bersama-sama melihat tumbesaran saya dari kecil hingga dewasa, kerana ada dalam tempoh tertentu saya dijaga oleh bondanya. Kenapa saya maklumkan ini? Kerana saya perlu tekankan bahawa pihak yang berhasrat buat amal jariah dan mengajak saya untuk buat amal jariah ini adalah reliable person. Kita semua ingat, segala apa yang kita lakukan kerana Allah swt.
Apa yang ingin saya usahakan?
Saya dengan rendah hati ingin pohon jasa baik sahabat-sahabat, rakyat Malaysia, atau siapa-siapa saja yang sudi untuk menghulurkan bantuan. Saya ingin jalankan derma kilat di MMU khususnya dan andai ada yang sudi, ingin saya pohon jasa baik kalian untuk usahakan derma kilat di mana jua anda berada. Setakat mana yang kita mampu tolong, kita tolong. Insyaallah derma kilat di MMU akan saya jalankan secepat mungkin dan saya jangkakan usaha ini akan diteruskan dalam tempoh sebulan dan akan kita sampaikan wang derma kilat kepada pihak yang memerlukan selepas itu.
Siapa pihak yang memerlukan itu?
Nama: Zawawi
Nama Ibu: Pn Rosnaini bt Aris
Usia: 3 tahun lebih
Masalah: Mengalami masalah kesihatan kronik iaitu Kanser Darah. Telah menjalani Kimoterapi Tahap 5.
Untuk pengetahuan kalian, keadaan kesihatan adik Zawawi semakin membimbangkan. Menurut doktor, sel darah putihnya telah semakin membesar dan hampir menutup keseluruhan darah merahnya. Jika ini berlaku akan menyebabkan kegagalan sel darah merah membawa oksigen ke otak dan kesemua organ.
Untuk pengetahuan kalian juga, adik Zawawi telah menjalani rawatan Kimoterapi Tahap 5 (yang terakhir) pada November 2010.
Doktor telah mengesahkan tiada lagi rawatan Kimoterapi buat adik Zawawi, dan sekiranya terjadi lagi 'relapse' (sel darah putih berkembang semula) adik Zawawi hanya boleh bergantung pada ubat Kimo yang menelan belanja RM1500/ubat.
Kos Perubatan/Rawatan: RM160, 000 bagi menanggung kos perubatan & rawatan yg akan dijalani sekiranya ada penderma darah & transplant yg sesuai dengan jenis darah adik Zawawi iaitu darah jenis 'O'.
Bagaimana untuk menghulurkan bantuan?
Andai kalian ingin hulurkan bantuan tak kisah secara kecil-kecilan atau besar-besaran, minta jasa baik kalian untuk hubungi:
Fateen Najlaa (017-3503382) / Mohd Rezal (016-8957576) -sekitar MMU/Melaka
Mohd Azraei (012-3443951) - Sekitar Taman Keramat
Ataupun terus hubungi Jawatankuasa Induk yang menggerakkan usaha derma kilat buat adik Zawawi ini:
Fatimazuraida (0192320108 - defida012@yahoo.com.my) atau;
Etty Nurulhuda (0192197316 - uda06@yahoo.com).
Perlu ke untuk hulurkan bantuan?
Dengan nama Allah, tiada paksaan dalam usaha ini. Andai terbuka pintu hati kalian untuk membantu, Alhamdulillah. Kami yang mengusahakan tidak mendapat apa-apa keuntungan tapi percayalah, walau 1 sen bantuan yang dihulurkan, amat besar maknanya pada keluarga adik Zawawi. Lebih besar lagi syafaat yang Allah kurniakan buat kita yang membantu orang dalam kesusahan.
Ikhlas bicara saya, saya ingin lihat adik Zawawi untuk terus sihat walaupun saya tidak kenal adik Zawawi secara personal. Kita perlu sentiasa beringat dengan ujian Allah dalam aturan kitaran hidup ini. Hari ini mungkin hari kita membantu, hari esok mungkin hari kita dibantu. Sesungguh apa yang baik akan dibalas baik. Kalau setiap daripada kita dapat menghulurkan RM1, kalau ada 100 orang membantu dah dapat RM100. Kalau 1000 orang, dah RM1000. Itu kalau seorang hanya menderma sebanyak RM1. Kalau ada yang menderma lebih, alhamdulillah. Lagi besar bantuan yang dapat kita hulur kepada adik Zawawi.
Kita harus beringat, esok lusa kita berumah tangga, kita bakal punyai cahaya mata yang menjadi penyejuk hati kita. Bayangkan kalau kita berada di tempat Pn Rosnaini dan suami, alangkah hancurnya hati. Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat semua untuk turut membantu. Hulurkan tangan ringankan beban. Biarpun kita tidak mengenal Adik Zawawi, tapi menjadi tuntutan kita untuk membantu saudara seIslam, untuk membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan.
Minta jasa baik semua untuk terus berikan kami sokongan dalam menjayakan usaha murni ini, insyaAllah. Dan semoga Allah rahmati jasa baik kalian dunia dan akhirat. Wallahualam.
Akaun utk Sumbangan :
Akaun atas nama :ETTY NURULHUDA BT MOHD JOHAR @ MOHAMAD
Maybank Account : 164258370838
Nama Akaun : Definal bin Syofyan
Akaun CIMB : 12260088442528
p/s: Kalau ada dari pihak Kelab/Organisasi dalam MMU yang hendak turut sama menjayakan derma kilat ini, saya alu-alukan. Contohnya SRC, UPG, IU, PBMKM, SRM, Rovers, etc. Saya akan usahakan untuk dapatkan keizinan STAD utk edarkan tabung derma kilat buat adik Zawawi.
For further reference, please click here.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan